Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL EHSAN

SUBANG JAYA
UJIAN BULAN MAC 2014
BAHASA MELAYU
(KERTAS SATU(1) )
TAHUN ENAM(6)
MASA : 50 MINIT
NAMA : _____________________________________________________________________
KELAS : _____________________________________________________________________
Soalan 1-18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ____________ bertugas di
hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.

Beliau

Dia

Saya

Aku

Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga _____________, kata dayang


kepada Laksamana.

beta

tuanku

patik

baginda

Kaki kakak ______________ kerana memakai kasut yang ketat.


A

melekit

melecur

melekuk

melecet

Kami sempat ______________ sotong semasa bercuti di Terengganu.


A

menjala

mencandat

memukat

memancing

Ahmad menekan loceng bas apabila _______________ tiba di pasar tani.


1

jauh

hampir

jarang

nyaris

Nenek _______________ akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung.
A

gembira

segan

rindu

hormat

Nasi yang ditanak oleh kakak ________________ seperti bubur.


A

tengik

lembik

hangit

mentah

Leong ________________ datang ke hadapan kelas apabila dipanggil oleh Cikgu Kamal.
A

awal

cekap

ligat

segera

Hamzah telah mendapat pekerjaaan _______________ dia berjanji kepada keluarganya


untuk membiayai persekolahan adiknya ________________ dia mampu.

10

dan selagi

maka sehingga

ketika sekiranya

kerana sementara

________________ pihak lawan cuba merampas bola itu ________________ Rokiah, dia
melemparkan bola itu kepada Hanim.

11

Ketika dari

Apabila daripada

Tatkala kepada

Semasa pada

Dahlia sungguh bangga ______________ sikap sopan santun yang ditunjukkan oleh
2

adiknya _______________ orang-orang tua.

12

13

dengan pada

pada dengan

akan terhadap

terhadap kepada

Negeri Perlis terletak di ________________ Semenanjung Malaysia.


A

timur

barat

utara

selatan

Wartawan itu sedang membuat ______________ tentang kejayaan olahragawan negara


yang memenangi pertandingan itu.

14

liputan

litupan

ucapan

ujaran

Murid-murid diharap agar mengambil _____________ bertanya untuk mengetahui


teknik belajar semasa kursus motivasi itu.

15

16

17

kesungguhan

keinginan

keterangan

kesempatan

Sesi ______________ dengan angkasawan negara dirakam oleh pihak media.


A

temu janji

temu ramah

soal selidik

soal siasat

Aini sekeluarga ______________ bercuti ke luar negara pada bulan lepas.


A

baik-baik

harap-harap

cuba-cuba

senyap-senyap

Rumah itu dipasang dengan _______________ pada tingkap untuk menjamin


3

keselamatan.

18

jejari

kekisi

sesiku

tetulang

Puan Rokiah menggunakan beberapa ______________ daun sirih untuk membuat


______________ hantaran sempena perkahwinan anak saudaranya.

19

helai gubahan

tangkai susunan

keping hiasan

jambak karangan

Dia telah mengemukakan usul dalam mesyuarat itu.


Pilih perkataan seerti bagi usul.

20

rumusan

keterangan

cadangan

rancangan

Lampu di dalam bilik itu terpadam secara tiba-tiba.


Pilih perkataan berlawan bagi terpadam.
A

menyala

bersilau

bersinar

mengerlip

Soalan 21 22
4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


21

Selepas hujan, air sungai itu mengalir dengan deras.

II Rakan-rakan Siti mengaguminya kerana dia deras berpidato.


III Pandangannya yang deras, sering mendapat perhatian rakan-rakan sekelasnya.
IV Larian Amin tidak begitu deras kerana baru sahaja pulih daripada demam.

22

I dan II

II dan III

III dan IV
D

I dan IV

Gadis itu lahir dalam keluarga pencinta seni.

II Kata-kata itu lahir daripada perasaannya yang ikhlas.


III Pokok itu lahir daripada benih yang ditanam seminggu yang lalu.
IV Idea itu lahir hasil daripada perbincangan kami semalam.

23

I, II, dan III

I, III, dan IV

I, II, dan IV

II, III, dan IV

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah
disiplin murid?
A

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program yang boleh meningkatkan


tatatertib murid.

