Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A (20 MARKAH)

Soalan 1-16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ____________


bertugas di hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.
A Beliau C Dia
B Saya D Aku

2 Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga _____________, kata


dayang kepada Laksamana Istana Kayangan.
A beta C tuanku
B patik D baginda

3 Kaki kakak ______________ kerana memakai kasut yang ketat.


A melekit C melecur
B melekuk D melecet

4 Kami sempat ______________ sotong semasa bercuti di Terengganu.


A menjala C mencandat
B memukat D memancing

5 Ahmad menekan loceng bas apabila _______________ tiba di pasar tani.


A jauh C hampir
B jarang D nyaris

6 Nenek _______________ akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke


kampung.
A gembira C segan
B rindu D hormat

7 Nasi yang ditanak oleh kakak ________________ seperti bubur.

1
A tengik C lembik
B hangit D mentah

8 Leong ________________ datang ke hadapan kelas apabila dipanggil oleh


Cikgu Kamal.
A awal C cekap
B ligat D segera

9 ________________ pihak lawan cuba merampas bola itu ________________


Rokiah, dia melemparkan bola itu kepada Hanim.
A Ketika dari
B Apabila daripada
C Tatkala kepada
D Semasa pada

10 Wartawan itu sedang membuat ______________ tentang kejayaan olahragawan


Negara yang memenangi pertandingan itu.
A liputan C litupan
B ucapan D ujaran

11 Sesi ______________ dengan angkasawan negara dirakam oleh pihak media.


A temu janji C temu ramah
B soal selidik D soal siasat

12 Rumah itu dipasang dengan _______________ pada tingkap untuk menjamin


keselamatan.
A jejari C sesiku
B kekisi D tetulang

13 Puan Rokiah menggunakan beberapa ______________ daun sirih untuk


membuat ______________ hantaran sempena perkahwinan anak saudaranya.

2
A helai gubahan
B tangkai susunan
C keping hiasan
D jambak karangan

Soalan 14 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Puan Hasnah sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.


A Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasnah.
B Halaman rumah sedang disusun oleh pasu bunga Puan Hasnah.
C Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasnah di halaman rumah.
D Di halaman rumah Puan Hasnah pasu bunga menyusun.

15 Kalau hendak menang acara olahraga peringkat daerah, kamu mesti berlatih
bersungguh-sungguh, kata cikgu kepada kami.
A Kami meminta cikgu berlatih bersungguh-sungguh bersama-sama kami
untuk memenangi acara olahraga peringkat daerah.
B Bersungguh-sungguhlah berlatih pada peringkat daerah, jika hendak
menang dalam olahraga, nasihat cikgu.
C Berlatih acara olahraga bersungguh-sungguh jika kita hendak menang di
peringkat daerah, pinta cikgu.
D Cikgu menyuruh kami berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi
acara olahraga peringkat daerah.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

3
16 A Kamil akan pulang ke kampung semalam.
B Alwi menyimpan di dalam stor alat perkhemahan.
C Tengkolok baginda telah dihiasi dengan permata nilam.
D Suhaili mempunyai banyak majalah-majalah lama tentang sukan.

Soalan 17 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Keperluan asas untuk hidup ialah makanan, pakaian, dan perlindungan.


Makanan merupakan keperluan asas yang paling penting. Kini telah menjadi kebiasaan
seseorang membeli makanan yang telah dimasak sama ada di restoran atau di gerai-
gerai. Namun timbul persoalan sama ada makanan yang dijual itu telah disediakan
dengan bersih dan selamat atau sebaliknya.

Keselamatan, kebersihan serta kualiti makanan yang baik memainkan peranan


yang penting untuk menarik pelanggan. Persatuan Pengguna-Pengguna Standard
(Standard Users) telah menjalankan satu kajian bagi pihak Persatuan Pengguna-
Pengguna Antarabangsa (Consumers International). Kajian ini melibatkan 100 orang
penjual makanan dan 100 orang pengguna.

