Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENGENALAN

Menurut Prof Madya Dr. Mastura Badzris, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris, memberikan pandangan beliau mengenai buli iaitu dari perspektif psikologi tingkah laku, perbuatan memeras ugut rakan adalah antara contoh buli yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Perlakuan itu adalah bentuk tingkah laku antisosial dan sekiranya berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia tujuh atau lapan tahun berkemungkinan perkara itu berpunca daripada tingkah laku agresif yang tidak dibendung dan ditangani dengan baik ketika kanak-kanak itu berada di peringkat pra sekolah lagi. Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan. Buli biasanya membabitkan tiga pihak, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang membuli, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang menjadi mangsa buli dan kanak-kanak lain yang kadangkala menyaksikan proses buli itu berlaku. Tingkah laku negatif ini selalunya ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti memukul, menendang dan sebagainya. Tetapi dalam bentuk verbal (kata-kata) buli adalah seperti perbuatan memeras ugut, mengejek, mengutuk dan menjatuhkan maruah sehingga menyebabkan mangsa buli hilang rasa harga diri. Beliau berpendapat, buli juga boleh berlaku dalam bentuk manipulasi sosial seperti mempengaruhi kawan lain supaya seseorang kanak-kanak itu merasakan dirinya dipinggirkan atau tidak diterima dalam sesuatu kelompok rakan sebaya. Keadaan itu berkemungkinan berlaku khasnya jika di rumah kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan mereka terpaksa berkelakuan baik serta memendam sesuatu perkara yang terbuku di dada kerana takut dengan pelbagai keadaan. Sebaliknya, di sekolah pula mereka mungkin akan melepaskan geram tersebut dengan mengganas dan mencari mangsa untuk melepaskan dendam mereka. Kanak-kanak seperti itu lazimnya dididik agar takut akan sesuatu bayangan atau seseorang sedangkan jiwa mereka memberontak dan jika orang yang ditakuti tiada, mereka seperti bebas melakukan apa-apa saja untuk mencapai kepuasan diri bagi menggantikan sesuatu yang tidak dapat mereka kecapi di rumah.

2.0 LATAR BELAKANG

Saban tahun, ada sahaja laporan tentang kes buli di sekolah. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka namun fenomena buli membuli tetap berlaku. Keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Senario ini tidak sepatutnya berlaku, setiap rakyat tidak kira tua atau muda perlu mempunyai rasa kekitaan dan perasaan saling menyayangi antara satu sama lain. Setiap warganegara perlu ada kesedaran terhadap hak-hak orang lain. Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak pentadbir sekolah. Beberapa kes yang telah dipaparkan di dada akhbar menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan kes buli ini mempunyai masalah terutama dari segi persekitaran, keluarga atau emosi. Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar malah pelbagai kerenah di dalam bilik darjah mengundang kepada ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir.

Gejala buli dalam kalangan sekolah begitu hangat diperkatakan khususnya sekolah menengah. Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di sekolah-sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Mengikut laporan akhbar Berita Minggu, 14 Julai (2005) yang dipetik dari Mahadi (2007), menyatakan terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003. Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan buli. Berita Harian (2005) dipetik dari Azneezal dan rakan-rakan (2005), pula melaporkan pada tahun 2003, peratusan salah laku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 peratus dan pada tahun 2004, sebanyak 2.07 peratus. Berdasarkan kenyataan tersebut, keseriusan masalah buli dalam kalangan murid sekolah khususnya sekolah menengah perlulah ditangani dengan segera.

Mengikut Deklarasi Kandersteg yang ditandatangani pada 2007 di Switzerland, dianggarkan terdapat kira-kira 200 juta murid sekolah di seluruh dunia menjadi mangsa buli atau dera oleh rakan sebaya. Perlakuan membuli banyak berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri. Kajian rintis program Intervensi Buli telah dijalankan di Malaysia oleh Profesor Adjung di kolej Universiti HELP, Noran Fauziah Yaakub bersama dengan Fatimah Haron iaitu, pensyarah kanan di Institusi Pengajian
2

Tinggi Swasta (IPTS). Beliau mendapati satu perempat daripada pembuli berisiko mempunyai rekod jenayah apabila berusia 30 tahun kelak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh beliau, didapati terdapat 29.4 peratus kes buli berlaku di dalam kelas, 11.3 peratus sebelum guru masuk ke dalam kelas, 9.8 peratus di kantin, 6.7 peratus di tandas dan selebihnya di koridor, padang sekolah, perhimpunan dan asrama. Sehubungan dengan itu, di luar sekolah pula, sebanyak 13.4 peratus kejadian berlaku ketika pulang dari sekolah, 8.7 peratus di perhentian bas dan 6.5 peratus ketika dalam perjalanan ke sekolah. Menurut kajian gejala ini bermula di peringkat sekolah rendah lagi dan gejala tersebut memuncak sehingga ke sekolah menengah. Pada peringkat sekolah menengah, selalunya mangsa buli terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan pembuli pula kebanyakannya ialah pelajar tingkatan dua. Kegiatan buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan hanya berlaku di sekolah menengah kebangsaan tetapi berlaku juga di sekolah menengah berasrama. Walaupun pembuli masih dikategorikan sebagai kes juvana sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001, keadilan dan hak mangsa buli perlu ditegakkan mengikut lunas undang-undang yang ada.

Terdapat beberapa kes buli di sekolah telah dilaporkan di media massa tidak kira media cetak mahupun media elektronik misalnya, dalam statistik kes yang berlaku dari tahun 2004 sehingga tahun 2009. Pada tahun 2004, Muhammad farid Ibrahim telah meninggal dunia akibat dipijak dan dipukul oleh lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Begitu juga pada tahun 2006, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru. Pada tahun 2007 pula, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya iaitu, Muhammad Rizwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

Bagi tahun seterusnya (2008), sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar yang baru dikenali iaitu, Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa tersebut menjeling mereka. Senario ini berlanjutan sehingga pada tahun-tahun berikutnya. Pada Februari (2009), pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube. Pada bulan Mac (2009), Mohd Azwan Md. Ribi iaitu, salah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok. Pada Ogos (2009), akibat daripada perasaan tidak puas hati kerana hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut
3

rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di alor Setar, Kedah. Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak. Hal ini dapat dilihat apabila penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak yang negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini. Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah seperti kes buli ini telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Sayangnya terdapat segelintir masyarakat sering melihat sebilangan pihak hanya bertindak dengan menuding jari mencari orang yang patut disalahkan tanpa mengembleng tenaga dan usaha bagi mencari formula dan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik anak-anak mereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana tidak dapat mendisiplinkan pelajar mereka di sekolah. Bagi menangani masalah ini, semua pihak perlu memahami punca yang menyebabkan perlakuan buli ini wujud dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah perlu menyedari kewujudan masalah-masalah ini dan langkah dan program intervensi yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan sekolah sebagai tempat yang selamat supaya program pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Usaha yang bersepadu antara semua pihak amat penting bagi mencari punca dan menyelesaikan kemelut ini daripada merebak dan seterusnya menggagalkan hasrat dan aspirasi negara ini.

3.0 PUNCA PERLAKUAN BULI

3.1 Faktor Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada masalah perlakuan buli. Hal ini kerana keluarga ialah satu-satunya institusi sosial yang dapat menentukan tingkah laku dan aktiviti sosial sesuai mengikut perkembangan anak-anak. Jika sesebuah keluarga berfungsi dengan baik, anak-anak akan terdidik sebagai seorang insan yang berjaya tetapi apabila keluarga tersebut gagal menjalankan

tanggungjawab dengan baik, keadaan ini akan mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut. Contohnya dapat dilihat dari segi sikap atau tingkah laku, gaya asuhan dan didikan ibu bapa. Tingkah laku keibubapaan didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan tingkah laku penyesuaian anak-anak (Abd.Rahim
4

Abd.Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim Hassan, 2006). Ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap serta contoh teladan yang baik terhadap anak-anak terutama ketika anak-anak masih kecil. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dan sentiasa bersama dengan anak-anak. Ibu bapa adalah orang pertama yang diharapkan dapat memberi bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak-anak. Setiap kelakuan serta perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi perhatian dan ikutan kepada anak-anak. Anak-anak menganggap ibu bapa merupakan role model yang terbaik dan perlu dicontohi setiap masa.

