Anda di halaman 1dari 35

*To view the video for this worksheet, click

SERI OMEGA INTERNATIONAL SCHOOL

SUBJECT : BAHASA MELAYU LEVEL : YEAR 8 ONLINE LESSON : 1


DATE : 19 MAY 2021

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah kata penyambung ayat yang menghubungkan:


a) kata dengan kata
b) kata dengan frasa

c) ayat dengan ayat


2. Digunakan untuk menggabungkan dua binaan ayat, klausa dan frasa bagi membentuk ayat
majmuk.
3. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
a) kata hubung gabungan

b) kata hubung pancangan


c) kata hubung berpasangan
Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan Contoh ayat


Dan Jamal dan Salleh menunggang basikal ke sekolah.
Atau Kamu suka makan nasi lemak atau nasi goreng?
Lalu Shima masuk ke bilik lalu membuka suis lampu.
Serta Nazri serta adiknya bermain layang – layang.
Sambil Abang membasuh kereta sambil mendengar lagu.
Tetapi Dia hendak membeli buku tetapi terlupa membawa duit.
Malahan Natasya bukan sahaja pandai, malahan baik hati pula.
Kemudian Baca arahan di bawah, kemudian lengkapkan ayat yang diberikan.

Kata hubung pancangan Contoh ayat


Agar Kami berdoa agar kamu cepat sihat.

1
Yang Guru yang bertudung itu ialah guru kelas saya.
Apabila Saya akan menghubungi kamu apabila ada masa lapang.
Kalau “Saya akan melawata awak lagi kalau saya ada kelapangan” kata
Ayu.
Kerana Adik tidak hadir ke sekolah kerana demam.
Sehingga Kami mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam.
Untuk Encik Said bersiap – siap untuk pergi ke masjid.
Supaya Kamu mesti makan ubat supaya cepat sembuh.
Jikalau Jikalau kamu ada apa – apa pertanyaan, sila berjumpa dengan
pihak penganjur.
Bahawa Pak Cik Idrus memaklumkan bahawa nenek akan menunaikan haji
pada tahun ini.
Walaupun Walaupun tidak sihat, dia masih meneruskan latihannya.
Sementara Kami membaca buku cerita sementara menunggu bas tiba.

Kata hubung Contoh ayat


berpasangan
Baik … mahupun Baik Shidi mahupun abangnya, kedua – duanya baik hati.
Bukan sahaja … tetapi Kita bukan sahaja perlu menghormati orang yang lebih tua
juga daripada kita, bahkan juga orang lebih muda.
Jangankan … pun Jangankan budak kecil, orang dewasa pun belum tentu dapat
mengangkat benda itu.

A. Jawab soalan yang diberi di bawah.

1. Erina ______ Umairah menunggu bas sekolah sambil berbual – bual.

A. sambil
B. lalu
C. kemudian
D. dan

2. Juliana membuka pintu biliknya ________ merebahkan diri ke atas katil.


A. dan
B. serta
C. lalu
D. sambil

2
3. Perlawanan bola jaring itu akan dibatalkan ________ hari hujan.
A. lalu
B. jika
C. maka
D. manakala

4. “Kalian perlulah berusaha dengan bersungguh – sungguh _____________ berjaya dalam


pelajaran,” nasihat guru kepada semua murid.
A. agar
B. kalau
C. untuk
D. sambil

5. Abang hendak membeli surat khabar ____________ dia terlupa membawa duit.
A. lalu
B. serta
C. tetapi
D. kerana

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Yang Manakala Untuk Lalu Sambil


Apabila Bahawa Malahan Sejak Atau

1. Budak _____________ memakai baju biru itu ialah sepupu saya.


2. Puan Mariam memaklumkan __________ ujian akan diadakan pada minggu hadapan.
3. “Saya akan menelefon ibu _______________ saya tiba di sana nanti,” kata Linda.
4. Rombongan itu akan pergi ke Kedah ____________ Melaka?
5. Adik membuka peti sejuk _____________ mengambil sepotong kek.
6. Kami pergi ke hospital _______________ melawat jiran kami yang sakit.

3
7. Aqilah dan Syana berkawan baik _______________ mereka belajar di tadika lagi.
8. Membaca _____________ berbaring merupakan amalan yang kurang baik.
9. Kamil suka bekerja makan gaji, ______________ Zulkifli lebih suka bekerja sendiri.
10. Tiada faedahnya kamu membuat kerja itu, _____________ membuang masa sahaja.

C. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Laporan Hari Keluarga


Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor telah
menganjurkan Hari keluarga bertempat di padang sekolah pada hari Sabtu yang lalu.
Hari keluarga itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara ibu bapa, guru,
kakitangan sekolah dan murid – murid. Selain itu, program ini juga bertujuan menyahut cabaran
dan seruan kerajaan untuk mengutamakan keluarga dalam segenap hal melalui kempen
‘Utamakan Keluarga’.
Pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya, aktiviti
sukaneka melibatkan semua pihak seperti ibu, bapa , guru, kakitangan sekolah dan murid –
murid. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Antara acara yang dijalankan dalam aktiviti sukaneka adalah seperti berlari dalam guni,
mengisi air dalam botol, terompah gergasi, memancing botol dan banyak lagi. Para peserta saling
bekerjasam bagai aur dengan tebing dalam menjayakan program tersebut.
Selain itu, persembahan pentas turut diadakan oleh murid – murid. Ibu bapa dan guru
dijemput untuk menonton persembahan itu selepas waktu tengah hari.
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor, program seperti ini akan
dijalankan pada setiap tahun. Hal ini demikian kerana program ini berjaya merapatkan hubungan
baik antara ibu bapa, guru, kakitangan sekolah dan murid – murid. Selain itu, aktiviti yang
dijalankan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid untuk mewujudkan
suasana harmoni di sekolah.

4
Hari keluarga itu tamat pada pukul 5.00 petang. Program diakhiri dengan majlis
penyampaian hadiah. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamat yang
disasarkan.

Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2019

Syafiqah Razali
Setiausaha,
Sekolah Kebangsaaan Pantai Kundor.

1. Siapakah yang menyediakan laporan di atas?

2. Mengapakah program itu dilaksananakan?

3. Apakah tujuan kempen Utamakan Keluarga yang dijalankan oleh pihak kerajaan?

4. Senaraikan acara yang telah dijalankan pada hari keluarga itu. Senaraikan tiga.

5
5. Pada pukul berapakah hari keluarga itu tamat?

6. Tandakan bagi jawapan yang betul.


Peribahasa “Bagai aur dengan tebing” dalam petikan bermaksud
A. menggandakan usaha untuk mencapai kejayaan.
B. kejayaan datang dengan tiba – tiba dan pantas.
C. bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
D. bertoleransi dan faham – memahami dalam membuat sesuatu kerja.

D. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.


Cikgu Sharina memberitahu bahawa Aidil mendapat giliran yang terakhir. Aidil berasa cemas dan
gementar. Belum pernah dia menyertai pertandingan yang setaraf ini. Namun begitu, Cikgu
Sharina cuba menenangkan perasaan Aidil yang Nampak panik.
Seorang demi seorang telah menyampaikan cerita mereka. Kini, tibalah giliran Aidil untuk
naik ke pentas. Dia cuba menenangkan perasaannya. Ditarik nafas sadalam – dalamnya agar dia
berasa tenang dan yakin.
Aidil memulakan ceritanya. Para penonton mendengar dan menyaksikan persembahan
Aidil dengan penuh minat. Para hakim juga memberikan tumpuan untuk memberikan markah
yang sewajarnya. Selesai menyampaikan cerita, Aidil menerima tepukan yang paling gemuruh
berbanding dengan para peserta yang lain. Dia bersyukur kerana dapat menyampaikan cerit
dengan baik meskipun pada mulanya agak gugup dan cemas.

1. Berdasarkan petikan, Aidil mungkin sekali menyertai


A. Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan
B. Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah
C. Pertandingan Debat Peringkat Negeri
D. Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan.

6
2. Siapakah yang cuba menenangkan perasaan Aidil?
A. guru kelas Aidil.
B. guru bimbingan dan kaunseling Aidil.
C. guru pengiring Aidil.
D. guru besar Aidil.

