Anda di halaman 1dari 6

Karangan : Catatan

1) Soalan : Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi


pantai pada hujung minggu. Tulis catatan yang lengkap
tentang aktiviti perkelahan tersebut.

2) Soalan : Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti


pada cuti hujung minggu. Tulis catatan tentang aktiviti-
aktiviti yang berfaedah.

3) Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan Hari


Kecemerlangan. Tulis catatan tersebut dengan
selengkapnya.

4) Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai


perkhemahan unit beruniform anjuran pihak
sekolah.Tuliskan catatan tentang perkhemahan
tersebut.
http://karanganskk.blogspot.my/2015/08/setiap-orang-
melakukan-pelbagai.html

http://mohdzanafi.blogspot.my/2013/04/karangan-jenis-
diaricatatan-upsr.html
Soalan : Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada
hujung minggu. Tulis catatan yang lengkap tentang aktiviti
perkelahan tersebut.
Sabtu, 20 Januari 2015
9.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi
berkelah di Pantai Cherating. Adikku membantu ibu menyediakan
makanan. Aku pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke
dalam bonet kereta.
10.00 pagi
Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah
memeriksa kereta supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini
berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang
dibawa dari rumah. Adikku terlena sepanjang perjalanan.
11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula
memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk menghamparkan
tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan
makanan dan tikar.
Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami
bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung
supaya tidak lemas.
1.00 petang
Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang
disediakan untuk membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku
makan tengahari di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas
itu, kami solat di surau yang berdekatan.
2.00 petang
Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar.
Adikku pula membina istana dari pasir. Orang ramai juga bermian
permainan yang sama.
4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah
memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang.
Kami berasa berat hati untuk pulang tetapi puas.

Soalan : Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti pada cuti


hujung minggu. Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.
Sabtu, 20 Mac 2015

6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya berjemaah
bersama keluarga. Kemuadian, saya pergi ke dapur untuk membantu ibu
menyediakan sarapan.

7.30 pagi
Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami
berjoging untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Selepas
berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil berbual-bual.

8.30 pagi
Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai sarapan,saya
membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi
Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya
mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang membantu
saya menyiapkan kerja sekolah.
Usai menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya berehat
seketika. saya mengambil peluang ini dengan menonton televisyen bersama
abang dan adik-adik saya.

2.00 petang
Selepas makan tengahari, saya solat zohor. Sesudah itu, ayah
mengajak saya sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana, saya bermain badminton
dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di Pasaraya TMC.
5.00 petang
Selepas solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama kawan-
kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang.
Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi. Saya
bersiap-siap untuk ke masjid bersama ayah.

7.20 malam
Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga mengikut kami
ke masjid. Di masjid, saya melihat ramai jemaah yang ingin solah maghrib
berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan baik saya di masjid. Dia juga datang
ke masjid bersama ahli keluarganya.

9.00 malam
Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya bersama
keluarga makan malam. Selesai makan, saya mengulangkaji pelajaran. Selepas
mengulangkaji, saya mengemas buku dan menyalin jadual kerana esok adalah
hari persekolahan.

10.30 malam.
Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa sebelum
tidur.

Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan Hari


Kecemerlangan. Tulis catatan tersebut dengan selengkapnya.

Rabu, 10 November, 2014

7.30 pagi
Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak
perhimpunan. Guru-guru sibuk mengambil kedatangan murid yang akan
mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi
Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam
satu barisan. Guru-guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang
diterima murid. Cikgu Marzuki berada di hadapan pentas untuk
memulakan acara.

8.30 pagi
Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis
dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Anuar Saleh. Selepas
bacaan doa, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang
hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang
Berhormat Adun Kemasek. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa
SK Kerteh bukan sahaja mempunyai guru yang hebat malahan pelajarnya
juga cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun
lima dan tahun enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat
persembahan yang mengagumkan.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan.
Kategori hadiah pertama ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi Tahun 6.
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra
sekolah dan markah tertinggi dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua
PIBG sekolah.
Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah
disempurnakan oleh YB Adun Kemasek. Tokoh pelajar lelaki disandang
oleh Amir manakala tokoh perempuan pula disandang oleh Nadiatul.

12.30 tengahari
Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan
dengan acara cabutan bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan
sangat gembira. Sebelum pulang, semua ibu bapa dan pelajar dijemput
menikmati jamuan ringan.

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan


unit beruniform anjuran pihak sekolah.Tuliskan catatan tentang
perkhemahan tersebut.
Jumaat, 10 Jun 2010

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap


yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu
Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30
orang dan disertai oleh 5 orang guru.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah


membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan
beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan
semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam,
kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami


mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan.
Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan.


Melalui aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang
terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang
berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui


aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan
aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika
membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan


ikatan. Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami
meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.

Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira
dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan
pengalaman yang aku peroleh.

Anda mungkin juga menyukai