Anda di halaman 1dari 7

Syeikh Abdul Qadir Bin Tholib Al Mandili (1910-1965)

Mandailing merupakan tempat terbit banyaknya ulama-ulama yang hebat dan handal, diantara
ulama tersebut adalah Syeikh Abdul Qadir binTolib ulama besar yang terkenal di Makkah dan di
semenanjung melayu, Ada di kalangan kita yang tidak mengetahui dari kalangan ulama Mandailing
yang bernama Abdul Qadir banyak, tetapi yang terkenal ada dua orang ulama, seorang yang lebih
terkenal di Makkah dan Indonesia, sementara seorang lagi lebih terkenal di Malaysia.
Yang sangat terkenal di Makkah adalah tuan guru Syeikh Abdul Qadir bin Sobir al-Mandili yang
pernah mengajar di Masjid haram Makkah, beliau adalah guru dari seluruh ulama besar Nusantara,
diantara murid beliau :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Syeikh Musthafa Husein al-Mandili ( pendiri Musthafawiyah tahun 1912 M),


Syeikh Abdul Halim bin Ahmad Khathib al-Mandili,
Syeikh Abdurrahim Perak,
Syeikh al-Habib Abdullah Mufti Syafi`iyyah Perak Ipoh,
Syeikh Muhammad Ali Kuala kangsar,
Syeikh Zainuddin Bila,
Syeikh Zainuddin al-Al-Palembani,
Syeikh Muhammad Ja`far Abdul Wahab,
Syeikh Hasan Maksum Medan Deli,
Syeikh Daud bin Mahmud al-Jawi,
Syeikh Abdul Lathif Mantu`,
Syeikh Utsman Tegal,
Syeikh Muhammad Husein al-Al-Palembani al-Makki,
Syeikh Muhsin al-Musawa al-Palimbani al-Makki,
Syeikh Sleh bin Muhammad Idris al-Kelantani al-Makki
dan yang lain-lainnya.
Sementara Syeikh Abdul Qadir yang sangat terkenal di Malaysia adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib
al-Mandili. Kelahiran dan asal usul beliau Syeikh Saya Buya Ibrahim Zannun al Mandaili berkata :

Syeikh Abdul Qadir bin Tolib dilahirkan di desa Sigalapang di daearah Penyabungan Kabupaten
Mandailing Natal Sumatra Utara Indonesia, sementara Syeikh Abdu Qadir bin Sobir al-Mandili di
lahirkan di Huta Siantar Penyabungan Mandailing Sumatra Utara. Syeikh Abdul Qadir bin Tolib di
lahirkan pada tahun 1329 Hijriyah, masa kanak-kanak dihabiskan di kampung halamannya, ketika itu
beliau layaknya seperti anak-anak mandailing yang sibuk dengan mengaji al-Qur`an dan belajar
agama islam, Mandailing mrupakan basis islam yang kuat dan patuh dengan agama sehingga
mempengaruhi kejiwaan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

