Anda di halaman 1dari 33

MPU 3362

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

Tajuk Tugasan:
AL-ASHA’IRAH

Disediakan untuk:
PUAN AEMY ELYANI BINTI MAT ZAIN

Disediakan oleh:

NO MATRIK NAMA PELAJAR

19BE02137 NOR FAZLINDA BT ABD HAKIM

19BE02139 NUR NASHRAH BINTI YAAKOB

19BE02145 ZAWIN ULFAH BINTI MOHAMAD MUSTAJAB

19BE02153 SITI NURHAZWANI BINTI MOHAMAD JONID

19BE02162 NUR A’FIFAH ATHIRAH BINTI AMRAN

19BE02169 NURUL NABIHAH BINTI ABD GHANI

19BE02170 NURSYAHIRAH FARHANI BINTI MOHD ZAMRI

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN MULTIMEDIA


(KEPUJIAN)
BE02 4B
FAKULTI PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka
surat
1. Pengenalan Aliran Al-Asha’irah 2-3

2. Latar Belakang Imam Al-Asha’ri 3-5

3. Karya-Karya Al-Asha’ri 5-7

4. Sejarah Kemunculan Aliran Al-Asha’irah 7-9

5. Fahaman Aliran Al-Asha’irah 9-11

6. Ciri-Ciri Fahaman Aliran Al-Asha’irah 11-12

6.1 Ciri-ciri Umum Yang Menyentuh Isi Akidah 12-18


6.2 Ciri-ciri Umum Yang Tidak Menyentuh Isi Akidah 19-21
7. Peringkat Pemikiran Al-Asha’irah 21-25

8. Tokoh-Tokoh Utama Aliran Al-Asha’irah 25-29

9. Penutup 29-30

10. Rujukan 30-32

1
1. PENGENALAN ALIRAN AL-ASHA’IRAH

Aliran Asha’irah adalah satu aliran ataupun mazhab yang dinisbahkan kepada
imamnya iaitu Abu al-Hasan al-Ash’ari. Aliran ini adalah salah satu madrasah Ahli Sunnah
wal-Jamaah yang dimasyhurkan oleh Abu al-Hasan al-Ash’ari. Antara ulama-ulama Islam
dari berbagai disiplin ilmu yang bermazhab dengan mazhab akidah al-Ash’ari ini adalah
ialah Imam al-Baihaqi, al-Nawawi, al-Ghazali, ‘Izz al-Din Abd al-Salam, al-Suyuti, Ibnu
Asakir, Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Qurtubi, al-Subki, dan ramai lagi1 (al-Subki 1918: 368).
Mazhab al-Ash’ari tidak membawa satu mazhab yang baru dalam aliran Ahli
Sunnah wal-Jamaah bahkan ia adalah lanjutan daripada mazhab ulama’ Salaf dan ulama’
hadis di zamannya yang dipelopori oleh Imam Abu al-Hanifah, al-Shafi’i, Ibnu Kullab dan
lain-lain. Ini dibuktikan melalui dua ungkapan penting yang dinyatakan oleh Al-Ash’ari
setelah pengisytiharan beliau keluar dari mazhab Muktazilah. Ungkapan pertama beliau
yang disebut dalam kitab al-Ibanah2 (al-Ash’ari 1977: 20):

Manhaj dan dasar agama yang kita berpegang dengannya ialah Kitab Allah
SWT (al-Qur’an) dan as-Sunnah Nabi kita Muhammad SAW, dan apa yang
diriwayatkan oleh para sahabat, tabi’in, dan imam-imam hadis. Kita
berpegang dengan semuanya ini, dan kita juga berpegang dengan apa yang
dikatakan oleh Abdullah Ahmad bin Hanbal, dan sesiapa yang menentang
atau menyalahi pendapatnya, maka dia menyalahi dasar-dasar di atas.