Berdasarkan kajian, 44.3% penjual makanan menyatakan bahawa mereka tidak


pernah menjalani latihan asas kebersihan makanan. Manakala sebanyak 28% pula
menyatakan bahawa mereka berasa bahawa latihan atau kursus kebersihan adalah
tidak perlu dan tidak penting. Antara sebab yang lain adalah kerana mereka tidak
mampu untuk membayar yuran kursus dan ada yang menyatakan mereka tidak tahu di
mana kursus tersebut boleh diikuti.

Selain itu, menurut kajian juga, 58% daripada peniaga makanan juga
menyatakan bahawa pihak berkuasa jarang membuat pemeriksaan di premis mereka.
Selain itu, sebanyak 25% pengguna menyatakan bahawa mereka pernah mengalami
keracunan makanan disebabkan makanan yang dibeli.
.

17 Apakah keperluan asas untuk hidup?


A Makanan, pakaian, dan pelajaran.

4
B Makanan, pakaian, dan kasih-sayang.
C Makanan, pelajaran, dan kasih sayang.
D Makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

18 Apakah faktor yang memainkan peranan yang penting untuk menarik pelanggan
membeli?
A Keselamatan, kebersihan serta kualiti makanan.
B Kehadiran penjual mengikuti kursus asas kebersihan.
C Penjual yang menjual makanan pada harga yang murah.
D Penjual yang premisnya pernah diperiksa oleh pihak berkuasa.

19 Pihak manakah yang menjalankan kajian ini?


A Persatuan Pengusaha-Pengusaha Makanan.
B Persatuan Pengguna-Pengguna Standard
C Persatuan Pengguna-Pengguna Antarabangsa
D Persatuan Pengguna-Pengguna Mangsa Keracunan Pembeli Makanan
Siap

20 Antara berikut yang manakah bukan alasan penjual makanan tidak mengikuti
latihan asas kebersihan makanan?
A Tidak mampu untuk membayar yuran kursus.
B Tempat kursus terlalu jauh daripada premis mereka.
C Tidak tahu di mana kursus berkenaan boleh disertai.
D Kursus berkenaan adalah tidak perlu dan tidak penting.

BAHAGIAN B (30 MARKAH)

Soalan 21

5
Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai. (.........../6 markah)

pucuk gelung suap utas rawan cubit

a Alina terharu menerima se____________ rantai berlian daripada ibunya .

b Ibu telah memasukkan se____________ gula ke dalam masakannya.

c Pekedai itu meletakkan beberapa _____________ dawai di atas meja.

d Dua _____________ jala dilemparkan oleh Pak Abu dan Pak Usop di
sungai itu.

e Ibu bekerja kuat untuk mencari se_____________ nasi untuk kami sekeluarga.

f Syahmi menulis se______________ surat kepada sahabat yang dirinduinya.

Soalan 22
Nyatakan jenis ayat sama ada Ayat Penyata, Ayat Seruan, Ayat Tanya, atau Ayat
Perintah bagi ayat-ayat berikut. (.........../4 markah)

a Eh, bila awak sampai!


Jenis ayat: ________________________________

b Kemalangan itu berlaku di persimpangan Kampung Delima Batu.


Jenis ayat: ________________________________

c Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?


Jenis ayat: ________________________________

d Sila hubungi saya sebaik sahaja kamu tiba di sana nanti.


. Jenis ayat: _________________________________
Soalan 23
Baca petikan surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
(.........../5 markah)

6
55, Jalan Ali 2/8,
Taman Dahlia,
83200 Kota Tinggi,
Johor.
18 Ogos 2015.

Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,

Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis


perkahwinan abang saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya
turut berasa bangga kerana Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang
saudara dan pasangannya sebagai model adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu
ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu.
Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya.

Seminggu yang lalu, saya dan keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum
Iban di Sarawak. Mereka tinggal di dalam rumah panjang sejak beratus-ratus tahun
dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluarga dan diketuai oleh
Tuai Rumah. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk
sebuah keluarga. Di dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan
tanju. Tanju digunakan untuk menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil
hutan lain. Ruai pula ialah tempat berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan
acara rasmi lain.

Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang


hidup saya. Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lain
lembaran. Sekian, wassalam.

Sahabatmu,
Mira

a Di manakah Hilmi tinggal?



7
(1 markah)

b Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?