Merantau ke Malaysia
Merantau ke Malaysia bukan hanya banyak terdapat pada zaman sekarang ini, bahkan sejak zaman
dahulu penduduk Sumatra sudah banyak yang merantau dan berhijrah ke negeri Malaysia, diantara
salah satu sebab banyaknya penduduk Sumatra yang berhijrah ke Malaysia adalah karena
penduduk Pulau Sumatra berkependudukan melayu, dari kerajaan Langkat sampai kerajaan
Palembang adalah kerajaan melayu dan berbahasa melayu, dahulu orang-orang melayu Sumatra
sangat memiliki hubungan kuat dan erat dengan orang melayu Malaysia sebab itulah perpindahan
dan berhijrah banyak terjadi, bahkan hubungan perkawinan pun banyak terjadi.
Diantara penduduk pulau Sumatra yang banyak juga berhijarah ke negeri Malaysia adalah orangorang Mandailing, sebahagian meraka ada yang ingin mencari penghidupan, sebahagiannya lagi
ingin mencari ilmu agama, keberanian warga Mandailing yang meninggalkan kampung halamannya
untuk mencari ilmu membuahkan hasil yang cukup membanggakan, sehingga Mandaling banyak
melahirkan ulama-ulama besar dan para intelektual yang handal.
Ketika usia Syeikh Abdul Qadir menanjak dewasa beliau berhijrah menuju Malaysia, di Malaysia
beliau belajar agama dari ulama-ulama besar negeri Kedah, beliau begitu giat sekali mencari ilmu,
demikian juga ketekunannya dalam beribadah. Berhijrah ke Makkah Pada tahun 1355 hijriyah Syeikh
Abdul Qadir berangkat menuju Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan manasik haji, setelah
menunaikan haji Fardhu beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarramah agar dapat belajar
dengan ulama-ulama besar yang berada di Makkah, pada masa dulu Makkah masih sebagai pusat
pengajian para ulama- ulama Nusantara, sehingga banyak diantara pemuda-pemuda di Nusantara
yang ingin menghabiskan masa mudanya di Makkah untuk menuntut ilmu, pengajian-pengajian
agama begitu berkembang pada saat itu, halaqah-halaqah pengajian di penuhi oleh para pelajar.
Syeikh Abdul Qadir tidak mau ketinggalan untuk menuntut ilmu juga di Makkah, dengan tekad yang
bulat beliau menghadiri dari berbagai macam pengajian, dari mulai Tauhid, Tasauf, Fiqih, Hadits dan
yang lainnya, tetapi perhatian beliau kepada ilmu tasauf sangat besar sekali, sehingga beliau
berusaha untuk belajar dan menerapkannya didalam kehidupannya sehari-hari.
Pengajian beliau di Makkah Setelah para ulama Makkah melihat kemampuan dan keilmuan Syeikh
Abdul Qadir, maka beliau pun di beri izin untuk mengajar di masjid haram Makkah, beliau berusa

untuk dapat memberikan pemahaman yang mudah kepada par murid-muridnya, hampir disiflin ilmu
beliau ajar di Masjid al-Haram, dari muali Nahu, Sorof, Hadis, Musthalah Hadis, Tafsir, Fiqih Syafi`i
dan lainnya.
Murid-murid beliau tidak pernah sunyi, halaqah beliau senantiasa di penuhi, tidak pernah kurang dari
dua ratus pelajar, beliau mampu menarik perhatian para pelajar dengan keilmuan danke ahliannya,
para pelajar sangat senang sekali dengan cara mengajar beliau, sehingga mudah untuk di fahami,
beliau salah satu ulama Nusantara yang tidak lahir di Makkah tetapi mengajar di Masjid al-Haram
Makkah.
WafaTuanya Syeikh Abdul Qadir Pada tanggal 20 Rabi`ul Awwal tahun 1385 hijriyah Syeikh Abdul
Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya terakhir untuk bertemu dengan Allah s.w.t., setelah
mengalami penyakit yang beliau derita, masyarakat Makkah sangat berduka cita dengan kewafatan
beliau, para pelajar sangat kehilangan ulama panutan mereka, isak tangis menyelubungi kewafatan
seorang ulama yang alim, banyaknya para pelayat dan pensolat menunjukkan betapa besarnya
kecintaan mereka kepada Syeikh Abdul Qadir a-Manidili, beliau di kuburkan di perkuburan Ma`la
Makkah Mukarramah.

Guru di Masjidil Haram


Bukan sedikit tokoh-tokoh ulama yang berketurunan Mandailing berhijrah ke Tanah Melayu. Antara
tokoh terawal yang datang ke Tanah Melayu ialah Syeikh Junid Thala. Tokoh besar ini lahir pada
tahun 1314 Hijriyyah bersamaan dengan 1897 Masehi. Beliau merupakan pendiri Madrasah adDiniyah di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Madrasah ini pernah menjadi pusat gerakan
menentang penjajah satu masa dahulu. Tokoh selanjuTuanya ialah Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul
Mutollib Al-Indonesi Al-Mandili. Beliau pernah menimba ilmu di Kedah dan kemudiannya menjadi
tenaga pengajar di Masjidil Haram. Walaupun menjadi guru di Masjidil Haram, hubungan beliau
dengan alim-ulama dan para penuntut ilmu di Alam Melayu sangat akrab. Beliau sangat mengambil
berat tentang perkembangan semasa sama dari segi agama mahupun politik di Alam Melayu.
Nama penuh ulama ini ialah Abdul Qadir bin Abdul Mutollib bin Hassan. Beliau dilahirkan pada
tahun 1910 Masehi di Sigalangang, Tapanuli Selatan sebuah wilayah yang terletak di bahagian
Sumatera Utara dalam Pulau Sumatera. Latar belakang keluarganya adalah dalam bidang asas tani.
Syeikh Abdul Qadir mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada tahun 1917 dan lulus
Darjah Lima pada tahun 1923. Setahun selepas itu beliau berhijrah ke Kedah untuk mendalami ilmu
agama. Di peringkat awal, beliau menimba ilmu kepada Tuan Guru Haji Bakar Tobiar di Pondok
Penyarum, Pendang. Selepas itu beliau berpindah ke Pondok Air Hitam untuk menimba ilmu kepada
tokoh ulama di situ iaitu Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada tahun 1926, Syeikh Abdul
Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang pada waktu itu
dipimpin oleh Syeikh Wan Ibrahim Abdul Qadir yang lebih terkenal dengan panggilan Pak Chu Him)

