Anda di halaman 1dari 48

Bahasa Malaysia -

Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 (2019) Tema 1 : Ziarah Keluarga

1. Ai Ling dan keluarganya bergotong-royong membersihkan kawasan rumah


pada hujung minggu.

2. Jamil dan keluarganya sentiasa berkunjung ke rumah datuk dan nenek di


kampung.

3. Siti bersama-sama keluarganya berkelah di Pantai Desaru.

4. Denis gemar bermain badminton bersama keluarganya pada waktu


senggang.

5. Pada setiap pagi, Kai Chong bersarapan bersama-sama keluarganya


sebelum pergi ke sekolah.

1
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 Tema 1 : Ziarahi Keluarga

1. Kami boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan menziarahi anggota


keluarga.

2. Kita mengadakan sambutan hari keluarga untuk mengeratkan hubungan


kekeluargaan.

3. Mohan sekeluarga makan angin ke tempat peranginan untuk mengeratkan


hubungan sesama anggota keluarga pada cuti sekolah.

4. Kita mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan


persekitaran rumah.

5. Kita perlulah menelefon keoada ibu bapa untuk bertanya khabar ketika
duduk berjauhan dengan ibu bapa dan mengeratkan hubungan antara ahli
keluarga.

 Kita sekeluarga menziarahi saudara-mara pada musim perayaan.


 Ikatan kekeluargaan boleh dijalin menerusi kunjungan

2
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1: Keluarga Sejahtera BAHASA MALAYSIA TAHUN 4


1. Pelbagai cara dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan misalnya menyambut
majlis ulang tahun kelahiran ahli keluarga.

2. Kita boleh membimbing adik membuat kerja sekolah untuk merapatkan


hubungan sesama ahli keluarga.

3. Kita boleh berganding bahu membersihkan rumah kerana tindakan ini dapat
memupuk hubungan kekeluargaan.

4. Kita harus sering berbual bersama ahli keluarga supaya tidak berlaku
kesalahfahaman (perselisihan faham) antara ahli keluarga.

5. Kita juga boleh melancong ke tempat peranginan supaya dapat


mengembangkan ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan sesama ahli
keluarga.

3
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

TAHUN 5 Buku kerja ms: 52 (Sasbadi)

Tema 1: Keluarga Sejahtera BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Kita haruslah melawat jiran yang jatuh sakit dengan membawa


buah tangan.

Kita perlulah bergotong-royong bersama jiran untuk membersihkan


kawasan rumah.

Kita hendaklah menghantar jiran yang cedera ke hospital.

Kita bolehlah bermain badminton bersama jiran pada masa lapang.

Kita hendaklah berkongsi juadah 粮食、点心、干粮 dengan jiran


supaya dapat mengeratkan hubungan dengan jiran.

4
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan Bahasa Malaysia Tahun 4


Karangan : Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran rumah kita. Terdapat beberapa langkah untuk memupuk
semangat kejiranan. Antaranya termasuklah mengunjungi rumah jiran pada hari perayaan untuk
mengeratkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita mestilah bertegur sapa dengan jiran semasa
bertemu dengan jiran supaya dapat memupuk semangat kejiranan. Tunjukkan muka yang manis
setiap kali berjumpa jiran. Di samping itu, kita hendaklah membantu jiran yang baru berpindah
mengangkat barang untuk mengurangkan rasa malu kepada jiran baharu. Akhir sekali, kita
bertanggungjawab menghantar jiran yang sarat sakit ke hospital. Kita haruslah menghulurkan bantuan
kepada jiran tanpa mengharapkan balasan.
1. 邻居的含义

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran rumah kita.


Terdapat beberapa langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Antaranya termasuklah mengunjungi rumah jiran pada hari perayaan untuk mengeratkan hubungan
sesama jiran.
Selain itu, kita mestilah bertegur sapa dengan jiran semasa bertemu dengan jiran supaya dapat
memupuk semangat kejiranan.
Tunjukkan muka yang manis setiap kali berjumpa jiran. 展现笑容
Di samping itu, kita hendaklah membantu jiran yang baru berpindah mengangkat barang untuk
mengurangkan rasa malu kepada jiran baharu.
Akhir sekali, kita bertanggungjawab menghantar jiran yang sarat sakit 重病 ke hospital.
Kita haruslah menghulurkan bantuan kepada jiran tanpa mengharapkan balasan. 不求回报

以下的内容也可,如是图片就要根据图片写:
Kita haruslah melawat jiran yang jatuh sakit dengan membawa buah tangan.
Kita perlulah bergotong-royong bersama jiran untuk membersihkan kawasan rumah.
Kita hendaklah menghantar jiran yang cedera ke hospital.
Kita bolehlah bermain badminton bersama jiran pada masa lapang.
Kita hendaklah berkongsi juadah 粮 食 、 点 心 、 干 粮 dengan jiran supaya dapat mengeratkan
hubungan dengan jiran.

5
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 (2019) Tema 2 : Sepakat Membawa Berkat (Unit 4-6)

1. Puan Lim memberikan buah-buahan kepada jirannya, Puan Kamala.

2. Encik Kim menghantar jirannya yang sakit ke hospital untuk mendapat rawatan
doktor.

3. Penduduk kampung sedang bermesyuarat di balai raya untuk menyelesaikan


masalah.

4. Beberapa penduduk bekerjasama untuk membaiki jambatan yag rosak di kampung.

5. Beberapa orang pemuda bergading bahu untuk membantu mangsa banjir


mengangkat barang ke pusat pemindahan banjir.

