Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Hidup Imam al-Nawawi (631-676H)

Published in Jejak Ulamak

Read 8037 times

font size decrease font size increase font size

Print

Email

Kajian riwayat hidup Imam al-Nawawi ini berdasarkan buku karangan Abdul Ghani al-Duqr yang
berjudul al-Imam al-Nawawi Shaykh al-Islam wa al-Muslimin wa Umdah al-Fuqaha wa alMuhadithin. Al-Ghani al-Duqr memulakan dalam mukadimahnya dengan menyebutkan sifat Imam
al-Nawawi yang memiliki ketakwaan yang tinggi. Dia bukan hanya membataskan diri dengan
perkara-perkara haram dan syubhat tetapi juga perkara-perkara mubah kerana dia berasa takut
apabila dirinya menghampiri rasa tamak dengan sesuatu perkara mubah yang nantinya akan
menjalar kepada yang syubhat dan akhirnya menjalar kepada yang haram. Dia melindungi dirinya
dari semua itu kerana takut kepada Allah. Beliau juga menjelaskan manhaj buku ini dengan
mengambil dari sumber-sumber muktabar dari buku al-Tarajim atau al-Tabaqat dan menyusun
semula dengan pendekatan semasa.
Nama sebenarya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin.
Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H
iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun. Al-Nawawi
dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal
al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(AlDaqr:2005:22)
Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul
Kafi (m. 689) yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang
dikenali sebagai al-Farkah (m. 690H). Al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di
Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.(al-Daqr:2005:28)
Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan
tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : dan dijadikan contoh dalam
ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak
dapat ditahan lagi, dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para
guru-gurunya. Al-Badr bin Jamaah (m.733H) menceritakan apabila dia bertanya mengenai tidur
al-Nawawi.

Al-Nawawi mengatakan bahawa apabila dia tidak lagi berkuasa untuk menahan daripada rasa
mengantuk maka dia menyandar kepada kitab sebentar dan kemudian akan terbangun. Dia
banyak terjaga daripada tidur dan selalu tekun dalam menuntut ilmu dan amal. Setiap hari, beliau
akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya dalam pelbagai bidang ilmu Islam. (alDaqr:20005:30&36)

Antara guru-gurunya ialah seperti berikut :


Dalam bidang feqah
i. Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad bin Uthman al-Maghribi (650H)
ii. Abu Muhammad Adul Rahman bin Nuh al-Muqaddasi (m. 654H
iii. Abu Hafs Umar bin Asad bin Ali Ghalib al-Rabii al-Irbili.

iv.

Abu al-Hasan al-Sallar bin al-Hasan al-Irbili (m. 670H)

Dalam bidang Hadith


i. Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi- belajar Shahih Muslim
ii. Zainuddin Abu al-BaqaKhalid bin Yusuf al-Nablisi (m.663H)

iii. Abdul Aziz bin Muhamad bin Abdul Muhsin al-Humawi (m.662H)

iv. Zainuddin Abu al-Abbas al-Muqaddasi

v. Abu al-Faraj Abdul rahman bin Abi Umar Muhammad al-Muqaddasi

vi. Immaduddin Abdul Karim bin Abdul samad al-Harastani (m.662H)

vii. Taqiuddin Abu Muhammad Ismail bin Abi Ishaq Ibrahim al-Tanukhi

viii. Jamaluddin Abdul Rahman bin Salim bin Yahya al-Anbari(m.661H)


Dalam bidang Usul
i.Abu al-Fath Umar bin Ibn Umar al-Taflisi.(672H)
Dalam bidang Nahu dan bahasa.
i.Ahmad bin Salim al-Masri (664H)
ii.Muhamamd bin Abdullah
ii.al-Fakhr al-Maliki al-Lamu li Ibn Jani.(al-Daqr:20005:39)
Al-Nawawi seorang tokoh feqah mazhab al-Syafii yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara
mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang
tinggi. Dia adalah Syeikh mazhab dan penjaga mazhab al-Syafii. Keistemewaan al-Nawawi ialah
kerana dalam dirinya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah
meriwayatkan kitab-kitab hadith yang muktabar dengan sanad yang tinggi kepada para imam
yang menulis kitab-kitab tersebut. Ibn Attar menyebutkan Imam al-Nawawi adalah seorang yang
hafiz dalam hadith Rasulullah s.a.w., mengerti dengan berbagai-bagai kategori daripada yang
shahih, cacat, gharib dan istinbat feqahnya.