Ibu bapa yang sering bertelagah cenderung mempunyai anak-anak yang bersikap agresif. Kanak-kanak tersebut mula bersikap pemarah dan lebih agresif berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya. Tindakan ahli keluarga yang secara keterlaluan mendera sama ada secara lisan atau fizikal mengajar kanak-kanak tersebut bahawa tingkah laku ganas dan agresif merupakan tingkah laku yang sesuai dan efektif sebagai mencapai sesuatu matlamat. Kanak-kanak tersebut belajar bahawa tindakan menentang adalah cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, anak-anak akan berasa malu, hilang kepercayaan kepada diri sendiri, berdendam, cepat marah dan agresif setelah didera oleh ibu bapa dan melahirkan perasaan benci serta dendam terhadap ibu bapa dan cuba memalukan ibu bapa melalui dengan melakukan gejala yang tidak sihat seperti buli. Apabila meningkat remaja, kanak-kanak tersebut masih berpegang kepada prinsip yang sama walaupun pada hakikatnya prinsip tersebut adalah bertentangan dan merosakkan peribadi sebagai seorang remaja.

Selain itu, gaya asuhan ibu bapa terhadap anak-anak turut menyumbang kepada masalah buli. Gaya asuhan ibu bapa mempengaruhi pembentukan tingkah laku anak-anak sama ada baik atau buruk. Terdapat empat gaya asuhan ibu bapa iaitu ibu bapa autoritarian, ibu bapa permisif, ibu bapa mengabaikan dan ibu bapa autoritatif (Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd.Shukor,et al, 2009). Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian merupakan ibu bapa yang bersikap terlalu tegas dan suka mengongkong anak-anak. Ibu bapa akan mengawal segala tingkah laku tanpa memberi peluang kepada anakanak untuk memberi pendapat, berdikari serta tidak menghiraukan perasaan anak-anak. Hal ini kerana, ibu bapa masih tidak mempercayai anak-anak terutama apabila melangkah ke alam remaja. Kesan daripada ini menyebabkan anak-anak menjadi semakin tertekan dan marah kepada ibu bapa. Anak-anak mula mencari jalan keluar dengan melakukan gejala tidak sihat termasuklah buli di sekolah bagi mengurangkan tekanan dalam diri sendiri. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan permisif adalah bertentangan dengan ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian.

Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan permisif merupakan ibu bapa yang terlalu berlembut dan mudah memberi kebebasan kepada anak-anak . Ibu bapa permisif membenarkan anak-anak untuk melakukan apa sahaja yang diiginkan seperti keluar pada lewat malam. Gaya asuhan ini berlaku apabila ibu bapa percaya bahawa anak-anak tidak akan melakukan sesuatu di luar jangkaan serta melampaui batas yang telah

ditetapkan. Ibu bapa permisif juga kurang mengenali dan mengetahui rakan-rakan dan tempat yang selalu menjadi tumpuan anak-anak apabila berada di luar rumah. Kecuaian ini menyebabkan anak-anak tersalah anggap dan bebas melakukan segala aktiviti yang disukai kerana telah mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada ibu bapa.Anak-anak mula bertindak melampaui batas dan terlibat dengan masalah buli. Gaya asuhan yang sesuai dalam membentuk anak-anak adalah autoritatif iaitu membentuk tingkah laku anakanak mengikut kebolahan diri sendiri dan pada masa yang sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang diharapkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak.

Anak-anak yang kurang mendapat perhatian, kasih sayang dan pengukuhan positif daripada ibu bapa lazimnya akan menjadi pembuli. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang, didikan kurang sempurna dan kurang perhatian serta tumpuan mendorong mereka bertingkah laku agresif (Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Boon & Zurhana Muhamad, 2008). Tekanan hidup, kesibukan kerja, kesibukan mengejar kemewahan dunia serta aktiviti sosial menyebabkan perhatian ibu bapa kepada anak-anak sering terabai. Wang dan material cuba dijadikan galang ganti kepada kasih sayang. Anak-anak tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Ibu bapa dan anak-anak kurang mempunyai masa atau kesempatan bercakap, berbincang ataupun berdampingan antara satu sama lain malahan jarang bersua muka. Ibu bapa kebiasaannya akan keluar pagi dan kembali semula ke rumah apabila menjelang malam. Kegagalan ibu bapa mengambil berat mengenai pergerakan dan pergaulan anak-anak menyebabkan anak-anak mudah dipengaruhi oleh gejala yang tidak sihat termasuk perlakuan buli. Apabila anak-anak meningkat remaja, anak-anak menjadi semakin liar tanpa perhatian daripada ibu bapa. Segala rasa tidak puas hati itu diterjemahkan dalam bentuk masalah ini. Pada hakikatnya, anak-anak melakukan perlakuan buli ini adalah untuk menarik perhatian daripada ibu bapa. Sudah menjadi lumrah apabila anak-anak memerlukan ibu bapa sebagai sumber utama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang remaja. Ibu bapa berperanan sebagai penjaga, pendidik, pengasuh, penasihat dan kaunselor dari segi fizikal, mental dan rohani anak-anak (Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Boon, et al. 2008).

Selain itu juga, remaja yang terlibat dalam masalah ini merupakan pelajar yang lemah dari segi pegangan agamanya. Pegangan agama merupakan satu perkara penting yang perlu ada dalam diri anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama sama ada secara formal atau tidak formal kepada anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah jika hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pengalaman
6

seharian sewaktu kecil akan menjadi asas kepada pengalaman yang seterusnya. Hal ini kerana anak-anak mudah mengikut dan menerima segala bentuk pelajaran ketika dalam proses pembesaran dari kanak-kanak ke remaja. Pegangan agama ini merupakan benteng utama kepada anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat termasuklah buli. Ketiadaan pegangan agama yang kukuh menyebabkan anak-anak berada dalam keadaan terumbang-ambing dan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Anak-anak tidak mampu membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk dan kesan yang akan diperoleh apabila melakukan sesuatu perkara tersebut. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan masalah buli. Pelajar yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh akan sering melakukan perbuatan yang salah tanpa memikirkan kesanya terhadap orang lain. Mereka merasakan bahawa setiap yang dilakukan mereka tidak dapat dilihat oleh orang lain kerana mereka melakukan perbuatan yang tidak betul itu secara tersorok. Namun, mereka lupa bahawa Allah s.w.t memerhatikan setiap perbuatan yang dilakukan. Samada perbuatan baik atau buruk teta pada yang memerhatikannya.

3.2 Faktor rakan sebaya

Rakan sebaya turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada masalah perlakuan buli ini. Rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama dengan seseorang individu (Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz Abd.Shukor et al, 2009). Semasa kecil, ibu bapa menjadi sumber utama dan pelindung kepada anak-anak. Walau bagaimanapun, apabila sampai ke suatu tahap berlaku satu perubahan dalam hidup anak-anak iaitu peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja. Alam remaja selalu dikaitkan dengan pergaulan rakan sebaya. Pada ketika ini, remaja mula mengenalpasti kuasa dan pengaruh rakan sebaya. Remaja juga lebih banyak menghabiskan masa bersama dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Namun begitu, hubungan bersama ibu bapa masih lagi berterusan kerana remaja masih merujuk dan bergantung kepada ibu bapa terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, terdapat satu tahap dimana remaja tersebut mula menganggap rakan sebaya sebagai model dan lebih penting daripada ibu bapa. Dengan erti kata lain, remaja menganggap perhubungan dengan rakan sebaya adalah lebih penting dan lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa. Rakan sebaya banyak memberi pengaruh kepada remaja dalam bentuk personaliti. Kumpulan rakan sebaya akan membantu remaja

memperkembangkan kemahiran sosial, membenarkan remaja menguji dan mengadaptasikan nilai-nilai berdikari daripada ibu bapa dan juga membantu remaja membentuk identiti dan konsep kendiri. Jika remaja ini tidak mempunyai kemahiran sosial yang baik dan tidak berupaya menangani krisis yang dihadapi, remaja akan terdedah kepada kebarangkalian terlibat dalam masalah buli ini. Apabila berada dalam kalangan rakan sebaya maka remaja akan melakukan setiap perkara yang turut dilakukan oleh rakan sebaya mereka.

Apabila remaja tidak pandai memilih rakan sebaya yang boleh mereka dampingi maka mereka akan terlibat dengan golongan rakan sebaya yang akan membawa mereka kearah yang negatif. Contohnya seseorang remaja telah dicabar oleh rakan-rakannya untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan olehnya seperti buli. Bagi membuktikan kepada rakan-rakan, maka remaja tersebut akan melakukan perkara tersebut walaupun dalam keadaan terpaksa. Hal ini kerana remaja mempunyai tahap keegoaan yang tinggi dan tidak akan sesekali untuk menyerah kalah. Tetapi konsep ini telah disalahgunakan ke arah yang tidak sihat. Selain itu, seseorang remaja apabila diajak oleh rakan sebaya yang sebaya dengan mereka untuk melakukan sesuatu remaja berkenaan tidak akan menolak. Apabila remaja berkenaan tidak mahu melakukan perkara tersebut, remaja tersebut mungkin akan disisih atau dipulaukan daripada menganggotai kumpulan tersebut. Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada disisihkan daripada kumpulan tersebut, remaja tersebut terpaksa melakukan perbuatan yang tidak di sukai oleh mereka seperti membuli remaja lain. Hal ini kerana seseorang remaja tidak dapat hidup bersendirian dan ingin diterima oleh rakan-rakan sebaya (Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusuf Boon et al, 2008). Oleh itu, remaja sanggup melakukan pelbagai perkara walaupun bertentangan dengan prinsipnya supaya diterima oleh ahli kumpulan yang lain. Remaja merasakan jika mereka tidak mempunyai rakan-rakan, mereka merupakan orang yang tidak berguna dan merasa rendah diri.

