Anda di halaman 1dari 3

Biografi Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll

i) Tempat kelahiran : Senari, Kuching, Sarawak


ii) Latar belakang pendidikan :
* SK Kampung Senari
* SMK Agama Matang 2
* Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan
Ijazah Sarjana dalam bidang Tafsir dan Hadith
* Sekrang, menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Universiti
Malaya juga dalam bidang Tafsir dan Hadith.
iii) Jawatan :
* Pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan, Pusat Asasi Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Kampus Petaling Jaya.
* Pembimbing Majlis Taalim An-Nur
* Kolumnis Majalah Q&A
* Penceramah di rancangan Maulid @ IKIM
iv) Antara buku karangan beliau :
* Keajaiban Firasat (63 Kisah Pengubat Jiwa)
* Solat Nabi menurut Mazhab Syafie
* Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari AlMakki
* Khilafiah Persoalan & Penjelasan
* 6 Perkara asas memahami khilafiyyah
* Ingin Kubalas Cintamu Wahai Rasulullah
* Kenal untuk cinta

Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat ijazah Sarjana
Muda (Al-Quran & Hadith) dan Sarjana (Tafsir al-Quran) dari UIA. Sedang melanjutkan
pengajian peringkat Phd dalam bidang Tafsir Al-Quran. Sekarang bertugas sebagai
pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIAM. Pengasas dan
Pemimpin Majlis Talim An-Nur (MTAN) UIAM. Kolumnis untuk Majalah Q&A (Galeri
Ilmu Sdn. Bhd.), Majalah Tasawuf Islami (Shahah Al-Jafariyyah), Majalah Academia
(UIAM) dan Majalah Muslimah (Pustaka Syeikh Nuruddin Sdn. Bhd.). Beliau juga adalah
pentazkirah tetap untuk segmen Maulid@IKIM.fm yang disiarkan secara lansung pada hari
Khamis, 10 malam setiap minggu. Pernah dijemput untuk mengisi slot di TV Al-Hijrah untuk
rancangan Assalamualaikum dan Isu Aqidah.

Biografi Ust Muhd Hazri Hashim Al-Bindany

- Dilahirkan di Pendang, Kedah, mendapat pendidikan agama di Sekolah Menengan Agam


Taufikiah al-Khairiah al-Halimah (Pondok Pak Ya Junait, Kedah) pada 1990 - 1993,
seterusnya melanjutkan pelajaran di SMKA al-Mashoor (L) Pulau Pinang pada 1994 - 1995,
seterusnya melanjutkan pelajaran di SMKA al-Mashoor (L) Pulau Pinang pada 1994 - 1995,
menceburi bidang tahfidz al-Quran pada 1996 - 1998 di Maahad Tahfiz dan Qiraat Pulau
Pinang (Diploma Tahfidz Darul Quran JAKIM). Melanjutkan pelajaran ke Mesir di Maahad
Qiraat al-Azhar pada 1999 - 2001 (BA Hons)

Aktif mengikuti jilsah bersama para Ulama Habaib di Sahah Yamaniah, sehingga kini masih
mengikuti daurah dan tausiah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.
Merupakan penceramah bertauliah dan aktif menyampaikan kuliah dan ceramah di sekitar
Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau merupakan pembimbing
Darul Muhajirin Littafaquh Fiddin, Penggerak Pengajian kitab-kitab turath di Hulu Selangor.

Anda mungkin juga menyukai