Anda di halaman 1dari 6

SJK ( C ) Sin Hwa, Bukit Pasir.

Penilaian Formatif Semester 2

Bahasa Melayu ( Pemahaman ) Tahun 2

Tarikh : 3-8-2009

Nama : ( ) Disediakan oleh : En. Chan Markah: %

Kelas : 2 ( ) Disemak oleh : Cik Tan Poh Er T.T ibu bapa:

A. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

( 15%)

Setiap tahun masyarakat Cina menyambut Pesta Tanglung. Pesta itu

juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan.

Pesta Tanglung disambut pada hari kelima belas dalam bulan ke-8

mengikut kalendar Cina. Suasana pada hari perayaan itu sungguh meriah.

Kanak-kanak akan menjinjing pelbagai bentuk tanglung yang berwarna warni di

halaman rumah dengan gembira.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat tanglung ialah dawai,

buluh, kertas lut sinar, dan benang. Kertas lut sinar digunakan untuk membalut

reka bentuk tanglung.

Bagi menyerikan perayaan Pesta Tanglung, kuih bulan turut dihidangkan.

Kuih bulan diperbuat daripada tepung, gula, kuning telur masin, perencah, dan

adunan kacang.
1. Siapakah yang menyambut Pesta Tanglung?

A. Masyarakat Cina B. Masyarakat Melayu

C. Masyarakat India D. Masyarakat Kadazan.

2. Bilakah Pesta Tanglung disambut?

A. Hari kelapan dalam bulan kelima belas.

B. Hari kelima belas bulan kelapan.

C. Hari kelapan belas dalam bulan kelima.

D. Hari kelima belas bulan kelapan belas.

3. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tanglung ialah

A. kayu, dawai, kertas lut sinar, dan benang.

B. galah, dawai, kertas lut sinar, dan benang.

C. dawai, buluh, kertas lut sinar, dan benang.

D. mancis, buluh, dawai, dan benang.

4. Apakah nama lain bagi Pesta Tanglung?

A. Pesta Angpau

B. Pesta Kuih Bulan

C. Pesta Ria

D. Pesta Cahaya

5. Pada pendapat anda, apakah benda yang diletakan di dalam tanglung?

A. kuih bulan

B. lilin
C. kayu

D. kertas lut sinar

B. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.(15%)

1. Kulit yang tegang pada kayu akan menghasilkan bunyi yang

kuat.

2. Jangan cepat apabila kalah dalam pertandingan,”nasihat

jurulatih itu kepada atlet-atlet Negara.

3. Ahli-ahli sukan mestilah berlatih untuk meningkatkan

pencapaiannya.

4. kambing sesuai untuk dibuat kompang.

5. Watson Nyambek pernah menjadi pelari yang paling di

Malaysia.

rajin kulit pantas kecewa bingkai

C. Tuliskan sukan berpasukan dengan ( b )dan sukan individu dengan ( i ).

(8%)
Contoh: bola tampar ( b )

1. memanah ( ) 2. bola jaring ( )

3. bola sepak ( ) 4. sepak takraw ( )

5. boling ( ) 6. angkat berat ( )

7. hoki ( ) 8. lompatjauh ( )

D. Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.(10%)

1. Bee Ying tinggal?

2. pertandingan itu akan bermula?

3. nama abang kamu?

4. harga komputer ini?

5. makanan yang sedang dimakan oleh bapa?

Bilakah Berapakah Apakah Siapakah Di manakah

E. Bubuhkan imbuhan me-, men-, mem-, meng-, meny- di ruang yang

disediakan(14%)

1. bakar - 2. larang -

3. masak - 4. tari -

5. ambil - 6. putus -
7. salin -

F. Tulis nama permainan di dalam petak yang disediakan.(12%)

1. 2. 3.

4. 5. 6.

gasing ting-ting bulan layang-layang

tiup belon batu seremban baling tin

G. Labelkan kuih-muih tradisional yang terdapat dalam gambar di bawah.(12%)

1. 2. 3.

4. 5. 6.

muruku tose dodol

kuih bangkit kuih bulan nasi kapit

H . Nomborkan ayat di bawah mengikut urutan berdasarkan gambar cara


membuat kuih bangkit. (14%)

( ) Masukkan telur ke dalam tepung sebelum diuli.

( ) Uli sehingga menjadi adunan

( ) Bentukkan adunan mengikut acuan.

( ) Tuangkan santan sedikit demi sedikit.

( ) Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung.

( ) Mula-mula perah kelapa untuk mendapatkan santan.

( ) Selepas itu, barulah dibakar sehingga masak

Anda mungkin juga menyukai