Anda di halaman 1dari 3

Bahagian ini akan membincangkan mengenai kesan buli siber dari segi emosi, fizikal dan

sosial terhadap pelaku dan mangsa. Antara kesan buli siber yang paling ketara adalah dari
segi emosi, fizikal dan sosial sehingga membawa kepada kes bunuh diri. Keratan akhbar
Berita Harian (Lampiran XX) adalah merupakan salah satu kes buli siber di Malaysia.

(Lampiran XX)

Perenggan ini akan membincangkan tentang kesan buli siber terhadap emosi mangsa.
Menurut pembacaan hasil temubual beberapa kajian dengan individu yang dibuli, individu
tersebut sering berasa malu dan takut jika terjumpa dengan masyarakat sekeliling, berasa diri
tidak berguna, sering berasa keselamatan terancam dan sering berasa tertekan. Sebenarnya,
kesan yang paling ketara akibat daripada pembulian siber adalah kesihatan emosi terjejas.
Kajian yang telah dilakukan oleh Beran dan Li (2005) ke atas pelajar Gred 7 hingga Gred 9
menunjukkan mangsa buli siber didapati cenderung untuk cepat marah dan kemurungan.
Mereka mendapati mental pelajar juga tidak stabil dalam mengawal emosi. Menurut
Campbell (2012), kesihatan mental mangsa buli siber didapati berubah dan menunjukkan
tanda-tanda kegelisahan, kemurungan dan mengalami kesukaran untuk bersosial.

Perenggan ini akan membincangkan tentang kesan buli siber terhadap emosi pelaku. Jika
dilihat kesan terhadap emosi si pelaku buli siber, pembuli akan mengalami ketidakupayaan
menangani perkembangan konflik emosi. Hal ini kerana memparkan kata-kata kesat tanpa
batas dapat memberi kepuasan segera kepada pelaku, namun kepuasan ini hanyalah bersifat
sementara. Oleh itu, pelaku akan ketagih untuk mengulangi perbuatan tersebut. Ini
menyebabkan pembuli siber cenderung untuk bersikap tidak bertanggungjawab, hilang rasa
simpati terhadap orang lain, tidak jujur, gagal untuk melemparkan pandangan secara
berhemah dan sentiasa berasa cemas.

Perenggan ini akan membincangkan tentang kesan buli siber dari sudut fizikal kepada pelaku
dan mangsa. Ada kajian menunjukkan bahawa mangsa buli tidak mempedulikan penampilan
diri jika dibuli siber. Hal ini didapati selari dengan pendapat Didden (2009). Beliau
mendapati bahawa mangsa buli siber selekeh dari segi pemakaian dan penampilan diri.
Beliau berpendapat bahawa hal ini berlaku kerana mangsa buli siber tidak mempunyai
motivasi untuk mengemaskan penampilan diri dan beruasaha untuk tidak menjadi perhatian.
Ganguan emosi kepada mangsa menyebabkan mangsa mengahadapi kerisauan yang
berpanjangan dan sukar untuk tidur. Akibat daripada itu, kesihatan fizikal mangsa akan
merosot lalu mengalami masalah seperti keguguran rambut, lingkaran hitam di bawah mata,
berat badan menurun atau meningkat. Ada juga mangsa yang mecederakan dan cuba
membunuh diri sendiri akibat daripada tekanan emosi yang tidak terkawal. Manakala setakat
ini, buli siber tidak memeberi kesan kepada fizikal pelaku.

Perenggan ini akan membincangkan tentang kesan buli siber dari sudut sosiologi kepada
mangsa. Mangsa selalunya lebih selesa mengasingkan diri daripada orang lain kerana tidak
mahu menjadi perhatian. Selain itu mangsa cenderung menyembunyikan identiti diri kerana
kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Mangsa gagal untuk meluahkan masalah yang
dihadapi walaupun dengan orang yang terdekat. Mangsa bersikap sedemikian untuk
melindungi harga diri daripada terus diperlekehkan. Perasaan takut dan malu menyebabkan
pergaulan sosial mangsa menjadi terbatas.

Perenggan ini akan membincangkan tentang kesan buli siber dari sudut sosiologi kepada
pelaku. Oleh kerana pelaku sentiasa berselindung di alam siber ketika membuli mangsa,
pelaku akhirnya sukar mempercayai orang lain dan dirinya sendiri. Pelaku tanpa sedar
menimbulkan rasa tidak senang kepada orang lain. Hal ini menyebabkan pergaulan sosial
pelaku turut terbatas.

Hasil dari perbincangangan di atas, buli siber memberi impak yang sama negatif kepada
pelaku mahupun mangsa. Jika buli siber terus berleluasa, lebih banyak lagi impak negatif
akan timbul bukan sahaja kepada pelaku dan mangsa malahan kepada perkembangan
teknologi komunisaksi negara, ekonomi, politik dan mengganggu gugat keharmonian antara
kaum di dalam negara. Oleh itu, setiap individu perlu ada kesedaran dalam diri masing-
masing bagi membendung perkara ini.

Sumber:
https://lobakmerah.com/pelajar-kolej-di-pulau-pinang-bunuh-diri-tidak-tahan-jadi-mangsa-
buli-siber/
https://www.hmetro.com.my/node/172499
https://www.hmetro.com.my/node/109973
https://sted18.files.wordpress.com/2018/12/1-8-samantha-rayne-anak-anty-diuh-abdul-razaq-
ahmad-mohd-mahzan-awang.pdf

Anda mungkin juga menyukai