6
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 Tema 1 : Ziarahi Keluarga

1. Kita boleh mengadakan aktiviti gotong royong untuk membersihkan kawasan sekeliling
perumahan dan mengeratkan perpaduan.

2. Kita hendaklah menghadiri majlis rumah terbuka perayaan pelbagai kaum untuk
bersama-sama meraikan perayaan.

3. Kita patutlah melawat jiran yang sakit di hospital untuk mengekalkan hubungan yang
baik dan menunjukkan keprihatinan.关注

4. Kita wajarlah bersenam bersama-sama untuk menyihatkan badan dan mengekalkan


perpaduan.

5. Adakanlah program-program yang boleh mengeratkan perpaduan seperti hari keluarga,


sukaneka dan sebagainya.

7
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 (2020) MODEL UPSR 5 - Tema 10-11

1. Ayah Ali mengait buah rambutan yang masak dengan menggunakan sebatang
galah untuk dijual di pasar tani.
2. Ali mengutip buah rambutan lalu memasukkannya ke dalam sebuah bakul yang
telah disediakan.
3. Datuk Ali membungkus buah mangga dengan surat khabar di kebunnya supaya
tidak diserang serangga perosak.
4. Abang Ali mengutip buah mangga yang gugur di tanah dan memasukkannya ke
dalam bakul.
5. Ibu Ali dan kakaknya duduk di sebuah pondok sambil mengupas rambutan
untuk dimakan.

manggis 山竹

8
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 (2020) MODEL UPSR 5 - Tema 10-11

Aktiviti Di Dusun Buah-buahan

1. Bapa mengait buah rambutan yang masak dengan menggunakan sebatang galah
untuk dijual di pasar tani.
2. Ibu memungut buah durian lalu memasukkannya ke dalam sebuah bakul yang
telah disediakan.
3. Nenek mengopek buah durian dengan sebilah parang untuk dimakan.
4. Abang sedang memanjat tangga untuk memetik buah manggis yang telah masak.
5. Adik sedang berdiri sambil memerhatikan nenek yang sedang mengopek buah
durian.

manggis 山竹

9
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 (2019) Tema 1 :

Nilai dan kebaikan


1. Kita bolehlah meluangkan masa bersama keluarga di taman rekreasi pada
waktu petang hujung minggu.
2. Aktiviti berkelah bersama keluarga dapat merapatkan hubungan antara ahli
keluarga.
3. Badan kita akan menjadi sihat, otak pula menjadi cerdas apabila kita
melakukan senaman dan aktiviti beriadah.
4. Otak yang sihat dan cerdas akan membantu kita sentiasa berfikiran
positif.
5. Fikiran yang positif akan mewujudkan suasana ceria semasa bersama
anggota keluarga.
_______________________________________________________________
 Kim Seng sekeluarga berkelah di sebuah taman rekreasi di tepi tasik
pada minggu yang lalu.
 Suasana di taman rekreasi sangat nyaman dan indah.
 Kim Seng dan Kim Hock bermain layang-layng di tepi tasik dengan
gembira.
 Ayah dan ibu Kim Seng duduk sambil mengeluarkan makanan dari bakul
di bawah sebatang pokok yang rendang.
Ayah menikmati pemandangan yang indah manakala ibu
mengeluarkan makanan dari bakul.
 Mei Ling mengajak ayahnya bermain bola dengan senyuman manis.

 Swee Ling membentangkan 在……张开 hamparan (草席等)的覆盖物/ tikar


apabila sampai di kawasan perkelahan itu untuk meletakkan barang-barang

10
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Buku Teks Tahun 3 (2017) Tema :Kekeluargaan

Lokasi- pantai, air terjun, sungai, tasik, taman rekreasi,

1. Pada cuti sekolah yang lalu, Encik Lim sekeluarga berkelah di tepi pantai.
2. Puan Lim dan anak sulungnya meletakkan bekas-bekas yang dibawa dan diletakkan di
atas tikar.
3. Kim Hock dan Kim Beng berlari-lari sambil mengejar seekor ketam di tepi pantai.
4. Su Ling , anak bongsu Encik Lim sibuk mengutip siput di tepi pantai.
5. Encik Lim memanggang (membakar) udang, sotong dan ikan untuk hidangan tengah hari.
6. Ramai orang bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai dan udara
segar.

 Kim Hock dan keluarganya duduk di atas tikar sambil menikmati juadah yang dibawa dari
rumah.
 Encik Lim mengambil sebuah bakul yang berisi makanan.
 Encik Lim menghulurkan sebuah bakul yang berisi makanan kepada isterinya yang duduk
di atas tikar.
 Puan Lim membentangkan tikar di bawah sepohon pokok yang teduh 阴凉的.
 Ayah dan ibu bersantai 轻松地 sambil berbual-bual di bawah sepohon pokok yang teduh
阴凉的.
 Ayah sedang mendengar muzik manakala ibu sedang minum air kelapa di atas tikar.
- Ibu sedang minum air kelapa sambil memerhati anaknya yang berenang di tepi
pantai.
 Kim Hock dan Kim Beng bermandi-manda di dalam air laut yang sejuk dengan
menggunakan pelampung.
 Su Ling mengutip siput di tepi pantai manakala Kim Hock dan Kim Beng berlari-lari
sambil mengejar seekor ketam di tepi pantai.
 Dua orang kanak-kanak kelihatan riang ketika membina istana pasir. (bermain layang-
layang)

11
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 (2019) Tema 1 : Ziarah Keluarga

1. Ibu bapa Ai Ling berbual-bual dengan nenek yang terlantar di katil


pesakit.