Murid-murid haruslah mematuhi segala peraturan yang telah diterapkan


oleh pihak sekolah.

Penglibatan murid dalam pelbagai program membantu mengatasi masalah


disiplin.

Banyak langkah yang diadakan untuk meningkatkan disiplin murid di


sekolah.

24

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


5

Murid-murid yang menyertai lawatan diberikan taklimat keselamatan sebelum

menuju

destinasi.
A

Mengapakah murid-murid diberi taklimat keselamatan?

Bagaimanakah taklimat keselamatan diberikan kepada murid-murid?

Bilakah taklimat keselamatan diberikan kepada murid-murid?

Apakah taklimat keselamatan yang diberikan kepada murid-murid?

Soalan 25 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25

Siapkan kerja sekolah dan susun buku di dalam beg sebelum tidur,
kata Puan Rina kepada anaknya.
A

Puan Rina meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun


bukunya sebelum tidur.

Puan Rina menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun


buku di dalam beg sebelum tidur.

Sebelum tidur, Puan Rina menyuruh anaknya agar menyiapkan kerja


sekolah dan menyusun buku.

Sebelum tidur, Puan Rina berpesan kepada anaknya agar menyiapkan kerja
sekolah dan menyusun buku di dalam beg.

26

Kalau hendak menang acara olahraga peringkat daerah, kamu mesti berlatih
bersungguh-sungguh, kata cikgu kepada kami.
A

Kami meminta cikgu berlatih bersungguh-sungguh bersama-sama kami


untuk memenangi acara olahraga peringkat daerah.

Bersungguh-sungguhlah berlatih pada peringkat daerah, jika hendak menang


dalam olahraga, nasihat cikgu.

Berlatih acara olahraga bersungguh-sungguh jika kita hendak menang di


peringkat daerah, pinta cikgu.

Cikgu menyuruh kami berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi acara


olahraga peringkat daerah.

Soalan 27 28
6

Pilih ayat yang betul.


27

28

Kamil akan pulang ke kampung semalam.

Alwi menyimpan di dalam stor alat perkhemahan.

Tengkolok baginda telah dihiasi dengan permata nilam.

Suhaili mempunyai banyak majalah-majalah lama tentang sukan.

Cara menganyam tikar itu bagaimana?

II Mengapa kita akan mula mengemas stor sukan?


III Yang singgah ke rumah kamu itu siapakah?
IV Kamukah yang mengambil bola daripada Cikgu Zarina?
A

I dan II

II dan III

III dan IV
D

I dan IV

Soalan 29 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29

Keluarga Encik Ramli ____________ kerana sebaik sahaja mereka tiba di rumah saya,
makanan telah terhidang.

30

langkah kiri

langkah kanan

langkah seribu

langkah bendul

Rumah itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan jika pekerjanya
bersikap _____________ .
A

seperti gergaji dua mata

seperti tikus membaiki labu

seperti pahat dengan penukul

seperti kerbau dicucuk hidung

Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
7

Laporan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Taman Indah


Pada 17 April yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan Hari
Kantin. Program yang disertai oleh Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,
Matematik, dan Kemahiran Hidup berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Tujuan
utama Hari Kantin adalah untuk mengisi tabung persatuan-persatuan yang terlibat di samping
mendapatkan wang bagi membeli buku-buku untuk sudut bacaan setiap kelas.
Hari Kantin dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Program
ini dihadiri oleh orang ramai yang tinggal di Taman Indah dan kawasan sekitarnya. Turut hadir
pada hari tersebut ialah Pengerusi Penduduk Taman Indah.
Terlebih dahulu guru-guru penasihat bermesyuarat untuk menentukan barang-barang
yang akan dijual. Semua ahli persatuan yang telibat menghias gerai masing-masing sehari
sebelum Hari Kantin. Gerai-gerai ini terletak di kantin berhampiran dengan bengkel Kemahiran
Hidup. Pada Hari Kantin tersebut, ada yang menjual nasi lemak, kuih-muih, mi goreng, aiskrim,
buah-buahan, minuman, dan cenderamata. Orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang ada untuk
membeli barang-barang yang diingini. Kehadiran orang ramai menambahkan lagi kemeriahan
Hari Kantin tersebut.
Aktiviti sampingan seperti pertandingan melukis dan mewarna turut diadakan. Selain itu,
persembahan nyanyian, pakaian beragam serta tayangan gambar telah diadakan di dewan
sekolah. Persembahan tersebut amat menggembirakan para pengunjung. Hari yang cerah
membolehkan semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya cuaca agak redup.
Guru Besar berhasrat untuk meneruskan program ini pada tahun hadapan. Hal ini
demikian kerana sambutannya amat menggalakkan serta program ini berjaya mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Laporan disediakan oleh,