Al-Dhahabi menyebutkan Imam al-Nawawi dengan mujahadah dirinya yang tinggi, mencorakkan
segala perhatian kepada ketakwaan dan keimanan, membersihkan diri dari segala kotoran maka
dia menjadi seorang hafiz dalam hadith dengan segala ilmu, rijal dan ilatnya. Dari segi aliran
akidah, beliau adalah beraliran Asyaari. Imam al-Nawawi juga seorang ahli nahu dan bahasa dan
mengarang buku yang berkaitan dalam bidang tersebut. Buku yang dikarang olehnya iaitu Tahrir
al-Tanbih dan Tadhib al-Asma wa al-Lughah. Kedua-dua buku tersebut merupakan syarah terhadap
lafaz-lafaz dalam kitab-kitab feqah yang besar dalam mazhab Syafii.(al-Daqr:2005:47)

Al-Nawawi di Dar Hadith al-Asyrafiah


Al-Nawawi belajar dan mengajar di Dar Hadith al-Asyrafiah. Di antara syarat bagi orang yang
menduduki kedudukan syeikh di situ iaitu apabila ada seseorang yang memiliki kumpulan riwayat
dan seseorang yang memiliki kumpulan dirayat, maka akan didahulukan adalah yang didahulukan
kumpulan riwayat. Yang jelas bahawa seseorang yang memiliki kedua-dua kumpulan ilmu iaitu
ilmu riwayat dan dirayat adalah lebih layak untuk menduduki kerusi syeikh di Dar al-Hadith. Syeikh
pertama Dar al-Hadith ialah Ibn Salah. Imam al-Nawawi menjadi syeikh pada tahun 665H sehingga
dia meninggal pada 676h. Taj al-Subki menyebutkan bahawa al-Nawawi mengajar di Dar al-Hadith
al-Asrafiyyah tetapi tidak mengambil satu sen pun daripadanya.(al-Daqr:2005:76)

Al-Nawawi berpendapat bahawa ibadat yang paling utama adalah mempelajari ilmu dengan
keikhalasan yang akan memancarkan keberkatan. Al-Nawawi terkenal sebagai seorang yang
banyak beribadat. Seorang muridnya Ibn Attar menyebutkan bahawa al-Nawawi seorang yang
banyak membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Beliau juga banyak bangun pada waktu
malam untuk beribadat dan menulis. Daripada kesolehannya bahawa dia tidak makan harta atau
makanan daripada mana-mana datangnya dan tidak menerima sesuatu daripada seorang pun
meskipun daripada hak-haknya sendiri.

Dia meninggalkan dari semua bidang duniawi, maka dia tidak mengambil dirham daripada
seorang pun, dia tidak mengambil untuk kesenangan tetapi hanya digunakan untuk membeli kitab
kemudian diwakafkan. Semasa beliau menjadi syeikh di Dar al-Hadith, beliau tidak mengambil
sedikit pun daripada hasil ilmu, dia hanya cukup dengan kiriman daripada ayahnya yang cuma
sedikit itu.(al-Daqr:2005:86)
Ramai ulama yang memberi sanjungan atas akhlak, karya-karya serta ilmunya. Al-Dhahabi
menyebutkan al-Nawawi sebagai seorang yang mempunyai keluasan ilmu dalam bidang hadith,
feqah, bahasa dan lain-lain. Beliau juga terkenal dengan kezuhudan dan kesolehannya dalam
mencari keredaan Allah dan amat bersederhana dalam berpakaian, makanan dan berbelanja,
makanan dan berbelanja.

