Anda di halaman 1dari 3

Punca Buli Siber

PERCAMBAHAN pesat telefon pintar dan kebangkitan media sosial telah mengubah di mana, bila,
dan bagaimana gejala buli berlaku. Masyarakat pada hari ini mempunyai akses yang mudah terhadap
teknologi komunikasi (rujuk lampiran 1) termasuklah melalui emel, blog, telefon selular dan jaringan
sosial. Berhadapan dengan perkembangan teknologi tersebut, satu isu yang muncul khususnya
dalam kalangan remaja ialah wujudnya isu buli siber. (Che Hasniza Che Noha, ScienceDirect).
Kewujudan media sosial yang menyebabkan masyarakat mempunyai lebih banyak ruang untuk
menulis apa saja sebelum menyelidik kesahihan cerita. (Serimah Mohd Sallehuddin, BH Online, 11
Sept 2020)

Lambakan pengguna sosial media bermakna kita pasti menemui pelbagai cerita dan isu yang
berlegar di skrin gajet. Jika isu-isu yang remeh seperti seorang artis yang merindui suaminya ketika
pergi ke tandas menjadi topik utama perbualan berbanding isu lain yang lebih penting seperti polisi
pemerintah yang akan memberi kesan secara langsung kepada kita, maka tidak keterlaluan jika saya
katakan masyarakat kita memiliki krisis pemikiran. (Serimah Mohd Sallehuddin, BH Online, 11 Sept
2020)

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, masyarakat juga tidak
terkecuali dengan berkembangnya keperluan dan perbelanjaan harian. Kebanyakan ibu bapa hari ini
sibuk bekerja mencari wang demi memenuhi keperluan harian. Gejala buli siber ini adalah berpunca
dari ibu bapa yang sibuk berkerja, hinggakan anak-anak bebas tanpa pemantauan. Kanak-kanak
kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka berpotensi besar melepaskan gelora
perasaan amarahnya sebagai pembuli siber. (Jan 2018, slideshare.net)

Minda dan pemikiran kanak-kanak adalah seperti kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya. Adalah
menjadi tanggugjawab ibu bapa untuk mendidik setiap kanak-kanak itu dengan ilmu agama
(slideshare.net, Jan 2018). Satu jiwa yang terisi dengan ilmu agama adalah syarat utama dalam
melahirkan insan yang baik. Berdasarkan kajian, kanak-kanak yang terjebak dengan masalah sebagai
pembuli siber adalah tidak tahu bahawa hukum menyakiti orang lain adalah dilarang sama sekali.
Mereka melakukan tindakan tanpa tahu membezakan baik dan buruk. Akibatnya, ada insan yang
tidak bersalah menjadi mangsa buli siber terpaksa menanggung derita dari emosi yang terluka (rujuk
lampiran 2)

Seseorang yang dipanggil jahat pastinya tidak dilahirkan dengan naluri dan tingkahlaku yang
jahat. Disebalik kejahatannya pasti ada latar belakang masalah emosi (slideshare.net, Jan 2018).
Seseorang individu itu mungkin mempunyai masalah dalam keluarga, yang selalu didenda atau
dimarahi di rumah juga dalah punca masalah menjadikan seseorang individu itu pembuli siber
(slideshare.net, Jan 2018). Ketidakharmonian dalam institusi kekeluargaan, menjadikan seseorang
itu insan yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga perasaan orang lain. Hubungan adik beradik
yang tidak aman (rujuk lampiran 3) setiap hari menggambarkan pada mereka ketidakpentingnya
menjaga hati orang disekeliling mereka sehinggakan tidak asing bagi mereka menjadi pembuli siber.

Kehidupan seharian yang tidak lepas dari aktiviti bersama rakan-rakan adalah penyumbang
besar pada terlahirnya individu-individu yang menjadi pembuli siber ini. Kadang kala ada rakan-rakan
sebaya yang tidak matang, yang suka mencabar atau provoke (slideshare.net, Jan 2018). Jika setiap
hari mereka terdedah dengan situasi itu, tidak mustahil mereka mempunyai hati yang keras dan
bertindak sebagai pembuli untuk melepaskan tekanan (rujuk lampiran 4).

Sikap seseorang individu itu yang kurang berdisiplin, suka berdendam juga antara pencetus
insan pembuli. Ini kerana, perasaan dendam menjadikan kita lupa pada kebaikan orang sekeliling
kita yang sebelum ini. Timbulnya perasaan marah yang hanya membawa perasaan negatif yang akan
melahirkan kata-kata dan tindakan negetif pada orang sekeliling (slideshare.net, Jan 2018).

Lampiran 1

Lampiran 2
Lampiran 3

Lampiran 4

Anda mungkin juga menyukai