Anda di halaman 1dari 6

CERPEN

OREN karya Saifullizan Yahaya


PERISTIWA PENTING (halaman 33)
Ayah berasa risau apabila Oren masih tidak pulang. “Aku” memberitahu
bahawa pada pagi itu dia nampak Oren bermain di longkang belakang rumah.
Sementara Anis pula berkata dia nampak Oren bermain di bawah pokok di taman
permainan di hadapan rumah dua hari yang lalu. Ketidakpulangan Oren
menyebabkan Ayah berasa bersalah kerana kemungkinan Oren merajuk kepadanya.

PERISTIWA PENTING (halaman 34)


Apabila melihat kemanjaan Kelabu di pangkuan Ayah, “Aku” teringat ketika
Ayah membawa Kelabu pulang ke rumah. “Aku” beranggapan bahawa Oren mungkin
iri hati terhadap Kelabu yang lebih dimanjakan oleh Ayah. Kehilangan Oren kini
menyebabkan “Aku” mengesyaki sesuatu yang buruk telah menimpa Oren.
Malam itu, Ayah hanya menjamah sedikit makanan atas alasan tidak berselera,
wajahnya kelihatan risau. Ibu dan anak-anak tidak menegur mahupun menambahkan
kerisauan Ayah kerana kehilangan Oren. Kelabu yang mengekori Ayah juga tidak
dipedulikannya. Fikiran Ayah benar-benar kusut.
Azura, adik kedua “Aku” mengadu kepada “Aku” dengan mengatakan
bahawa kemungkinan Oren tidak pulang disebabkan sikap pilih kasih Ayah. Sejak
Kelabu ada, Ayah kurang memberi perhatian terhadap Oren. Hal ini mungkin kerana
Oren tidak pandai mengambil kesempatan untuk bermanja-manja dengan Ayah
seperti Kelabu.

PERISTIWA PENTING (halaman 35-36)


Kehilangan Oren menyebabkan Ayah menyedari sikap pilih kasihnya selama
ini yang telah mengabaikan Oren sejak kehadiran Kelabu. Perasaan bersalah mula
bersarang di hati Ayah.
Ayah mengenang kembali ketika dia mula-mula menemui Oren yang kini
menjadi sebahagian daripada keluarganya. Ayah sedang dalam perjalanan pulang
apabila dia menyedari telah terlanggar sesuatu. Ayah berasa terkejut apabila
mendapat tahu bahawa dia telah melanggar mati seekor kucing. Seekor anak kucing
jantan pula kelihatan mengiau-ngiau di sebelah bangkai kucing itu.
Ayah sedar bahawa dia telah menyebabkan kematian ibu anak kucing itu. Oleh
yang demikian, dia nekad untuk membela anak kucing itu demi menebus kesalahan
dirinya yang telah menyebabkan kematian ibu anak kucing itu. Dia membawa pulang
anak kucing itu yang kemudiannya diberi nama Oren. Ternyata Oren sangat disukai
oleh semua ahli keluarganya.

PERISTIWA PENTING (halaman 37)


Tidak lama kemudian, Ayah membawa pulang seekor anak kucing jantan lain
yang dipanggil Kelabu. Kehadiran Kelabu yang lebih manja menyebabkan Ayah lebih
memberi perhatian kepada Kelabu dan mula mengabaikan Oren.
Sejak kedatangan Kelabu, Oren selalu mengalah dan membiarkan Kelabu
menjamah makanan terlebih dahulu. Ia hanya akan makan sisa-sisa makanan yang
ditinggalkan oleh Kelabu. Walau bagaimanapun, Oren dan Kelabu tidak pernah
berkawan apatah lagi bergaduh.