2. Ai Ling duduk di hujung katil sambil memicit-micit kaki nenek.

3. Seorang doktor lelaki sedang memeriksa keadaan kesihatan nenek dengan


teliti.

4. Seorang jururawat rekod kesihatan nenek Ai Ling ke dalam fail.


Seorang jururawat sedang membuat catatan tentang keadaan nenek Ai Ling
pada fail.

5. Seorang petugas menolak troli makanan ke katil pesakit.


Seorang jururawat lelaki sedang menolak troli makanan ke wad pesakit
untuk hidangan tengah hari.

12
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1: Keluarga Sejahtera BAHASA MALAYSIA TAHUN 4


合力(4 上)

1. Siti sekeluarga melawat 探望 ibu yang baru bersalin 生产 di hospital.

2. Nenek memegang 抱 bayi 婴儿 manakala datuk memerhatikannya 观察.

3. Ali mencium 轻吻 adiknya yang comel dengan penuh 充满 kasih 爱.

4. Seorang jururawat menatang 拿着 dulang 木盘 yang berisi ubat dengan berhati-


hati.

5. Encik Faizah menyuapkan 喂 bubur 粥 ke dalam mulut isterinya agar mendapat


tenaga selepas bersalin.

13
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1: Keluarga Sejahtera BAHASA MALAYSIA TAHUN 4


Unit 1
大地(4 上) (ms: 6)

1. Ibu Ben Li melahirkan seorang anak lelaki (cahaya mata 孩子) di hospital.

2. Ayah Ben Li membawa Ben Li dan adiknya melawat 探望 ibu mereka di


hospital.

3. Ben Li dan adiknya sangat teruja 兴奋 dengan kelahiran adik baharu itu.

4. Ben Li sekeluarga duduk mengelilingi 围绕着 anggota keluarga baharu itu.

5. Mereka sangat gembira ketika bermain dengan adik baharu.

14
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tahun 5 Tema 1 : Ziarahi Keluarga

1. Keluarga Soon Keat menziarahi nenek yang sakit di hospital.

2. Nenek minum air selepas makan ubat yang diberi oleh jururawat.

3. Adik Soon Keat duduk di atas kerusi sambil memicit-micit kaki nenek.

4. Soon Keat menatang air dan bubur dengan dulang untuk nenek.

5. Ibu bapa Soon Keat mendengar penerangan Doktor Tan tentang keadaan nenek.

15
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

BUKU TEKS TAHUN 2

1. Hari ini, keluarga Ai Ling mengadakan majlis ulang tahun kelahiran datuk.

2. Datuk memotong kek dengan menggunakan sebilah pisau.

3. Ibu membawa pinggan untuk meletakkan kek yang dipotong.

4. Bapa mengambil gambar dengan menggunakan kamera.

5. Kami menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada datuk.

6. Tetamu yang hadir bertepuk tangan ketika datuk memotong kek.

16
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan Bahasa Malaysia Tahun 4

1. Kita hendaklah bertutur dengan cara sopan untuk menjaga 维护 hati sahabat
demi tidak melukai hati sahabat.

2. Jika kita hendak mengekalkan 保持 kemesraan antara sahabat, kita perlulah saling
hormat-menghormati kerana terdapat perbezaan 异同 antara kita dengan kawan
dari segi rupa dan juga pendapat.

3. Kita hendaklah memupuk kasih sayang untuk mewujudkan suasana muhibah kerana
banyak kawan di sekitar kita adalah daripada pelbagai bangsa.

4. Kita hidup bermuafakat akan membawa kesejahteraan hidup dan amalan gotong-
royong sudah lama kita

17
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Dilarang
membuang
sampah

 Kampung Kenangan merupakan sebuah kampung yang bersih dan indah.


 Kaum lelaki membina sebuah pondok rehat di tepi sungai supaya orang
ramai di sana dapat berehat.
 Kaum perempuan pula menyediakan juadah supaya kaum lelaki dapat
menjamu selera.
 Penduduk kampung berasa gembira kerana dapat bergaul mesra antara
satu sama lain.

18
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

尊重、尊敬

和谐 sejahtera

 Encik Daud meminta izin daripada Encik Dharmaraj untuk meminjam barang
yang diperlukan untuk membaiki bumbung rumah Aznan.
 Encik Dharmaraj memberi kebenaran kepada Encik Daud lalu meminjamkannya
barang tersebut.
 Beberapa hari kemudian, tayar kereta Encik Dharmaraj bocor.
 Encik Daud membantu Encik Dharmaraj untuk menukar tayar tersebut
apabila Encik Daud terjumpa Encik Dharmaraj di tepi jalan taman
kediaman.

19
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

结婚宴会

上星期

luas X sempit

a. Encik Rahmat yang mengadakan majlis perkahwinan.


b. Majlis perkahwinan itu diadakan pada minggu yang lepas.
c. Encik Rahmat kekurangan tempat meletakkan kereta tetamunya.
d. Jiran-jiran Encik Rahmat membenarkan kawasan rumah mereka dijadikan
tempat meletak kereta. Mereka juga turut sama membantu Encik Rahmat
mendirikan dan menghiaskan khemah.
e. Jiran-jiran Encik Rahmat bersikap sedemikian kerana mereka mengamalkan
sikap kerjasama, bertoleransi 容忍 dan berhemah tinggi 高尚的品德 dalam
kehidupan yang membawa kemakmuran 繁荣 dan kesejahteraan hidup 和谐生活
antara jiran.

