Anda di halaman 1dari 9

IMBUHAN KATA NAMA

Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu:

 Awalan kata nama


 Akhiran kata nama
 Apitan kata nama
 Sisipan kata nama

I. Awalan Kata Nama


a) pe-
b) peR-
c) peN-
d) ke-
e) juru-
Awalan ini ialah awalan kata nama asli nahasa Melayu.

A. Awalan pe-

-Bentuk Awalan pe-

: Awalan pe- mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu pe- . Awalan pe- apabila
digandingkan dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan pada huruf
awal kata dasar tersebut.

pe + tinju pe + sakit pe + warna


=petinju =pesakit = pewarna
B. Awalan peR-

-Bentuk Awalan peR-

: Awalan peR- mempunyai satu bentuk , iaitu per-. Bentuk ini tidak berubah
berdasarkan huruf awal sesuatu kata dasar.

peR + buru peR + segi peR + bara


=perburu =persegi =perbara

C. Awalan peN-

-Bentuk Awalan peN-

: Awalan peN- mempunyai enam kelainan bentuk, iaitu:

o pe-
o pem-
o pen-
o peng-
o peny-
o penge-

Perbezaan bentuk awalan ini ditentukan oleh huruf awal kata dasar yang
menerima awalan itu.

a) Awalan peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w, dan y.

peN + lawak peN + manis peN + naik


=pelawak =pemanis =penaik
b) Awalan peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf b, f, p, dan v.

peN + buka peN + veto peN + proses


=pembuka =pemveto =pemproses

c) peN- menjadi pen- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf c, d, j, sy, t dan z.

peN + cari peN + datang peN + ziarah


=pencari =pendatang =penziarah

d) peN- menjadi peng- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf k, g, h, kh, gh, dan kata dasar yang bermula dengan
huruf vocal a, e, i, o, dan u.

peN + kawal peN + kayuh


peN + hubung
=pengkawal =pengkayuh
=penghubung
=pengawal =pengayuh

e) peN- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang


terdiri daripada satu suku kata, baik perkataan asli bahasa Melayu,
ataupun perkataan pinjaman.

peN + cat peN + sah peN + tin


=pengecat =pengesah =pengetin
f) peN- menjadi peny- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf s, dan huruf s itu digugurkan.

peN + salur peN + sakit peN + satu


=penysalur =penysakit =penysatu
=penyalur =penyakit =penyatu

D. Awalan ke-

-Bentuk Awalan ke-

: Awalan ke- mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu ke-. Awalan ke- apabila
bergabung dengan kata dasar tidak menyebabkan berlakunya apa-apa
perubahan huruf. Kata nama dengan awalan ke- tidak banyak.

ke + tua ke + hendak ke + kasih


=ketua =kehendak =kekasih

E. Awalan juru-

-Bentuk Awalan juru-

: Awalan juru-mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu juru-. Awalan juru-


apabila bergabung dengan kata dasar tidak menyebabkan berlakunya apa-
apa perubahan apa-apa perubahan pada huruf awal kata dasar. Awalan juru-
boleh bergabung dengan kata tunggal atau kata akar.
juru + kata tunggal juru + kata akar

• juru + bina =jurubina • juru + mudi =jurumudi


• juru + jual =jurujual • juru + -tera =jurutera
• juru + bahasa =jurubahasa

II. Akhiran Kata Nama


a) –an

A. Akhiran –an

-Bentuk Akhiran –an

: Akhiran –an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan


perubahan bentuk atau huruf. Akhiran –an merupakan akhiran kata nama
asli dalam bahasa Melayu.

duri + an manis + an bulan + an


=durian =manisan =bulanan

III. Apitan Kata Nama


a) pe-…-an
b) peN-…-an
c) peR-…-an
d) ke-…-an
A. Apitan pe-…-an

-Bentuk Apitan pe-…-an

: Apitan pe-…-an merupakan gabungan awalan pe- dengan akhiran –an, dan
kedua-duanya hadir serentak dan dikira sebagai satu imbuhan. Apitan
pe-…-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu pe-…-an. Apitan pe-…-an
apabila bergabung dengan kata dasar tidak menyebabkan apa-apa perubahan
huruf pada awal kata dasar.

