Anda di halaman 1dari 14

ATUR CARA

KES-KES
MAHKAMAH

1. HAK-HAK KEBEBASAN DIRI


2. SEKATAN TERHADAP HAK-HAK KEBEBASAN
DIRI

3. CARA POLIS MENAHAN SESEORANG


4. ATUR CARA PERBICARAAN KES
JENAYAH
5. ATUR CARA PERBICARAAN KES SIVIL
6. ISTILAH UMUM KEHAKIMAN

HAK-HAK KEBEBASAN DIRI


1. Seseorang yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang
sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh.
2. Seseorang tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas
dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
3. Seseorang yang ditahan hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam
yang dipilihnya dan dibela oleh peguam itu.
4. Seseorang yang dituduh dibenarkan membela diri di mahkamah melalui
peguam bela atau diri sendiri untuk melawan dakwaan terhadapnya.
5. Seseorang mesti dibebaskan sekiranya tiada dakwaan dibuat.
6. Jika seseorang ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang, dia
boleh memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan dirinya.
7. Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan
dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.
8. Seseorang boleh dibicarakan semula kerana sesuatu kesalahan jika
pembebasannya atau sabitannya telah dibatalkan dan perbicaraan semula
diperintahkan oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang
telah membebaskannya atau mensabitkannya.

SEKATAN TERHADAP HAK-HAK KEBEBASAN DIRI

1. Mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),


kerajaan berkuasa untuk menahan seseorang
tanpa perbicaraan selama 2 tahun, namun
orang tahanan berhak memohon habeas corpus
di mahkamah untuk membebaskan diri.
2. Seseorang boleh dibuang daerah sunggupun
kurang bukti terhadap kesalahannya, misalnya
dalam kes rasuah sukan, kongsi gelap dan
ketua sindiket pelacuran, pihak polis perlu
mendapatkan perintah mahkamah tanpa
melalui perbicaraan.
3. Selain hukuman penjara, seseorang pesalah
juga boleh dibuang daerah setelah tamat
tempoh hukumannya.

C ARA POLIS MENAHAN SESEORANG


1. Secara umumnya, proses yang berikut diikuti sebelum seseorang ditahan;
a). Seseorang membuat laporan yang dicatatkan dalam buku laporan polis.
b). Polis membuat siasatan dan dakwaan jika terdapat bukti.
c). Polis menangkap orang yang disyaki dalam suatu operasi.
d). Polis mendapatkan waran untuk menangkap orang yang disyaki atau
menggeledah rumah yang disyaki; jika terdapat bukti , kes akan dibawa
ke mahkamah.
2. Kes kesalahan kompaun, denda akan dikenakan jika pesalah tidak
membayarnya, kes akan dibawa ke mahkamah.
3. Kes jenayah yang menyalahi Undang-undang Kanun Keseksaan Jenayah,
perbicaraan di mahkamah diperlukan.
4. Seseorang yang ditahan polis dan menunggu perbicaraan di mahkamah boleh
dilepaskan daripada tahanan polis (reman) melalui ikat jamin iaitu deposit
wang dan penyerahan pasport kepada mahkamah jika perlu (hanya untuk kes
bukan jenayah yang berat).
5. Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau ditahan polis atas tuduhan
jenayah melalui ;
a). Perintah Saman Mahkamah iaitu dokumen yang mengandungi
butir-butir kesalahan dan mewajibkan tertuduh hadir di mahkamah
pada hari dan masa yang ditetapkan.
b). Waran Tangkap iaitu perintah yang diperoleh polis daripada mahkamah
untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran tangkap tersebut.
c). Penangkapan Tanpa Waran iaitu boleh dilakukan mengikut Jadual Pertama,
Kanun Acara Jenayah untuk kesalahan-kesalahan seperti rusuhan, pemalsuan
mata wang dan perhimpunan haram.

ATUR CARA PERBICARAAN KES-KES JENAYAH


1.Proses berikut dilalui dalam perbicaraan kes jenayah iaitu;
a). Pihak yang mendakwa dalam kes jenayah serius terdiri daripada
Peguam
Negara atau Penolong Kanan Pendakwa Raya. Jabatan Peguam Negara.
b). Pendakwa menanggung beban bukti iaitu terpaksa membuktikan
bahawa
tertuduh bersalah.
c). Pihak pendakwa dan peguam bela boleh memanggil saksi untuk
memberikan keterangan di mahkamah, saksi pihak pendakwa akan
dibimbing oleh pendakwa untuk memberikan keterangan.
d). Saksi akan disoal balas oleh peguam bela.
e). Peguam bela menggulung hujah dan diikuti pihak pendakwa.
f). Sekirannya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak
pendakwa (ada keraguan yang munasabah), tertuduh akan dibebaskan
tanpa dipanggil membela diri.
g). Jika wujud prima facie (bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh
bersalah),hakim akan mengarahkan tertuduh untuk membela diri.
2. Dalam kes jenayah, pembahagian kuasa mahkamah adalah mengikut
berat kes atau berat hukuman.
3. Saksi dipanggil untuk hadir di mahkamah melalui sapina.
4. Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk menahan saksi
yang tidak hadir di mahkamah.

