Anda di halaman 1dari 3

-MAHKAMAH JUVANA

1.Hanya membicarakan pesalah kanak-kanak yang berumur antara 10-18 tahun.


2.Membicarakan kes-kes yang melibatkan hukuman yang ringan sahaja.
3.Membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan yang dikenakan hukuman
mati.Sekiranya kes tersebut membawa kepada hukuman mati,kes akan dibicarakan
di Mahkamah Awam.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN


-Mengikut Akta Kanak-Kanak,2002 Seksyen 97,Mahkamah tidak dibenarkan
menjatuhkan hukuman mati keatas kanak-kanak atau juvenil
-Perkataan seperti ‘sebatan’ dan ‘hukuman’ tidak digunakan di Mahkamah Juvana.
-Pembicaraan dilakukan di Mahkamah Majistret.
-Dijalankan oleh seorang majistret dan 2 orang penasihat.2 orang penasihat tersebut
akan menasihati majistret tentang hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.
-Pembicaraan dilakukan secara tertutup untuk melindungi pesalah muda daripada
publisiti.
-Pemberita-pemberita akhbar boleh menghadiri pembicaraan di Mahkamah Kanak-
kanak tetapi tidak boleh menyiarkan,mendedahkan sebarang maklumat yang
memudahkan orang ramai mengenali pesalah seperti nama,tempat tinggal,gambar
dan maklumat peribadi yang lain.
-Mahkamah kanak- kanak berkuasa dalam hal-hal berikut:-
a)Mengasingkan kanak-kanak atau remaja yang ditahan untuk pembicaraan
daripada pesalah-pesalah dewasa dalam reman polis.
b)Membebaskan kanak-kanak atau remaja sementara menunggu pembicaraan.
c)Membenarkan pihak ibu-bapa remaja atau kanak-kanak berkenaan menyoal
saksi-saksi pihak pendakwa.

HUKUMAN DAN RAYUAN MAHKAMAH JUVANA


1.Jika pesalah disabitkan dengan kesalahan,dia tidak akan dipenjarakan dan tidak
mempunyai catatan rekod jenayah yang dibuat.
2.Kanak-kanak atau remaja berkenaan akan:-
a)Diberikan amaran supaya berkelakuan baik
b)Dibenarkan keluar dengan jaminan
c)Diletakan dibawah jagaan rapi seorang saudaranya
d)Dikenakan sebatan ringan tidak melebihi 10 sebatan
e)Dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berumur 21 ahun
f)Ditahan
3.Sebarang rayuan boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi.
-MAHKAMAH PERUSAHAAN
1.Merekodkan kenyataan sesuatu pihak secara angkat sumpah dan mengarahkan pihak
tersebut mengekemukakan buku-buku,surat-surat dan dokumen sebagai bukti.
2.Mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan untuk
menghadirkan diri di Mahkamah Perusahaan.
3.Memeritahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan,digantikan atau
dibatalkan.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN


-Arbitrasi,iaitu proses penyelesaian pertikaian perusahaan melalui 4 peringkat:-
a)Rundingan terus antara pihak majikan dan pekerja swasta
b)Rundingan damai dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan
c)Sekiranya kes-kes tersebut tidak mencapai penyelesaian melalui rundingan
damai,pertikaian tersebut akan dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia yang
akan memutuskan kes-kes tersebut sama ada mempunyai merit untuk dirujukkan
kepada Mahkamah Perusahaan.
d)Mahkamah Perusahaan akan membicarakan sebarang pertikaian yang telah
dirujuk kepadanya dan membuat keputusan
-Perjanjian Kolektif
*Mahkamah Perusahaan akan mendaftarkan dan memberikan pengiktirafan
kepada ada perjanjian kolektif antara majikan dan pekerja supaya perjanjian
tersebut sah dari segi undang-undang
e)Sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
Perusahaan,maka kes tersebut boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.

-MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA


1.Membincangkan kes sivil ke atas Yang di-Pertuan Agong atau raja sesuatu negeri
Atas sifat peribadi.
2.Membicarakan kes jenayah dan kes sivil.
3.Membuat prosiding secara tertutup.
4.Mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding jenayah dan sivil
yang dilakukan di Mahkamah Bawahan,Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Persekutuan.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN


-Sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan kepada YDPA atau raja dilakukan dengan
keizinan Peguam Negara.
-Prosiding di dalam Mahkamah Khas diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan
Keputusannya adalah muktamad
-Keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa
Alasan.
-YDPA boleh membuat apa-apa perlaksanaan fungsi,kuasa,kewajipan di bawah mana-mana
Undang-undang bertulis atas nasihat Ketua Hakim Negara.
-Pengampunan diri sendiri tidak dibenarkan.
-MAHKAMAH KORONER
1.Menyiasat kes kematian mengejut yang puncanya disyaki ada kaitan dengan kes jenayah.

Anda mungkin juga menyukai