20
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

21
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan Bahasa Malaysia Tahun 4


Buku Teks: (ms:58)
Adab Berkawan 交友的礼仪

1. Kita hendaklah menjaga adab semasa berkawan .


2.Mula-mula, kita hendaklah menerima kekurangan kawan.
3. Jika kita perlu menegur mereka yang melakukan kesilapan, maka tegurlah dengan
cara berhemah.
4. Seterusnya, kita perlu berhati-hati supaya tidak menyakiti perasaan kawan kerana
sesetengah orang tidak boleh menerima gurauan kita.
5. Akhir sekali, kita haruslah menghormati kawan untuk mengekalkan persahabatan.
6. Kita usahlah memburukkan kawan di hadapan orang lain agar lebih dikasihi kawan.

1. 我们应该注意交友的礼仪。
2. 首先,我们应该接受朋友的缺点。
3. 如果我们必须劝告朋友所犯下的错误,就应有礼貌地相劝。
4. 接下来,我们必须小心地以便不伤害他们的感受,因为不是所有的人都
能开得起玩笑。
5. 最后,我们必须尊重朋友以维持友谊。
6. 我们不要在别人面前破坏/中伤朋友,朋友才会更加喜爱与我们交往。

KAWAN
Jika kita berkawan,
Bersangka baiklah,
Jujur dan ikhlas, 真诚
Pasti disenangi.

Jika kita berkawan,


Adab sopan dijaga,
Maka,
Kekallah persahabatan.

 Maksud sajak tersebut ialah kita haruslah bersangka baik dan jujur
terhadap kawan supaya disenangi oleh kawan.
 Selain itu, kita haruslah menjaga adab berkawan untuk mengekalkan
persahabatan. 使友谊长存/友谊永固

22
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Unit 15 – Bekerjasama Membawa Kemakmuran


Buku Teks ms: 67

7. Kampung Kenangan merupakan sebuah kampung yang bersih dan indah.


8. Kaum lelaki membina pondk rehat supaya orang ramai dapat berehat di sana.
9. Kaum wanita pula menyediakan juadah supaya kaum lelaki dapat menjamu selera.
10. Penduduk kampong berasa bangga kerana dapat bergauh mesra antara satu sama
lain.

Buku Teks ms: 68

Bantu-Membantu Amalan Kita

1. Aznan , Mohan dan Kai Chun hidup berjiran. Mereka saling menghormati dan
mengamalkan cara hidup bertoleransi.忍让 Mereka hidup dalam suasana yang
harmoni.
2. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Bumbung rumah Aznan bocor.破
漏 Bapa Aznan, Encik Daud memohon izin 允许 daripada Encik Dharmaraj
untuk meminjam barang yang diperlukan. Encik Dharmaraj memberikan
kebenaran kepada Encik Daud.
3. Tayar kereta Encik Dharmaraj telah bocor , Encik Daud membantunya menukar
tayar kereta yang baharu. Encik Dharmaraj mengucapkan terima kasih kepada
Encik Daud.
4. Akhirnya, rumah Aznan siap dibaiki. Aznan dan keluarganya sangat gembira.
Mereka mengundang 邀请 keluarga Mohan menikmati hidangan tengah hari. 享用
午餐

23
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan Bahasa Malaysia Tahun 4

Semangat Kekitaan ( 归属感) = semangat persaudaraan

1. Semangat kekitaan dapat disemai melalui aktiviti gotong-royong


yang melibat masyarakat pelbagai kaum.
2. Aktiviti badan beruniform seperti pengakap dapat menyemai ( 播
种) semangat kekitaan.
3. Semangat kekitaan dapat dipupuk melalui aktiviti belajar
berkumpulan.
4. Aktiviti bersukan dapat menyumbang kepada pembentukan
semangat kekitaan.
5. Para penyokong sesuatu sukan membentuk semangat kekitaan
dengan memberi semangat kepada pasukan masing-masing.

24
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Poster ini menunjukkan Pesta Jualan Taman Bahagia.

Pesta jualan tersebut dianjurkan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bahagia.
Jualan ini akan diadakan pada 6 dan 7 Januari 2018, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad .
Jualan ini akan dimulakan pada pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang di Pekarangan Dewan
Bakawali. Objektif pesta jualan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penduduk Taman
Bahagia supaya menjanakan pendapatan mereka. Orang ramai dijemput hadir kerana pelbagai
barangan akan ditawarkan dengan harga dari kilang.

Justifikasinya, pesta ini wajar diadakan untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa
usahawan.

25
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan Bahasa Malaysia Tahun 4


Buku kerja ms: 42 (Sasbadi)
Poster ini menunjukkan poster Kem Bakat Badminton yang akan diadakan pada 23 hingga
25 Mei 2016 bertempat di Komplek Sukan Kuala Selangor. Kem ini dianjurkan oleh Kelab
Badminton SJK ( C ) Khai Tee Kuala Selangor.

Antara syarat-syarat penyertaaan termasuklah berumur 10 hingga 12 tahun dan membawa


keperluan asas seperti raket badminton dan kasut sukan . Yuran penyertaan yang dikenakan
sebanyak RM 50 sahaja. Borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urus
setia selewet-lewetnya pada 14 Mei 2016 , pukul 5.00 petang.

Konklusinya, Kem Bakat Badminton ini dapat mencungkil bakat ( potensi ) para peserta
dalam bidang badminton.