3.3 Faktor Media Massa

Media massa juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada masalah buli dalam kalangan remaja. Media terdiri daripada dua iaitu media elektronik dan media cetak. Contoh bagi media elektronik ialah televisyen, radio dan komputer manakala media cetak ialah surat khabar, majalah dan risalah. Pada hakikatnya, media massa merupakan perkara penting dalam kehidupan dan menjadi suatu sumber yang penting dalam proses penyampaian maklumat ke serata dunia seperti berita serta sebagai pendidik masyarakat. Namun begitu, media massa juga meninggalkan pengaruh yang tidak sihat. Contohnya, sesetengah cerita dan program yang disiarkan di media eletronik terutamanya televisyen dan komputer banyak mengandungi unsurunsur keganasan yang sepatutnya tidak boleh ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun. Program dan cerita tersebut harus ditapis terlebih dahulu sebelum ditayang kepada lapisan umum. Tetapi sesetengah stesen televisyen tidak memandang ke arah itu tetapi terus menayangkan program dan cerita tersebut semata-mata untuk menarik perhatian penonton bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi. Paparan aksi dan tingkah laku ganas yang sering dipaparkan akan mempengaruhi tingkah laku ganas para remaja. Singer (1995) telah menjalankan satu kajian tentang pengaruh televisyen pada 2245 pelajar asas di Atlanta. Hasil kajian mendapati 37.5 peratus responden menonton televisyen lebih daripada enam jam sehari dilaporkan mempunyai simptom trauma dan tingkah laku ganas (Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusuf Boon et al, 2008). Hal ini membuktikan

bahawa media elektronik membawa pengaruh yang negatif kepada remaja jika remaja menonton program tersebut secara berlebihan dan terlalu lama.

Remaja akan mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur ganas kerana remaja merupakan individu yang masih dalam proses pembelajaran dan remaja mempunyai keinginan yang kuat dalam mencuba sesuatu yang lain atau baru. Unsur-unsur keganasan mempunyai satu daya tarikan bagi remaja. Apabila seseorang melakukan adegan-adegan ganas maka remaja juga ingin melakukan dan mencuba perkara tersebut. Remaja merasakan jika mereka mampu melakukan perkara-perkara yang sedemikian, remaja tersebut akan dihormati dan disanjungi. Contoh cerita atau filem dari luar negara yang banyak mempengaruhi remaja adalah World Wrestling Federation(WWF). WWF adalah sebuah rancangan yang memaparkan mengenai pergaduahan atau perlawanan diantara individu dengan individu yang lain. Apabila mereka berlawan maka sudah tentu aksi-aksi ganas dan tidak sesuai untuk tontonan remaja akan dilakukan. Aksi-aksi yang dilakukan selalunya akan membawa kepada kecederaan yang teruk dan kadang kala membawa kepada kematian. Kebanyakan remaja suka menonton rancangan tersebut kerana pihak yang menang bukan sahaja mendapat ganjaran tetapi turut disanjung dan dikenali oleh semua pihak. Kebanyakan remaja sudah mengenali ahli-ahli dalam rancangan WWF tersebut. Apabila remaja menonton rancangan tersebut, keadaan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi remaja untuk berkelakuan ganas seperti itu kerana pada ketika ini remaja masih belum mampu untuk berfikir secara rasional sepenuhnya. Remaja juga akan melakukan aksi-aksi yang ditonton itu kepada orang lain terutamanya rakannya yang lemah kerana remaja berasa seronok apabila dapat melakukan perkara yang disukai mereka. Remaja lebih banyak berfikir ke arah keseronokan terutama apabila bersama-sama dengan rakan-rakan. Selain itu, masalah ini berlaku kepada remaja yang mempunyai masalah dalam tingkah laku, emosi dan pembelajaran. Remaja yang terdedah kepada tingkah laku dan aksi ganas belajar menerima keganasan dalam kehidupan. Remaja tersebut seterusnya membentuk sikap positif terhadap penggunaan kekerasan dalam kehidupan seharian dan lebih mudah terlibat dengan perlakuan buli.

3.4 Faktor Sekolah

Sekolah juga menyumbang kepada masalah buli dalam kalangan remaja. Sekolah sepatutnya menjadi sebuah institusi penyampaian ilmu namun sekolah telah disalahgunakan oleh para pelajar. Para pelajar menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melakukan kegiatan tidak sihat ini. Persekitaran, amalan, guru-guru serta polisi sekolah dapat mempengaruhi aktiviti, tingkah laku serta interaksi pelajar di sekolah. Apabila keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi dan dititiberatkan, pelajar mungkin akan bertindak mengawal persekitaran dengan melakukan buli terhadap pelajar lain. Sikap sesetengah guru dan pengurusan sekolah
9

juga mempengaruhi tingkah laku pelajar untuk terlibat dalam masalah buli (Elizabeth A. Barton, 2006). Seorang guru perlu bersikap adil dan memahami sikap setiap pelajar-pelajar yang ada. Hal ini kerana para pelajar mempunyai status, latar belakang, budaya yang berbeza dan sukar untuk difahami kesemuanya. Guru yang bersikap berat sebelah terhadap sesetengah pelajar terutama di dalam kelas akan mewujudkan satu suasana yang tidak yang kurang memberangsangkan. Pelajar yang pandai serta mempunyai kelakuan yang baik akan disayangi dan diberi keistimewaan manakala pelajar yang mempunyai masalah ini akan dimarahi dan dipinggirkan seolah-olah tiada di dalam kelas tersebut. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar yang disisihkan tersebut mula berasa tertekan dan cuba memberontak. Pelajar tersebut mula membenci guru dan bertindak agresif dengan membuli pelajar-pelajar yang mendapat keistimewaan daripada guru tersebut.

Selain itu, guru-guru juga suka memberi latihan yang banyak kepada para pelajar. Sesetengah pelajar tidak mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru tepat pada masa yang ditetapkan. Hal ini kerana sesetengah pelajar sibuk dengan aktiviti sampingan lain seperti ke sekolah agama pada waktu pagi atau petang dan juga kelas tambahan yang diadakan terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir. Bagi pelajar yang lemah dalam pelajaran, mereka terpaksa mengikuti kelas tuisyen yang dirancang oleh ibu bapa. Keadaan ini menyebabkan waktu pelajar menjadi terlalu padat dan dibebankan dengan tugasan yang banyak serta sukar. Oleh itu, pelajar tidak sempat untuk menyiapkan semua tugasan tersebut. Apabila di dalam kelas, pelajar tersebut bukan sahaja dimarahi tetapi turut didenda sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Guru-guru akan menganggap pelajar tersebut sebagai seorang yang malas serta tidak memberi komitmen yang baik. Keadaan ini menyebabkan pelajar berasa malu dan tertekan apabila diperlakukan seperti itu. Kesannya, pelajar tersebut mula berasa tertekan dan cuba melepaskan tekanan dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi peraturan sekolah seperti membuli para pelajar lain.

Selain itu, perlakuan buli juga berpontensi wujud dalam kalangan pelajar akibat daripada keadaan kelas yang sesak dan serta kekurangan guru di sekolah. Kebiasaanya satu kelas diduduki oleh 35 hingga 45 orang pelajar. Jumlah tersebut amat tinggi jika dibandingkan dengan guru-guru yang disuruh untuk mengajar. Pada satu masa, hanya seorang guru sahaja yang akan mengajar bagi satu kelas. Apabila pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru tidak dapat untuk memerhati dan mengawal kesemua pelajar di dalam kelas tersebut. Keadaan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat dikawal dengan baik dan menyumbang kepada masalah pembelajaran di dalam kelas. Keadaan kelas yang kurang selesa dan kurang kawalan serta pemerhatian dari guru di sekolah juga turut mempengaruhi tingkah laku pelajar. Ada antara para pelajar yang akan melakukan perbuatan membuli. Setiap kelas mempunyai bilangan pelajar yang ramai (Elizabeth A.Barton, 2006). Keadaan ini menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan para pelajar. Keadaan kelas yang panas serta suasana yang bising menyebabkan para pelajar mudah berasa tertekan dan cepat marah. Rasa
10

marah dan tekanan dalam diri ini disalurkan dengan cara yang salah iaitu dengan membuli pelajar-pelajar lain. Kekurangan guru di sekolah menyebabkan para pelajar bebas untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti di sekolah kerana para pelajar bebas daripada sebarang kawalan dan pemerhatian oleh guru-guru. Keadaan ini menyebabkan para pelajar mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti ini semasa ketiadaan guru. Tambahan lagi, keadaan sekolah yang besar dan mempunyai banyak kawasan-kawasan tersembunyi memudahkan lagi pelajar untuk melakukan kegiatan buli.