PERISTIWA PENTING (halaman 38)


Oren sangat pandai menjaga kebersihan dan tidak membuang najisnya di
merata tempat. Oren seolah-olah telah terdidik apabila tahu membuang najis di tandas
ataupun di longkang. Sebaliknya, Kelabu pada mulanya selalu membuang najis di
merata tempat termasuklah di dalam rumah.
Tiba-tiba, Ayah terdengar suara Oren mengiau. Ayah segera mendapatkannya.
Ayah bertanyakan kedudukan Oren selama ini sambil mengusap-usap bulu Oren yang
terjaga bersih itu.
Ayah membawa Oren ke dapur lalu memberinya susu tetapi Oren hanya
membiarkan susu itu. Oren merapati ayah lalu menggesel-geselkan badannya pada
kaki ayah. Ayah mendukung Oren lantas mencium pipinya.

PERISTIWA PENTING (halaman 39)


Apabila Ayah merenung mata Oren, suatu perasaan sayu menusuk jiwanya.
Ayah tidak tahu sebab dia harus berperasaan sedemikian. Ayah cuba berbual-bual
dengan Oren, suatu perbuatan yang jarang-jarang dilakukannya. Oren membalasnya
dengan mengiau-ngiau.

PERISTIWA PENTING (halaman 40)


“Aku” melihat Ayah keluar dari bilik dalam keadaan terpinga-pinga lalu
bertanya tentang Oren. Apabila “Aku” memberitahu bahawa Oren belum pulang,
Ayah seakan-akan baru tersedar lalu menggeleng kepalanya.
Ketika bersarapan pada pagi itu, Ayah bercerita tentang dia bermimpi bahawa
Oren telah pulang semalam. Ayah memberitahu bahawa dia menghabiskan masa
semalaman bersama Oren di ruang tamu.
Mereka terkejut apabila Anis menerpa masuk ke ruang dapur. Di tangannya
ialah Oren yang mereka tunggu-tunggu kepulangannya tetapi kini sudah tidak
bernyawa lagi. Anis menemukan Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di
taman permainan. Mereka melihat mata Ayah mula berkaca.

TEMA CONTOH PERISTIWA


Cerpen ini bertemakan Ayah dan keluarganya sangat menyayangi Oren
kepentingan nilai kasih sayang dan Kelabu yang telah menjadi sebahagian
antara manusia dengan haiwan. daripada ahli keluarga mereka.

PERSOALAN / NILAI / PENGAJARAN / CONTOH PERISTIWA


LATAR MASYARAKAT
Saling menghormati Azura tidak menyuarakan
1. Persoalan sikap saling menghormati dan perasaan tidak puas hatinya
menjaga hati orang lain. kepada Ayah kerana tidak
2. Nilai saling menghormati mahu ayah bertambah susah
hati.
3. Kita hendaklah saling menghormati dan
menjaga hati orang lain.
4. Masyarakat yang saling menghormati dan
menjaga hati orang lain
Tanggungjawab Ayah yang telah melanggar
1. Persoalan kepentingan sikap tanggungjawab mati ibu Oren mengambil
terhadap kesalahan yang telah dilakukan Oren menjadi sebahagian
2. Nilai tanggungjawab daripada ahli keluarganya.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap
kesalahan yang kita lakukan.
4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap
kesalahan yang telah dilakukan
Kasih sayang Keluarga ayah menyayangi
1. Persoalan kasih sayang walaupun terhadap Kelabu dan Oren sebagai ahli
haiwan keluarga mereka.
2. Nilai kasih sayang
3. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang
walaupun terhadap haiwan.
4. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih
sayang walaupun terhadap haiwan
Berhemah tinggi Oren yang sedar dirinya
1. Persoalan kepentingan sikap pandai membawa sebagai tetamu sangat pandai
diri walau di manapun kita berada menjaga kebersihan dan tidak
2. Nilai hemah tinggi membuang najis di merata-
3. Kita hendaklah pandai membawa diri walau di rata tempat.
manapun kita berada.
4. Masyarakat yang pandai membawa diri walau
di manapun kita berada