Poster ini menunjukkan poster Kem Bakat Badminton yang akan diadakan
pada 23 hingga 25 Mei 2016 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Kem ini dianjurkan oleh Kelab Badminton SJK ( C ) Khai Tee Kuala Selangor.
Antara syarat-syarat penyertaan termasuklah berumur 10 hingga 12 tahun
dan membawa keperluan asas seperti raket badminton dan kasut sukan.
Yuran penyertaan yang dikenakan sebanyak RM 50 sahaja.
Borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urus setia
selewat-lewatnya pada 14 Mei 2016, pukul 5:00 petang.
Konklusinya, Kem Bakat Badminton ini dapat mencungkil bakat para peserta
dalam bidang badminton.

26
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan Bahasa Malaysia Tahun 4


Karangan : Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran rumah kita. Terdapat beberapa langkah untuk memupuk semangat
kejiranan.
Antaranya, kita boleh mengunjungi rumah jiran pada hari perayaan untuk mengeratkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita mestilah bertegur sapa dengan jiran semasa bertemu dengan jiran supaya dapat memupuk
semangat kejiranan. Tunjukkan muka yang manis 展现笑容 setiap kali berjumpa jiran.
Di samping itu, kita hendaklah membantu jiran yang baru berpindah mengangkat barang untuk mengurangkan
rasa malu kepada jiran baharu. Akhir sekali, kita bertanggungjawab menghantar jiran yang sarat sakit 重病 ke
hospital. Kita haruslah menghulurkan bantuan kepada jiran tanpa mengharapkan balasan 不求回报 .
Justifikasinya, kita perlulah menunjukkan sikap mesra dan bamtu-membantu dapat menjalin semangat kejiranan
yang erat.

以下的内容也可,如是图片就要根据图片写:
Kita haruslah melawat jiran yang jatuh sakit dengan membawa buah tangan.
Kita perlulah bergotong-royong bersama jiran untuk membersihkan kawasan rumah.
Kita hendaklah menghantar jiran yang cedera ke hospital.
Kita bolehlah bermain badminton bersama jiran pada masa lapang.
Kita hendaklah berkongsi juadah 粮食、点心、干粮 dengan jiran supaya dapat mengeratkan hubungan dengan jiran.

27
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5 (2019)

2/34, Jalan Ros,



Taman Bukit Perdana,
83000 Batu Pahat,
Johor.

30 Januari 2019.

Menemui Jing Kang yang berada di Kelantan dangan selamatnya.

Saudara,

Apa khabar saudara di sana? Saya berharap saudara sekeluarga sihat


sejahtera.

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berkelah di Pantai Damai. Kami
pergi ke sana dengan menaiki kereta baharu bapa. Kami membawa bekalan makanan,
pakaian renang, radio dan tikar.

Pemandangan di sana sungguh indah. Cuaca pada hari itu cerah sekali. Angin
juga bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hati kami berasa tenang.

Ramai pengunjung berkelah di sana termasuk pelancong asing. Kami tiba di


sana, air laut sedang surut. Kami berpeluang bersiar-siar di tepi laut sambil
mengutip kulit kerang.

Pasir di tepi laut sungguh halus dan berwarna kuning keemasan. Adik
membina istana pasir dengan riang sekali. Kami berasa seronok kerana dapat
belajar menyelam dengan ayah.

Saya juga menyertakan gambar semasa kami berkelah untuk tatapan saudara.
Semoga bertemu lagi dalam warkah yang lain pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Jing Yang

28
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga


Syarahan
Tahun 5 (2019)

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Yatim, Guru Besar

SJKC Hua Min, para hakim dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari
ini ialah “Kenali Jiran”.

Hadirin sekalian,

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.


Hidup berjiran sangat penting dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana
jiran kita yang akan membantu kita jika dalam kesusahan. Oleh itu, kita
mestilah mengenali jiran kita supaya kita dapat memberi dan menerima
pertolongan antara satu sama lain.

Pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk mengeratkan hubungan


antara jiran tetangga. Antaranya termasuklah berkunjung ke rumah jiran semasa
musim perayaan. Melalui amalan ini, kita dapat mengenali budaya jiran dengan
lebih dekat.

Saya juga mempunyai jiran. Walaupun kami berlainan bangsa tetapi kami
saling menghormati antara satu sama lain. Kami akan membantu melihat-lihatkan
rumah mana-mana jiran yang pulang ke kampung.

Kesimpulannya, kita haruslah mengenali jiran-jiran kita supaya dapat


mewujudkan suasana kejiranan yang aman dan harmoni.

Sekian, terima kasih.

29
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5 (2019)

Menziarahi Nenek di Kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga bercuti ke rumah
nenek yang terletak di Kampung Kurnia, Bau. Kami ke sana dengan menaiki kereta
bapa yang baru dibeli. Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesra dan
bargurau senda. Kami sekeluarga tidak bersabar-sabar untuk berjumpa dengan
datuk dan nenek.

Datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Kami
menikmati lauk istimewa yang dimasak oleh nenek. Selepas makan, kami bermain
congkak di ruang tamu. Kami bermain dengan riang sekali.

Pada keesokan harinya, datuk membawa kami melawat ke dusunnya. Kami


melihat pelbagai pokok buah-buahan yang sedang berbuat lebat seperti pokok
durian, pokok mangga dan pokok pisang. Kami makan buah-buahan yang ranum dan
segar dengan sepuas-puasnya.

Datuk membawa saya memancing ikan di sungai yang berdekatan. Selepas


itu, kami bermandi-manda di sungai yang jernih dan bersih itu. Kami berasa sangat
seronok.

