Anda di halaman 1dari 11

HUK UM A N

M URTA D
NAMA AHLI KUMPULAN :

 NORADILAH HANUM BT AHMAD JAFRI


(2014005187)

 N U R FAT I N N A Z I H A H B T Z A H A R (2014005312)

K U R S U S : F I Q H J I N AYA T ( P I S 3 0 6 3 )

N A M A P E N S YA R A H : M O H D T A J U L S A B K I B I N
A B D U L L AT I B
TAKRIF MURTAD
• Murtad atau riddah dalam bahasa arab bermaksud beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain.

• Menurut istilah undang-undang islam ialah seorang muslim mukallaf beralih daripada memeluk Islam
kepada memeluk agama lain atau anutan lain.

• Firman Allah Taala :

‫م فِي‬ َ ‫ت أَ ْع‬
ْ ‫مال ُُه‬ ْ َ‫حبِط‬َ ‫ك‬ َ ِ‫ه َو َكافِ ٌر َف ُأو ٰلَئ‬
ُ ‫ت َو‬ْ ‫م‬ ُ َ‫ه َفي‬ ِ ‫ن ِدي ِن‬ ْ ‫ُم َع‬ ْ ‫َو َمن يَ ْرتَ ِد ْد ِم ْنك‬
َ‫خالِ ُدون‬َ ‫م فِي َها‬ْ ‫ه‬ ُ ۖ ‫ار‬ ‫ن‬
َّ ‫ال‬ ‫اب‬ ‫ح‬
َ ‫ص‬
ْ َ ‫أ‬ ‫ك‬
َ ِ ‫ئ‬َ ٰ ‫خ َر ِة ۖ َو ُأو‬
‫ل‬ ِ ‫ال ُّد ْنيَا َواآْل‬
ِ ُ
Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam),
lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik)
di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

{al-Baqarah : 217}
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH
MENYEBABKAN MURTAD
• Murtad boleh berlaku apabila :

i. Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum.

ii. Melakukan sesuatu perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir.

iii. Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam, sama ada apa yang
diucapkan lahir daripada keyakinannya, keengkarannya atau mempersenda.
KATEGORI ORANG MURTAD

i. Orang yang murtad, namun menyembunyikan.

ii. Orang yang murtad dan menzahirkannya.

iii. Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam.


HAK YANG DIGUGURKAN

i. Hak untuk hidup kerana dia wajib dibunuh.

ii. Hak untuk memilik kerana segala hak miliknya digugurkan.

iii. Semua status peribadinya digugurkan.


HUKUMAN MURTAD
i. Pesalah murtad wajib diminta segera bertaubat.

ii. Pesalah diberi amaran tentang akibat buruk jika dia masih kekal murtad dan tidak menerima pelawaan
supaya bertaubat.

iii. Pesalah wajib dibunuh jika masih mempertahankan untuk murtad dan tidak mahu bertaubat. Sabda
Nabi SAW :

‫ل ِدي َن ُه َفا ْق ُتلُو ُه‬


َ ‫ن بَ َّد‬
ْ ‫ َم‬.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.

Daripada Jabir r.a :

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Ruman telah murtad lalu Nabi SAW memerintahkan agar dia
diajar tentang Islam. Sekiranya dia bertaubat (maka tidak mengapa). Namun sekiranya dia tidak
bertaubat, dia akan dibunuh.
SYARAT PERLAKSANAAN HUKUMAN

• Baligh dan berakal.

• Diminta supaya bertaubat.

• Disahkan murtad melalui pengakuan pesalah sendiri atau melalui saksi yang sahih dan
memenuhi syarat yang ditetapkan.
IMPLIKASI KEPADA KESALAHAN
MURTAD
• Kesemua hartanya akan ditahan.

• Kesemua urusan dan akad sivilnya terbatal.

• Gugur segala hak untuk waris mewarisi antara dia dengan saudara-maranya. Sabda Nabi SAW:

‫م‬
َ ِ‫سل‬ ُ ‫م ا ْل َكافِ َر َوال َ ا ْل َكافِ ُر ا ْل‬
ْ ‫م‬ ُ ِ‫سل‬ ُ ‫ث ا ْل‬
ْ ‫م‬ ُ ‫ الَيَ ِر‬.
Seorang muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan orang kafir tidak boleh
mewarisi pusaka seorang muslim.
• Pesalah dipisahkan daripada isterinya dan akad nikah mereka digantung.

• Penyembelihannya tidak halal dan segala pahala amalan ibadat terbatal.


IMPLIKASI HUKUMAN MATI KE ATAS
PESALAH MURTAD
• Haram dimandikan, dikafan dan disembahyangkan. Firman Allah Taala :

ِ َّ‫م َك َف ُروا بِالل‬


‫ه‬ ْ ‫ى َق ْب ِر ِه ۖ إِنَّ ُه‬ ْ ‫ات أَبَ ًدا َواَل تَ ُق‬
ٰ َ‫م َعل‬ َ ‫م َم‬ َ َ‫ى أ‬
ْ ‫ح ٍد ِم ْن ُه‬ ٰ َ‫ل َعل‬ َ ‫َواَل ُت‬
ِّ ‫ص‬
َ ‫س ُق‬
‫ون‬ ِ ‫م َفا‬ْ ‫ه‬ُ ‫ه َو َما ُتوا َو‬ ِ ِ ‫سو ل‬
ُ ‫َو َر‬
Maksudnya : Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di
antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir
kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik. {at-Taubah : 84}

• Tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam.

• Kesemua saudaranya tidak boleh mewarisi pusakanya kerana hubungan yang diakui oleh Islam.
CONTOH KES MURTAD
• Kes Siti Fatimah Tan

Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39 tahun, telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi
Syariah Pulau Pinang untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu
sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran
bernama Ferdoun Ashanian.

Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan
suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah
berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya,
Buddha dan memakan daging khinzir.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu, Othman Ibrahim, yang kini
merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan
sijil memeluk Islam wanita itu. Manakala untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta
menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
SEKIAN….

Anda mungkin juga menyukai