PERSOALAN / NILAI / PENGAJARAN / CONTOH PERISTIWA


LATAR MASYARAKAT
Saling menghormati Ibu menasihati anak-anaknya
1. Persoalan kepentingan saling menghormati pada agar memahami keadaan
masa kesulitan Ayah dan tidak
2. Nilai saling menghormati menambahkan kekusutan
3. Kita perlulah saling menghormati pada masa hatinya akibat kehilangan
kesulitan Oren.
4. Masyarakat yang saling menghormati pada
masa kesulitan.
Keinsafan Ayah sedar akan sifatnya
1. Persoalan keinsafan atas kesilapan diri yang pilih kasih dan dia ingin
2. Nilai keinsafan menebus kesilapan itu
3. Kita hendaklah insaf apabila menyedari terhadap Oren.
kesilapan diri
4. Masyarakat yang insaf atas kesilapan diri
WATAK DAN CONTOH PERISTIWA
PERWATAKAN
Watak Utama: Ayah
Perwatakan Luaran: Bapa kepada “Aku”, Azura dan Anis
1. Digambarkan seorang yang Ayah membawa Oren pulang dan dibela dengan
bertanggungjawab baik setelah dia melanggar mati ibu Oren.
2. Digambarkan seorang yang Ayah menyayangi Oren dan Kelabu dan dijaga
menyayangi haiwan seperti membela anak-anaknya sendiri.
3. Digambarkan seorang yang Ayah mula bersikap pilih kasih apabila Kelabu
bersikap pilih kasih lebih pandai menarik perhatiannya dan
mengabaikan Oren.
4. Digambarkan seorang yang Ayah mula menyedari bahawa Oren mungkin
prihatin merajuk kepadanya kerana melebihkan Kelabu.
5. Digambarkan seorang yang Ayah sedar bahawa dia telah mengabaikan Oren
insaf akan kesilapannya dan dia berjanji akan melayan Oren sebaik
mungkin apabila ia pulang ke rumah nanti.

WATAK DAN CONTOH PERISTIWA


PERWATAKAN
Watak Sampingan : Oren
Perwatakan luaran :
Seekor anak kucing yang berbulu oren
1. Digambarkan seekor anak Ibunya dilanggar mati oleh Ayah dan dibela oleh
kucing yang yatim piatu Ayah sekeluarga.
2. Digambarkan seekor kucing Oren menunjukkan sifat yang baik termasuklah
yang pandai membawa diri tidak berebut makanan dengan Kelabu.

3. Digambarkan seekor kucing Oren lebih suka menyendiri daripada bergaul


yang suka menyendiri dengan Kelabu
4. Digambarkan seekor kucing Oren lebih banyak berdiam diri daripada cuba
yang pendiam dan pasif mendapatkan perhatian ahli keluarga “Aku”.
5. Digambarkan seekor kucing Oren tidak membuang najis di merata-rata tempat.
yang pembersih Oren sentiasa ke tandas atau ke longkang jika
ingin membuang najisnya.

6. Digambarkan seekor kucing Oren merajuk dan membawa diri apabila mula
yang pandai merajuk disisihkan oleh Ayah sejak kehadiran Kelabu di
rumah mereka.

7. Digambarkan seekor kucing Oren tidak tahu menunjukkan kemanjaannya


yang tidak pandai bermanja dalam keluarga Ayah. Setiap kali Ayah pulang ke
rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya
sedangkan Oren hanya mengangkat kepala
apabila melihatnya dan melihat tingkah laku
Kelabu.
WATAK DAN PERWATAKAN CONTOH PERISTIWA
Watak Sampingan : Kelabu
Perwatakan luaran :
Seekor anak kucing jantan yang berwarna kelabu
1. Digambarkan seekor kucing yang Kelabu sering mengikuti ayah dan
pandai mengambil kesempatan bermanja dengan Ayah.

2. Digambarkan seekor kucing yang Kelabu pandai menarik perhatian Ayah


pandai mengambil hati tuannya sehingga Ayah menyisihkan Oren.
3. Digambarkan seekor kucing yang Kejinakan Kelabu dan sikapnya yang
jinak dan manja suka bermanja dengan Ayah
menyebabkan Kelabu lebih disukai oleh
keluarga Ayah berbanding dengan Oren.
4. Digambarkan seekor kucing yang Kelabu sering membuang najis di merata-
pengotor rata tempat termasuk di dalam rumah.