3. Apakah kriteria utama yang perlu ada pada peserta yang menyertai sesuatu pertandingan?
A. Berani, bersemangat dan suka akan persaingan.
B. Jujur dan ikhlas.
C. Pemurah dan suka membantu
D. Hormat kepada guru

4. Apakah perkara utama yang dilakukan oleh Aidil untuk menenangkan perasaanya sebelum
memulakan persembahan?
A. mendengar nasihat guru
B. menarik nafas sedalam – dalamnya
C. berlatih di bilik yang berhampiran
D. mengingati kembali cerita yang dihafal

5. Pada pendapat kamu, apakah keputusan yang diperoleh oleh Aidil?


A. menjadi johan pertandingan
B. mendapat tempat tercorot
C. penyertaannya dibatalkan kerana tidak melakukan persediaan
D. dimarahi oleh gurunya kerana selalu gementar sebelum pertandingan berlangsung

7
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan e-mel di bawah.

Kepada : kahirul12@gmail.com
Daripada : anak1@gmail.com
Perkara : Tokyo

Apa khabar Khairul? Kakak harap Khairul dan ______________ dalam keadaan sihat. Kakak
sangat merindui keluarga di tanah air. Keadaan kakak di sini usah dibimbangkan. Kakak dalam
keadaan _____________.

Dalam e-mel yang baru kakak terima, Khairul ada bertanya tentang musim bunga di Tokyo.
Baiklah, kakak gembira dapat _______________ cerita tentang bandar Tokyo. Tokyo merupakan
bandar __________________ di Jepun.

Musim bunga merupakan musim paling ramai pelancong datang melancong ke Jepun. Orang –
orang jepun akan berkumpul di bawah pokok – pokok sakura untuk _______________
keindahannya. Tradisi ini sudah diamalkan sejak dahulu lagi dan dikenali dengan nama ‘hanami’

Sihat Berkongsi Pelancong Mekar


Merindui Berzaman – zaman Terbesar Bersantai
Keluarga Menikmati Bercerita

8
*To view the video for this worksheet, click

SERI OMEGA INTERNATIONAL SCHOOL

SUBJECT : BAHASA MELAYU LEVEL : YEAR 8 ONLINE LESSON : 2


DATE : 26 MAY 2021

Kata Tanya

1. Kata tanya digunakan sama ada untuk menanyakan perihal sesuatu seperti orang, haiwan,
benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara.
2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda tanya (?) dalam tulisan.
3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:
a) Apa : menanyakan benda atau haiwan.
Contoh : Apakah nama kucing awak?
Apakah yang ada di dalam kotak itu?

b) Siapa : digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.


Contoh: Siapakah nama adik kamu?
Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?

c) Mangapa : digunakan untuk menanyakan sebab.


Contoh: Mengapakah kamu menangis?
Mengapakah Julia tidak keluar makan?

d) Berapa : digunakan untuk bertanya tentang jumlah atau harga


Contoh: Berapakah harga baju itu?
Berapakah jumlah kereta yang datang tadi?

1
e) Bila : menanyakan masa dan waktu
Contoh: Bilakah kamu akan bertolak ke rumah Amyra?
Bilakah dia akan sampai?

f) Di mana : digunakan untuk bertanyakan tempat


Contoh: Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?
Di manakah kemalangan itu berlaku?

g) Bagaimana : menanyakan sebab


Contoh: Bagaimanakah keadaan ibu kamu?
Bagaimanakah dia boleh menjadi seorang yang berjaya?

h) Adakah : digunakan untuk bertanyakan jawapan yang menggunakan “ya” atau “tidak”

Contoh: Adakah kamu mempunyai adik?


Adakah kamu lewat tadi?

Maklumat tambahan:

1. Kata tanya yang digunakan pada permulaan ayat mesti disertakan dengan partikel –kah.
2. Kata tanya yang digunakan pada akhir ayat pula tidak perlu diletakkan partikel –kah.
3. Terdapat juga soalan yang tidak menggunakan kata tanya yang khusus.

Latihan pengukuhan :

A. Tandakan (√) pada ayat yang menggunakan kata berimbuhan yang betul dan (x) pada ayat
yang menggunakan kata berimbuhan yang salah.