pe-...-an + pe-...-an + pe-...-an +


dalam karangan periksa
=pedalaman =pekarangan =peperiksaan

B. Apitan peN-…-an

-Bentuk Apitan peN-…-an

: Apitan peN-…-an terdiri daripada peN-…-an, dan –an. Kelainan bentuk


awalan peN sama bentuk awalan peN-, dan setiap bentuk ini bergabung pada
huruf awal kata dasar yang diimbuhkan padanya. Bentuk –an pula tidak
berubah. Apitan peN-…-an terdiri daripada enam bentuk.
a) pe-…-an
b) pem-…-an
c) pen-…-an
d) peng-…-an
e) peny-…-an
f) penge-…-an
i. peN-…-an menjadi pe-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w, dan y.

peN-...-an + peN-...-an + peN-...-an +


makan nama nyala
=pemakanan =penamaan =penyalaan
ii. peN-…-an menjadi pem-…-an apabila diimbuhkan dengan kata dasar
yang bermula dengan huruf b, f, p, dan v. Walau bagaimanapun, huruf
dan f dikekalkan apabila kata dasarnya terdiri daripada kata pinjaman,
atau gugus konsonan.

peN-...-an + peN-...-an + peN-...-an +


buka periksa proses
=pembukaan =pemeriksaan =pemprosesan

iii. peN-…-an menjadi pen-…-an apabila bergabung dengan kata dasar


yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, t, dan z.

peN-...-an + peN-...-an + peN-...-an +


cuci dapat syarat
=pencucian =pendapatan =pensyaratan
iv. peN-…-an menjadi peng-…-an apabila bertemu dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh, dan kata dasar yang bermula
dengan huruf vokal a, e, i, o dan u.

peN-...-an + kawal peN-...-an + kaya peN-...-an +


=pengkawalan =pengkayaan khusus
=pengawalan =pengayaan =pengkhususan
v. peN-…-an menjadi peny-…-an apabila bertemu dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf s, dan huruf s itu digugurkan.

peN-...-an + salur peN-...-an + siar peN-...-an + sampai


=penysaluran =penysiaran =penysampaian
=penyaluran =penyiaran =penyampaian

vi. peN-…-an menjadi penge-…-an apabila diimbuhkan dengan kata dasar


yang terdiri daripada satu suku kata.

peN-...-an + peN-...-an + peN-...-an +


bom sah had
=pengeboman =pengesahan =pengehadan

C. Apitan peR-…-an

-Bentuk Apitan peR-…-an

: Apitan peR-…-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu peR-…-an. Apitan


peR-…-an boleh bergabung dengan semua kata dasar. Perkataan yang
berapitan peR-…-an membentuk kata nama daripada perkataan yang
berawalan ber-, be-, dan bel-.

berdamai berlanggar berkembang


=perdamaian =perlanggaran =perkembangan
D. Apitan ke-…-an

-Bentuk Apitan ke-…-an

: Apitan ke-…-an dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ke- dan akhiran


-an pada kata dasar secara serentak. Apitan ke-…-an mempunyai satu bentuk
sahaja, iaitu ke-…-an.

ke-...-an + ke-...-an + ke-...-an +


hadir putus bangsa
=kehadiran =keputusan =kebangsaan

IV. Sisipan Kata Nama

-Bentuk Sisipan Kata Nama

: Sisipan merupakan imbuhan yang disisipkan ke dalam kata dasar. Ada tiga
bentuk sisipan kata nama, iaitu –el-, -er-, dan –em-.

Sisipan -el- Sisipan -er- Sisipan -em-

• patuk=pelatuk • kuping=keruping • kuning=kemuning


• tunjuk=telunjuk • gigi=gerigi • kuncup=kemuncup

Anda mungkin juga menyukai