Selain itu, perlakuan buli berpotensi wujud dalam kalangan para pelajar kerana polisi sekolah atau undang-undang di sekolah terlalu longgar. Undang-undang memainkan peranan penting untuk membentuk sesebuah komuniti yang besar termasuklah sekolah. Jika sesebuah sekolah tidak mempunyai undang-undang yang ketat, maka sekolah tersebut akan berhadapan dengan pelbagai masalah terutama masalah salah laku dalam kalangan para pelajar. Hal ini kerana ketiadaan undang-undang yang ketat akan menimbulkan satu persepsi dalam kalangan para pelajar. Pelajar akan berfikir pihak sekolah yang lemah tidak akan mengganggu pelajar untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan. Para pelajar datang ke sekolah hanyalah untuk bersuka ria bersama rakan-rakan. Keadaan ini menyebabkan terdapat sesetengah pelajar bertindak di luar kawalan dan melibatkan diri dalam masalah buli. Pengurusan serta pengawasan disiplin sekolah yang lemah mengakibatkan wujudnya tingkah laku buli di sekolah (Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Bonn et al, 2008). Undangundang ketat sepatutnya diwujudkan di sekolah untuk memimpin para pelajar ke arah yang lebih baik. Para pelajar biasanya akan patuh kepada undang-undang yang ditetapkan. Melalui undang-undang yang ketat, sesebuah sekolah dapat melahirkan para pelajar yang berkualiti serta berdisiplin walaupun bilangan pelajar yang terlalu ramai. Ketiadaan undang-undang yang ketat seolah-olah memberi lesen kepada para pelajar untuk melakukan kegiatan yang akan membawa kepada masalah disiplin seperti kegiatan membuli ini.

4.0 KESAN

Perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak patut di lakukan oleh sesiapa sahaja. Hal ini kerana perbuatan membuli memberikan kesan buruk kepada pembuli, orang yang membuli serta orang yang berada di sekitarnya. Akibat daripada perbuatan membuli, golongan yang terlibat telah mengalami kesan buruk untuk jangka masa panjang. Bagi menangani masalah buli, semua orang harus memahami bahawa masalah buli itu merupakan masalah yang serius dan jika ia tidak dicegah dengan sebaik mungkin maka pelbagai kesan negative akan timbul.

11

4.1 Kesan Perlakuan Buli Terhadap Mangsa Buli

Pelajar yang lemah dan tidak melawan selalunya akan menjadi mangsa buli. Perlakuan buli yang berbentuk mengejek merupakan perbuatan yang sangat tidak disenangi oleh setiap orang. Oleh yang demikian, mangsa buli yang dibuli dengan cara mengejek sering kali mengalami tekanan perasaan yang hebat. Keadaan ini boleh menyebabkan emosi mangsa buli tidak stabil kerana terlampau memikirkan ejekan daripada rakanrakan. Secara emosi, mangsa-mangsa yang telah dibuli seringkali merasa takut dan bimbang setiap kali berada di sekolah(http://www.unicef.org/malaysia/msl/reallives_6948.html). Sebagai contoh, mangsa buli sangat gembira apabila berada di rumah. Namun begitu, sebaik berada di sekolah bersama rakan-rakan, mangsa buli akan berubah menjadi murung. Hal ini berlaku kerana mangsa buli terlampau memikirkan tentang ejekanejekan yang bakal diterima daripada rakan-rakan di sekolah. Perbuatan buli ini akan menjadi semakin serius apabila mangsa buli bertindak membunuh diri. Tekanan perasaan yang dialami oleh mangsa buli menyebabkan mangsa buli tidak dapat berfikir dengan betul. Oleh itu, mangsa buli merasakan membunuh diri merupakan jalan terbaik kerana mangsa buli merasakan diri tidak bagus atau lemah. Perbuatan membunuh diri akibat tidak tahan dibuli merupakan kesan yang sangat teruk kerana hal ini melibatkan nyawa seseorang. Perlakuan buli berbentuk fizikal juga amat berbahaya kerana ianya boleh mengakibatkan kematian.

Mangsa buli juga cenderung untuk tidak hadir ke sekolah. Mangsa buli tidak mahu hadir ke sekolah kerana ingin mengelak daripada berjumpa dengan pembuli. Mangsa buli akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada hadir ke sekolah. Sebagai contoh, mangsa buli akan memberitahu ibu bapa mereka bahawa diri tidak sihat seperti demam atau sakit perut malahan, terdapat juga pelajar yang berbohong dengan menyatakan bahawa guru tidak masuk ke kelas untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sudah tentulah memberi imej yang buruk kepada guru kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Namun demikian, hal ini sudah tentulah membawa kesan negatif kepada pelajar. Kekerapan tidak hadir ke sekolah menyebabkan mangsa buli akan ketinggalan dalam pelajaran dan masalah ini tentulah akan menyebabkan mangsa buli sukar memahami apa yang diajar oleh guru. Pelajar akan merasa bosan berada dalam kelas kerana tidak memahami apa yang diajarkan. Oleh itu, hal ini turut mendorong mangsa buli untuk ponteng sekolah. Tindakan mangsa buli yang sering tidak hadir ke sekolah boleh menyebabkan masa depan meenjadi gelap kerana mangsa buli tidak memahami apa yang diajar dan sudah semestinya prestasi akademik mangsa buli semakin menurun.

12

Mangsa buli juga berpotensi untuk menjadi seorang yang ganas. Hal ini terjadi kerana sikap mangsa buli yang ingin membalas terhadap apa yang pernah berlaku kepada mereka. Mangsa buli juga menjadi pembuli kerana mereka ingin mengembalikan harga diri yang telah tercemar kerana menjadi mangsa buli suatu ketika dahulu. Pelajar baru atau yang lebih lemah daripada pembuli biasanya merupakan sasaran pembuli untuk membalas dendam dan mengembalikan maruah diri mereka. Mereka juga menjadi pembuli kerana ingin merasa lebih kuat daripada pelajar lain dan mendapat penghormatan daripada rakan-rakan. Pelajar yang mempunyai kekuatan dan dihormati akan diterima pelajar lain. Penghormatan yang diberikan oleh rakan-rakan menyebabkan pembuli merasa semakin seronok melakukan perbuatan membuli pelajar yang lebih lemah daripada mereka. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa mangsa buli juga berpotensi menjadi pembuli kerana mangsa buli ingin membalas dendam dan mendapatkan kembali harga diri serta tahap keyakinan mereka dan juga ingin mendapatkan penghormatan dari rakan-rakan mereka.

4.2 Kesan Perlakuan Buli Terhadap Pembuli

Pembuli juga akan mengalami kesan negatif akibat daripada perbuatan membuli. Pembuli cenderung menjadi penjenayah pada masa akan datang. Hal ini kerana tingkah laku yang agresif semasa zaman kanakkanak kekal sehingga mereka meningkat dewasa. Menurut Beale (2001; dalam Azizi Yahaya et al., 2007) pembuli didapati tiga kali ganda cenderung melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang pada ketika usianya tiga puluh tahun berbanding orang biasa. Malahan, pelajar yang mengalami masalah buli yang serius mempunyai sekurang-kurangnya satu pertuduhan jenayah pada usia dua puluh empat tahun dan empat puluh peratus daripada mereka mempunyai rekod tiga kali atau lebih ditahan oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa seseorang yang pernah menjadi pembuli berkemungkinan besar menjadi penjenayah apabila dewasa kelak. Keadaan ini menyebabkan pembuli tersebut akan mengalami kesulitan kerana mereka akan mempunyai rekod jenayah. Hal ini sudah tentulah akan mereka sukar diterima untuk bekerja. Malahan, seseorang yang mempunyai rekod jenayah sukar diterima dalam masyarakat. Masalah yang dialami oleh mereka seperti tidak diterima untuk bekerja dan tidak diterima dalam masyarakat akan mendorong mereka untuk mengulang perbuatan jenayah.

