Anda di halaman 1dari 8

BAB 4: KHAWARIJ

USULUDDIN
KHAWARIJ
• Berasal dari perkataan “ khoroja” yang bermaksud keluar.

• Khawarij adalah jamak daripada perkataan kharijah yang membawa makna kumpulan yang keluar
daripada pemerintah yang sah dan tidak mentaati hakim syarak atau khalifah yang dilantik.

• Menurut Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Al-Fatawa , khawarij merupakan bida’ah pertama muncul
dalam islam.
SEJARAH KHAWARIJ
 Golongan khawarij asalnya ialah mereka yang keluar daripada mentaati khalifah Ali Bin Abu Talib kerana tidak
berpuas hati dengan majlis tahkim.

 Pada awalnya, mereka memaksa Ali untuk menerima Tahkim tetapi setelah Majlis Tahkim dibuat, tiba-tiba mereka
menyalahkan Ali kerana menerima dan menderhakai Ali keran menerima Tahkim tersebut.

*ini menunjukkan golongan khawarij tidak berpendirian tetap.

 Golongan khawarij menuduh Ali, Amru al-As’ dan muawiyah sebagai orang munafiq ekoran Majlis Tahkim itu.

* golongan khawarij tergopoh-gapah dalam menghukum tanpa kepastian sempurna.

 Ali bersama tenteranya menyerang pasukan khawarij dan Berjaya mengalahkan mereka di Nahrawan.

 Golongan khawarij menyimpan dendam dan merancang membunuh MAJLIS TAHKIM


Ali, Amru al-As’ dan muawiyah. -majlis yang dilakukan oleh dua pihak yang berbalah/
salah faham dan keduanya bersetuju untuk melantik
 Golongan khawarij hanya berjaya membunuh Ali. wakil masing-masing untuk berbincang dan mereka
akan bersetuju dengan keputusan wakil yang telah
dilantik tersebut.
PRINSIP KHAWARIJ

1. Puak Khawarij menyatakan bahawa Ali, Muawiyah, Amru al-’as dan Abu Musa al-Asy’ari telah melakukan
dosa besar serta kufur

2. Puak Khawarij menghukum kufur orang yang melakukan dosa besar dan mereka itu kekal dalam neraka.

3. Khalifah hendaklah dipilih kalangan kaum muslimin dan pemilihan tersebut hendaklah dibuat atas dasar
bebas dan terbuka.

4. Khalifah tidak boleh dijadikan hak warisan atau pemilihan berdasarkan keturunan atau untuk individu
tertentu.

5. Seseorang khalifah yang telah disepakati perlantikannya serta dipersetujui oleh muslimin tidak boleh
mengundurkan diri lagi daripada memegang jawatan tersebut.

6. Seseorang yang beriman dengan Allah dan rasul-Nya , namun tidak menunaikan kewajipan yang
ditentukan, dikira kafir.
7. Wajib keluar dan memberontak untuk menggugurkan pemimpin atau khalifah yang fasik. Sekiranya dia
tidak mahu meletak jawatan, dia wajib dibunuh.

Dimana apa yang mereka gariskan serta tetapkan itu sebenarnya berdasarkan nafsu dan akal mereka
semata-mata, bukannya berdasarkan hukum Allah.

Rumusannya, golongan Khawarij sebenarnya terdiri daripada banyak kelompok/ pecahan namun
mempunyai dua prinsip utama:

a) persamaan sudut pandangan atau pendapat mengenai kepimpinan. Dimana


khalifah itu adalah milik rakyat untuk memilihnya dan ia tidak dikhususkan untuk keturunan Nabi SAW
sahaja.

b) Persamaan dalam akidah. Dimana mereka berpegang dengan prinsip


bahawa ibadat adalah sebahagian daripada iman. Sesiapa yang melakukan dosa besar, bermakna dia tekah
kafir.
TOPIK 3 : AKIDAH KHAWARIJ

Sifat Allah
Qada’ Dan Qadar -berkeyakinan bahawa Allah mempunyai
sifat wajib sebagaimana sifat mustahil
-tidak sempurna iman
seseorang jika dia tidak
percaya dengan Qada’ dan AKIDAH
KHAWARIJ
Qadar Allah.

Pengertian Iman

-Amalan atau ibadat secara zahir


dan anggota dikira bahagian utama
daripada iman
TOPIK4: KHAWARIJ DAN TAHKIM

 Menggesa Ali menerima gencatan senjata.

 Ali dan para sahabat juga tentera yang setia kepada Ali ingin meneruskan peperangan hingga ke akhirnya.

 Mohon Tahkim hanya sebagai helah penyokong Muawiyah daripada menerima kekalahan.

 Golongan Khawarij pula bertindak menentang Majlis Tahkim

 Golongan Khawarij meminta Ali supaya bertaubat daripada kesalahan menerima Tahkim.

 Khawarij mengutuskan beberapa orang kalangan mereka unuk membunuh Ali, Mawiyah serta Amru al-’As

 Ali Berjaya ditikam oleh Abdul Rahman dan mati.


TOPIK 5: FAHAMAN KHAWARIJ MENGENAI IMAMAH

 Khalifah atau imam dan pemimpin negara itu diserahkan pemilihannya kepada jumhur atau
rakayt seluruhnya.

 Berhak menetukan siapa imam atau ketua negara yang layak.

 Uthman telah menyalahi dasar pentadbiran dua khalifah sebelumnya ; Abu Bakar & Umar.

 Khawarij juga menuduh Uthman lebih mengutamakan ahli keluarga dan kaum kerabat.

 Ali pula bertindak merestui dan bersetuju dengan Majlis Tahkim tersebut.

 Muawiyah pula dikatakan telah memegang kuasa secara paksaan serta tanpa restu seluruh
kaum muslimin

Anda mungkin juga menyukai