oleh masyarakat setempat. Beliau menadah kitab kepada Pak Chu Him selama 10 tahun. Beliau
sangat tekun belajar dan amat ringan tulang.
Pada musim cuti, beliau akan bekerja mengambil upah memukul padi kerana pondok itu terletak di
dalam kawasan padi. Diriwayatkan bahawa telah menjadi amalan beliau untuk menghafaz sambil
memukul padi. Tidak hairanlah beliau menjadi anak murid kesayangan Pak Chu Him SelanjuTuanya
beliau menjadi guru pondok membantu Pak Chu Him mengajar di situ tetapi dalam tempoh yang
tidak lama. Ini adalah kerana beliau mengambil keputusan untuk berangkat ke Makkah untuk
menimba ilmu kepada kakanda Pak Chu Him iaitu Syeikh Wan Ismail Abdul Qadir atau lebih dikenali
sebagai Pak Da Ail. Pak Da Ail pada ketika itu merupakan tokoh ulama besar di Makkah. Pada
tahun 1936, beliau bertolak ke Makkah dan setibanya di sana, beliau bukan saja berguru dengan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Pak Da Ail tetapi juga tokoh-tokoh ulama lain seperti


Syeikh Al-Maliki,
Syeikh Hassan Al-Masyat,
Syeikh Muhammad Al-Arabi,
Syeikh Sayyid Al-Alawi,
Syeikh Muhammad Ahyad,
Syeikh Hasan Yamani,
Syeikh Muhammad Nur Saif,
Syeikh Umar Hamdan Mahrusi,
Syeikh Yasin Isa Al-Fadani dan
Syeikh Abdullah Lahji.
Dengan mendampingi ulama-ulama besar ini, beliau telah mendalami ilmu khususnya dalam
bidang Tauhid, Tasawwuf, Fiqh dan Hadits. Ketika berada di Makkah beliau tambah tekun belajar.
Diriwayatkan masanya banyak dihabiskan di Masjidil Haram dengan mengaji, menghafaz,
mengerjakan tawaf dan minum air zam-zam Saking alimnya beliau yang menguasai pelbagai bidang
ilmu maka beliau kemudiannya diterima menjadi guru di Masjidil Haram. Bukan calang-calang orang
menjadi guru agama di Masjidil Haram kerana Masjidil Haram menjadi tempat perhimpunan alimulama untuk menimba ilmu. Syeikh Abdul Qadir telah mendapat pengiktirafan tokoh-tokoh ulama di
Makkah sehingga beliau diberi izin untuk mengajar di kota suci itu. Disebabkan itulah beliau telah
digelar oleh seorang tokoh ulama Kedah iaitu Tuan Guru Haji Husein Che Dol[1] sebagai "al-Alim alFadhil wa al-Abdi al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutollib Al-Mandili al-Indonesi" yang
menggambarkan tingginya tahap keilmuan beliau.
Halaqah pengajiannya sentiasa mendapat tempat di hati para penuntut ilmu khususnya penuntut
yang datang dari Alam Melayu. Halaqah beliau dikatakan sentiasa penuh, tidak pernah kurang dari
200 orang pelajar. Beliau mengajar pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu Nahu, Sorof, Hadith,
Musthalah Hadith, Tafsir, Fiqh Syafi`i dan sebagainya. Ketika menjadi guru di Masjidil Haram, Syeikh
Abdul Qadir pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape
Town, Afrika Selatan.