LATAR TEMPAT / CONTOH PERISTIWA


LATAR MASA
1. Ruang tamu / Pada malam itu, selepas makan, ayah duduk di ruang tamu
malam tanpa mempedulikan Kelabu yang mengekori ayah kerana
terlalu bimbang akan keadaan Oren.
2. Jalan taman Pada petang itu, sedang Ayah memandu keretanya di jalan
perumahan / taman perumahannya, dia telah terlanggar seekor ibu kucing.
petang

BINAAN PLOT
Plot novel ini disusun mengikut kronologi. Setiap peristiwa yang berlaku disusun
mengikut urutan peristiwa dan masa.
BINAAN
CONTOH PERISTIWA
PLOT
• Kisah bermula dengan Ayah yang sedang mencari Oren
Permulaan
kerana sudah empat hari dia tidak nampak kelibat Oren.
• Ayah semakin risau dengan kehilangan Oren yang dirasainya
Perkembangan
mungkin merajuk akibat sikap pilih kasihnya.
• Ayah tidak lalu makan kerana risaukan Oren.
• Azura memberitahu bahawa Oren mungkin merajuk
disebabkan ayah melebihkan Kelabu.
Perumitan
• Ayah mengenang kembali janjinya kepada Oren yang
diambilnya sebagai ahli keluarga setelah melanggar mati ibu
Oren.
• Oren pulang ke rumah. Ayah berasa sungguh gembira dan
Klimaks melayan Oren dengan sangat baik. Mereka berdua saling
berbual-bual dengan mesra.
• Ayah keluar dari bilik dalam keadaan terpinga-pingan sambil
Penurunan bertanyakan Oren kepada anak-anaknya. Dia kemudiannya
sedar bahawa dia telah bermimpi Oren telah pulang ke rumah.
• Semua orang dikejutkan dengan kehadiran Anis yang
Peleraian membawa pulang bangkai Oren yang ditemuinya di taman
permainan.

TEKNIK PLOT CONTOH PERISTIWA


1. Teknik Pemerian Penulis memerihalkan keadaan Kelabu yang semakin
(peristiwa yang berlaku tembam. Bulunya yang berwarna kelabu
diceritakan oleh menjadikannya tampak menarik seperti kucing siam.
pengarang sendiri)
2. Teknik dialog (perbualan Dialog antara Ayah dengan anak-anak tentang
antara dua watak atau kerisauannya apabila Oren tidak pulang-pulang ke
lebih) rumah.

3. Teknik konflik Ayah berkonflik dengan dirinya sendiri yang


(pertentangan yang kemungkinan sikap pilih kasihnya menyebabkan
berlaku dalam diri Oren merajuk dan meninggalkan rumah.
sendiri)
4. Teknik saspens Pembaca tertanya-tanya apabila ayah keluar dari
(peristiwa yang biliknya dalam keadaan terpinga-pinga sambil
menimbulkan tanda bertanya tentang Oren kepadanya.
tanya kepada
pembaca)
5. Teknik imbas kembali Ayah mengenang kembali kejadian dia mula-mula
(watak mengingat membawa Oren pulang ke rumah setelah melanggar
peristiwa yang berlaku mati ibu Oren.
semula)
6. Teknik imbas muka Ayah berjanji akan membela Oren seperti anaknya
(bayangan awal tentang sendiri untuk menebus kesalahannya yang
sesuatu peristiwa atau mengakibatkan Oren kehilangan ibunya.
perkara yang akan
berlaku)
7. Teknik kejutan (keadaan Pembaca dikejutkan dengan kemunculan Anis yang
atau peristiwa yang membawa pulang bangkai Oren yang ditemuinya di
berlaku tanpa disangka- taman permainan.
sangka oleh pembaca)
8. Teknik monolog Ayah berbisik kepada diri sendiri bahawa
dalaman (percakapan, kemungkinan sejak kedatangan Kelabu, Ayah telah
lintasan, atau rintihan mengabaikan Oren
dalam hati atau fikiran
sesuatu watak dan tidak
diketahui oleh watak-
watak yang lain)

Anda mungkin juga menyukai