Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK MEMBINA AYAT (BAHAGIAN

A)

Selamat sejahtera,
Cikgu sering mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh
PPD Gombak. Salah satu maklumat yang ingin cikgu
kongsikan bersama ialah Teknik Membina Ayat
menggunakan Teknik SALAM. Teknik ini sesuai
digunakan untuk murid-murid cemerlang. Bagi murid-
murid lemah cikgu akan gunakan Teknik SAM. Mari
cikgu tunjukkan.

TEKNIK SALAM

S - Siapa
A - Aktiviti
L - Lokasi
A - Alat
M - Mengapa

Contoh ayat:
 Dua orang murid perempuan mengelap cermin
tingkap di dalam kelas menggunakan span agar
kelihatan bersih.

Siapa - dua orang murid perempuan


Aktiviti - mengelap cermin tingkap
Lokasi - di dalam kelas
Alat - menggunakan span
Mengapa - agar kelihatan bersih

TEKNIK SAM

S - Siapa
A - Aktiviti
M - Mana

Contoh ayat:
 Ali dan Abu makan di kantin.

Siapa - Ali dan Abu


Aktiviti - makan
Mana - di kantin

TEKNIK MEMBINA ULASAN (BHG C)

Selamat sejahtera,
Hari ini cikgu ingin berkongsi bersama murid-murid
bagaimana membina ulasan untuk Bahagian C. Di sini
cikgu gunakan TEKNIK KITA NILAI PERBUATAN
(KNP).
Contoh ;
Semasa berada di bahu jalan, Fauzan ternampak
seorang buta ingin melintas jalan. Fauzan kasihan
melihat orang buta itu. Diapun memimpin lelaki itu
menyeberang jalan. Fauzan menggunakan lintasan
pejalan kaki semasa melintas.

KITA NILAI PERBUATAN


(ambil dari dalam
petikan)
Kita hendaklah baik hati dengan menolong
orang buta melintas
jalan.
Kita mestilah mematuhi dengan menggunakan
peraturan jalan lintasan pejalan kaki
raya semasa melintas.

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C

Sahabatku Fazil.

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk


menceritakan pengalaman saya menyertai lawatan ke
Pulau Langkawi anjuran Kelab Kajian Tempatan
sekolah saya.
Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang
banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan
dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti
Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir
Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju
ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan
keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala
udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang, kami meminta


kebenaran untuk mandi tetapi Cikgu Nizam melarang
kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru
tersebut. Lawatan seterusnya ke “Underwater World”
iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.
Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan
kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah


untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-
barang yang perlu sahaja kerana itulah dipesan oleh
ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-
kawan dan keluarga.

Jawapan contoh.
Nilai yang saya dapati daripada petikan ini ialah
kita mestilah prihatin terhadap kawan-kawan dan
keluarga seperti membeli cenderahati. Selain itu, kita
harus menghargai masa dengan melawat ke tempat-
tempat yang bersejarah. Seterusnya, kita hendaklah
menghormati guru seperti mendengar nasihat guru. Di
samping itu, kita perlu berdisiplin dengan beratur
sebelum memasuki sesuatu tempat. Akhir sekali, kita
patut berjimat menggunakan wang dengan membeli
barang yang perlu sahaja.

PANDUAN MENULIS KARANGAN

Hari ini cikgu ingin berkongsi tips bagaimana untuk


menulis karangan. Pastikan apabila murid-murid
menulis karangan gunakan ayat-ayat yang mudah,
ringkas dan padat agar maklumat yang disampaikan
mudah difahami.

Langkah 1 : Memahami kehendak soalan.


 Baca dan fahami keseluruhan soalan.
 Cari dan gariskan kata kunci.
 Kenal pasti kehendak soalan, jenis soalan dan
format karangan.
Langkah 2 : Merangka karangan
 Pilih mana-mana kaedah merangka karangan (peta
minda).
 Susun semua isi secara ringkas berdasarkan
kehendak soalan.

Langkah 3 : Menulis karangan

 Tulis karangan berdasarkan rangka isi yang telah


dibuat.
 Semasa mengarang, tulis ayat-ayat yang betul
strukturnya.
 Masukkan kosa kata yang menarik dan simpulan
bahasa yang sesuai.
 Cuba kembangkan idea dengan sebaik mungkin
dalam beberapa baris ayat.

