Anda di halaman 1dari 18

RIDDAH

RIDDAH (MURTAD)
◦ PENGERTIAN: Kembali berpaling (keluar) daripada agama Islam dan menganut agama lain (kafir)
sama ada dengan niat atau dengan perbuatan atau dengan perkataan.
◦ Dalil kesalahan murtad. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 217:

‘Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah ) dari agamanya (agama
Islam),lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah
amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,kekal mereka
di dalamnya (selama-lamanya)’
◦ Hadis Rasulullah S.A.W:;
‘Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan
bahawasnya Muhammad adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara: Seorang yang berzina
setelah berzina setelah dia menjaga kehormatannya dengan perkahwinan, maka sesungguhnya dia
direjam, seorang yang keluar (dari Islam dan Jemaah) lalu memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dibuang negeri dan seorang yang membunuh satu jiwa,maka
dia dibunuh sebagai hokum timbul balik’
Murtad boleh terjadi melalui tiga cara
◦ Melalui perbuatan dan tinggalan
◦ Melalui perkataan
◦ Dengan iktiqad
Murtad dengan perbuatan dan tinggalan
◦ Perbuatan ini boleh dikatakan sengaja untuk menghina,mempersendakan Islam atau degil degil atau takabbur.
◦ Contohnya :-
1. Mengunjungi tokong lalu menyembah berhala
2.Meletakkan Al-Quran dan buku-buku hadis di tempat-tempat kotor seperti di dalam tandas atau di
dalam longkang
3. Mempersendakan isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah atau mempertikaikan hukum-hukum yang terdapat
didalamnya
4. Perbuatan menghalalkan benda yang haram
◦ Tinggalan pula bermaksud meninggalkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah Taala menerusi al-
Quran dan as-Sunnah
◦ Contohnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam, puasa,zakat dan haji dengan menafikan
bahawa perbuatan-perbuatan ini adalah ataupun mengatakan perbuatan meninggalkan tidak menjadi
suatu kesalahan
Murtad dengan perkataan
◦ Murtad kategori ini mengeluarkan kenyataan menunjukkan kekufuran
◦ Contohnya:, mengatakan bahawa Allah tidak wujud,mengatakan Allah lebih dari satu, mendakwa ada
Tuhan lain selain daripada Allah. Ini dari segi ketuhanan.
◦ Dari segi kenabian pula ialah:, mendakwa diri menjadi nabi, mengikut dan membenarkan orang yang
mengaku menjadi nabi dan mengingkari para nabi, menolak khabar yang yang dibawa oleh nabi seperti
menafikan sebahagian al-Quran, kewujudan malaikat, dan kewujudan Hari Kiamat
◦ Mengingkari dan menafikan Islam atau mengisytiharkan diri keluar daripada Islam juga disifatkan
sebagai keluar dari Islam
Murtad dengan iktiqad
◦ Murtad dengan iktiqad ini boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai iktiqad yang bercanggah
dengan Islam seperti mendakwa alam ini terjadi dengan sendiri dan tidak mempunyai pencipta
◦ Beriqtiqad bahawa al-Quran yang dibaca oleh orang-orang Islam pada ini bukan datang dari Allah
◦ Mendakwa bahawa Muhammad S.A.W bukanlah pesuruh Allah dan mendakwa terdapat lagi Rasul
selepas Rasulullah
Contoh-contoh riddah berdasarkan perbuatan, perkataan, tinggalan dan iqtiqad
Kategori murtad, hokum, dan tertibnya
Kategori murtad
Orang yang murtad, namun menyembunyikannya, tidak dikenakan hukuman murtad
Orang yang murtad dan menzahirkannya, dikenakan hukuman bunuh setelah diberi tempoh bertaubat
Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam, di tangkap dan dibunuh serta-merta
tanpa diberi tempoh untuk bertaubat
Tertib hukuman kesalahan murtad
◦ Hukuman bunuh ke atas orang murtad adalah hukuman asal. Hukuman ini adalah berdasarkan hadis
Rasulullah S.A.W daripada Ibn ‘Abbas R.A yang bermaksud :;
‘Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia (HR Bukhari)’
◦ Sekiranya hukuman bunuh tidak dapat dilaksanakan oleh sebab tertentu,hukuman gantian dikenakan
kepada orang murtad mengikut keadaan
◦ Jika pesalah telah bertaubat, hakim atau kadi boleh mengenakan hukuman yang sesuai seperti sebat,
penjara, denda dan amaran, dan ada ulama’ menyarankan supaya diberi hukuman yang berat dan ada
pula yang menyarankan supaya diampunkan
Hukuman sampingan bagi kesalahan murtad
◦ Dirampas semua harta orang murtad dan diletakkan di bawah pentadbiran pemerintah atau wakil yang
diberi kuasa
◦ Penyaraan dirinya diambil daripada harta tersebut mengikut keperluan
◦ Harta itu tetap miliknya dan akan diserahkan semula jika dia bertaubat tetapi jika ia mati maka hilanglah
haknya dari sejak dia murtad
◦ Terbatal segala bentuk urusan dan perjanjian yang mensyaratkan beragama Islam nikah dan wakalah
◦ Hilang hak perwarisan antara dia dan waris-warisnya
◦ Dipisahkan antara dia dan isterinya
◦ Akad perkahwinan digantung sementara sehingga dia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh
iddah. Jika dia bertaubat dan kembali kepada Islam selepas iddah, dia hendaklah melakukan akad nikah
dengan mahar yang baharu.
Syarat perlaksaana hokum murtad
◦ Orang yang murtad itu hendaklah orang yang mukalaf iaitu mempunyai akal yang sempurna dan
baligh,serta tidak dipaksa
◦ Telah diberi nasihat dan diminta bertaubat dan diberi tempoh tiga hari untuk bertaubat
◦ Dapat dipastikan telah murtad sama ada dengan pengakuan sendiri atau keterangan saksi yang adil yang
memenuhi syarat-syarat saksi
Kesan implikasi hukuman mati ke atas
pesalah murtad
◦ Haram dimandikan, dikafankan dan disolatkannya kerana dia telah dihukumkan kafir
◦ Tidak boleh ditanamkan di perkuburan Islam,malahan hendaklah ditanam jauh dari tanah perkuburan
Islam
◦ Tiada seorang pun waris yang boleh mewarisi hartanya kerana telah terputus hubungan keislaman dan
haknya terhadap harta tersebut telah gugur.
Kuiz
1. Apakah maksud murtad
2. Murtad boleh terjadi melalui tiga cara. Terangkan ketiga-tiga jenis tersebut.
3. Nyatakan contoh-contoh riddah
4. Terangkan 1 implikasi hukuman mati keatas pesalah murtad.
End..

Anda mungkin juga menyukai