Anda di halaman 1dari 9

SOALAN : Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup.

Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas. Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran Hidup. Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu. Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih. Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran.

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah

Rangka Karangan Pendahuluan

~ Menjaga keselamatan diri di sekolah penting untuk mengelakkan kemalangan ~ malang tidak berbau Isi 1 * Di dalam bilik darjah ~ elakkan berlari / bertolak-tolakan / bergaduh ~ tidak bermain barangan yang boleh membahayakan diri seperti barangan elaktrik, cermin tingkap dan sebagainya. Isi 2 * Di bilik khas ~ berhati-hati menggunakan bahan / alatan ~ makmal sains - alatan / radas dalam makmal ~ bilik kemahiran hidup - berhati-hati menggunakan alatan seperti gergaji, penukul dan lain-lain. Isi 3 * kawasan kantin ~ beratur ketika membeli makanan - jangan berebut - tertumpah makanan / minuman panas ~ elakkan berlari - lantai mungkin licin dan berminyak Isi 4 * Kawasan persekitaran ~ tidak bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan ~ tidak berlari - terjatuh longkang ~ tidak memanjat tiang gol - ketika bermain di padang, berhati-hati dan ikut peraturan. Penutup ~ semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan ~ pihak sekolah memastikan kawasan / peralatan / kemudahan yang disediakan adalah selamat untuk digunakan. ~ murid-murid perlu sentiasa berhati-hati dan ikut peraturan.

Bahagian C ( Masa dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah ) Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di padang sekolahnya. Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya. Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku. Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu. Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia gembira dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.

Bahagian C ( Masa dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah ) Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di padang sekolahnya. Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya. Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku. Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu. Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia gembira dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.

LATIHAN 1
Pilih kata kerja transitif yang sesuai.
1. Encik Wong ___________ perahunya yang bocor. A. memahat B. membina C. menampal D. menjahit 2. Anggota polis berjaya __________ sekumpulan pemuda yang sedang menagih dadah. A. memegang B. memandang C.melawan D. memberkas 3. Pekerja pelabuhan itu sedang ___________ seguni beras. A. menggalas B. memikul C. menjinjing D. menjunjung 4. Ibu __________ meja dengan sehelai kain. A. membasuh B. mengalas C. membuat D. membina 5. Budak nakal itu __________ sahaja apabila dimarahi ayahnya. A. membantu B. menangis C. menanti D. melawan

6. Kita mestilah saling ___________ antara satu sama lain. A. menghormati B. memuji C. menggubah D. menjerang 7. Pelancong-pelancong asing suka ____________ pemandangan tepi pantai yang indah. A. menikmati B. menjerang C. membantah D. menyiapkan 8. Kamal tidak terus pulang , tetapi ___________ ke rumah kawannya. A. melaut B. menyimpang C. memerah D. menguncup 9. Abang Zul sedang sibuk ___________ rumah barunya itu. A. mencuram B. mengatap C. menjerat D. mengiau 10. Tiap-tiap hari, orang tua itu masuk ke hutan untuk ____________ . A. mendamar B. menyudu C. menyemak D. memungut

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi. menampal menegah memunggah menempah menyudu memungut mengukur menyemak menguji memarang 1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan murid-murid. 2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori. 4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan. 5. Puan Minah __________ anaknya bermain di tepi jalan raya. 6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu. 7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu. 8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari. 9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi. 10. Ayah _________ besi itu sehingga licin. Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini . 1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik . 2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori . 3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan . 4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu. 5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya. 6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut. 7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit. 8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis. 9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid. 10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

Tandakan (B) pada ayat betul dan (X) pada ayat yang tidak betul . 1. Anjing itu sangat garang. ( ) 2. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. ( ) 3. Di antara kami, dialah yang paling tinggi. ( ) 4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. ( ) 5. Murid baru itu amat pandai melukis. ( ) 6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. ( ) 7. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. ( ) 8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. ( ) 9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. ( 10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. ( ) Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai . 1. Masakan ibu saya sungguh ___________. 2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah . 3. Adik tidah suka makan ubat kerana rasanya _______________ . 4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ . 5.Jangan bergaur dengan budak-budak _______________ itu . 6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia . 7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang . 8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ . 9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok . 10. Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ . Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Encik Wong ___________ perahunya yang bocor. A. menampal B. menjahit 2. Anggota polis berjaya __________ sekumpulan pemuda yang sedang menagih dadah. A. melawan B. memberkas 3. Pekerja pelabuhan itu sedang ___________ seguni beras. A. memikul B. menjunjung 4. Kamal tidak terus pulang , tetapi ___________ ke rumah kawannya. A. melaut B. menyimpang 5. Abang Zul sedang sibuk ___________ rumah barunya itu. A. mencuram B. mengatap

Anda mungkin juga menyukai