Anda di halaman 1dari 10

MENGUTIP SAMPAH DI KOMPLEKS SUKAN

SELEPAS SUKAN TARA 2015

Pada 11 April 2015, bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, saya bersama-sama
dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral yang lain telah membuat satu aktiviti
gotong-royong untuk membersihkan padang di Kompleks Sukan, Sibuga. Aktiviti ini
bermula lebih kurang pada pukul 1:00 petang, setelah tamatnya aktiviti-aktiviti sukan
tara yang dijalankan pada pagi tersebut. Aktiviti gotong-royong untuk membersihkan
padang kompleks ini dikendalikan oleh guru Pendidikan Moral kami iaitu Cikgu
Tengku Nur Azimah.
Objektif kerja amal ini adalah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
dengan membersihkan padang kompleks sukan melalui aktiviti gotong-royong.
Seterusnya, nilai-nilai seperti menyayangi dan menghargai alam sekitar serta
kemapanan alam sekitar dapat dipupuk dalam diri para pelajar. Kerja amal ini juga
adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan Moral peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk mengutip
sampah sarap yang terbiar di sekitar padang tersebut. Saya juga turut
menyumbangkan idea untuk menggabungkan kumpulan saya dengan satu lagi
kumpulan yang lain bagi memudahkan kerja dan memupuk sikap kerjasama antara
kami. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, semua ahli kumpulan bersifat rajin dan
melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta mengamalkan toleransi yang baik
sekali. Kepimpinan saya dalam usaha untuk menjayakan aktiviti ini telah dapat
mengawal keadaan kami apabila berlakunya sedikit percanggahan antara kami.
Aktiviti seperti ini juga telah berjaya menimbulkan perasaan prihatin kami terhadap
isu-isu alam sekitar.
Selepas melakukan kerja amal ini, saya memahami dan berasa insaf akan
keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam
sekitar. Hal ini telah menimbulkan satu kesedaran dalam diri saya secara tidak
langsung. Kerja amal ini telah membantu saya mengalami perubahan sikap dan boleh
dijadikan sebagai iktibar untuk menghargai dan mengekalkan kualiti alam sekitar.

Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
MELUKIS MURAL DI KAWASAN KANTIN
BLOK JUNIOR

Pada 14-15 Ogos 2015, bersamaan dengan hari Jumaat dan Sabtu yang lalu,
saya bersama-sama dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral yang lain telah
melakukan satu aktiviti kerja amal iaitu melukis mural di kawasan kantin blok junior
SM Sung Siew. Aktiviti ini dilakukan selama dua hari dan diiringi oleh tiga orang guru
pengiring, termasuk guru Pendidikan Moral kami sendiri.
Objektif kerja amal ini adalah untuk menghiasi dan menceriakan kawsan
sekolah. Seterusnya, mencungkil bakat-bakat seni dan kreativiti para pelajar. Kerja
amal ini juga adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan Moral
peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk
menghadirkan diri dan menyertai aktiviti ini pada kedua-dua hari tersebut. Saya juga
turut menyumbangkan idea untuk menambah hiasan pada hasil lukisan mural kami
agar tidak kelihatan begitu kosong. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, semua ahli
kumpulan bersifat rajin dan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta
mempunyai sikap kerjasama yang amat baik. Kepimpinan saya dalam usaha untuk
menjayakan aktiviti ini telah dapat mengawal keadaan kami kerana semua ahli
kumpulan saya mengamalkan sikap toleransi. Aktiviti seperti ini juga telah berjaya
menimbulkan perasaan prihatin kami terhadap keceriaan persekitaran sekolah.
Daripada aktiviti lukisan mural ini, saya telah insaf akan sikap saya yang tidak
mempercayai kebolehan diri saya selama ini. Hal ini telah menimbulkan satu
kesedaran dalam diri saya secara tidak langsung. Kerja amal ini telah membantu saya
mengalami perubahan sikap dan boleh dijadikan sebagai iktibar untuk bertolak ansur
dengan orang lain dan mempercayai kebolehan diri saya.

Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
https://www.scribd.com/doc/98725635/Panduan-Kerja-Kursus-Pendidikan-Moral-2012-Www-
mystudyguide-net

http://cikgunurdin.blogspot.com/2011/02/kerja-kursus-pendidikan-moral-spm-folio.html

MENANAM POKOK DI BLOK JUNIOR

Pada 13 Mei 2015, bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, saya bersama-
sama dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral yang lain telah melakukan satu
aktiviti kerja amal iaitu menanam pokok di blok junior SM Sung Siew. Aktiviti ini
bermula lebih kurang pada pukul 1.30 petang selama satu hari sahaja. Kerja amal ini
diiringi oleh guru Pendidikan Moral kami sendiri juga.
Objektif kerja amal ini adalah untuk menghiasi dan menceriakan kawsan
sekolah. Seterusnya adalah untuk mengukuhkan lagi nilai-nilai seperti menyayangi dan
menghargai alam sekitar serta kemapanan alam sekitar dalam atma para pelajar. Kerja
amal ini juga adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan Moral
peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk
menghadirkan diri dan menyertai aktiviti ini pada hari tersebut. Saya juga turut
menyumbangkan idea untuk mengagihkan tugas dalam kumpulan. Sepanjang aktiviti
itu dijalankan, semua ahli kumpulan bersifat rajin dan melaksanakan tugas dengan
bertanggungjawab serta mempunyai sikap kerjasama yang amat baik. Kepimpinan
saya dalam usaha untuk menjayakan aktiviti ini telah dapat mengawal keadaan
kerana semua ahli kumpulan saya mengamalkan sikap toleransi. Aktiviti seperti ini
juga telah berjaya menimbulkan perasaan prihatin kami terhadap keceriaan
persekitaran sekolah dan isu-isu alam sekitar.
Daripada aktiviti kerja amal ini, saya telah insaf akan sikap saya yang tidak
mengendahkan keceriaan persekitaran sekolah. Hal ini telah menimbulkan satu
kesedaran dalam diri saya secara tidak langsung. Kerja amal ini telah membantu saya
mengalami perubahan sikap yang boleh dijadikan sebagai iktibar agar sentiasa
berusaha mengekalkan kualiti alam sekitar di samping mengekalkan keceriaan
persekitaran sekolah.

Disediakan oleh,
(VEROHA JULNI)
MEMBANTU NENEK MEMASAK
MAKAN MALAM

Pada 2 Julai 2016, bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, saya bersama-sama
keluarga saya bermakan malam di rumah nenek saya. Saya dan adik-beradik saya
yang lain telah membantu nenek saya memasak makan malam.
Objektif kerja amal ini adalah untuk membantu nenek saya memasak makan
malam. Kerja amal ini juga adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan
Moral peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk membantu
nenek saya memasak makan malam. Saya juga turut menyumbangkan idea untuk
memasak makanan yang berkhasiat. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, saya bersikap
rajin dan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta mempunyai sikap
kerjasama yang amat baik dengan nenek saya. Kepimpinan saya dalam usaha untuk
menyiapkan masakan ini telah dapat mengawal keadaan kerana kami mengamalkan
sikap toleransi dan dapat menyiapkan semua jenis masakan dalam masa yang singkat.
Aktiviti seperti ini juga telah berjaya menimbulkan perasaan prihatin kami terhadap
hubungan silaturahim antara kami.
Daripada aktiviti ini, saya telah insaf akan sikap saya yang tidak mempercayai
kebolehan diri saya selama ini. Hal ini telah menimbulkan satu kesedaran dalam diri
saya secara tidak langsung. Kerja amal ini telah membantu saya mengalami perubahan
sikap dan boleh dijadikan sebagai iktibar untuk bertolak ansur dengan orang lain dan
mempercayai kebolehan diri saya.
Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kerja kursus Pendidikan
Moral dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Misalnya, tugasan-
tugasan harian yang saya tulis ini mengajar saya untuk berpandangan jauh, berfikiran
matang dan rasional untuk meningkatkan produktiviti negara. Selain itu, saya juga
dapat mempelajari cara menghormati dan bertolak ansur dengan perbezaan agama,
bangsa, budaya dan adat resam agar dapat hidup bersatu padu dalam Malaysia.

Melalui kerja-kerja amal pula, saya sedar bahawa saya perlu yakin akan
kebolehan diri dan tidak bergantung harap kepada orang lain. Seterusnya, keinsafan
saya telah mengajar saya tentang pentingnya alam sekitar yang terjaga kepada
manusia, di samping bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Lebih-lebih lagi, saya
telah mempelajari mengenai kepentingan kerjasama dalam membuat sesuatu. Akhir
sekali, kerja-kerja amal tersebut telah membantu saya mengalami perubahan sikap
dalam semua aspek.

Anda mungkin juga menyukai