Anda di halaman 1dari 16

Jenayah di kalangan pelajar dan remaja.

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang
melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan
keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes
jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara
kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya,
apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di
kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan


remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan
keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam
pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi
maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi
tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu
mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca
utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.
Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol,
membunuh, menyamun, dan peras ugut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan


jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh
rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula,
mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang
ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika
mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan
mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka
tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana
sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah
berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan
sebagainya.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan
remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio
memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur.
Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak
dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk
memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya
yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh,
pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan
pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu
bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di
rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai
murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan
buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya


remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti
tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah
dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya
berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar
bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi
menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar
seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain
hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus
ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi
masalah yang lebih serius.

Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur


yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan
hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa,


kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan
mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara
sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga
perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan
mereka.
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/jenayah-di-kalangan-pelajar-dan-remaja-2/
Punca-punca gejala sosial dan langkah-langkah mengatasi..

Pengenalan

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani
masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak
seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta
agama.

Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta
Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta
ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah
remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan
sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Statistik Gejala Sosial Remaja

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana
bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.

Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini
adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22
September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi
kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%
adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh
dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah
pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau
motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-
bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di
Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73
kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan
kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada
tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada
tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990,
terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan
1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.

Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata
masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan
Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992),
bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes
dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes
sehingga bulan Oktober 1991.

Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung
adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya
lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90%
remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India
berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah
(Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja
masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara
punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam
jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga
yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku
yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain
yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang
rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja
yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak
harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi
nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang
masa.

1. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja
yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat
dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan
pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat
membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan
bebas.

1. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi
pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang
kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan
pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu
bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru,
strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa
saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-
anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-
anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang
baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama
anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti,
tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role
modelkepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan
alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat
sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan
beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang
sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada
pihak polis.

1. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar
yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka
dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak,
tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

https://anymiehanzz.wordpress.com/punca-punca-gejala-sosial-dan-langkah-langkah-mengatasi/
http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/02/langkah-langkah-membendung-masalah.html

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan berita-berita panas yang melibatkan golongan remaja. Kisah
berkaitan dengan remaja ini bukan sahaja meniti dari bibir ke bibir masyarakat malah hampir setiap hari
dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. Fenomena ini sangat
merisaukan masyarakat kerana goongan remaja ini merupakan pewaris bangsa dan bakal memimpin
negara pada masa akan datang. Statistik pihak Polis Diraja Malaysia menunjukkan ramai golongan
remaja terlibat dalam kes curi, cabul, penyalahgunaan dadah dan lebih mengejutkan terdapat juga
remaja yang terlibat dalam kes bunuh. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Siapa yang harus
dipersalahkan ? Apakah tindakan yang sewajarnya kita lakukan? Persoalan-persoalan ini akan dihuraikan
secara lebih terperinci dalam perenggan berikutnya.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk membendung masalah ini. Sebagai remaja, mereka seharusnya
bijak memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa remaja ke arah yang baik begitu juga sebaliknya,
jika remaja berkawan dengan kawan yang nakal, maka pelbagai kegiatan jenayah dan perkara tidak elok
akan dilakuan. Jiwa remaja yang masih muda selalunya mudah dipengaruhi dan mempunyai sifat ingin
mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, remaja perlu berkawan dengan sahabat yang boleh menjadi ubat
bagi diri mereka seperti bait gurindam yang berbunyai "Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan
ubat".

Selain itu, remaja juga perlu menyemai, mengamalkan serta memperkukuhkan jati diri. Jati diri boleh
dipupuk melalui pendidikan keagamaan. Apabila ilmu agama telah mantap dalam diri remaja, mereka
mampu berfikir secara matang dan rasional. Mereka juga dapat membezakan antara perkara yang baik
atau perkara yang memudaratkan diri mereka. Nah, ternyatalah bahawa kekuatan jati diri dalam diri
remaja membolehkan masalah kegiatan jenayah dapat dikurangkan.

Ibu bapa juga mempuyai peranan besar untuk mengatasi masalah jenayah yang melibatkan remaja Ibu
bapa perlu meluangkan masa untuk berbual dengan anak-anak. Dalam sesi pertemuan itu, ibu bapa
perlulah menasihatkan anak-anak supaya mematuhi peraturan dan undang. Ibu bapa juga perlu
memahami kehendak anak-anak dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menceritakan smua
masalah diri mereka. Perkongsian minda antara anak dan ibu bapa mampu mengubah kehidupan
mereka yang lebih poitif.