Kami berpeluang untuk berkunjung ke kebun sayur nenek. Nenek menanam


sawi, cili dan bendi ( 羊 角 豆 ). Kakak menolong nenek menyiram sayur-sayuran
manakala saya dan abang mencabut rumput yang panjang.

Kami bercuti selama seminggu di kampung. Kami bersalam-salam dengan


datuk dan nenek sebelum meninggalkan kampung. Kami membawa buah-buahan yang
segar dari dusun untuk dibawa pulang ke rumah. Saya berharap agar kami dapat
menziarahi datuk dan nenek lagi pada masa lapang.

30
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5 (2019)

Percutian Ke Cameron Highlands

1. pergi ke CH - menikmati pemandangan


2. Bukit bakau -mempesonakan mata. - Udara -
meletakkan bagasi di Hotel Copthorn-
3. kebun sayur
4. kebun strawberi – memetik - buah tangan – taman lebah – taman kaktus
5. Ladang Teh Boh - memetik - kilang memproses daun teh
6. pasar malam - Brinchang - pengalaman yang berharga - mengambil gambar

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Cameron
Highlands. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah.

Bukit bakau yang kehijauan amat mempesonakan mata. Udaranya amat


nyaman dan menyegarkan. Selepas meletakkan bagasi di Hotel Copthorn, kami
membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.

Tempat pertama yang kami lawati merupakan kebun sayur. Sayur-sayuran


seperti kubis, lobak merah, sawi dan brokoli tumbuh subur. Inilah kali pertama
saya melihat brokoli yang berwarna ungu.

Seterusnya, kami melawat ke kebun strawberi. Kami berpeluang memetik


strawberi yang sedap sendiri. Kami juga membeli beberapa botol jam strawberi
sebagai buah tangan untuk saudara-mara. Selepas itu, kami melawat ke taman
lebah dan taman kaktus.

Di samping itu, kami juga melawat ke Ladang Teh Boh. Kami melihat
terdapat beberapa orang pekerja sibuk memetik daun-daun teh. Kemudian, kami
melawat ke kilang memproses daun teh.

Sebelum pulang, kami pergi ke pasar malam di Brinchang. Percutian ini


sangat menyeronokkan dan memberikan saya pengalaman yang berharga. Saya
telah mengambil gambar sepanjang lawatan untuk dijadikan kenangan manis.

31
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5

Tulis sebuah karangan tentang pengalaman berkelah bersama keluarga di Pantai Batu
Ferringhi.

Saya bangun dengan awal dan bersiap-siap. Ayah bercadang membawa kami
sekeluarga makan angin di tepi pantai yang terkenal , iaitu Pantai Batu Ferringhi.

Saya membantu ibu menyediakan bekalan makanan seperti sandwich, mi goreng, telur
, roti , minuman dan sebagainya. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah yang
baharu. Perjalanan ini mengambil masa selama sejam. Kami menyaksikan pemandangan yang
cantik sepanjang perjalanan.

Kami tiba di destinasi pada pukul 10.00 pagi. Pemandangan indah ini sangat menarik
hati pengunjung. Ayah memilih kawasan redup iaitu di bawah pokok yang rendang.

Ibu membentang tikar dan saya membantu ibu meletakkan bekalan makanan. Kami
menukar pakaian untuk bermandi-manda. Kami membina istana pasir dan bermain ombak.

Setelah puas bermain , kami menikmati makanan di bawah pokok. Kemudian, kami
mengutip kulit kerang. Kami merakam gambar sebagai kenang-kenangan.

Kami membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang ke rumah. Saya berasa


gembira berkelah kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan merehatkan minda.

32
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5


 Saya bangun dengan awal dan bersiap-siap.
 Ayah bercadang membawa kami sekeluarga makan angin di tepi pantai yang
terkenal , iaitu Pantai Batu Ferringhi.

 Saya membantu ibu menyediakan bekalan makanan seperti sandwich, mi


goreng, telur , roti , minuman dan sebagainya.
 Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah yang baharu.
 Perjalanan ini mengambil masa selama sejam.
 Kami menyaksikan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.

 Kami tiba di destinasi 目的地 pada pukul 10.00 pagi.


 Pemandangan indah ini sangat menarik hati pengunjung.
 Ayah memilih kawasan redup 荫凉 iaitu di bawah pokok yang rendang 茂密.

 Ibu membentang tikar dan saya membantu ibu meletakkan bekalan


makanan.
 Kami menukar pakaian untuk bermandi-manda.
 Kami membina istana pasir dan bermain ombak 海浪.

 Setelah puas bermain , kami menikmati 享有 makanan di bawah pokok.


 Kemudian, kami mengutip kulit kerang 贝壳.
 Kami merakam gambar sebagai kenang-kenangan 纪念.

 Kami membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang ke rumah.


 Saya berasa gembira berkelah kerana dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan merehatkan minda 使头脑能休息.

 Perkelahan di Pantai Batu Ferringhi menjadi kenangan manis kepada kita.

33
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5


Percutian Ke Melaka

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke tempat
peranginan di negeri Melaka. Sebelum bertolak ke negeri Melaka, saya membantu
ibu mengemas barang-barang keperluan untuk dimasukkan ke dalam kereta. Kami
bertolak dengan menaiki kereta baharu ayah. Di sepanjang perjalanan, kami
berbual-bual dan menikmati pemandangan yang indah di luar kereta.

Kita sampai di hotel yang ditempah untuk merehatkan diri. Saya bagai
rusa masuk ke kampung kerana ini kali pertama pergi ke Melaka. Tempat
pertama yang dituju ialah Muzium Melaka. Pegawai muzium memberi penerangan
tentang barangan purba dan sejarah Melaka.