1. Siapa nama guru kelas kamu? __________


Siapakah nama guru kelas kamu? ___________

2
2. Dia pandaikah? __________
Pandaikah dia? ____________

3. Itukah suami Ani? ____________


Suami Ani itukah? _______________

4. Kedai itu terbakarkah? _____________


Kedai itu terbakar? _____________

5. Siapakah lelaki yang kacak itu? ________________


Lelaki yang kacak itu siapakah? ________________

6. Adira mempunyai seorang adik adakah? ________________


Adakah Adira mempunyai seorang adik? ________________

7. Bagaimanakah kamu boleh sampai ke sini? _______________


Kamu boleh sampai ke sini bagaimanakah? ________________

8. Bila kamu akan bertolak ke Los Angeles? ______________


Kamu akan bertolak ke Los Angeles bila? ______________

9. Di mana kamu dilahirkan? ________________


Kamu dilahirkan di mana? ________________

10. Berapakah jumlah barang ini? ________________

Jumlah barang ini berapakah? ________________

3
B. Bina soalan berdasarkan jawapan yang telah diberikan di bawah.

1. ___________________________________________________________________________

Jawapan:
Lelaki yang kacak itu ialah abang saya.

2. ___________________________________________________________________________

Jawapan :
Ya, saya mempunyai seorang adik.

3. ___________________________________________________________________________

Jawapan:
Saya akan pergi ke Terengganu pada cuti sekolah nanti.

4. ___________________________________________________________________________
Jawapan :

Nama ikan peliharaan saya ialah Andre.

5. ___________________________________________________________________________
Jawapan:
Saya menjerit kerana terkejut.

6. ___________________________________________________________________________
Jawapan:

Rumah Haji Wahib di Taman Purnama.

4
Latihan pengukuhan Imbuhan Kata Terbitan.

C. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. “Aktiviti _____________ sangat baik untuk kesihatan kita,” kata Jefri.


A. bergerak
B. beragam
C. beramah
D. bersenam

2. Azlin akan pergi ________ di negara Jepun.


A. bercuti
B. berjumpa
C. terkenang
D. tersedar

3. Pada waktu petang, Borhan dan rakan – rakannya akan _____________ bola di padang.
A. bermain
B. dimain
C. memainkan
D. mempermainkan

4. Duit itu telah saya ______________ di dalam tabung.


A. berikan
B. sisihkan
C. hantarkan
D. simpankan

5
5. Malik, Ah Seng dan Natasya ____________ ke sekolah.
A. berbasikal
B. berbeskal
C. berbassikal
D. bebola

6. Kelly __________ di atas sofa setelah penat bekerja.


A. berehat
B. bermain
C. melancong
D. berjumpa

7. Hasmah _________ buku pada waktu rehat.


A. membaca
B. menuai
C. tersedia
D. meletup

8. Guru berpesan kepada kami supaya tidak ________ minuman yang dijual oleh penjaja di kaki
lima itu.
A. melihat
B. membeli
C. tersimpan
D. simpanan

6
D. Tandakan (√) pada ayat yang menggunakan kata berimbuhan yang betul dan (x) pada ayat
yang menggunakan kata berimbuhan yang salah.

1. Tukang kebun itu sedang mecat pasu – pasu bunga di sekolah. ____________
2. Abang baru sahaja mengepos surat itu. ____________
3. Kucing itu telah mempelihara Aida. ____________
4. Adam tidak terangkat kotak yang berat itu. ____________
5. Cikgu Murni ialah seorang guru yang penyayang. ____________
6. Sidek mengirimi surat kepada anaknya yang berada di perantauan. ____________
7. Anak Mak Leha semuanya menjadi. ____________
8. Bekerja itu sedang memperbaik kerosakan yang berlaku di jalan raya. ____________
9. Tugu memperingat itu dibina untuk mengenang pengorbanan perajurit negara. ___________
10. Kebanyakkan remaja pada hari ini suka membuang masa di pusat beli – belah. __________

E. Tulis imbuhan yang sesuai pada perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah pada ruangan
yang disediakan.