Perlakuan buli di sekolah juga mendorong kepada kewujudan kumpulan samseng remaja ataupun gangsterisme. Kumpulan samseng wujud kerana pembuli kebiasaannya akan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah tingkah laku yang agresif. Mereka akan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai tingkah laku yang sama kerana mereka dapat melakukan perbuatan membuli. Membuli secara berkumpulan juga dapat memberi kepuasan kepada mereka kerana mereka mempunyai rakan-rakan yang akan membantu
13

dan menyokong tindakan mereka. Malahan, mereka merasa selamat kerana melakukan kegiatan membuli secara beramai-ramai. Kegiatan membuli sudah tentulah akan berterusan kerana mereka merasa seronok dan selamat ketika melakukannya. Oleh hal yang demikian, perbuatan membuli secara berkumpulan akan menyebabkan pembuli menjadi semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan. Keadaan ini akan menyebabkan akhlak pembuli semakin teruk. Pembuli juga akan disisihkan kerana berkelakuan tidak baik dan hal ini menyebabkan mereka akan sentiasa bersama rakan-rakan yang bermasalah. Apabila mereka bergabung menjadi sebuah kumpulan samseng maka mereka akan menjadi lebih teruk. Kumpulan samseng bukan sahaja wujud dalam satu kumpulan malah beberapa kumpulan. Kumpulan-kumpulan samseng ini tidak bergaul dan bercampur diantara satu sama lain. Apabila salah seorang ahli kumpulan samseng ini mengganggu ahli atau kawasan samseng lain maka pergaduhan akan tercetus. Hal ini akan menyebabkan ketakutan dalam kalangan masyarakat setempat yang lain.

Seseorang yang pernah menjadi pembuli berkemungkinan menjadi pendera apabila dewasa kelak. Hal ini demikian kerana, pembuli mempunyai sikap yang panas baran dan angkuh. Keadaan ini menyebabkan mereka cepat berasa marah dan tidak suka apabila perbuatan mereka ditegur. Sebagai contoh, mereka akan memukul isteri mereka jika perbuatan mereka yang salah ditegur. Sikap mereka yang panas baran dan angkuh sudah tentulah mendorong mereka untuk bertindak ganas terhadap isteri mereka. Perlakuan mendera isteri sudah tentulah akan menyebabkan kerukunan rumah tangga mereka tergugat kerana sering berlaku pergaduhan diantara suami dan isteri. Malahan, membimbangkan jika perbuatan mendera diulang oleh anakanak mereka apabila mereka dewasa kelak kerana ingin telah diajar untuk menyelesaikan masalah dengan cara kerasan. Anak-anak juga berkemungkinan berdendam dengan bapa mereka dan tidak menghormati mereka sebagai ketua keluarga. Anak-anak juga berkemungkinan tidak akan menjaga mereka apabila mereka tidak mampu bekerja atau menguruskan diri sendiri kerana berdendam dengan bapa mereka. Oleh itu, kemungkinan pembuli menjadi pendera dalam rumah tangga adalah sangat tinggi kerana mereka mempunyai sikap yang panas baran dan angkuh serta sukar untuk menerima pendapat orang lain. Suami yang panas baran juga sering mencederakan anak-anak yang masih kecil. Hal ini akan menyebabkan fizikal dan emosi anak-anak terganggu malah akan menyebabkan perkembangan mereka terbantut. Orang yang panas baran juga mudah mendapat penyakit psikologi seperti gila.

4.3 Kesan Perlakuan Buli Terhadap Ibu Bapa

Perbuatan buli bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa dan pembuli tetapi ibu bapa sama ada ibu bapa mangsa buli atau ibu bapa pembuli turut menerima kesan akibat perlakuan buli. Ibu bapa merupakan
14

mangsa secara tidak langsung terhadap kejadian buli yang melibatkan anak mereka (Azizi Yahaya et al., 2007). Hal ini kerana ibu bapa yang anaknya merupakan mangsa buli akan merasa sangat kecewa apabila anak mereka sering dipukul atau diejek. Keadaan ini akan menyebabkan emosi mereka tidak stabil kerana mereka sering memikirkan perkara yang berlaku terhadap anak mereka. Malahan, mereka juga akan menyimpan dendam terhadap pelajar yang membuli anak mereka. Di samping itu, jika perasaan dendam tidak ditangani dengan baik, pergaduhan mungkin akan tercetus kerana mereka ingin mendapatkan pembelaan untuk anak mereka. Ibu bapa pembuli turut menerima tempias akibat daripada perbuatan anak mereka. Mereka akan merasa kecewa dan malu dengan perbuatan anak mereka. Malah mereka turut dikeji dan dihina oleh pihak yang berasa marah dengan perbuatan anak yang membuli. Masyarakat akan menyisihkan ibu bapa dan tidak mahu bergaul dengan mereka algi. Masyarakat menganggap bahawa ibu bapa merupakan punca kepada sikap tidak elok anak-anak dan mereka tidak pandai mendidik dan membesarkan anak-anak. Namun, bukan semua yang berlaku itu adalah salah ibu bapa kerana sesetengah ibu bapa telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya semasa membesarkan anak-anak. Hanya segelintir ibu bapa yang menjadi punca kepada perubahan sikap anak-anak.

Ibu bapa juga akan hilang fokus dalam menjalankan tugas seharian mereka. Mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka seperti biasa kerana sering terganggu dengan masalah anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa mangsa buli tentulah akan risau memikirkan anak mereka yang sering mengelak untuk ke sekolah manakala masa ibu bapa pembuli dihabiskan untuk ke sekolah bagi membincangkan masalah disiplin anak mereka. Oleh hal yang demikian, tentulah mereka tidak akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Prestasi kerja mereka juga akan menurun kerana tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja mereka. Masalah ini semestinya akan memberi kesan negatif kepada mereka kerana mereka berkemungkinan dibuang kerja akibat daripada prestasi kerja mereka yang menurun dan sering melakukan kesilapan yang berulang. Rakan-rakan ditempat kerja akan memandang serong kepada ibu bapa tersebut. Ibu bapa akan berasa malu seterusnya tahap keyakinan akan menurun terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.

Ibu bapa juga akan hilang kepercayaan terhadap pihak sekolah kerana mereka beranggapan bahawa pihak sekolah gagal melahirkan pelajar yang berakhlak. Ibu bapa juga merasakan bahawa sekolah merupakan tempat yang tidak selamat untuk anak mereka kerana kes buli terutamanya kes buli yang melibatkan fizikal sering berlaku di sekolah sehingga mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Pendapat yang sedemikian menyebabkan orang awam hilang kepercayaan terhadap institusi sekolah yang dikenali sebagai tempat penyebaran ilmu dan tempat melahirkan modal insan yang berilmu.

15

4.4 Kesan Perlakuan Buli Terhadap Guru

Perlakuan buli juga memberi kesan kepada para guru dari segi bebanan kerja. Hal ini adalah kerana, guru bukan sahaja perlu menyelesaikan urusan-urusan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran sekolah malah guru juga perlu menangani masalah disiplin pelajar terutamanya masalah buli yang berlaku di sekolah. Keadaan ini menyebabkan banyak masa guru banyak digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh hal yang demikian, sudah tentulah guru tidak dapat memberikan fokus yang sepenuhnya ketika mengajar kerana guru perlu membahagikan masa mereka bagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan memantau aktiviti pelajar. Tugas guru juga bertambah, iaitu memantau dan mengawasi kegiatan pelajar yang tidak ada kaitan dengan pendidikan seperti kurikulum dan kokurikulum (Azizi Yahaya et al. 2007). Pertambahan kerja guru sudah tentulah akan menyebabkan guru mengalami tekanan kerja yang berat kerana selain daripada mengajar, mereka juga perlu mengawasi tingkah laku pelajar. Tekanan kerja yang melampau akan menyebabkan guru tertekan dan mendorong kepada prestasi kerja yang buruk. Guru-guru tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana mereka mempunyai tugas yang lain seperti mengawasi tingkah laku pelajar yang tidak berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum. Masalah ini sudah tentulah akan turut memberi kesan kepada prestasi akademik pelajar kerana guru gagal menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Selain itu, kewibawaan guru sebagai insan yang melahirkan pelajar yang berakhlak dan berilmu juga akan tergugat. Keadaan ini adalah disebabkan oleh guru gagal menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Sebagai contoh, guru yang banyak menghabiskan masa mereka untuk memantau aktiviti pelajar sudah tentulah akan mengalami kesukaran untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan hal ini akan menyebabkan pelajar sukar memahami perkara yang diajar. Oleh itu, ibu bapa akan beranggapan bahawa guru tersebut tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan sempurna, maka jelaslah bahawa guru akan dipandang serong oleh masyarakat kerana gagal menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Namun begitu, perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh beban kerja guru yang semakin bertambah.

