Anda di halaman 1dari 4

ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH 1.

Afidavit Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah Dokumen pengakuan bersumpah sama ada defendan atau plantif tentang sesuatu hal, sama ada dalam kes jenayah mahupun kes sivil. 2. Alibi Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku. Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak hadir atau berada di tempat kejadian semasa sesuatu jenayah berlaku.

3. Bigami Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.

4. Certiorari Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah. Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah.

5. Condictio Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil) 6. Contempt of court Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah. 7. Culpa lata Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja. 8. Defamation Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).

9. Ex parte Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan. 10. Functus officio Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama. 11. Habeas corpus Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah. Arahan mahkamah supaya seseorang yang berada dalam tahanan pihak berkuasa dibebaskan. 12. Injunksi Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap. Perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu.

13. Mandamus Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam. Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan awam yang tertentu. 14. Mandatori Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan. 15. Mitigasi Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.

16. Kesalahan pejuri Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu. 17. Prima facie Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai buktibukti yang kuat. Mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan kuat untuk memulakan pendakwaan atau memulakan perbicaraan di mahkamah. 18. Power of attorney Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang. 19. Percedent Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).

20. Sapina (subpoena) Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan. Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan. 21. Sine die Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleh menyabitkannya. Penangguhan sesuatu kes hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan.

22. Status quo Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal. 23. Stay of execution Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.

24. Ultra vires Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undangundang. 25. Writ

Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang diPertuan Agong. Dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan pihak pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan. Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan ( pihak yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan yg perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil

26. Waran Surat kuasa yang untuk menangkap seseorang yang didapati bersalah atau menggeledah sesuatu tempat. Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran

27. Saman Perintah supaya pihak tertuduh hadir ke mahkamah./ Dokumen bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai