Anda di halaman 1dari 6

SKEMA PEMARKAHAN

BAHAGIAN A : MUAMALAT

1 (a) 1. Terangkan konsep Ar Rahnu dari segi pengertian, dalil, rukun dan
syaratnya. (6)

Konsep Ar Rahnu :
Pengertian : Bahasa - Ketetapan atau menahan.
Istilah - Menjadikan sesuatu barang sebagai suatu
cagaran
bagi suatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya
tidak terdaya membayar hutang itu nanti.

Dalil : ‫وان كنتم على سفر ولم تجدوا كاتبا فرهن مقبوضة‬
Rukun dan syaratnya :
1. Penggadai dan pemegang gadai :
 Penggadai dan pemegang gadai mestilah seorang
yang berkeahlian menguruskan harta dan tidak
secara paksa.

2. Barang yang digadai :


 Mestilah barang yang digadai itu semua jenis barang
yang sah dijual beli tetapi tidak sah menggadai harta
wakaf kerana ianya tidak sah jual beli.

3. Bayaran yang dibeli kepada penggadai (bayaran) :


 Bayaran mestilah diketahui oleh kedua belah pihak
yakni penggadai dan pemegang gadai.

(b) Terangkan pendapat ulama berkaitan :


(6)
- Penggunaan barang Ar Rahnu
- Kehilangan / kerosakan barang Ar Rahnu
Pendapat ulama :.

i. Penggunaan barang Ar Rahnu


- Jumhur ulama penggadai tidak harus mengambil manfaat
dari barang gadaian
- Imam Syafie, Penggadai boleh menggunakan barang Ar
Rahnu jika tidak mengurangkan nilai barangan tersebut
- Imam hanafi berpendapat penggadai tidak boleh mengambil
manfaat barang gadaian kecuali dengan izin pemegang
gadaian.

 Jumhur ulama pemegang gadaian tidak boleh


menggunakan barang tersebut kerana ia adalah amanah.
ii. Kehilangan / kerosakan barang Ar Rahnu
- Jumhur ulama berpendapat pemegang gadaian tidak perlu
mengganti jika bukan dengan kecuaian kerana mereka
adalah pemegang amanah
- Mazhab maliki wajib mengganti jika barangan gadaian dari
jenis yang boleh disembunyikan seperti emas dan wang

Bincangkan perbezaan pelaksanaan gadaian secara konvensional dengan (8)


(c) pelaksanaan Ar Rahnu

Gadaian Secara Islam Gadaian Secara Konvensional

 Barang gadaian tetap  Barang gadaian akan lupus jika


menjadi hak pemilik tidak ditebus dalam tempoh
asal. bayaran.

 Tidak mengenakan  Pajak gadai konvensional


faedah tetapi mengenakan kadar faedah ( riba )
mengenakan bayaran yang tinggi bagi pinjaman yang
upah simpan diberikan.
membantu
meringankan
kesusahan.

 Tidak mengandungi  Terdapat unsur riba dan gharar /


unsur riba. penipuan dan penindasan.

 Ar Rahnu  Pajak gadai konvensional tidak


mengisytiharkan memaklumkan acara lelong secara
kepada penggadai meluas bahkan tempat dan masa
dan masyarakat tidak diberitahu dan barang
umum acara gadaian yang hendak dilelong
lelongan. tidak dipamerkan.

 Pendapat calon  Pendapat calon

2 isi + huraian  2 isi + huraian

(6)
2 a) Terangkan pengertian ,Dalil dan dua hikmat hibah dalam muamalat Islam.

Pengertian – Suatu akad yg mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara


sukarela kpd org lain semasa ianya masih hidup tanpa balasan
Dalil – ‫وءاتوا النساء صدقاتهن نحلة‬

Hikmat hibah .
i- Mengeratkan hubungan silaturrahim.
ii- Membantu golongan yg susah.
- Mana-mana yang munasabah.
b) Jelaskan tiga syarat penerimaan barang (al-qabd) dalam Hibah. ( 6)
Syarat penerimaan.
1- Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih +
Huraian .
2- Harta yang dihibah tidak bercampur dgn harta lain + Huraian.
3- Penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal + Huraian.

c) Bincangkan pandangan ulama tentang penarikan balik Hibah. (8)

1- Sebahagian ulama – Haram,tidak boleh, menarik balik hibah.(1m)


Alasan- Kecuali hibah bapa kepada anak sahaja @ dari usul kepada anak
cucunya. Berdasarkan hadis nabi “ Orang menarik balaik hibahnya sama seperti
anjing yang memakan balik muntahnya “(2m)
2- Sebahagian ulama-Boleh,harus,tidak mengapa.(1m)
Alasan- penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan
qabul tetapi apabila disertakan dgn penyerahan dan penerimaan(qabd) maka hibah
tersebut tidaklagi boleh ditarik balik kecuali hibah usul kpg furuknya.(2m)
- Kesimpulan (2m)