Penampilannya juga sederhana dan sesiapa yang tidak pernah berjumpa dan melihat tentu akan
menyangka bahawa dia seorang seorang petani Nawa yang datang ke Damsyiq untuk berziarah
kerana tidak ada tanda-tanda yang terlihat padanya sebagai seorang ulama zamannya yang
menampilkan keagungan pada bentuk fizikal dan pakaian.(al-Daqr:2005:148)
Al-Nawawi tinggal di Damsyiq selama 28 tahun menurut muridnya Ibn Attar. Ini bermakna ketika
dia datang ke Damsyik umurnya berusia 18 tahun. Beliau tidak pernah meninggal Damsyiq kecuali
menunaikan haji, menziarahi imam al-Syafii dan pulang ke kampung di Nawa untuk menziarahi
keluaraga. Selebihnya waktu itu dihabiskan di rumah kecil di Madrasah al-Rawahiyah untuk belajar
dan mengajar serta menulis kitab-kitab sampai meninggal dunia.(al-Daqr:2005:156)
Nilai seorang ulamak adalah peninggalan karya-karyanya. Perkara yang luar biasa dan
menghairankan adalah bahawa al-Nawawi hidup selama 46 tahun sedangkan beliau meninggalkan
khazanah dan karya-karya yang banyak. Menurut pengkaji, dia mula mengarang pada tahun 660H
iaitu ketika berusia 29 tahun. Menurut al-Yafii bahawa tidak diragui lagi bahawa imam al-Nawawi
telah mendapat keberkatan dalam hidupnya. Beliau memiliki pandangan yang indah daripada
pandangan-pandangan kebenaran Tuhan. Keberkatan itu semakin terserlah setelah kematian
dengan kitab-kitabnya yang diterima dan dimanfaat oleh umat Islam.
Al-Nawawi telah menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu seperti feqah, hadith, Syarah

hadis, mustalah al-Hadith, bahasa dan tauhid. Keistimewaan buku-buku ialah penerangan yang
jelas dan mudah difahami.
Buku-Buku karangan imam al-Nawawi.
i. Syarah Muslim. Buku ini ditulis pada tahun 674H iaitu dua tahun sebelum kematian. Buku
merupakan buku yang terakhir ditulisnya dan mempunyai 11 jilid.
ii. Al-Rawdah al-Talilibin- Antara buku feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafii. Kitab ini
merupakan ringkasan daripada buku syarah al-Kabir oleh al-Rafii. Menurut Ibn Attar buku ini ditulis
pada 25 Ramadan tahun 666H dan siap pada 669H. Buku ini mempunyai 8 jilid.

iii. Al-Minhaj- Buku ini merupakan buku feqah yang banyak digunakan oleh para ulamak dan
penuntut ilmu. Kitab ini selesai ditulis pada 19 Ramadan tahun 669H.

iv. Riyadh al-Salihin - Buku ini merupakan himpunan hadith-hadith nabi yang berkaitan dengan
adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.

v. Al-Azkar- Buku ini merupakan himpunan zikir, doa-doa dan amalan bagi setiap orang muslim
siang dan malam. Buku ini diselesaikan penulisannya pada 667H,

vi. Al-Tibyan fi adab Hamlah al-Quran- Buku ini berkaitan dengan adab-adab ketika berinteraksi
denagan al-Quran.

vii. Al-Tahrir fi alfaz al-Tanbih- Buku merupakan karangan al-Nawawi dalam bidang bahasa yang
merangkumi penerangan kepada lafaz-lafaz dan istilah feqah.

viii. Al-Idhah fi Manasik- Buku ini berkaitan dengan cara mengerjakan haji dan umrah- Buku ini
telah disyarahkan oleh Ali bin Abdullah bin Ahmad (m. 911H) dan diberi komentar oleh Ibn Hajar
al-Haitami (m.974H)

ix. Al-Irsyhad wa al-Taqrib- Buku ini dalam bidang mustalah hadith dan ringkasan dari buku Kitab
al-Irsyhad Ibn salah. Buku ini disyarahkan pula oleh Imam al-sayuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.
(al-Daqr-160-176)

x. Al-Arbain al-Nawawiyah- sebuah buku kecil yang menghimpunkan 40 hadith yang diperlukan
oleh setiap muslim. Buku ini merupakan yang paling banyak digunakan oleh umat Islam dalam
memahami hadith-hadith nabi.

xi. Bustan al-Arifin-Karya yang mempunyai banyak manfaat kerana di dalamnya menghuraikan
mengenai kezuhudan, keikhlasan dan sifat menghindar daripada perkara dunia.

xii. Manaqib al-Syafii- merupakan ringkasan daripada kitab al-Baihaqi yang mempunyai dua jilid
dan al-Nawawi meringkaskannya menjadi satu jilid.

xiii. Al-Fatawa-dinamakan dengan al-Masail al-Manthurah. Himpunan fatwa yang dihimpunkan


oleh muridnya Alauddin ibn al-Attar. Ia merupakan karya yang banyak manfaat.

xiv.

Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafta-Karya mengenai etika mufti dan syarat-syarat fatwa.

xv.
Al-Majmu Syarah al-Muhadhab-Kitab ini merupakan kitab feqah yang terkemuka dalam
mazhab al-Syafii dan ia merupakan syarah kitab al-Muhadhab karangan Imam Abi Ishaq alSyairazi. Imam al-Nawawi menyiapkannnya sehingga bab riba yang mengandungi sembilan jilid
kemudian disambung oleh Taqi al-Subki dalam tiga jilid. Kitab ini disiapkan syarahnya oleh Syeikh
al-Mutii, Mufti Mesir.

xvi. Tadhib al-Asma wa al-Lughah-Karya mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat.
Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkannya
sebahagian besar daripada penulisannya.
Ini merupakan sebahagian daripada penulisan Imam al-Nawawi. Beliau meninggal dunia pada 24
Rejab pada 676H di Nawa dan dikuburkan di sana.Antara wasiatnya ialah beliau tidak
membenarkan di bina atas kuburnya binaan dan kubah.Apabila penduduk kampung ingin membina
binaan atas kubur, beliau telah datang melalui mimpi kepada seorang wanita ahli keluarganya
mealarang pembinaan atas kuburnya. (al-Daqr,2005:197)Penulis pernah menziarahi makam beliau
di Nawa, Syria pada 22 November 2007.

Penjaga kuburnya telah menceritakan mengenai perkara tersebut dan setelah itu tumbuh pokok
besar atas kuburnya. Menurutnya, semasa pokok itu subur terdapat pada helaian daun yang keluar
itu ada kalimah Allah dan pada dahan-dahannya. Semasa penulis menziarahi, pokok itu tidak lagi
mengeluarkan daun tetapi dahan pokok masih ada yang tertulis nama Allah.Subnallah itulah tanda
karamah dan kemuliaan kepada orang yang menyebarkan ilmu dengan penuh ikhlas dan zuhud.
Biografi Ringkas Imam Nawawi
Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau
dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq
By Anas Burhanudin, Lc., M.A. 19 June 2009
6 13648 69
Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau
dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq
(Damascus) yang sekarang merupakan ibukota Suriah. Beliau dididik oleh ayah beliau yang
terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. Beliau mulai belajar di katatib (tempat belajar baca
tulis untuk anak-anak) dan hafal Al-Quran sebelum menginjak usia baligh.
Ketika berumur sepuluh tahun, Syaikh Yasin bin Yusuf Az-Zarkasyi melihatnya dipaksa bermain
oleh teman-teman sebayanya, namun ia menghindar, menolak dan menangis karena paksaan
tersebut. Syaikh ini berkata bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang paling pintar dan