1. Kami akan saksi perlawanan bola sepak itu di Stadium Shah Alam.

2. Feri itu gerak ke Pulau Langkawi.

3. Naziha asal dari Taiping, Perak.

4. Saliha pesan lima bungkus nasi lemak untuk dibawa pulang.

7
D. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Penternakan burung puyuh di Malaysia masih berada di tahap kecil – kecilan. Kebanyakan
penternak burung puyuh masih lagi mengamalkan cara penternakan yang tradisional dan tidak
melakukannya secara meluas.
Pembekalan anak burung puyuh dilihat sangat terhad. Baka anak burung puyuh diperoleh
sama ada dari ladang sendiri atau dibeli daripada penternak lain yang mempunyai penternakan
baka burung puyuh. Penternak baka burung induk burung puyuh menggunakan sistem
pembiakan kaedah pusingan, iaitu kaedah anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah
tua, maka penternak akan mengambil telur – telur daripada stok ini untuk ditetaskan dan
dijadikan stok induk. Penternakan burung puyuh tidak memakan masa yang lama. Masa yang
diambil hanya satu hingga enam minggu sahaja. Selepas enam minggu, penternak akan
memperoleh hasil atau pulangannya.
Cara penternakan ini telah berjalan dengan begitu lama. Walau bagaimanapun, hasil
pengeluaran dan prestasi burung puyuh dilihat semakin merosot. Jabatan Pertaninan mengambil
beberapa langkah untuk membantu penternak mengusahakan penternakan puyuh dan
memperoleh pendapatan yang lumayan.
1. Bagaimanakah tahap penternakan burung puyuh di Malaysia?
A. besar - besaran

B. sederhana
C. kecil - kecilan
D. tersangat maju

2. Kebanyakan penternak burung puyuh di Malaysia menternak burung puyuh dengan cara
A. penternakan moden
B. penternakan separa moden
C. penternakan telur
D. penternakan tradisional

8
3. Bagaimanakah penternak mendapatkan bekalan baka anak burung puyuh?
A. dari ladang sendiri.
B. dari kedai.

C. dari ladang sendiri atau diberili daripada penternak lain.


D. dari kedai runcit.

4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menternak burung puyuh?

A. sebulan
B. satu minggu
C. selepas enam minggu
D. bergantung pada burung puyuh

5. Perkataan merosot membawa maksud


A. terhad
B. berundur
C. berkurangan

D. terjejas

E. Pilih perkataan yang paling sesuai uuntuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

Ahmad : Saya ingin mempunyai badan yang sihat. Bagaimanakah cara pemakanan yang betul
untuk diamalkan.

Fauzi : Saya cadangkan agar sayur dimakan secara mentah bagi ________________
(mengekalkan, membaca) zat semula jadinya.

Ahmad : Oh, begitu! Nanti saya amalkan. Bagaimanakah pula dengan minuman kita?

Fauzi : Air yang kita minum perlulah dimasak dahulu untuk membunuh kuman.

9
Ahmad : Ahli keluarga saya dididik agar selalu ________________ (menjaga, melepaskan)
kebersihan tubuh badan.

Fauzi : Kita haruslah menitikberatkan penjagaan keberishan diri dan tempat tinggal supaya tidak
mudah diserang penyakit yang berbahaya.

Ahmad : Saya juga mementingkan kecergasan diri. Sendi dan otot hendaklah dijaga ___________
sentiasa sihat (agar, mesti). Pergerakan hendaklah dikawal supaya tidak mendatangkan
kecederaan pada diri sendiri.

Fauzi : Wah, kagum saya _____________ (membaca, mendengar) maklumat yang kamu berikan!
Maklumat ini sangat berguna kepada mereka yang mahu mengamalkan cara hidup sihat.

Ahmad : Saya memperoleh pelbagai maklumat ini daripada buku “kesihatan diri”.

Fauzi : Terima kasih Ahmad kerana sudi ____________ (berkongsi, beriadah) ilmu.

Ahmad : Jangan dilupakan pesan orang bijak pandai. Tidak guna mempunyai harta berlipat ganda
jika kesihatan diri tidak terpelihara.

Fauzi : Betul. Saya setuju dengan pendapat kamu.

10
F. Bina ayat yang lengkap dengan menggunakan perkataan yang diberikan di bawah. Ayat
tersebut hendaklah mengandungi sekuran – kurangnya empat patah perkataan.