Kami meneruskan lawatan ke Kota A’ Famosa. Kota yang dibina pada


zaman dahulu masih kukuh lagi. Kami merakam gambar sebagai kenang-kenangan
di depan pintu masuk.

Pada hari kedua, kami mengelilingi kota Melaka dengan menaiki bot. Kami
juga sempat singgah di perkampungan Portugis. Kami menjamu selera di
restoran. Masakan Nyonya sangat sedap.

Selepas mengisi perut, kami mengambil kesempatan untuk membeli-belah.


Saya rambang mata kerana melihat pelbagai jenis cenderamata. Kami memilih
cenderamata untuk rakan-rakan.

Saya berasa seronok kerana dapat bercuti bersama keluarga. Lawatan ini
menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman saya. Saya berharap dapat melawat
ke negari Melaka pada masa depan.

34
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5

Keluarga Saya

Semua orang mempunyai keluarga , begitu juga dengan saya.


Keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu, adik dan saya.

Ayah saya bernama Kek Sze Chee. Beliau berumur empat puluh
satu tahun. Beliau bekerja sebagai jurutera. Ayah saya seorang yang
baik hati. Beliau amat mementingkan disiplin dan tidak suka
membuang masa.

Ibu saya bernama Neo Ai Lee. Beliau berumur empat puluh


satu tahun. Beliau bekerja sebagai guru. Ibu ialah seorang
penyayang. Beliau mengambil berat akan anak-anak. Beliau amat
pantai memasak. Masakannya tiada tandingan.

Saya mempunyai seorang adik. Kami selalu membuat kerja


sekolah bersama-sama. Pada waktu petang, kami suka berbasikal dan
bermain di taman rekreasi.

Saya amat menyayangi ahli keluarga saya. Saya berharap agar


kami akan terus bersama selama-lamanya.

35
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 1 : Ziarahi Keluarga Tahun 5


Keluarga Saya

 Semua orang mempunyai keluarga , begitu juga dengan saya.


 Keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu, adik dan saya.

 Ayah saya bernama Kek Sze Chee.


 Beliau berumur empat puluh satu tahun.
 Beliau bekerja sebagai jurutera.
 Ayah saya seorang yang baik hati.
 Beliau amat mementingkan disiplin dan tidak suka membuang masa.

 Ibu saya bernama Neo Ai Lee.


 Beliau berumur empat puluh satu tahun.
 Beliau bekerja sebagai guru.
 Ibu ialah seorang penyayang.
 Beliau mengambil berat akan anak-anak.
 Beliau amat pantai memasak.
 Masakannya tiada tandingan 无人能比.

 Saya mempunyai seorang adik.


 Kami selalu membuat kerja sekolah bersama-sama.
 Pada waktu petang, kami suka berbasikal dan bermain di taman rekreasi
休闲公园.

 Saya amat menyayangi ahli keluarga saya.


 Saya berharap agar kami akan terus bersama selama-lamanya.

36
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Soalan 1: Bahasa Malaysia Tahun 4

25 Oktober 2019 (Jumaat)

Cuti sekolah baru bermula. Saya mengulang kaji pelajaran dengan Desmond. Kita
membuat perbincangan terhadap pelajaran yang lemah. Selepas itu, kami mengunjungi
kedai buku untuk membeli beberapa buah buku rujukan.

26 Oktober 2019 (Sabtu)

Saya membantu ibu bapa membersihkan rumah. Saya menyapu dan mengemop
lantai. Selain itu, saya memangkas banting pokok dan menyiram pokok bunga di
halaman rumah. Kami mandi peluh selepas bergotong-royong membersihkan rumah.

27 Oktober 2019 (Ahad)

Saya bersama ibu bapa berjoging di taman rekreasi pada waktu pagi. Kami
sentiasa bersenam supaya badan kita sihat dan cergas. Di samping itu, saya berasa
gembira kerana saya dapat mengeratkan hubungan dengan ibu bapa.

28 Oktober 2019 (Isnin)

Kami sekeluarga menziarahi nenek di kampung. Nenek menyambut kami dengan


tangan terbuka. Kami berbual-bual sambil menikmati buah rambutan dan buah durian
yang ditanam oleh datuk. Saya juga berpeluang menangkap ikan di sungai bersama
datuk dan ayah. Saya berasa amat bahagia pada saat-saat ini.

(155 patah perkataan)

37
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan BAHASA MALAYSIA TAHUN 4


Sahabat Karib

Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidup mereka. Tanpa sahabat, hidup
kita akan terasa sunyi. Nama sahabat karib saya ialah Kai Chun. Dia sangat
baik hati dan berbudi pekerti mulia. Persahabatan kami seperti isi dengan
kuku.

Kai Chun sebaya dengan saya. Kami juga berjiran. Kami berbasikal
bersama-sama ke sekolah setiap hari. Pada waktu rehat, kami sentiasa makan
dan minum bersama-sama di kantin.

Kai Chun merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Dia mempunyai tiga
orang adik-beradik. Bapanya seorang usahawan manakala ibunya seorang suri
rumah.

Kai Chun dan saya mempunyai hobi yang sama iaitu membaca. Kami
sering bertukar-tukar buku untuk menambahkan lagi bahan bacaan. Ini
seterusnya membantu kami menambahkan ilmu pengetahuan.

