Anda di halaman 1dari 4

ISTILAH KEHAKIMAN

1. Afidavit
Pernyataan bertulis atas nama seseorang membuat pengakuan dalam kes sivil / kes
jenayah.

2. Alibi
Bukti yang menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan, tertuduh berada
di tempat lain.

3. Appointee
Orang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.

4. Assumpsit
Tindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.

5. Autre conuict
Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa bahawa dia
telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu.

6. Bail
Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada waktu
yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran penjamin
dirampas.

7. Bailiff
Orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada
seseorang.

8. Bona fide
Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan dalam perbuatan yang salah.
Lawannya Mala fide – niat tidak baik

( LIHAT INI - KUALA LUMPUR: Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil
pakar tulisan tangan Australia bagi mengesahkan tandatangannya pada dokumen SRC
International, mempunyai motif tersembunyi dan bukan demi kepentingan keadilan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, dalam hujahannya di Mahkamah


Tinggi hari ini, berkata permohonan bekas Perdana Menteri itu juga bukan dibuat
dengan niat yang baik (bona fide).

9. By-law/bye-law
Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan.

10. Certiorari
Permohonan terhadap Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah
Rendah
11. Common Law
Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah lama
Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk lisan.

12. Consensus ad idem


Persetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.

13. Coroner
Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati dibunuh
atau mati dalam keadaan mencurigakan.

14. Cy-pres
Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat
menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat sesuatu
niat yang umum.
15. Deed
Surat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit.

16. De facto
Dari segi persoalan fakta

17. Defendan
Tertuduh dalam kes perbicaraan.

18. Ekstrinsik
Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis.

19. Ex parte
20. Permohonan oleh plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran defendan
(tertuduh)

21. Fustus officio


Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah yang sama selepas
keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan.

22. Habeas Corpus


Writ diperoleh daripada mahkamah yang mengarah seseorang yang berada dalam
tahanan pihak berkuasa dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar dan membela
dirinya.
( SILA LIHAT DI SINI -
https://www.facebook.com/criminallawyermalaysia/posts/47819-apa-itu-habeas-
corpusistilah-habeas-corpus-berasal-dari-perkataan-latin-ya/2366824323371239/ )

23. Injuksi
Perintah mahkamah supaya defendan melakukan /tidak melakukan sesuatu perkara.
( SILA LIHAT DI SINI -
https://www.sinarharian.com.my/article/60130/KOLUMNIS/Perintah-injunksi-fitnah )
24. Levi
Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.

25. Mandamus
Writ dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengarah seseorang/ sesebuah badan
menjalankan kewajipan untuk orang awam.

26. Mandatory
Hukuman yang patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat.
27. Mortage
Gadai janji

28. Penalty
Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang
bertentangan dengan syarat dalam kontrak.

29. Petition
Rayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah.

30. Plaintif
Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh.

31. Prima facie


Keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai bukti
kesalahan tertuduh.
( SILA LIHAT DI SINI - https://asklegal.my/p/prima-facie-perbicaraan-kes-jenayah-
mahkamah-pendakwaan-pembelaan )

32. Status quo


Berada pada kedudukan asal

33. Quarantine
Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit.

34. Saman
Dokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah pada
masa yang ditetapkan.

35. Sheriff
Melaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.

36. Sapina
Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan
perbicaraan.

37. Ultra vires


Perbuatan yang melampaui batas undang-undang
( SILA LIHAT DI SINI - https://www.facebook.com/pengerusikanun/posts/apa-dia-ultra-
vires1-ultra-vires-adalah-perkataan-latin-yang-bermaksud-melebihi-
/1527391597555305/ )

38. Void
Terbatal kerana sah

39. Waran
Perintah diberi kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/ menghadapkannya
ke mahkamah

40. Writ
Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan /
mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu / menghalangnya daripada
melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan memerintahkan defendan hadir dari
kes sivil.

Anda mungkin juga menyukai