(1 markah)

c Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah
majlis sambutan pelancong itu akan diadakan?


(1 markah)

d Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih sebagai tempat
berlangsungnya majlis perkahwinan itu?




(2 markah)

Soalan 24
Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. (.........../10 markah)

8
16 Mac 2014

8.30 pagi

Baba sampai seperti dijanjikan. Mama segera menjemput baba bersarapan. Kami
pulang terlebih dahulu ke Bukit Ibam kerana baba mahu menelaah untuk peperiksaan
PTKnya.

10.00 pagi

Sebelum meninggalkan Bukit Ibam kami menjenguk atuk di kebun sayurnya. Semua
sudah faham situasi atuk dalam hal ini. Lebih baik atuk bercucuk tanam daripada
berjalan-jalan kerana akibatnya selepas itu atuk mengalami mabuk yang serius dan
berpanjangan. Setengah jam berada di Bukit Ibam, kami memulakan perjalanan.

Perjalanan kami ke Bandar Raya Melaka selama tiga jam setengah. Kami
menyewa dua buah bilik di Hotel Hollitel. Aku dan opah menginap sebilik manakala
Aina, mama, dan baba di bilik lain.

2.30 petang

Tanpa memunggah bagasi, kami terus sahaja menuju ke Eye On Malaysia. Tiket untuk
menaiki gondola bagi dewasa RM40.00 manakala kanak-kanak pula RM15.00. Opah
pula mendapat diskaun 25 peratus kerana telah melebihi 55 tahun. Selepas itu kami
menyusuri Sungai Melaka menaiki bot penumpang.

7.00 malam

Selepas makan malam kami menaiki Menara Berputar Taming Sari. Aku rasakan
menaiki gondola di Pulau Langkawi lebih mencabar daripada Menara Berputar Taming
Sari ini. Gondola di Tanah Tinggi Genting mungkin seperti gondola di Pulau Langkawi.

Selepas itu kami menaiki beca mengelilingi Bandar Raya Melaka yang disinari
cahaya pada waktu malam. Baba memberitahu kami yang ayahnya dahulu seorang
penarik beca. Kami pulang ke hotel pada pukul 10.00 malam. Aku tidak sabar
menunggu hari siang untuk meneruskan lawatan ke Zoo Melaka dan Taman Tema Air A
Famosa.

a Apakah yang dilakukan oleh Baba di Bukit Ibam?



9
(2 markah)

b Kenapakah datuk penulis tidak menyertai mereka?




(2 markah)

c Bilakah mereka menaiki Menara Berputar Taming Sari?




(2 markah)

d Antara berikut, tempat manakah yang pernah penulis lawati. Tandakan ( ).

i) Melaka
ii) Pulau Pinang
iii) Pulau Langkawi
iv) Tanah Tinggi Genting

(3 markah)

e Berdasarkan petikan, bagasi membawa maksud



(1 markah)

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya. (........../5 markah)

Jenis pertandingan Masa Tempat Kumpulan Umur

10
Pertandingan 8.00 pagi
Kantin sekolah 5 7 tahun
mewarna 12.00 tengah hari
8.00 pagi
Pertandingan bercerita Dewan sekolah 8 10 tahun
10.00 pagi
Mendeklamasikan 10.00 pagi
Dewan sekolah 10 12 tahun
sajak 12.00 tengah hari
2.00 petang Dataran 12 tahun dan ditemani
Mencari harta karun
4.00 petang perhimpunan ibu bapa
4.00 petang 7 12 tahun dan para
Sukaneka Padang sekolah
6.00 petang ibu bapa

a Sebagai murid Tahun Dua, apakah pertandingan yang boleh disertai oleh Asma?

(1 markah)

b Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk
menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
i) ..............................................................
ii) ..............................................................
(2 markah)

c Berdasarkan jadual, berapa lamakah masa program di atas berlangsung?


jam.
(2 markah)

------- SELAMAT MAJU JAYA -------

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

------------------------------ .

Marziean Afiza Binti Affandi Suriani Binti Aliah Nurul Nadiah Binti Mohd Noor
Guru Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu GPK Kurikulum

11

Anda mungkin juga menyukai