Di samping itu, masyarakat juga berperanan untuk mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan
remaja. Sikap 'tidak perlu jaga tepi kain orang' dan sikap 'biarkan' akan menjadikan remaja itu lebih liar.
Jika masyarakat ternampak remaja melakukan kerja-kerja tidak sihat seperti hidu gam, melakukan
maksiat dan mencuri, mereka perlu membuat laporan polis dan memaklumkan hal tersebut kepada
pihak keluarga remaja tersebut. Jika hal ini dapat dipraktik oleh masyarakat, maka masalah jenayah
dalam kalangan remaja akan lebih terkawal. Bak kata pepatah, sikap cubit paha kanan, paha kiri juga
terasa haruslah ditanam dalam diri setiap anggota masyarakat.

Jenayah dalam kalangan remaja ini juga dapat dibendung dengan tindakan bersepadu pihak berkuasa.
Pihak berkuasa perlu menggubal undang-undang yang lebih tegas ke atas pesalah remaja supaya dapat
memberi pengajaran kepada remaja lain. Remaja yang didapati bersalah perlu diberi hukuman yang
setimpal dan hukuman itu perlu diwar-warkan dalam media massa supaya remaja lain berasa gerun dan
takut untuk melakukan jenayah. Pihak berkuasa juga perlu mengawal dan mengawasi pelbagai media
massa yang boleh mempengaruhi jiwa remaja kearah jenayah seperti filem lucah, filem ganas dan cerita
yang tidak memberikan manfaat kepada remaja.Kajian membuktikan, pengaruh media massa ini
merupakan punca utama remaja melakukan jenayah.

Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa jenayah remaja ini berpunca daripada pelbagai sudut.
Semua pihak, sama ada remaja itu sendiri, ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa harus berganding
bahu, sederap melangkah dan sebulat suara untuk mengurangkan masalah ini. Kita perlu kurang
bercakap tetapi lebihkan usaha unyuk bertindak bagi membendung masalah jenayah dalam kalangan
remaja. Kita tidak mahu sikap sudah terngantuk baru terngadah menjadi amalan semua pihak. Kita perlu
ingat apabila nasi sudah menjadi bubur, apa juga usaha yang kita lakukan sudah tidak mempunyai apa-
apa makna lagi.

Remaja 19 tahun terbabit 4 kes jenayahhttps://www.hmetro.com.my/node/104841

Kajang: Usia baru mencecah 19 tahun namun seorang remaja lelaki sudah berani melakukan ‘4
jenayah dalam 1’ membabitkan samun, pecah rumah, curi kereta dan dadah.

Remaja itu bagaimanapun berjaya diberkas sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah
Kajang ketika pergi ke rumah rakannya di Taman Maju, di sini, jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui kunci kereta yang pernah
dilaporkan dicuri sebelum ini.

“Suspek kemudian membawa polis ke Jalan Anggerik Perdana di sini, sebelum menunjukkan
kereta model Honda Civic berwarna hitam.

“Semakan ke atas kenderaan itu mendapati ia dilaporkan hilang pada 10 Disember lalu,”
katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui dua parang panjang diselitkan di
tepi pintu hadapan penumpang kenderaan itu.

“Selain itu, polis turut merampas sebatang besi kuku kambing di bawah tempat duduk hadapan
penumpang kenderaan.

“Selain itu polis turut menemui lima topeng muka di bawah tempat duduk pemandu kereta itu,”
katanya.

Abdul Ghani berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku terbabit dalam beberapa kes samun,
pecah rumah dan mencuri kenderaan di kawasan Kajang, Shah Alam, Serdang, Selangor dan
Mantin Negeri Sembilan.

“Susulan penahanan itu, suspek membawa polis ke Jalan J Avenue, Cheras sebelum
menunjukkan sebuah kereta model Toyota Camry yang pernah dicuri di Sri Muda, Shah Alam,”
katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 4:53 AM


Faktor-faktor kejadian jenayah dalam kalangan remaja.
NAMA: SITI NURUL NABIHAH BT MOHAMAD

http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/faktor-faktor-kejadian-jenayah-dalam.html

Kemajuan di negara kita seiring dengan kegawatan akhlak yang semakin sebati dengan jiwa remaja pada
hari ini, kerana insan yang baru berusia setahun jagung ini, telah banyak yang terjebak dalam kegiatan
jenayah. Menurut Kamus Dewan perkataan 'jenayah' boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang
melanggar undang-undang dan peraturan. Jenayah juga dapat dikategorikan kepada jenayah juvana,
jenayah sosial, dan jenayah perdagangan. Kejadian jenayah di negara kita semakin meruncing dan
menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kini. Fenomena yang sudah lama bersarang
dalam kehidupan masyarakat ini, dapat memberikan suatu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat
terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh, dan membimbing generasi muda kita hari ini.

Seandainya, jenayah juvana ini masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan
meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan visi kudsi Wawasan 2020.