16

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 5.0 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Buli Di SekolaH

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Noran Fauziah Yaakub ke atas 2600 pelajar dari 26 buah sekolah, (http://www.scribd.com/doc/20242284/Empat-Langkah-Halang-Perbuatan-Buli), beliau mendapati peratusan yang dilaporkan melibatkan diri dalam kegiatan membuli adalah tinggi. Menurut Profesor Olweus dari Bergen University, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius. (http://www.scribd.com/doc/20242284/ Empat-Langkah-HalangPerbuatan-Buli) Hal ini amat membimbangkan kerana masalah buli semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai langkah harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah yang dilakukan merangkumi semua iaitu pihak keluarga, sekolah, masyarakat dan seterusnya pihak kerajaan.

5.1 Keluarga

Keluarga merupakan pusat pendidikan yang utama dan pertama. Keluarga merupakan pihak yang paling hampir dengan remaja. Keluarga juga memainkan peranan penting dalam perkembangan mental, emosi dan sosial anak-anak. Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dan paling berperanan dalam mendidik anak-anak terutamanya remaja. Ibu bapa merupakan contoh ataupun role model kepada remaja (http://www.scribd.com/ doc/4800938/Cara-Mengatasi-Masalah). Menurut Flannery dan Wester (2004) dalam buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah, 2009) mengatakan terdapat tiga perkara berkaitan keluarga yang secara signifikan berkorelasi dengan pencapaian akademik remaja, iaitu status sosioekonomi keluarga, penglibatan ibu bapa di rumah atau di sekolah dan gaya pengasuhan. Oleh itu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh remaja sebenarnya dipengaruhi oleh tiga perkara tersebut. Apabila ibu bapa yang bermasalah tidak dapat memberikan perhatian kepada anak-anak maka anak-anak yang terbiar akan mudah terlibat dengan pelbagai masalah. Anak-anak yang juga merangkap sebagai pelajar sekolah akan membawa tabiat buruk hingga ke sekolah. Kebanyakan tabiat buruk atau perlakuan buruk yang dilakukan oleh anak-anak remajan sebenarnya merupan salah satu cara untuk anak-anak remaja ini melepaskan tekanan yang mereka hadapi di rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat mengenai hal kebajikan anak-anak mereka.

17

Selain itu, penuntut (pelajar) juga mempunyai keupayaan untuk belajar daripada pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain ( Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd. Shukor, et al,2009). Oleh itu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan kepada remaja kerana remaja belajar daripada perbuatan orang lain dan merasakan perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa adalah betul. Bak kata pepatah, bapak borek, anak rintik. Sebagai ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak remaja, perbuatan seperti mengejek, menghina, memukul dan sebagainya tidak harus dilakukan samada dihadapan ataupun dibelakang anak-anak. Menurut Schafer (1976), sekiranya ibu bapa memberikan penerangan, pandangan, dan teladan yang salah, maka kita sudah dapat meramalkan bahawa kanak-kanak akan turut bersikap dan bertindak balas salah juga. Apabila anak-anak terlihat perbuatan-perbuatan seperti itu, maka secara tidak langsung anak-anak akan mengikut dan meniru perbuatan tersebut dan melakukannya kepada orang lain. Namun perbuatan yang dianggap betul oleh anak-anak tersebut merupakan satu perbuatan yang tidak patut di lakukan yang mana ia diklasifikasikan sebagai buli. Mungkin disebabkan perbuatan tersebut turut dilakukan oleh ibu bapa maka anak-anak remaja rasa tidak salah untuk melakukannya juga . Justeru, ibu bapa perlulah mengelakkan diri daripada terlibat dengan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh indivudu yang bergelar seorang ibu atau bapa. Cara ibu bapa mengasuh anak-anak bukan sahaja memberikan kesan kepada perkembangan emosi anak-anak, malah turut mempengaruhi pencapaian akademik mereka ( Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd. Shukor et al, 2009). Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin agar mereka akan menjadi orang yang berguna kelak. Didikan yang diberi mestilah merangkumi setiap aspek kehidupan seperti didikan agama, penerapan nilai-nilai murni dan memberikan kasih sayang yang secukupnya. Didikan agama amat penting bagi setiap orang. Setiap agama menekankan mengenai perkaraperkara yang baik dan melarang untuk melakukan perkara-perkara yang jahat. Apabila diberikan didikan agama yang cukup anak-anak dapat membezakan perkara-perkara yang baik dan perkara perkara yang buruk. Memang tidak dinafikan, anak-anak telah mendapat didikan agama di sekolah, namun ibu bapa masih perlu memberikan didikan agama kepada mereka. Selain itu, ibu bapa mestilah menerapkan nilai-nilai murni dan kasih sayang agar anak-anak mampu membawa dan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang semakin mencabar sekarang. Apabila ibu bapa telah melengkapkan anak-anak mereka dengan bekalan yang secukupnya, insyaallah, anak-anak remaja akan menjadi insan yang berguna dan tidak akan terpesong dari landasan yang sebenarnya.

Tidak dinafikan tugas sebagai ibu bapa amat berat. Ibu bapa bukan saja perlu memberikan didikan kepada anak-anak malah mereka juga perlu menyediakan setiap keperluan yang diperlukan oleh anak-anak. Firman-Nya bermaksud: "Tuhan menjadikan daripada diri kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula anak-anak dan cucu-cicit (keturunan)..."(Surah an-Nahl, ayat 72) yang mana menyebut bapa berperanan mencari rezeki halal untuk membesarkan anak, ibu pula berfungsi sebagai pengurus rumah
18

tangga(http://www.scribd.com/doc/2987776/IBU-BAPA-PRIHATIN-PENCORAKKELUARGABAHAGIA). Setiap anak-anak yang sedang dalam proses tumbesaran memerlukan keperluan yang banyak terutamanya bagi anak-anak remaja. Tambahan pula, kos hidup pada masa ini amat tinggi. Oleh itu, kedua ibu bapa perlu bekerja keras bagi mencari nafkah untuk menanggung anak-anak. Oleh itu, sebahagian besar masa ibubapa dihabiskan ditempat kerja. Secara puratanya masa yang dihabiskan ditempat kerja lebih banyak berbanding masa yang diperuntukan untuk anak-anak. Bukan kerana ibu bapa terlalu mementingkan pekerjaan tetapi keadaan semasa yang menyebabkan ibu bapa terpaksa bertindak sedemikian.Walaupun ibubapa meluang masa yang sedikit untuk anak-anak tetapi jika masa tersebut dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan digunakan dengan sebaik mungkin maka setiap perkembangan anak-anak dapat dilihat oleh ibu bapa.

Apabila mempunyai masa terluang, maka ibu bapa haruslah bertanya kepada anak-anak samada mereka mempunyai masalah atau tidak. Hal ini kerana pada peringkat remaja, anak-anak sedang mengalami perubahan yang mendadak samada dari segi emosi, fizikal, sosial dan juga moral. (Suppiah Nachiapan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd. Shukor, et al. 2009). Banyak persoalan yang akan bermain difikiran mereka. Oleh itu, mereka memerlukan ibu bapa sebagai tempat untuk meluahkan masalah, pendapat atau untuk meminta nasihat. Pada waktu inilah, ibu bapa harus mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa amat penting dalam membentuk peribadi anak-anak remaja. Jika ibu bapa memberikan kerjasama, masalah buli ini dapat dielakkan sejak dari sejak awal lagi.

5.2 Sekolah

Menurut

Noran fauziah Yaakub,( http://www.scribd.com/doc/20242284/Empat-Langkah-Halang-

Perbuatan-Buli) terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini. Cara yang pertama ialah pihak sekolah boleh mendapatkan data atau maklumat-maklumat mengenai kes buli ini dengan melakukan kajian soal selidik yang melibatkan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar dikehendaki mengisi borang soal selidik yang berkaitan dengan masalah buli. Setiap pelajar yang mengisi borang tersebut haruslah dirahsiakan identitinya. Setiap maklumat yang diperolehi akan disimpan dan tidak boleh diberi kepada orang yang tidak berkaitan dengan sewenang-wenangnya. Maklumat tersebut adalah sulit kerana mempunyai butiran peribadi para pelajar. Apabila maklumat telah berjaya dikumpul dan diperolehi maka pihak sekolah akan dapat mengenalpasti masalah buli yang sering berlaku di sekolah dan berusaha mencari jalan penyelesaian agar masalah tersebut tidak terus berlarutan.