Langkah 4 : Menyemak karangan


 Selepas menulis karangan,semak penggunaan
kosa kata, tanda baca, imbuhan, struktur ayat dan
ejaan.
 Buat pembetulan jika ada kesalahan.

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN A

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di


bawah.

Langkah 1 : Memahami dan meneliti gambar.


 Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam
gambar.
 Rangka idea seperti
siapa/aktiviti/lokasi/alatan/mengapa.

Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan


 Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.
 Kunci soalan bagi contoh di atas ialah “tentang”. Ini
bermakna murid boleh menulis sahaja maklumat yang
terdapat dalam gambar.
Langkah 3 : Bina rangka ayat

Contoh ;
1. lelaki – sabit rumput – panjang
2. Ali – buang sampah – lubang
3. seorang perempuan – gali lubang – guna
cangkul
4. seorang lelaki – bersihkan sungai
5. Pak Cik Daud – menolak – kereta sorong.

Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap


1. Seorang lelaki sedang menyabit rumput yang
panjang.
2. Ali membuang sampah ke dalam lubang.
3. Seorang permpuan menggali lubang dengan
menggunakan sebatang cangkul.
4. Seorang lelaki membersihkan sungai yang
dipenuhi dengan sampah- sarap.
5. Pak Cik Daud menolak kereta sorong untuk
membuang sampah.

Langkah 5 : Membuat semakan


 Selepas menulis jawapan,semak struktur
ayat,penggunaan perkataan,tanda baca,imbuhan dan
ejaan.
 Pastikan ayat yang dibina berkaitan dengan gambar
PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C

Hari ini cikgu berikan langkah-langkah untuk menjawab


soalan Bahagian C

Soalan perbincangan
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh
daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Jawapan
hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Ketika pertama kali menjejakkan kakinya ke ibu
kota,Marwan 'seperti rusa masuk kampung'. Bukan
keinginannya untuk berhijrah. Marwan hidup sebatang
kara. Dia yatim piatu dan tiada tempat untuk mengadu.
Dia sudah malu untuk mengharapkan belas ehsan
orang lain.
Untuk mencari sesuap nasi, Marwan bekerja di
sebuah restoran. Dia terpaksa bekerja sepanjang hari.
Berkat kerajinannya, dia berjaya mengumpulkan
sejumlah wang. Berbekalkan wang itu, dia
mengusahakan gerai nasi lemak.
Usaha yang berterusan di tambah pula dengan
sikapnya yang peramah, perniagaan nasi lemaknya
semakin maju dan mendapat sambutan. Marwan tidak
suka membazir. Dia bercita-cita untuk membuka sebuah
restoran.
Impiannya telah menjadi kenyataan. Daripada
menjual nasi lemak secara kecil-kecilan kini dia berjaya
membuka sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis
makanan. Dia berazam untuk membuka cawangan
restorannya di seluruh negara.
Langkah1: Baca dan fahami soalan

 Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.


 Kunci soalan terdiri daripada nilai murni atau
pengajaran atau amalan baik.
 Berdasarkan soalan di atas, kunci soalan ialah
pengajaran.

Langkah 2 : Baca dan fahami petikan

 Baca petikan dengan teliti dan fahami


kandungannya.
 Semasa membaca,kenal pasti dan garisi
pengajaran yang terdapat dalam petikan.
 Senaraikan pengajaran yang dikesan.
Contoh :

NILAI HURAIAN

Berani Berhijrah ke ibu kota


untuk mencari rezeki.
Berdikari Tanpa bergantung
kepada orang lain.
Tekun Bekerja sepanjang hari

Berbudi Ramah melayan


bahasa pelanggan
Berjimat Tidak suka membazir
cermat
Langkah 3 : Membuat rangka ulasan

 Membuat rangka ulasan agar mudah membuat teks


ulasan.
 Jawapan kepada rangka ulasan boleh dijadikan
teks ulasan

Langkah 4 : Membuat ulasan

 Buat ulasan berdasarkan rangka ulasan.


 Pilih lima pengajaran sahaja untuk membuat
ulasan.
 Ulasan murid mestilah melebihi 50 patah perkataan
kerana kehendak soalan ialah tidak kurang 50 patah
perkataan.

Langkah 5 : Menyemak

 Selepas menulis jawapan, semak struktur


ayat,penggunaan perkataan,tanda baca,imbuhan dan
ejaan.
 Pastikan ulasan yang dibina berkaitan dengan
petikan.

Anda mungkin juga menyukai