paling zuhud pada masanya dan bisa memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam.
Perhatian ayah dan guru beliaupun menjadi semakin besar.
An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudian pada tahun 649 H ia
memulairihlah thalabul ilmi-nya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang
diadakan oleh para ulama kota tersebut. Ia tinggal di madrasah Ar-rawahiyyah di dekat Al-Jami AlUmawiy. Jadilah thalabul ilmi sebagai kesibukannya yang utama. Disebutkan bahwa ia menghadiri
dua belas halaqah dalam sehari. Ia rajin sekali dan menghafal banyak hal. Ia pun mengungguli
teman-temannya yang lain. Ia berkata: Dan aku menulis segala yang berhubungan dengannya,
baik penjelasan kalimat yang sulit maupun pemberian harakat pada kata-kata. Dan Allah telah
memberikan barakah dalam waktuku. [Syadzaratudz Dzahab5/355].
Diantara syaikh beliau: Abul Baqa An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq AlMuradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah. Dan
diantara murid beliau: Ibnul Aththar Asy-Syafiiy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnun Naqib Asy-Syafiiy,
Abul Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu Abdil Hadi.
Pada tahun 651 H ia menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, kemudian ia pergi ke Madinah dan
menetap disana selama satu setengah bulan lalu kembali ke Dimasyq. Pada tahun 665 H ia
mengajar di Darul Hadits Al-Asyrafiyyah (Dimasyq) dan menolak untuk mengambil gaji.
Beliau digelari Muhyiddin (yang menghidupkan agama) dan membenci gelar ini
karenatawadhu beliau. Disamping itu, agama islam adalah agama yang hidup dan kokoh, tidak
memerlukan orang yang menghidupkannya sehingga menjadi hujjah atas orang-orang yang
meremehkannya atau meninggalkannya. Diriwayatkan bahwa beliau berkata: Aku tidak akan
memaafkan orang yang menggelariku Muhyiddin.
Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara dan bertaqwa. Beliau sederhana, qanaahdan
berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam
untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar maruf nahi munkar, termasuk kepada
para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam. Beliau menulis surat berisi nasehat
untuk pemerintah dengan bahasa yang halus sekali. Suatu ketika beliau dipanggil oleh raja AzhZhahir Bebris untuk menandatangani sebuah fatwa. Datanglah beliau yang bertubuh kurus dan
berpakaian sangat sederhana. Raja pun meremehkannya dan berkata: Tandatanganilah fatwa
ini!! Beliau membacanya dan menolak untuk membubuhkan tanda tangan. Raja marah dan
berkata: Kenapa !? Beliau menjawab: Karena berisi kedhaliman yang nyata. Raja semakin
marah dan berkata: Pecat ia dari semua jabatannya! Para pembantu raja berkata: Ia tidak
punya jabatan sama sekali. Raja ingin membunuhnya tapi Allah menghalanginya. Raja ditanya:
Kenapa tidak engkau bunuh dia padahal sudah bersikap demikian kepada Tuan? Raj apun
menjawab: Demi Allah, aku sangat segan padanya.
Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat
puluh kitab, diantaranya:
1. Dalam bidang hadits: Arbain, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), AtTaqrib wat Taysir fi Marifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.
2. Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu.
3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma wal Lughat.
4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.
Kitab-kitab ini dikenal secara luas termasuk oleh orang awam dan memberikan manfaat yang
besar sekali untuk umat. Ini semua tidak lain karena taufik dari Allah Taala, kemudian keikhlasan
dan kesungguhan beliau dalam berjuang.

Secara umum beliau termasuk salafi dan berpegang teguh pada manhaj ahlul hadits, tidak
terjerumus dalam filsafat dan berusaha meneladani generasi awal umat dan menulis bantahan
untuk ahlul bidah yang menyelisihi mereka. Namun beliau tidak mashum (terlepas dari
kesalahan) dan jatuh dalam kesalahan yang banyak terjadi pada uluma-ulama di zaman beliau
yaitu kesalahan dalam masalah sifat-sifat Allah Subhanah. Beliau kadang men-tawildan kadangkadang tafwidh. Orang yang memperhatikan kitab-kitab beliau akan mendapatkan bahwa beliau
bukanlah muhaqqiq dalam bab ini, tidak seperti dalam cabang ilmu yang lain. Dalam bab ini beliau
banyak mendasarkan pendapat beliau pada nukilan-nukilan dari para ulama tanpa
mengomentarinya.
Adapun memvonis Imam Nawawi sebagai Asyari, itu tidak benar karena beliau banyak menyelisihi
mereka (orang-orang Asyari) dalam masalah-masalah aqidah yang lain sepertiziyadatul
iman dan khalqu afalil ibad. Karya-karya beliau tetap dianjurkan untuk dibaca dan dipelajari,
dengan berhati-hati terhadap kesalahan-kesalahan yang ada. Tidak boleh bersikap seperti kaum
Haddadiyyun yang membakar kitab-kitab karya beliau karena adanya beberapa kesalahan di
dalamnya.
Komite Tetap untuk Riset Ilmiah dan Fatwa kerajaan Saudi ditanya tentang aqidah beliau dan
menjawab: Lahu aghlaath fish shifat (Beliau memiliki beberapa kesalahan dalam bab sifat-sifat
Allah).
Imam Nawawi meninggal pada 24 Rajab 676 H rahimahullah wa ghafara lahu-

Anda mungkin juga menyukai