Kai Chun seorang murid yang rajin belajar. Dia pasang telinga semasa
guru mengajar di dalam kelas. Selain itu, Kai Chun juga seorang murid yang
baik hati. Kami selalu belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Dia
selalu menolong saya dan kawan-kawan dalam pelajaran. Oleh itu, semua guru
dan murid-murid sangat sayang akannya.

Kai Chun bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Justeru itu, dia sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-
citanya.

Sesungguhnya saya amat bertuah memiliki seorang sahabat karib yang


baik hati dan berhemah tinggi. Saya berharap persahabatan kami akan kekal.

38
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Sahabat Karib

 Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidup mereka.


 Tanpa sahabat, hidup kita akan terasa sunyi.
 Nama sahabat karib saya ialah Kai Chun.
 Dia sangat baik hati dan berbudi pekerti mulia.
 Persahabatan kami seperti isi dengan kuku.

 Kai Chun sebaya dengan saya.


 Kami juga berjiran.
 Kami berbasikal bersama-sama ke sekolah setiap hari.
 Pada waktu rehat, kami sentiasa makan dan minum bersama-sama di
kantin.

 Kai Chun merupakan anak bongsu dalam keluarganya.


 Dia mempunyai tiga orang adik-beradik.
 Bapanya seorang usahawan manakala ibunya seorang suri rumah.

 Kai Chun dan saya mempunyai hobi yang sama iaitu membaca.
 Kami sering bertukar-tukar buku untuk menambahkan lagi bahan
bacaan.
 Ini seterusnya membantu kami menambahkan ilmu pengetahuan.

 Kai Chun seorang murid yang rajin belajar.


 Dia pasang telinga semasa guru mengajar di dalam kelas.
 Selain itu, Kai Chun juga seorang murid yang baik hati.
 Kami selalu belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
 Dia selalu menolong saya dan kawan-kawan dalam pelajaran.
 Oleh itu, semua guru dan murid-murid sangat sayang akannya.

 Kai Chun bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


 Justeru itu, dia sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
cita-citanya.

 Sesungguhnya saya amat bertuah memiliki seorang sahabat karib yang


baik hati dan berhemah tinggi.
 Saya berharap persahabatan kami akan kekal.

39
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Tema 5: Semangat Kekitaan BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

40
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

41
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Memupuk hubungan kekeluargaan /persahabatan


Mengamalkan semangat kejiranan
Mewujudkan perpaduan antara kaum / rakyat

Isi
1. Sikap toleransi 容忍, 宽容 / tolak ansur
2. Hormat-menghormati / Berbudi Bahasa / bersopan santun
3. Semangat Kerjasama / berganding bahu / gotomg-royong
Tolong-menolong
4. Amalan menziarahi
5. Semangat patriotik

Huraian
1. Untuk mengelakkan permusuhan /pertengkaran/
perselisihan faham – hidup harmoni
2. mengenali adat dan budaya yang pelbagai etnik
-menyemai nilai-nilai murni / mulia
– kekal perpaduan antara kaum
3. membantu orang yang susah (mengalami kesusahan)
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Bagai aur dengan tebing
4. Mengeratkan hubungan / hubungan dapat dijalin /
5. Sebagai tanda cinta akan negara , Bersatu hati agar
hidaup dalam suasana yang aman / damai

42
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Contoh
1. Sebagai manusia sudah tentu kita tidak terlepas
daripada melakukan kesilapan
-jika kita telah melakukan kesalahan, segeralah
bermaaf-maafan agar hubungan dapat dieratkan

2. Melalui persembahan tarian tradisional , persembahan


alat muzik tradisional,
3. Gotong-royong membersihkan kampung - supaya bebas
daripada pembiakan nyamuk aedes / mengekalkan
kebersihan / keindahan kampung
4. Pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Deepavali, Hari Raya Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
- Bertanyakan khabar , berprihatin , peramah – untuk
menggambarkan peribadi yang mulia
5.

43
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Perpaduan amat penting dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni. Antara
usaha yang paling ampuh untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
adalah dengan aktiviti gotong-royong di kawasan kejiranan. Gotong-royong dapat
menyemai semangat kerjasama dan hormat-menghormati. Selain itu, kita hendaklah
kunjung-mengunjung terutamanya pada hari perayaan. Kerajaan pula hendaklah
mengadakan kempen-kempen perpaduan secara berterusan dan bersungguh-sungguh.
Masyarakat pula hendaklah menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan supaya dapat
bergaul dengan kaum lain. Kesimpulannya, perpaduan kaum dapat direalisasikan dengan
kerjasama semua pihak.
(76 patah perkataan)

CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM


Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Isu
perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara
bagi memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini
kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu,
ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-
menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa
boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak
ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk
memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda
seseorang tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan
iklan¬iklan yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan
rencana tentang kebaikan perpaduan kaum.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan
kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang
kebaikan perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang
program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang
boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan
sekolah.

Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan
44
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

program yang boleh memupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
merupakan program yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak
kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum.

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam,
hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu
Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di
Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan


untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum
akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan
dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa
jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat
menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-
rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum
dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan
membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh
dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling
memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata
mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat


jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman
perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat
Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh
organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin
dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut
dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang
berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling
menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran
dan perselisihan faham antara kaum.

45
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar
anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-
pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang
berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu
menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun
Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam
sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-
anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum
sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk


memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat
berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa
rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh
itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi
kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa
semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020
menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.
Hasil karangan murid

46
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

47
Bahasa Malaysia -
Tema – Kekeluargaan & Kejiranan

48

Anda mungkin juga menyukai