1. membaca

2. mendengar

3. berlatih

4. menendang

5. memenangi

6. melukis

7. menangkap

11
*To view the video for this worksheet, click

`SERI OMEGA INTERNATIONAL SCHOOL

SUBJECT : BAHASA MELAYU LEVEL : YEAR 8 ONLINE LESSON : 3


DATE : 16 JUNE 2021

KATA ARAH

1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan atau hala
sesuatu benda.
2. Kata arah didahului dengan kata sendi nama, contoh dari, daripada.
3. Contoh kata arah adalah seperti berikut:
Bil. Kata Arah Ayat Contoh
1 tepi
2 sisi
3 samping
4 sebelah
5 dalam
6 luar
7 seberang
8 atas
9 bawah
10 sudut
11 penjuru
12 depan
13 hadapan
14 belakang

1
15 tengah
16 kanan
17 kiri
18 hujung
19 pangkal
20 puncak
21 kaki
22 antara
23 timur
24 barat
25 utara
26 selatan
27 celah
28 sebalik

Latihan Pengukuhan

A. Lengkapkan ayat di bawah dengan kata arah yang betul.

1. Simon di denda berdiri di _____________ kelas.


2. Aisyah meletakkan makanan di ____________ meja untuk memberikan kucingnya makan.
3. Emak menyimpan baju di _______________ almari.
4. Jin Ru berdiri di _____________ cikgu untuk menjawab soalan.
5. Negeri Johor terletak di ___________Malaysia.
6. Emak menyuruh saya menunggu di ______________ rumah untuk memastikan adik telah
pulang.
7. Pemuda yang jatuh dari _______________ bangunan tinngi itu cedera parah .
8. Emak meletakkan pasu bunga itu di _______________ rumah.

2
9. Budak itu berasa malu dan berdiri di ______________ ayahnya.
10. Kanak – kanak yang nakal itu bermain di _____________ jalan raya.

selatan tengah penjuru belakang samping

atas luar sudut sisi Dalam

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.


A. sudut
B. dalam
C. depan
D. bawah

2. Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke ______ telefon bimbit.
A. sisi
B. dalam
C. penjuru
D. puncak

3. Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.


A. atas
B. sudut
C. pinggir
D. belakang

3
4. Kawasan perkelahan itu terletak di ____ sungai.
A. hilir
B. antara
C. bawah
D. penjuru

5. Bapa berdiri di ____ kereta sambil berbual-bual dengan kawannya.


A. tepi
B. dalam
C. hujung
D. pinggir

6. Terdapat dua bilah gunting di ____ kotak itu.


A. hilir
B. luar
C. hulu
D. dalam

7. Budak itu memasang barang hiasan di ____ pensel baharunya.


A. hujung
B. puncak
C. dalam
D. hadapan

4
8. Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di _____
pentas.
A. utara
B. bawah
C. atas
D. sudut

9. Di _____ sungai itu ada sebuah pondok usang.


A. puncak
B. dalam
C. atas
D. seberang

10. Beberapa orang pemain berkumpul di gelanggang bola keranjang.


A. tepi
B. celah
C. selatan
D. tengah

11. Beberapa buah beg diletakkan di _____ kelas 6C.


A. penjuru
B. hilir
C. hulu
D. utara

5
12. Jonathan berdiri di ______ kuda yang hendak ditunggangnya.
A. sisi
B. hulu
C. selatan
D. utara

13. Pengawas itu berdiri di _____ murid -murid Tahun 4 Maju semasa perhimpunan dijalankan.
A. sudut
B. pinggir
C. pangkal
D. hadapan

14. Petani bertungkus-lumus menuai padi di _____ cahaya matahari yang terik.
A. segi
B. atas
C. bawah
D. puncak

15. Sazali duduk di ____ ibu dan kakaknya semasa menonton televisyen.
A. hilir
B. hulu
C. hujung
D. antara

6
C. Susun semula perkataan di bawah ini supaya menjadi ayat yang betul.

berharap / Kura-kura /hendak /terbang/.


