Anda di halaman 1dari 12

Nilai Murni.

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah. Soalan contoh: Amir bermain bola di padang pada waktu petang. Menjaga kebersihan diri dan mental. 1. Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. ______________________________________________. 2. Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. _______________________________________________. 3.Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. ________________________________________________. 4.Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. ________________________________________________. 5.Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. ________________________________________________. 6.Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat. _________________________________________________. 7.Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku. __________________________________________________. 8. Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. _________________________________________________. 9. Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini. _________________________________________________. 10. Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM 2.00. _________________________________________________. 11. Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. _________________________________________________. 12. Ahmad memegang tangan ibunya semasa melintas jalan. __________________________________________

13. Pak Halim mencium pipi anaknya sebelum tidur.____________________ 14. Harimau itu menyusukan anaknya yang baharu lahir.____________________ 15. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan.____________________________. 16. Perbuatan membuang bayi amat mendukacitakan.__________________________. 17. Aktviti pembalakan haram telah merunsingkan masyarakat.____________________________ 18. Membazir air perbuatan yang dilarang._________________________________. 19. Ibu berpesan Berhati-hati semasa menutup suis elektrik.______________________________ 20. Ali, hari sudah gelap.Balik!,Jerit Ibunya._________________________________________ 21. Penduduk kampong bergotong-royong membersihkan kawasan kubur. ___________________________________ 22. Ali terjumpa seutas rantai lalu memulangkannya pada guru kelas._______________________ 23. Amir bersungguh-sungguh melukis gambar yang disuruh oleh gurunya.__________________ 24. Sebagai pekerja kita perlulah bersungguh-sungguh dalam pekerjaan yang diberikan oleh majikan.________________________________ 25. Ah Meng membantu membaiki kereta kawannya yang rosak di tepi jalan.______________ 26. Polis trafik itu telah menyaman seorang pemandu yang melanggar undang-undang lalu lintas walaupun telah dirayu.___________________________ 27. Pemandu bas itu memperlahankan kenderaannya setelah ditegur oleh seorang penumpang._________________________________ 28. Chinta hanya mendiamkan diri walaupun dimarahi oleh ibunya kerana lewat bangun. ___________________________________. 29. Pasukan Malaysia meraikan kejayaan apabila menewaskan pasukan Taiwan 2-1 dalam Kejohanan Bola Sepak Pra Piala Dunia.______________________________ 30. Kita harus memulangkan wang yang kita pinjam kepada kawan kita._________________ 31. Sang Kancil tetap melewati kawasan buaya itu walaupun sedar akan bahaya. ___________________ 32. Pakailah pakaian yang bersih sewaktu ke sekolah.____________________________ 33. Berdoalah untuk kejayaan semasa UPSR nanti.___________________________. 34. Ah Tan tetap tersenyum walaupun mendapat 4A 1B semasa UPSR.____________________

Contoh Soalan Kertas Dua Bahagian A


BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah]

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:

Contoh 1:

Aktiviti / Kata Kerja - Mengutip - Mencangkul - Mencabut - Membuang - Menyorong

Contoh 2:

Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut - Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea. - Membina lima ayat.

Contoh 3: Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut. - Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat (huraian) dalam ayat yang akan dibina. - Membina lima ayat.

Mencatatkan Perkataan:

Membina lima ayat: 1. Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan. 3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang. 4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan. 5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.

Contoh Soalan Kertas Dua Bahagian C


Latihan Contoh 1: Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patahperkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu Negaraku , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.
Isi-isi cadangan: - Bangun lewat Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah. - Menonton hingga lewat malam Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur. - Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar. - Tidak bersalaman Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu. - Melanggar lampu isyarat Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan. - Berjalan semasa lagu Negaraku Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan. - Memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Jawapan Contoh 1: Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.

Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja. Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa. Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa. Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan: - Membelai penuh manja (Kasih sayang) - Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa) - Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab) - Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih) - Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran) - Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Jawapan 1 Contoh 2: Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

Jawapan 2 Contoh 2:

Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja. - Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa. - Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa. - Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia. - Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik - Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita.

Bahasa Melayu (Bahagian C)

SENARAI NILAI MURNI

Amanah 6. Ikhlas Rela hati

Menyerahkan Memberikan (tidak meminta balasan) Meminjamkan Membantu tanpa diminta

BIL 1.