19

Selain itu, pihak sekolah mestilah menetapkan beberapa peraturan yang tidak membenarkan manamana pelajar melakukan perbutan buli. Peraturan yang dibuat mestilah tegas agar pelajar tidak sewenangwenangnya melakukan perbuatan buli kepada pelajar lain. Selain daripada menampal poster, pihak sekolah juga boleh menyebarkan risalah-risalah antibuli kepada setiap warga sekolah. Risalah-risalah yang disebarkan mestilah disertakan maklumat berkaitan buli. Maklumat yang terkandung didalam risalah ini konsep buli, cara untuk mengelakkan buli, kesan buli dan juga contoh-contoh kes yang pernah berlaku. Risalah-risalah tersebut bukan hanya untuk dibaca oleh pelajar-pelajar malah ibubapa mereka juga supaya ibubapa dapat memahami mengapa perbuatan membuli itu terjadi. Melalui pembacaan dan penyebaran maklumat sedemikian, maka, masyarakat akan lebih memahami mengenai masalah buli yang berlaku dan tidak terus membuat persepsi yang bukan-bukan.

Tindakan seperti merotan, memberi hukuman denda dan buang sekolah adalah wajar jika pelajar yang membuli itu didapati bersalah oleh pihak sekolah. Tindakan merotan atau sebat bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya tetapi haruslah mengikut kaedah yang ditetapkan oleh

syarie.(http://www.bharian.com.my/bharian/articles /Sebatsyariedidik pelajar/Article/). Menurut Mohamad Ali Hassan, berkata hukuman itu perlu dilakukan ibu bapa terhadap anak mereka di tempat tertutup di sekolah(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sebatsyariedidikpelaja r/Article/). Namun, tindakan

tersebut haruslah dibuat setelah pihak sekolah menyiasat kes tersebut dengan sewajarnya. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya masalah lain seperti perselisihan faham antara sekolah dan ibubapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka telah membuat kesalahan lalu menyalahkan pihak sekolah dengan mengatakan bahawa pihak sekolah tidak mampu mengawal pelajar.

Menurut Mahadi Hj Yahya (2007) dalam kajiannya, mengatakan Program sekolah angkat melalui kerjasama Polis merupakan salah satu program yang patut dijalankan oleh setiap sekolah di Malaysia. Program seperti ini bukan sahaja dapat mengawal masalah disiplin di sekolah malah dapat memberi kesedaran kepada pelajar. Wakil dari pihak polis akan datang membuat pemantauan bagi memantau setiap masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Jika program seperti ini dijalankan, para pelajar yang berkeinginan untuk melakukan masalah disiplin seperti buli tidak akan berani untuk melakukannya. Hal ini sekaligus dapat membendung para pelajar daripada melakukan perbuatan membuli. Jika perbuatan buli tersebut dilakukan juga, maka tindakan boleh diambil bukan sahaja oleh pihak sekolah malah pihak polis juga. Apabila tindakan diambil oleh pihak polis maka kes tersebut akan menjadi kes polis. Bukan sahaja pelajar tidak berani untuk melakukan perbuatan buli malah, mereka juga tidak berani untuk melakukan masalah disiplin yang lain.

20

Kementerian Pelajaran perlu merangka serta membentuk program latihan kepada guru tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah (http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology /mahadi IPBLfp.pdf). Satu jawatankuasa penyelaras antibuli disekolah harus ditubuhkan yang terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Jawatankuasa ini berperanan untuk menguruskan program antibuli dan juga menilai keberkesanannya. Perbincangan mengenai buli ini haruslah diletakkan di dalam agenda mesyarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Ibu bapa dan guru haruslah berbicang dan mencari penyelesaian bersama-sama agar masalah buli ini dapat diselesaikan. Ibu bapa tidak boleh meletakkan sepenuh tanggungjawab terhadap guru semata-mata kerana sepatutnya guru-guru hanyalah individu yang bertanggungjawab memerhatikan anak-anak didalam sekolah sahaja tetapi apabila habis sahaja waktu persekolahan tanggungjawab seterusnya bertukar sepenuhnya kepada ibu bapa.

Setiap sekolah mempunyai kaunselor ataupun guru bimbingan dan kaunseling masing-masing. Guru bimbingan kaunseling haruslah memahami hakikat bahawa hubungan guru-guru adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang memerlukan. Guru kaunseling haruslah memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah buli ini (http://www.scribd.com/doc /20242284 /Empat-Langkah-Halang-PerbuatanBuli). Pelajar yang dibuli boleh mendapatkan khidmat kaunselor dengan membuat sesi kaunseling secara tertutup bagi membantu mereka menghilangkan trauma yang dihadapi mereka. Guru-guru kaunselor harus menggunakan kemahiran berkomunikasi yang mereka ada untuk membantu pelajar yang mempunyai maslah dengan perlakuan buli. Hal ini kerana sesetengah pelajar yang terlibat dengan masalah turut mempunyai masalah dari segi emosi yang tidak stabil.

Bagi pelajar yang membuli pula, sesi kaunseling bersama kaunselor bertujuan untuk menasihati dan membantu mereka bagi mengelakkan mereka melakukan kegiatan buli. Setiap pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk membuli biasanya mempunyai masalah berkaitan dengan masa lampau ataupun latar belakang mereka. Oleh itu, dengan adanya bantuan daripada kaunselor, kaunselor dapat membantu para pelajar ini seterusnya dapat membuang persepsi negatif yang sering dilemparkan oleh orang lain yang mengatakan bahawa pembuli ini adalah seorang yang jahat walaupun sebenarnya mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalah buli datang dari keluarga yang bermasalah. Oleh itu, guru-guru kaunseling atau kaunselor haruslah meneliti latar belakang pelajar tersebut dahulu. Guru-guru kaunseling boleh juga bekerjasama dengan guru-guru lain bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah. Dalam sebuah sekolah, mungkin terdapat dua atau tiga orang sahaja guru kaunseling. Oleh itu, guru kaunseling tidak mampu untuk membantu kesemua pelajar yang bermasalah kerana kuantiti mereka yang sedikit. Oleh sebab itulah, guru-guru lain harus memberi bantuan kepada guru kaunseling. Bagi
21

membantu guru kaunseling, guru-guru lain boleh memerhatikan dan mengawal pelajar yang bermasalah semasa di dalam kelas. Janganlah menganggap pelajar tersebut sebagai orang yang tidak berguna tetapi berila dorongan dan sokongan kepada mereka agar mereka dapat mengubah sikap mereka daripada seorang pelajar yang suka melakukan kesalahan kepada pelajar yang mematuhi peraturan.

5.3 Masyarakat

Masyarakat merupakan sekumpulan individu yang tinggal di dalam komuniti yang sama. Masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam membantu mengatsi masalah ini. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, mereka haruslah bertindak sebagai mata dan telinga untuk ibubapa

(http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file =print&sid=419). Apabila terlihat perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh anak-anak remaja, masyarakat boleh memberi nasihat dan memberithu remaja berkenaan agar perbuatan tersebut tidak terus dilakukan. Selain itu, mereka juga boleh memberitahu para ibu bapa agar ibu bapa dapat mengawasi anak-anak mereka dengan lebih ketat dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan anak-anak melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Namun, bagi memastikan tidak ada salah faham yang berlaku diantara ibu bapa dan masyarakat setempat, masyarakat perlulah berterus-terang dengan cara yang baik. Jika tidak, mungkin ada sesetengah ibu bapa yang akan menganggap masyarakat tersebut ingin membuat cerita yang tidak elok terhadap anak-anak. Masyarakat yang baik merupakan masyarakat yang sering tolong - menolong diantara satu sama lain. Seperti pepatah lama menyebut bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Bagi memastikan anak-anak tidak melakukan perkara-perkara yang tidak elok, masyarakat boleh mengwujudkan persatuan jiran tetangga. Persatuan ini bukan sahaja berfungsi untuk menjaga kawasan tempat tinggal malah boleh bertindak sebagai pemantau dalam memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh anakanak. Persatuan ini juga boleh menganjurkan aktiviti dengan persatuan belia yang lain bagi memastikan anakanak yang merupakan golongan remaja boleh melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah. Hal ini dapat membantu memupuk semangat setia kawan, tolong-menolong dan bekerjasama di antara satu sama lain. Selain itu, persatuan belia juga boleh diwujudkan bagi mengumpulkan anak-anak remaja. Melalui persatuan ini, remaja boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang. Kebanyakan remaja menyukai aktiviti-aktiviti lasak ataupun aktiviti outdoor seperti, mendaki gunung, bermain futsal, memanjat dinding(wall climbing), memanjat batu(rock climbing), bermain bola dan lain-lain. Apabila mereka menyertai aktiviti seperti itu, maka mereka tidak akan membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak

22

elok. Masyarakat mestila menyokong usaha persatuan belia kerana tanpa sokongan yang pada mereka tidak akan dapat membentuk persatuan yang bagus.

