Anda di halaman 1dari 7

Latihan - kata dasar

Tuliskan kata dasar untuk perkataan di bawah ini :

Menyenaraikan - ____________________

dikemukakan - _______________________

mengelakkan - _____________________

pernyataan – ________________________

mengesan - _________________________

diperolehi - __________________________

dihurungi - __________________________

deruan - _____________________________

dihasilkan - _________________________

terpulihara - __________________________

Latihan Imbuhan

Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.

1. _____________ (tulis) yang terkenal itu sepupu saya.

2. Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika.

3. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.

4. Rumah Ali _____________________ (letak) di atas bukit.

5. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

6. Anda seharusnya tahu kalau sebuah planet berukuran sangat besar ________________
(dekat) Bumi.
7. __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan.

8. Tolong _____________________ (pamer) lukisan itu di ruang tamu.

9. Ali ______________________ (pamer) hasil kraf tangannya di Pusat Pameran Kuching.

10. ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan.

11. Budak-budak itu sedang ____________________ (latih) olahraga di Stadium Bukit Jalil.

12. Untuk mahir bersilat kita perlu _______________ (latih).

13. Jurulatih itu __________________ (latih) pasukan keranjang sekolah saya.

14. Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru.

15. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya terdapat

sebarang masalah.

16. Bapa saya menerima ______________ (rawat) di klinik kesihatan.

17. Doktor itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit tenat.

18. Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara RM40,000

hingga RM300,000.
Tandakan "B" bagi ayat yang menggunakan tanda baca yang betul dan huruf besar dan tanda
"S" bagi ayat yang salah.

1. ibu saya kini berumur 37 tahun. ( )

2. Encik Rashid dan Encik Raju adalah rakan sekerja. ( )

3. Ali menamakan kucingnya Si Bunga. ( )

4. Aduh, sakitnya kaki saya! ( )

5. Bilakah kamu akan berpindah? ( )

6. Encik halif adalah pekerja di sebuah syarikat yang besar. ( )

7. Guru Kelas tahun 2 saya ialah Puan Chin. ( )

8. Uncle Sam ialah jiran saya! ( )

LATIHAN

Pilih kata tanya yang betul.

1. Bas yang ___________kah bas sekolah kamu?

2. ________kah yang akan kalian akan buat selepas peperiksaan UPSR?

3. ________kah Tahun Baru Cina disambut?

4. ________kah guru Bahasa Cina kamu?

5. ________kah cara untuk membuat kuih raya?

6. ________kah kamu seorang pelajar yang baik?

7. ________kah jumlah adik-beradik kamu?

8. ________kah adik selalu dimarahi oleh ibu?


Latihan Pemahaman Tahun 2

LATIHAN PEMAHAMAN
Petikan 1
Baca dan fahamkan petikan di bawah.

Adalah elok sekiranya setiap orang memberus gigi setiap kali selepas makan. Gigi juga
perlu digosok sebelum tidur pada waktu malam atau sekurang-kurangnya digosok dua kali
sehari. Gigi hendaklah diberus sehingga betul-betul bersih. Setiap kali selepas makan,
eloklah berkumur supaya sisa-sisa makanan terbuang dari permukaan dan celah-celah gigi.
Kita juga harus membuat pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Kita hendaklah menjaga gigi
dengan betul supaya gigi kekal seumur hidup.

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Bilakah kita mesti memberus gigi?

.
2. Berapa kalikah kita perlu memberus gigi sehari ?

3. Mengapakah kita perlu berkumur selepas makan ?

4. Mengapakah kita perlu menjaga gigi dengan betul ?

5. Dalam setahun, berapa kalikah kita perlu berjumpa dengan doktor


gigi ?

Petikan 2
Baca dan fahamkan petikan di bawah ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama menganjurkan
Hari Keluarga pada 25 Januari 1997.Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan
kerjasama Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan di kawasan
Masjid Pasir Akar. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd. Kadir
berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua kutipan yang
diperolehi akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan sekolah seperti
penubuhan pusat sumber dan sebagainya. Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pegawai
Pendidikan Daerah Besut.

Jawab soalan-soalan berikut.

6. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?

......................................................................................
.
7. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?

......................................................................................
8. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?

A. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar


B. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
C. Di kawasan Masjid Pasir Akar
D. Di Negeri Terengganu

9. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?


A. Untuk membina masjid baru
B. Untuk membina bangunan sekolah
C. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
D. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah

10. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?


A. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
B. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Imam Masjid Pasir Akar

Petikan 3
Baca dan fahamkan petikan di bawah.

Pada suatu hari, arnab bertemu kura-kura. Ia mengejek kura-kura kerana berjalan lambat.
Kura-kura bersetuju untuk berlumba dengan arnab. Arnab berasa yakin bahawa ia akan
mengalahkan kura-kura dalam perlumbaan itu. Mereka melantik Sang Kancil sebagai hakim.
Esoknya, perlumbaan dimulakan. Arnab berlari dengan pantas. Kura-kura tertinggal jauh. Di
pertengahan jalan, arnab berhenti dan berehat di bawah pokok lalu tertidur. Kura-kura terus
berjalan tanpa berhenti. Akhirnya kura-kura sampai ke garisan penamat. Arnab terjaga
daripada tidurnya dan mendapati kura-kura telah menang. Arnab berasa amat malu lalu
beredar dari situ. Semenjak hari itu, arnab tidak bersikap sombong lagi.
Tuliskan Benar atau Salah pada penyataan yang diberikan.

11. Arnab mengajak Sang Kancil berlumba.

12. Sang Kancil dilantik sebagai hakim.


.
13. Arnab mengejak kura-kura berjalan lambat.

14. Kura-kura berhenti di bawah pokok untuk makan.

15. Kura-kura telah memenangi perlumbaan tersebut.

Soalan 16 hingga soalan 20

Tulis kata akar bagi perkataan berimbuhan di bawah.

16. memberikan =

17. menyerahkan =

18. tersesat =

19. ampaian =

20. berlakon =

Soalan 21 hingga soalan 25

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

21. Pisau itu sudah lama tidak diasah.


A. buruk B. tumpul C. tajam D.baru

22. Buah mangga itu rasanya masam.


A. muda B. ranum C. hijau D.tua
23. Air sungai itu kerana musim kemarau.
A. dalam B. jauh C. tohol D. cetek

24. Binatang tinggal di dalam hutan tebal.


A. liar B. garang C. jinak D.buas

25. Siew Reen mempunyai rambut yang atau panjang ?


A. putih B. hitam C. pendek D. urai

Soalan 26 hingga soalan 30.

Pilih perkataan seerti dengan perkataan bergaris

26. Katak itu meloncat keluar dari kolam.


A. menyelam B. melompat C. mencampak

27. Buku itu tersusun kemas di atas meja.


A. tertimbun B. terbiar C. teratur

28. Harimau adalah sejenis binatang liar.


A. buas B. manja C. jinak

29. Murid-murid berkumpul apabila loceng berbunyi.


A. berhimpun B. berdiri C. bersama

30. Sampah-sarap bersepah di kawasan sekolah.


A. terkumpul B. berselerak C. berhimpun

Anda mungkin juga menyukai