NILAI MURNI Bertanggungjawab Prihatin Toleransi

FRASA / PERBUATAN Menolong orang Menghulurkan bantuan Menderma, menyumbang Memberi hadiah Berkongsi barang dengan adikberadik Menasihati Memberi hadiah Membantu Menolong Berkonsi Membuat kerja sekolah / kerja rumah Melakukan sesuatu kerja dengan Membuat jadual belajar Mengulang kaji pelajaran Menyiapkan Mengembalikan Memulangkan

2.

Penyayang Kasih sayang

Tidak menunjuk-nunjuk 7. Bertolak ansur Sepakat / Muafakat 8. Adil Saksama 9. Bijaksana Bestari Rasional Matang 10. 11. Berani Berdikari Tidak berkira Tidak mementingkan diri sendiri Membahagikan sesuatu sama rata Mengagihkan tugasan Membuat sesuatu keputusan Bertindak Mencari penyelesaian Menjadi rujukan Bertindak demi kebaikan Membuat sesuatu pekerjaan sendiri

3.

Murah hati Baik hati Pemurah Berhemah tinggi Rajin Tekun Gigih Keazaman Bersungguh-sungguh

4.

5.

Jujur Tulus

Eeeda damak

Bahasa Melayu (Bahagian C)

Buat minuman, desiakan makanan Basuh baju, cuci kasut 12. Cintakan Negara Semangat Patriotik Menghormati lagu Negaraku Mematuhi undang-undang Menghormati pemimpin 13. Jimat cermat Membawa bekalan ke sekolah Menyimpan sebahagian daripada duit belanja Menggunakan air/elektrik secara berhemah 14. Cinta kebersihan Mencintai alam Menjaga kebersihan diri Menjaga kebersihan rumah Menjaga kebersihan sekolah / kelas Menjaga kebersihan alam sekeliling.. 15. Tolong menolong Bekerjasama Membuat sesuatu pekerjaan di sekolah 18. 17. 16.

Bantu-membantu

Membantu sesam rakan / jiran / keluarga Memikul tanggungjawab

Taat Akur Berdisiplin Patuh undangundang Cekal Tabah Sabar Tidak mudah berputus asa

Mengikut arahan guru Mematuhi peraturan Patuh arahan ibu bapa, guru Menjadi contoh dan teladan yang baik Tenang apabila menghadapi sesuatu keadaan Tidak mudah kecewa Meneruskan usaha walaupun Tabah melakukan sesuatu

Menepati masa Menghargai masa Menepati janji

Bangun awal, bersiap awal Menyiapkan kerja sekolah Membaca buku Tiba mengikut masa Siapkan kerja mengikut arahan

Eeeda damak

Bahasa Melayu (Bahagian C)

Amalan tolong menolong dan bekerjasama 19. Daya usaha Berusaha bersungguhsungguh Semangat insiatif, inovatif, kreatif 20. Dedikasi Berminat dan bersungguhsungguh melakukan Rela berkorban masa, tenaga, wang ringgit 21. Jaya diri Jati diri Waja diri 22. Keadilan Berupaya mengembangkan potensi Berupaya mencapai sesuatu kejayaan Perlakuan, pertuturan yang saksama Keputusan yang tidak berat sebelah 27. Penghargaan Perpaduan 23. Kejiranan Hidup berbaik-baik, bertolak ansur Pengiktirafan terhadap jasam sumbangan Persefahaman keluarga, komuniti, masyarakat 26. Menghargai tenaga Menghargai maruah diri Menghargai perkhidmatan, jasa pekerja Menghargai maruah tanpa mengira taraf, kedudukan 25. Kesyukuran Perasaan, perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas Kesenangan yang dikecapi atau diperolehi 24. Kesederhanaan Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan Bertindak mendikut norma dan nilai masyarakat

Eeeda damak

Bahasa Melayu (Bahagian C)

28.

Persaudaraan

Hubungan mesra sesame manusia Kerjasama yang erat untuk kesejahteraan sejagat

29.

Ramah mesra

Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri

Eeeda damak

Anda mungkin juga menyukai