Kelalaian ibu bapa merupakan faktor perdana yang menimbulkan masalah ini. Kini, sudah menjadi
lumrah ibu bapa pada masa sekarang, rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk
memenuhi naluri mereka sehingga senggup mengabaikan anak sendiri. Adakah kita ingin melihat
generasi hari ini yang akan menjadi nadi negara, menjadi penjenayah pada masa depan? Ibu bapa pada
masa ini menyerahkan tugas menjaga anak bulat-bulat kepada pembantu rumah. Bertitik tolak dari sinilah
, remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan masalah
kerana mereka merasakan jiwa mereka kosong akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi
dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa. Akibat kekurangan dan ketandusan kasih sayang serta goyah
pegangan agama, remaja mudah bergaul dengan kumpulan samseng yang mengheret mereka ke lembah
jenayah.

Di samping itu, pengaruh media massa turut menyumbang dan meninggalkan kesan yang mendalam
dalam sanubari remaja untuk melakukan kegiatan jenayah. Akibat penyelewengan dalam proses
penyaluran maklumat, pemaparan aksi-aksi yang bercorak keganasan, berunsur pembunuhan, dan
rompakan membangkitkan keinginan remaja untuk terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.
Remaja yang meminati aksi ganas akan lebih terdorong untuk melakukan pergaduhan dan akhirnya
membawa kepada pembunuhan. Hal ini berlaku demikian kerana rancangan dalam media elektronik
diselitkan dengan unsur-unsur bercorak negatif yang secara langsung mempengaruhi minda remaja untuk
melakukan jenayah.

Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya kegiatan jenayah yang kian berleluasa.
Pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal dalam jiwa mereka. Pada
kebiasaannya, pengaruh negatif yang menonjol akan menjadi ikutan para remaja. Remaja juga akan lebih
menurut kata-kata atau ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Demi menjaga budaya
remaja dan rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja berkenaan tidak teragak-agak untuk bertindak
sebagaimana yang dikehendaki oleh kumpulannya. Tambahan pula, mereka lebih suka memberikan
tindak balas kepada soal prestij dalam kumpulan agar mereka dapat bergaul dan berinteraksi.

Konklusinya, remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri
daripada terus dibayangi oleh 'jenayah'. Natijah daripada senario-senario ini, kerjasama yang erat, dan
persefahaman yang wujud adalah penting dalam menentukan kecerahan masa depan negara. Ingatlah
remaja yang bakal memimpin negara ini merupakan tonggak dan harapan bagi mencorakkan haluan
negara, demi menzahirkan wawasan 2020.

Sembilan remaja ditahan kes curi motosikal

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif (empat dari kiri) dan pegawainya
bersama barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar berhubung kes samun dan kecurian
motorsikal di ibu pejabat polis Daerah Rembau di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

Mohd. Izzul Farhan Ahmad Surianshah

16 Mei 2017 4:29 PM


AddThis Sharing Buttons

Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More2

REMBAU 16 Mei - Sembilan remaja lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam dua kes
kecurian motosikal di daerah ini yang bernilai kira-kira RM12,000 baru-baru ini.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, kesemua mereka ditahan
dalam dua serbuan berasingan sejak Rabu lalu hingga semalam oleh pasukan khas.

Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan empat remaja berusia 16 hingga 18 tahun di
Kampung Sungai Batu 1, Pedas di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2.10 pagi, 10
Mei lalu.

"Mereka ditahan kerana disyaki terlibat mencuri sebuah motosikal Honda EX5 di sebuah rumah
di Kampung Sepri dekat sini, 8 Mei lepas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, tangkapan kedua pula melibatkan lima remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kampung
Masjid Tanah, Chembong semalam kerana disyaki mencuri dua motosikal Honda EX5 dan
Modenas Kriss di Taman Koperasi dan Taman Chembong Jaya pada 14 Mac dan 21 April lalu.

Beliau berkata, dalam kedua-dua kes, motosikal yang dicuri telah dileraikan komponennya
manakala rangka kenderaan itu telah dibuang di kawasan semak dan sungai. - UTUSAN
ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sembilan-remaja-ditahan-kes-curi-motosikal-


1.482151#ixzz598FiS854
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif (empat dari kiri) dan pegawainya
bersama barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar berhubung kes samun dan kecurian
motorsikal di ibu pejabat polis Daerah Rembau di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

Mohd. Izzul Farhan Ahmad Surianshah

16 Mei 2017 4:29 PM

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sembilan-remaja-ditahan-kes-curi-motosikal-


1.482151#ixzz598GWnG70
© Utusan Melayu (M) Bhd

Penagihan dadah kalangan pelajar sekolah meningkat


Oleh Shahrinnahar Latib

bhnews@bh.com.my

Kongsi artikel

Khamis, 23 November 2017 | 4:20pm


KUANTAN: Jumlah pelajar sekolah yang ditahan kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah
di negeri ini, meningkat kepada 52 orang dalam tempoh 10 bulan tahun ini berbanding 30 orang
bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, peningkatan sebanyak 22 tangkapan
dalam tempoh berkenaan membabitkan pelajar berumur 18 tahun ke bawah.