BAHAGIAN B : MUNAKAHAT

3 (a) Terangkan pengertian Wali dan jenisnya (4)

- Wali bermaksud- orang yang memiliki atau diberi kuasa untuk mengakad nikah
seseorang perempuan. (1x2=2)
i. Wali ikhtiar ii. Wali mujbir (2 x 1 =2)

(b) Jelaskan faktor yang menyebabkan perpindahan wali nasab kepada Wali hakim (8)
i.) Wali enggan (wali ‘udul):
Orang yang layak dilantik sebagai wali menolak untuk mewalikan bakal isteri
dalam majlis
ii) Wali yang berada dalam keadaan kafir bagi bakal isteri yang mualaf
iii) Wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali nasab dengan sebab
kematian
wali nasab, anak luar nikah atau wali nasab yang tidak berkelayakan.
iv) Wali berada jauh melebihi 2 Marhalah
(4 isi x 2 =8)

(c) Bincangkan hak dan tanggungjawab suami isteri menurut undang-undang (8)
keluarga Islam
Tanggungjawab suami
• Memberi nafkah zahir& batin
• Tanggungjawab Membayar mas kahwin
• Menyediakan kemudahan kebendaan seperti alat kebersihan & perabut
• Menyediakan orang gaji kalau si isteri pernah mempunyai orang gaji
• Tanggungjawab dari segi akhlak&kerohanian dan pelajaran agama
• Memberi layanan baik, menjaga dan memberi perlindungan
Tanggungjawab isteri
• Mentaati suami dan menjaga maruah suami selagi tidak bertentangan dengan
syarak
• Melayan suami dengan baik dan menyempurnakan kehendak suami yang
ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa selagi dibenarkan oleh syarak
• Wajib tiggal di rumah yang disediakan oleh suami serta tidak boleh keluar
tanpa keizinan suaminya
• Memelihara kehormatan diri dan suami
• Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik
serta dengan keizinanya terlebih dahulu
• Tidak bercerita kelemahan suaminya kepada pihak luar
• Sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suaminya

Tanggungjawab Bersama dalam undang-undang keluarga Islam


• Ibubapa mestilah memberi pendidikan kepada anak-anak dengan didikan
yang sempurna,sama ada ilmu keduniaan@lebih-lebih lagi ilmu agama
• Isteri bertindak sebagai ibu mestilah menjaga serta mendidik anak-anak
dengan cara yang baik
• Bapa mestilah memberi nafkah kepada anak-anaknya seperti
makanan,pakaian@perlindungi
• Menyediakan rawatan dan perubatan waktu sakit&kesusahan
• Ibu bapa hendaklah bertidak sebagai tempat bergantung kepada anak-anak
dan tempat mencurahkan segala masalah
• Saling menjaga kerukunan rumah tangga yang mereka bina dan
mengekalkan persefahaman,kasih sayang serta bertolak ansur

( 4 x2 =8)
- Pendapat calon
4 (a) Jelaskan konsep perkahwinan dari segi pengertian , dalil dan hikmahnya. (6)

Pengertian : Satu proses ikatan yg kukuh antara lelaki dan perempuan yg sah
kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan menghalalkan perkara
yang haram sebelumnya / Ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk
memikul tanggungjawab dalam keluarga dengan mempunyai beberapa rukun dan
syarat-syarat tertentu /Akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan
perempuan melakukan persetubuhan /dengan menggunakan lafaz nikah/, tazwij atau
terjemahannya
Dalil:
‫فانكحوا ماطاب لكم من النساء مثنى وثلث وربع فان حفتم اال تعدلوا فوحدة‬

Hikmah:

Memenuhi fitrah yang memerlukan pasangan hidup dan zuriat yang bersih
Dapat menyalurkan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syarak
Mengatur kehidupan dengan lebih baik
Membendung penyakit sosial

(b) Antara rukun perkahwinan ialah bakal suami dan bakal isteri. Jelaskan syarat (8)
bagi bakal suami

Islam
Tidak dalam ihram haji
Pilihan sendiri
Bukan muhrim kpd isteri
Belum ada 4 isteri
Mengetahui bakal isteri dan wali
Jelas sebagai lelaki
Lelaki tertentu
Bukan muflis kecuali dengan izin wali perempuan.

(c) -masalah rumah tangga dan huraian (8)


-sibuk dengan urusan kerja dan huraian
-masalah kewangan dan huraian
-kurang didikan agama dan huraian
Kesimpulan:

Anda mungkin juga menyukai