Presiden Sukarno dikatakan pernah menawarkan kepada beliau jawatan Mufti Indonesia manakala
Al-Malik Saud, Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadhi Al-Qudat dengan gaji yang
besar tetapi beliau menolaknya kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajarannya di
Masjidil Haram. Ini bersesuaianlah dengan gelaran yang beliau sendiri pakai iaitu "Khuwaidam
Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)".
Syeikh Abdul Qadir tidak ketinggalan menghasilkan karya dimana ada di antara kitab-kitab yang
ditulisnya itu masih lagi digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid. Tulisan beliau
meliputi pelbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik, pendidikan dan perundangan.

Diriwayatkan sewaktu berada di Makkah, beliau telah menghasilkan 24 buah kitab dalam bahasa
Melayu dan Arab. Antara hasil penulisannya ialah seperti :

Risalah Pokok Qadyani; Risalah ini mendedahkan kesesatan dan bahaya ajaran Mirza
Ghulam Ahmad Qadyani.
Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asyari; Kitab ini ditulis pada tahun
1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab; Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik
pemikiran Kaum Muda.
Pendirian Agama Islam; Kitab ini ditulis pada tahun 1956 dan membicarakan tentang
masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta
percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam.
Senjata Tok Haji dan Tok Lebai; Kitab ini ditulis pada tahun 1949
Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai
Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati; Kitab ini ditulis pada tahun 1950
Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim; Kitab ini
ditulis pada tahun 1952
Bekal Orang Yang Menunaikan Haji;Kitab ini ditulis pada tahun 1953

Penawar bagi Hati; Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah
Publishers
Perisai bagi Sekalian Mukallaf ;Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah
Publishers dan Jahabersa.
Buku-buku yang ditulisnya dalam bidang politik dan perundangan antaranya ialah seperti :

Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961),


Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962) dan Islam: Agama dan Kedaulatan (1959).
Syeikh Abdul Qadir sangat gigih mengajar tidak kira walaupun dalam keadaan sakit. Tidak langsung
tampak kesakitan yang dideritainya sebaik saja beliau mula mengajar. Apabila ditanya oleh anak
muridnya apakah beliau sudah sembuh, beliau menjawab, "kalau menangis pun bukan nak lega".
Begitulah hebaTuanya tokoh ulama yang berasal dari Alam Melayu ini yang sangat gigih berdakwah
dan menabur ilmu kepada umat Islam tanpa mengira penat dan lelah. Pada tahun 1385 Hijriyyah
(1965 Masehi), Syeikh Abdul Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah
mengalami penyakit uzur di kakinya. Jenazahnya telah dimakamkan di perkuburan Ma`la Makkah
Mukarramah.

Kitab: Pertunjuk Bagi Umat


Maklumat ringkas kitab

Judul kitab: Irsyadul Pertunjuk Bagi Umat Pada Menerangkan Dalil-dalil Bagi Sembahyang Sunat
Qabliyah Bagi Jumat
Kategori: Fiqih

Penterjemah: al-Alim al-Allamah Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indonisi al-Mandili
Jumlah halaman: 19 halaman
Tarikh
selesai
diterjemah:
17
Dhulhijjah
1376H
Kitab ini diterjemahkan dari bahasa arab ke bahasa melayu oleh al-Alim al-Allamah Syaikh Abdul
Qadir bin Abdul Mutalib al-Indonisi al-Mandili. Kitab arabnya bertajuk Sunniyah al-Jumuah alQabliyah karangan oleh al-Imam al-Hafidz al-Faqih al-Muhaqqiq Sirajuddin Umar ibn Ali al-Andalusi
atau dikenali dengan nama Ibn Mulaqqin (723H 804H). Kitab ini selesai diterjemah oleh Syaikh
'Abdul Qadir al-Mandili di Masjid Khif, di Mina pada waktu dhuha, hari Khamis, tanggal 13 Dhulhijjah
1376.
Isi kandung kitab ini adalah mengenai dalil-dalil disunatkan sholat sunat qabliyah Jumah.
Sebagaimana yang kita ketahui, golongan yang berfahaman Wahabi telah membidahkan [dengan
bidah dholalal] sholat sunat tersebut. Maka kitab kecil ini menerangkan dalil yang jelas mengenai
sunat qabliyah.
Sekian, pengenalan ringkas mengenai kitab Pertunjuk Bagi Umat Pada Menerangkan Dalil-dalil Bagi
Sembahyang Sunat Qabliyah Bagi Jumat.

Anda mungkin juga menyukai