Daripada jumlah berkenaan, beliau berkata, lima tangkapan membabitkan pengedaran secara
kecil-kecilan dan disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya
1952.

"Tujuh tangkapan membabitkan kes memiliki dadah, manakala 38 tangkapan ada kerana
penagihan dadah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, Rosli berkata, secara keseluruhan tangkapan membabitkan kes dadah di negeri ini
dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu adalah seramai 11,296 orang.

"Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 416 tangkapan berbanding tempoh yang
sama tahun lalu dengan 10,880 tangkapan.

"Kita juga dapati 20 peratus daripada jumlah tangkapan adalah membabitkan kawasan FELDA
dan jumlah berkenaan agak tinggi. Kita akan mengambil tindakan serius bagi menangani
masalah ini," katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka
supaya tidak terjebak dengan gejala tidak berfaedah ini.

"Jagalah anak kita, kalau mereka terjebak dengan masalah sosial ini, bawa mereka kepada pihak
berkuasa. Jangan biarkan masalah ini berterusan.

"Penagihan dadah dalam kalangan pelajar di negeri ini serius dan ia perlu ditangani segera
dengan kerjasama semua pihak, termasuk masyarakat dan ibu bapa," katanya.

Berita»Kes

Jumaat, 29 Disember 2017 | 12:11pm

Dua didakwa bunuh remaja


Oleh Nik Sukry Ramli
niksukry@bh.com.my

Kongsi artikel

Share

TEMERLOH: Dua remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh, di sini, pagi tadi,
atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, 25 Oktober lalu.

Tertuduh, Zamirul Aliff Mohd Zaki, 19, dan seorang lagi remaja berusia 15 tahun, didakwa
membunuh Nur Amira Abdullah pada tarikh itu, di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang
Estate, Bera, antara jam 1.10 pagi hingga jam 3.30 pagi.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya,
Siti Hajar Mustaffa di depan Majistret Najwa Hashim.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang berasal dari Bera.

Tertuduh yang masih bersekolah dan pelajar kolej ditahan pada 18 Disember lalu, tidak diwakili
peguam pada prosiding itu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 24 Januari ini bagi menunggu hasil laporan
kimia dan bedah siasat.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan
mengesahkan mayat Nur Amira ditemui terapung di Sungai Triang pada jam 3.30 petang, 26
Oktober lalu.

Mayat mangsa yang tidak bersekolah itu ditemui dengan 45 kesan luka tikaman, antaranya di
dada, abdomen, belakang badan, tangan dan kaki, manakala punca kematiannya disahkan akibat
luka tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.

4163 dibaca
DUA remaja lelaki berusia 15 dan 18 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret untuk menghadapi tuduhan
membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di tepi Sungai Triang, Bera Oktober lalu. - Foto
Farizul Hafiz Awang

http://eprints.utm.my/12174/1/JEPC-2011-1-007.pdf. tunas bakti

http://transformasiummah.blogspot.com/2011/04/cara-mengatasi-dan-membendung-jenayah.html
bilan hijau

pengaruh rakan sebaya faktor utama


Rosliza Mohamed

am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Pengaruh rakan sebaya menjadi faktor utama remaja di Kelantan terbabit dalam kes
juvana yang menyaksikan peningkatan tahun ini berbanding tahun lalu.

Statistik pada Januari hingga Jun lalu menyaksikan 35 kes direkodkan, meningkat 12 kes
berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jenayah dilakukan yang paling utama adalah kekerasan dan curi harta benda.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, bagi tempoh itu juga seramai 45
remaja ditangkap berusia antara 13 hingga 18 tahun.

"Kita mendapati peningkatan kes ini kerana pengaruh rakan sebaya, terikut dengan bahan
dilayari di laman sosial dan kurang ilmu pengetahuan.

"Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat mengawasi anak mereka dengan lebih baik bagi
mengelak terjebak dengan kegiatan tidak sihat.

"Dapatkan bantuan pakar sekiranya mereka sudah tersasar jauh," katanya selepas merasmikan
Seminar Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Remaja Dan Peranan Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolah Peringkat Negeri di Dewan Sri Tunjong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Kelantan Datuk Abd
Aziz Nawi dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Datuk Ab Aziz Abdullah.

Seramai 200 pelajar sekolah menyertai seminar berkenaan yang diadakan sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 9:21 PM

https://www.hmetro.com.my/node/156366

Anda mungkin juga menyukai