_________________________________________
_________________________________________

memberitahu / Kura-kura / harapannya / burung /


kepada / .
_________________________________________
_________________________________________

Burung / terbang / membawa / kura-kura / tinggi / di /


udara /.
_________________________________________
_________________________________________

mulut / membuka / bercakap / Kura-kura / untuk / . /


ke / bumi / Kura-kura / jatuh / . /
_________________________________________
_________________________________________
_________________________________________

7
D. Kelaskan kata nama di bawah sama ada kata nama am, khas atau kata ganti nama diri.
Kemudian, bina ayat yang lengkap menggunakan perkataan tersebut.
1. Kipas

2. Beliau

3. Jumaat

4. Jun

5. Pak Zakaria

6. Kamu

7. Dia

8. Muka

9. Tetikus

8
*To view the video for this worksheet, click

SERI OMEGA INTERNATIONAL SCHOOL

SUBJECT : BAHASA MELAYU LEVEL : YEAR 8 ONLINE LESSON : 4


DATE : 23 JUNE 2021

A. Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang hadir dalam ayat untuk menafikan sesuatu.
Terdapat dua kata nafi, iaitu:
bukan tidak

A. Kata nafi bukan


Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa nama atau frasa sendi nama.
Contoh dalam ayat.

1. Saya bukan murid tahun lima.


2. Tempat tinggal Leong bukan di bandar.
3. Dia bukan daripada keluarga yang senang.
4. Saravanan bukan pemain utama pasukan kita.
5. Ahli bina badan itu hebat tetapi bukan dari Sarawak.
6. Beliau menyatakan bahawa bilik ini bukan untuk guru.
7.Beliau yang bukan doktor pakar berkhidmat di hospital ini.
8. Saya amat bimbang kerana beliau bukan jurulatih professional.

Kata nafi bukan boleh juga digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila
digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat.

1
Contoh dalam ayat.
1. Dia bukan sahaja pandai, malah berbudi bahasa.
2. Beliau bukan hendak melawat ke Langkawi, tetapi ke Pulau Tioman.

B. Kata nafi tidak


Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh dalam ayat.


1. Rumahnya tidak besar.
2. Samad tidak dipilih mewakili sekolah.
3. Ibu ke bandar walaupun masih tidak sihat.
4. Pemain itu direhatkan kerana tidak cergas.
5. Mereka yang tidak hadir ialah Ahlagan, Suhaili dan Kok Leong.
6. Orang tua itu kurus kerana tidak makan nasi pada waktu malam.
7. Pegawai yang tidak menjalankan tugas itu daripada pasukan mereka.

Latihan Pengukuhan

A. Nyatakan sama ada penggunaan kata nafi bukan dan tidak dalam ayat di bawah betul
atau salah.

1. Pemain itu tidak dari Johor Bahru.

________________________________________

2. Beliau bukan memenangi pertandingan itu.

________________________________________

3. Mereka berbincang tidak tentang pelajaran.

________________________________________

2
4. Beliau bukan guru besar baharu sekolah kita.

________________________________________

5. Mereka tidak pandai mengambil hati ibu bapa.

________________________________________

B. Isi tempat kosong dalam setiap ayat di bawah dengan kata nafi yang sesuai.

1. Kelab catur ______________________ pilihannya.

2. Beliau _____________________ ke Sarawak, tetapi ke sekolah.

3. Walaupun rumahnya kecil, dia _____________________ miskin.

4. Pelajar itu ___________________ sahaja bijak, malah persiapan juga.

5. Dia ____________________ peserta yang memenangi pertandingan itu.

6. Hairul _____________________ menghadiri kelas tambahan pada petang itu.

7. Mereka __________________ memerlukan pakaian, tetapi memerlukan wang.

8. Shazwan ___________________ pengawas sekolah, tetapi pengawas pusat sumber.

9. Kejayaan dalam akademik sahaja __________________ menjamin masa depan seseorang.

10. Surat itu ____________________ daripada Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian


Kesihatan.

C. Gariskan jawapan yang betul

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( tidak / bukan ) berasal dari negeri Perlis tetapi Kedah.

2. Mereka datang ( tidak / bukan ) hendak bergaduh dengan Hassan tetapi untuk
bertanyakan khabar.

3
3. Basikal yang dijumpai di dalam semak itu ( tidak / bukan ) kepunyaan adiknya.

4. Pemuda yang dituduh mencuri itu ( tidak / bukan ) takut kerana dia tidak bersalah.

5. Suzaili tetap tersenyum walaupun dia ( tidak / bukan ) terpilih menyertai pertandingan
itu.

6. Suraj ( tidak / bukan ) mahu mendengar nasihat daripada abangnya.

7. Tong Seng ( tidak / bukan ) berani mengganggu budak itu selepas dia dimarahi ibunya.

8. Puan Wong tidak kenal budak itu kerana dia ( tidak / bukan ) jirannya.

9. Duit itu ( tidak / bukan ) kepunyaan Anson.

10. Hanif terpaksa berpisah dengan kawan baiknya walaupun itu ( tidak / bukan )
kemahuannya.

D. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai.