CARA TERTUDUH MEMBELA DIRI


1. Ada tiga cara tertuduh membela diri iaitu;
a). Memberikan keterangan di kandang orang bersalah, dia tidak boleh
dikenakan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa.
b). Memberikan keterangan bersumpah dan ini tertakluk kepada soal siasat
pihak pendakwa.
c). Berdiam diri di mahkamah.
2. Tertuduh akan dibantu oleh peguam bela ketika membela diri dengan
mana-mana cara yang dinyatakan.
3. Peguam bela akan membimbing tertuduh dalam menjawab soalan atau
mengambil keputusan berdiam diri.
4. Hakim akan mendengar hujah pihak pendakwa dan pembela dan akan
membuat keputusan sama ada tertuduh harus dijatuhi hukuman atau
dibebaskan.
5. Sekiranya bukti terhadap tertuduh kurang jelas dan kurang menyakinkan,
tertuduh mesti dibebaskan .
6. Hakim boleh melarang media massa, peguam bela dan pihak pendakwa
daripada menyentuh sesuatu hal atau menyebarkan sesuatu maklumat.
7. Tindakan,kata-kata dan keputusan hakim ketika mendengar kes tidak boleh
menyebabkan hakim didakwa.

ATUR CARA PERBICARAAN KES SIVIL


1.Dalam kes sivil, pembahagian kuasa mahkamah adalah mengikut jumlah
wang yang terlibat kecuali bagi kes seperti petisyen keputusan pilihan
raya,
perceraian dan perebutan anak.
2. Boleh dibahagikan seperti di bawah;
a). Tuntutan ganti rugi atau pampasan.
b). Pertikaian hak seperti hak atas harta, anak dan sebagainya.
c). Perceraian
d). Mendapatkan perintah dan perisytiharan mahkamah.
3. Pihak berkuasa seperti polis tidak mendakwa orang yang berkenaan.
4. Pihak-pihak yang terlibat akan mengupah peguam untuk mewakili
mereka di mahkamah.
5. Peguam plaintif bertindak di mahkamah untuk menuntut pampasan,
bayaran saraan ataupun meminta mahkamah mengeluarkan perintah
serta perisytiharan.
6. Plaintif (pihak yang menuntut), akan mengemukakan afidavit di
mahkamah
dan memohon writ mahkamah untuk diserahkan kepada defendan
(pihak yang kena tuntut).
7. Penyampaian writ boleh melalui peguam plaintif , bailif mahkamah
ataupun melalui iklan di surat khabar.

8. Pihak defendan akan membela diri melalui surat guaman


penemuan dokumen.
9. Dalam perbicaraan di mahkamah, kedua-dua pihak akan
membentangkan keterangan masing-masing.
10.Penyelesaiaan di luar mahkamah boleh dibuat.
11.Perbicaraan adalah terbuka.
12.Pihak yang kalah dalam perbicaraan akan dikehendaki
untuk membayar kos perbicaraan (kos perbicaraan
termasuk lah kos mengupah peguam, segala perbelanjaan
kes dan sebagainya).
13.Keputusan mahkamah termasuklah;
a). Orang yang didapati bersalah akan membayar ganti
rugi atau saraan kepada orang yang mendakwanya
atau kos perbicaraan atau kedua-duanya.
b). Hakim mengeluarkan perintah atau perisytiharan
dalam kes-kes rebutan anak, perceraian, harta
pusaka
atau tuntutan ganti rugi .
c). Sekiranya pihak yang menuntut gagal dalam kes sivilnya,
dia boleh dikenakan kos perbicaraan.

ISTILAH UMUM KEHAKIMAN


Istilah

Huraian

Alibi

Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak


berada ditempat kejadian ketika sesuatu jenayah
dilakukan.

Afidavit

Dokumen bersumpah yang mencatatkan kenyataan


pengakuan seseorang tentang sesuatu hal baik
dalam kes jenayah ataupun kes sivil; sebarang
penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan
pembuatnya dijatuhi hukuman penjara ; dokumen
ini akan dibuktikan dalam mahkamah.

Certiorari

Perintah mahkamah untuk mengetepikan


keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih
rendah.

Habeas corpus

Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan


daripada tahanan yang tidak mengikut undangundang.

Injuksi

Perintah bertulis mahkamah yang menghendaki


sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan
atau tidak melakukan sesuatu.

Mandamus

Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan

Istilah

Huraian

Prima Facie

Mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk untuk


memulakan pendakwaan sesuatu kes.

Saman

Dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh mahkamah


yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan
orang yang disaman itu hadir di mahkamah pada
tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sapina

Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah


pada sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan
dengan perbicaraan

Waran

Perintah yang memberikan kuasa kepada polis atau


pihak yang berkuasa yang lain untuk menangkap
orang yang dinamakan dalam waran

Bona tide

Dengan niat baik atau secara jujur

Writ

dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah


bagi
memerintahkan defendan (pihak yang kena
tuntut)
dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah
pada tarikh
dan masa yang ditetapkan.
perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah
yang
menggariskan tindakan-tindakan yang perlu
dipatuhi
sesuatu pihak atau oleh kedua-dua pihak
dalam kes sivil

Mala fide

Dengan niat jahat atau secara curang

Intra Vires

Di luar bidang kuasa seseorang, pihak berkuasa dll

Ultra Vires

Dalam bidang kuasa seseorang,pihak berkuasa dll

SOALAN STRUKTUR
1. Nyatakan tiga cara pihak polis boleh menahan
seseorang
atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan.
2. Encik X ditahan oleh pihak polis dalam suatu
serbuan di kelab malam dan ke balai polis.
Nyatakan tiga hal Encik X ketika dalam tahanan
polis.
3. Nyatakan tiga cara pihak tertuduh boleh
membela diri di mahkamah.
4. Nyatakan dua jenis kes yang akan dibicarakan
melalui prosedur kes sivil.

Anda mungkin juga menyukai