Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak dan yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri. Contoh permasalahan sosial yang sering meniti dari bibir ke bibir adalah buli siber.
Berdasarkan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, perkataan buli siber bermaksud
sebagai perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang individu melalui
medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit
atau permainan internet. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, buli siber juga
dapat ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang dapat menjejaskan emosi dan mental seseorang.
Lazimnya, dalam keadaan sosial yang kian maju kini, internet merupakan medium atau
rangkaian untuk kita berhubung antara satu sama lain dengan dunia luar. Dalam konteks ini,
medium internet telah disalah gunakan oleh para individu di luar sana yang telah menyebabkan
kerosakan dan ganguan mental dan emosi para remaja di Malaysia. Kesannya, kita dapat
menyaksikan betapa sadisnya kesan buli siber terhadap remaja, dimana kesihatan emosi dan
mental yang diganggu oleh kata – kata para membuli. Perbuatan pembuli dapat memberi impak
negatif malah dapat mengakibatkan mereka jatuh kemurangan. Oleh hal yang demikian, kita
dapat mengambil contoh kes buli siber yang berlaku kepada seseorang individu perempuan di
Amerika Syarikat. Beliau telahh menjadi mangsa buli siber oleh para remaja rakyat Malaysia, hal
demikian kerana, secara kebetulan nama beliau dijadikan sebagai subjek soalan, yang
menjalankan aktiviti paragliding terpapar pada soalan Bahasa Inggeris kertas 2 yang
membuatkan segelintir calon SPM 2019 melepaskan kemarahan berikutan kegagalan
menjawabnya. Menyambut gamitan menara impian, mangsa siber buli tersebut telah tampil dan
menyeru orang ramai untuk menghentikan kata kata keji terhadap beliau kerana beliau tidak tahu
apa apa mahupun tidak berkait dengan soalan yang disediakan untuk para calon SPM 2019.
Beliau sekaligus mengingati orang ramai untuk ingat bahawa kesan buli siber oleh membawa ke
penderaan mental seseorang. Perwujudan masyarakat yang harmoni dan menyokong kesiatan
mental amat penting untuk memberi pengajaran buat orang ramai serta pelajar pada masa akan
datang untuk tidak menceroboh atau membuli orang yang tidak dikenali di alam maya.
References

Kassim, S. S. (2019, November 7). mStar. Retrieved from Instagram Melissa diserang gara-
gara soalan SPM susah - “Itu tak kelakar... membelakangkan adab, memalukan
diri kita”: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/11/07/melissa-paragliding

Singh, D. H. (2013, Mei 27). Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.
Retrieved from Buli Siber: http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

Anda mungkin juga menyukai