22 APRIL 2011.

(NURHASLINA BINTI MOHAMAD)


Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Indah.
31

Apakah tujuan utama Hari Kantin diadakan?


A

Mengumpulkan wang bagi persatuan di sekolah.

Membeli buku-buku untuk sudut bacaan.


8

32

33

34

35

Menjual pelbagai jenis barang.

Membuka gerai-gerai jualan.

Mengapakah guru-guru penasihat bermesyuarat sebelum Hari Kantin diadakan?


A

Untuk menghias gerai jualan.

Untuk menetapkan barang jualan.

Bagi menyusun aktiviti pertandingan dan pertunjukan.

Bagi menentukan persatuan yang mengambil bahagian.

Gerai-gerai jualan terletak di


A

bengkel Kemahiran Hidup.

dewan sekolah.

sudut bacaan.

kantin sekolah.

Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan


A

Hari Kantin itu dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Makanan yang dijual ialah kuih-muih, nasi goreng, dan aiskrim.

Guru Besar ingin mengadakan program ini pada tahun hadapan.

Murid-murid menyertai pertandingan nyanyian dan pakaian beragam.

Perkataan redup dalam petikan bermaksud


A

mendung

kelabu

kabur

malap

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MELAKA, 4 Mac Seorang guru dan seorang jurutera maut dalam kemalangan melibatkan lima
buah kenderaan di Kilometer 197.3 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Alor Gajah di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Farid Mazlan, 27, guru di Sekolah Sukan Bandar
Penawar, Johor dan Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28.
Ketua Trafik Melaka Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, dalam keadian kirakira pukul 4 pagi, sebuah lori tiga tan yang datang dari arah Kuala Lumpur ke Melaka merempuh
sebuah treler lalu melintang di tengah jalan raya.
Beliau berkata, sebuah kereta jenis Produa Myvi yang dipandu Muhammad Farid dari
arah Nilai ke Johor Bahru kemudian merempuh bahagian belakang lori terbabit menyebabkan
mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu Mohamad Fakhrulrazi yang menunggang motosikal dari arah Kuala
Lumpur ke Johor Bahru turut melanggar lori tersebut menyebabkannya maut di tempat
kejadian, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata, sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki dan
tiga orang penumpang juga merempuh lori terbabit namun pemandu serta penumpang kenderaan
itu hanya mengalami kecederaan ringan. Ahmad Adnan berkata, pemandu lori yang patah kaki
kanan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
36

37

Berapa buah kenderaankah yang terlibat dalam kemalangan itu?


A

Dua

Tiga

Empat

Lima

Bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku?


A

Sebuah lori merempuh sebuah treler

Sebuah kereta merempuh lori

Sebuah lori merempuh motosikal

Sebuah lori terbabas

10

38

39

40

Apakah kenderaan yang dipandu oleh Muhammad Farid?


A

Motosikal

Kereta

C
D

Bas

Lori

Apakah kecederaan yang dialami oleh pemandu lori itu?


A

Cedera di kepala

Patah kaki kanan

Patah tulang rusuk

Patah tangan kanan

Sikap di bawah perlu diamalkan ketika memandu, kecuali


A

mematuhi had laju.

bertolak ansur dengan pemandu lain.

kecuaian semasa memandu.

mematuhi peraturan jalan raya.

------- KERTAS SOALAN TAMAT ------Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

______________

______________

______________

(Cik Marziean Afiza Bt Affandi)


Guru Bahasa Melayu

(Cik Jumainah Bt Mohamed Bazin)


Panitia Bahasa Melayu

(Pn Hasmahani Bt Hassan Hadeli)


GPK Kurikulum

11

Anda mungkin juga menyukai