1. Bryan seorang murid yang pintar. ___________belajar di kelas 6 jujur.

2. “ _______ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.

3. “Bolehkah _______ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.

4. “ __________ perlu mengalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan
seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.

5. “ ____________ akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.

6. Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana __________ tidak menyiapkan kerja
sekolah.

7. Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. __________ telah berkhidmat di
sekolah itu selama hampir tujuh tahun.

8. “ __________ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.

4
9. Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan ______ menolong seorang mangsa kemalangan
pada pagi tadi.

10. _________ mestilah taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita.

E. Pilih kata nama am yang paling sesuai dengan ayat-ayat di bawah.

Semut ialah sejenis (1) _____________________ yang rajin dan kuat. Semut dapat
mengangkut (2) __________________ yang berat sehingga lima puluh kali daripada berat
badan semut itu sendiri. Kebanyakan semut membuat (3) ______________ di bawah
tanah. Semut tinggal di dalam kumpulan yang (4) __________________.

Walaupun terdapat beribu-ribu ekor semut dalam satu kumpulan tetapi hanya seekor
(5) ____________________ yang bertelur untuk membiak dan sedikit sahaja semut jantan.
Semut-semut yang lain digelar semut pekerja yang bertugas mencari (6)
____________________ dan membuat sarang.

besar serangga beban

permaisuri sarang makanan

F. Baca petikan di bawah. Nyatakan cara-cara menjaga kebersihan kuku.

Kuku merupakan sebahagian daripada tubuh manusia. Kuku ialah sejenis protein yang
terletak pada hujung jari tangan dan jari kaki kita. Kita perlulah menjaga kebersihan kuku. Cara
untuk menjaga kebersihan kuku amatlah mudah untuk kita lakukan.

Antara cara menjaga kebersihan kuku ialah kita perlulah membersihkan hujung jari dan
kuku dengan menggunakan sabun dan antiseptic. Kita juga tidak boleh menggigit kuku atau
mengorek telinga dengan kuku. Perbuatan ini akan merosakkan kulit kuku kita. Selain itu, kita

5
juga digalakkan untuk menggunakan bahan pelembap untuk memastikan kuku sentiasa lembap.
Jika kuku kita tercabut akibat kemalangan pula, kita perlu memberishkan kesan luka itu.
Kemudian, sapukan ubat luka pada kuku dan balut bahagian ini sehingga kuku yang baharu
tumbuh semula.

Cara-cara menjaga kebersihan kuku

G. Lengkapkan petikan di bawah dengan kata nama yang betul.

Sekolah saya terletak di tepi (1) ___________________________. Pada minggu lepas,


saya telah ternampak satu kemalangan. Sebuah kereta (2) _________________ dilanggar oleh
sebuah lori. Pemandu kereta itu cedera parah manakala pemandu (3)
____________________________ cedera ringan.

Tidak lama kemudian, sebuah (4) _____________________ tiba di tempat kejadian. Seorang
anggota polis mengawal lalu lintas. Saya mengenali anggota polis itu kerana beliau (5)
____________________________ saya. Nama beliau ialah (6) _________________________.

Mangsa-mangsa kemalangan diangkat masuk ke dalam ambulans. Mereka dihantar ke


(7) ____________________dengan segera. Saya berasa takut melihat kemalangan itu. Saya
6
akan sentiasa mengingati pesan ibu bapa dan (8) _________________ supaya berhati-hati di
jalan raya.

guru ambulans Hospital Kota Bharu jiran


lori jalan raya Inspektor Kamal Proton Wira

H. Gambar di bawah menunjukkan suasana di kantin sekolah ketika waktu rehat. Tulis lima
ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.

membuang mencari tempat


beratur berbual-bual makan
sampah duduk

1. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

2. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

3. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

7
4. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

5. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

I. Bina ayat yang lengkap dengan menggunakan perkataan yang diberikan di bawah.

1. Cecair

2. Baju

3. Cermin mata

4. Cermin

5. Merokok

6. Tali

7. Burung hantu

Anda mungkin juga menyukai