Masyarakat merupakan tunjang utama dalam membentuk sebuah negara yang cemerlang dan gemilang. Jika masyarakatnya mampu bersatu padu dan bekerjasam maka negara akan menjadi maju. Jika masalah disiplin buli ini tidak diatasi dengan segara maka tidak mustahil masyarakat yang lahir akan datamg tidak mampu untuk membantu kearah perkembangan dan kemajuan negara. Negara juga akan berhadapan dengan situasi masalah sosial yang teruk kerana bermula dari perkara yang kecil itulah akan melahirkan masalah yang besar. Perpaduan diantara kaum juga tidak akan wujud kerana masalah perselisihan faham yang wujud bermula disekolah. Contohnya jika seorang pelajar dari kaum India membuli pelajar dari kaum Cina maka ianya akan menimbulkan masalah perselisihan kaum yang serius. Maka masalah disiplin buli ini harus ditangani dengan bijak agar tidak timbul masalah yang besar dikemudian harinya.

5.4 Kerajaan

Pihak kerajaan bertanggungjawab memastikan perbuatan membuli tidak menular dalam kalangan masyarakat umumnya dan pelajar remaja khasnya. Hal ini demikian kerana, kerajaan merupakan sebuah badan tertinggi yang berfungsi untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam agar semua orang awam dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Undang-undang yang dibuat oleh kerajaan mesti dipatuhi dan dilaksanakan. Hukuman merupakan satu bentuk sistem yang dibuat untuk menghukum orang bersalah. Naluri semula jadi manusia akan menjadi gerun apabila mendengar sahaja perkataan hukuman. Kerajaan haruslah membuat satu bentuk hukuman yang membolehkan pelajar remaja takut untuk membuat sebarang kesalahan. Jika hukuman yang dibuat dapat menimbulkan rasa takut dalam diri remaja maka tidak mustahil masalah buli ini dapat diatasi. Namun, hukuman yang dibuat bukanlah sekadar untuk menghukum tetapi juga untuk memberi pengajaran dan panduan kepada remaja yang bersalah agar remaja berkenaan tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi. Hukuman yang diberikan diharap dapat menimbulkan rasa insaf dalam kalangan remaja. Apabila remaja-remaja ini dibebaskan daripada hukuman yang dikenakan, masyarakat tidak boleh memandang serong kepada mereka dan melemparkan persepsi-persepsi yang negatif sebaliknya mebantu mereka untuk berubah ke jalan yang lebih elok. Usia mereka yang masih muda boleh diaplikasikan kedalam bentuk sumbangan tenaga dan kepakaran. Remaja-remaja ini sebenarnya mempunyai potensi-potensi yang besar dalam pelbagai bidang. Jika digunakan dengan betul kepakaran dan kemahiran mereka dapat menyumbang kearah perkembangan ekonomi negara.

23

Bagi perbuatan membuli, hukuman yang dikenakan keatas pesalah haruslah setimpal. Apabila hukuman keatas perbuatan membuli dijalankan, maka secara tidak langsung, para remaja yang lain akan menjadi takut dan tidak berani untuk melakukan perbuatan membuli. Hukuman yang boleh dilaksanakan bagi kesalahan membuli ialah seperti, sebatan, dipenjara, dihantar ke pusat pemulihan serta dibuang sekolah. Disamping itu, pihak-pihak berwajib juga perlu bersatu padu bagi mengatasi masalah ini. Contohnya, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin (http://www.docstoc.com /docs/25152363 /PENGLIBATAN-PELAJAR-PELAJAR-SEKOLAMENENGAHKEBANGSAANAGAMA) ditubuhkan ekoran daripan kematian seorang pelajar lelaki tingkatan empat dari Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac2004 (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004 &dt=0629&pub=utusan _malaysia &sec =mahkamah&pg=ma_01.htm&ar&arc=hive) yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar lelaki tingkatan lima dari sekolah yang sama. Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan mereka yang terlibat telah didakwa mengikut seksyen 97(2)(b) Akta Kanakkanak 2001 dan didapati bersalah di mana mereka dikenakan tahanan selama diperkenan oleh Sultan Yang Dipertua Negeri.

Kerajaan juga boleh menganjurkan kempen-kempen membanteras buli. Kempen kempen yang dijalankan bermula daripada peringkat rendah sehinggalah peringkat kebangsaan dan merangkumi semua bangsa dan etnik. Maklumat mengenai buli ini harus disebarluaskan agar seluruh rakyat dapat bersama membanteras masalah tersebut. Kerajaan juga boleh menggunakan saluran media massa sebagai salah satu alat untuk menyebarkan maklumat. Media massa merupakan cara yang paling cepat untuk menyebarkan maklumat. Namun harus diingat, media massa ini perlu dipantau kerana bimbang akan dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai institusi yang telah dipilih oleh rakyat, kerajaan haruslah menyediakan persekitaran yang selamat, tenang dan selesa untuk rakyat agar rakyat percaya dengan kemampuan kerajaan menguruskan masalah. Gejala ini harus dibanteras agar tidak menjadi barah yang menular dalam masyarakat seperti pepatah lama menyebut seperti api dalam sekam. Ke mpen yang dilakukan mestila meliputi dari peringkat rendah seperti sekolah sehinggalah peringkat kebangsaan yang melibatkan penglibatan pelajar dari institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) telah menganjurkan satu kempen untuk membanteras gejala buli

ini(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg= ka_02.htm&arc=hive).

24

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Jika diteliti secara telus punca-punca berlakunya buli berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang kurang pegangan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca isu ini sukar untuk diselesaikan. Pengaruh media massa serta amalan dan polisi sekolah yang longgar juga menjadi punca isu buli ini terus berleluasa. Masalah ini perlu dibasmi kerana buli akan memberi kesan buruk terutamaya kepada individu yang terlibat dengan buli. Antara kesannya ialah mangsa akan hilang keyakinan diri, tekanan perasaan serta kecederaan jangka panjang dan jangka pendek. Selain itu kesan bagi pembuli pula ialah memupuk sikap gangsterisme dalam diri pembuli itu sendiri. Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Antaranya, memberi lebih autoriti kepada pihak berwajib untuk menangani masalah buli ini. Sebagai contoh guru, polis dan sebagainya. Selain itu kempen kesedaran tentang bahayanya buli juga perlu diberi penekanan. Selain itu, peranan ibu bapa dalam memerhatikan anak-anak turut perlu diberi perhatian. Jika semua perkara ini dititikberatkan nescaya masalah buli ini dapat diatasi di Malaysia dan negara dapat membentuk satu masyarakat yang berkarisma dan berdisiplin. ..Selagi masalah buli ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui pucuk pimpinan negara pada masa depan seperti kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Umar al-Khattab iaitu untuk melihat kemajuan sesebuah negara pada hari esok, maka lihatlah belia muda-mudinya pada hari ini. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak dan duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

25

BIBLIOGRAFI Ahmadi Haji Baharudin, 2007, Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran, Kuala Lumpur, PTS Milennia Sdn Bhd. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad dan Zurhana Muhamad, 2007, Buli, Johor, Universiti Teknologi Malaysia. Abd.Rahim Abd.Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim Hassan. 2006. Krisis & Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Boon et al, 2008. Tip Menangani Buli di Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Banton, Elizabeth A. 2006. Tips and Strategies for School Leaders and Classroom Teachers. Thousand Oaks, CA : Corwin Press Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz Abd Shukor et al, 2009. Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd Azizi Hj. Yahaya dan Abdul Latif Ahmad, Jurnal Teknologi Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat, Universiti Teknologi Malaysia, Disember 2005,hlm. 63-86. http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file =print&sid=419 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sebatsyariedidikpelaja r/Article/). (http://www.unicef.org/malaysia/msl/reallives_6948.html) http://www.scribd.com/doc/2987776/IBU-BAPA-PRIHATIN-PENCORAKKELUARGABAHAGIA). http://www.scribd.com/doc/26773123/1-Gejala-Buli-Di-Sebuah-Sekolah-Menengah (http://www.docstoc.com/docs/25152363/PENGLIBATANPELAJArPELAJARSEKOLAMENENGAHKEB ANGSAANAGAMA

26

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0629&pub=utusanmalaysia&sec=mahkamah&pg=m a_01.htm&ar&arc=hive http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=r u_03.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_ 04.htm (http://www.scribd.com/doc /20242284 /Empat-Langkah-Halang-Perbuatan-Buli). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke _04.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke _04.htm&arc=hive (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka _02.htm&arc=hive http://eprints.utm.my/6252/1/ziziyahukm[1].pdf http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/43/E/JTDIS43E5.pdf

27

Anda mungkin juga menyukai