Ungkapan beliau yang kedua adalah seperti yang dijelaskan dalam kitabnya Istihsan al-
khaud fi i’lm al-kalam (al-Asha’ri 1344H:3)3 adalah:

Sesungguhnya ada segolongan manusia menjadikan kejahilan sebagai modal


mereka. Berfikir dan mengkaji mengenai agama merupakan sesuatu yang
membebankan bagi mereka. Sebaliknya, mereka lebih cenderung ke arah

1
al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi. 1918. Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra. Juz 3. Al-
Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.
2
al-Ash’ari, Abi al-Hasan ‘Ali bin Isma’il. 1977. Al-Ibanah ‘an usul al-Diyanah. Pnyt. Fawqiyah Husin Mahmud.
(Tahqiq). Egypt: Dar al-Ansar.
3
al-Ash’ari, Abi al-Hassan ‘Ali bin Isma’il. 1344H. Istihsan al-Khaud fi I’lm al-Kalam. India: Matba’ah Majlis
Dairah al-Maarif al-Nizamiyyah.

2
mengambil mudah, bertaqlid dan mencerca golongan yang mengkaji
mengenai prinsip-prinsip agama, mereka menuduh golongan ini sesat.
Mereka juga mendakwa perbincangan mengenai gerak (al-harakah), diam
(al-sukun), jisim, a’rad, warna, ciptaan (al-akwan), juzuk, al-Tafrah, dan
sifat-sifat Allah adalah sesuatu yang bid’ah dan sesat.

Ungkapan pertama menunjukkan bahawa salaf adalah golongan yang terbaik, suci
dan bersih daripada bentuk-bentuk penyelewengan dan penipuan. Para ulama’ salaf adalah
sebaik-baik ikutan dalam memahami al-Qur’an dan hadis, Al-Asha’ri secara jelas
menegaskan bahawa Ahmad bin Hanbal adalah dari kalangan orang yang benar. Beliau
juga bersungguh-sungguh dalam usaha menegakkan mazhab salaf.
Dalam ungkapan kedua pula beliau menegaskan bahawa kepentingan akal adalah
sesuatu yang tidak boleh diabaikan, malah beliau menentang golongan yang tidak mahu
menggunakan akal dan bertaklid buta sahaja, tetapi beliau juga menentang golongan yang
mendahulukan akal dari nas al-Qur’an dan hadis. Beliau mengajak manusia Kembali
menghayati ajaran salaf dalam masa yang sama menggunakan akal untuk menguatkan
hujah nas al-Qur’an dan as-Sunnah serta menentang segala bentuk yang batil dalam
penggunaan akal tersebut. Dari perbahasan ini jelas bahawa al-Asha’ri masih berpegang
teguh pada nas al-Qur’an dan al-Hadis tetapi tidak menentang akal secara menyeluruh
bahkan menguatkan keyakinan manusia dengan penggunaan akal. Sikap al-Asha’ri adalah
mengambil jalan tengah di antara dua yang melampau sehingga sikap ini menjadi manhaj
utama mazhabnya. Ungkapan Abu al-Hasan al-Ash’ari yang pertama menjelaskan iltizam
beliau dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, sementara ungkapan beliau yang kedua adalah
menggambarkan beliau menerima kewibawaan akal dalam mengisbatkan kebenaran apa
yang dibawa oleh nas-nas al-Qur’an.

2. LATAR BELAKANG IMAM AL-ASHA’RI

Nama sebenar beliau adalah Ali bin Ismail bin Bishr bin Salim bin Isma’il bin
Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abi Burda bin Abi Musa al-Asha’ri4 (Richard J. McCarthy

4
Richard J. McCarthy. 1953. The Theology of al-Asha’ri. Bayrut: Impremerie Catholic.

3
1953:139). Beliau digelar sebagai Abu Hasan al-Asha’ri sebagai nisbah kepada datuknya
iaitu Abu Musa al-Asha’ri5 (Ibnu Asakir 1347H: 146).
Menurut jumhur ulama’, al-Asha’ri dilahirkan pada tahun 260 Hijrah. Beliau
dilahirkan di Basrah tetapi menetap di Baghdad dan meninggal dunia di sana. Para ulama’
berselisih pendapat pandangan mengenai tarikh beliau meninggal dunia. Menurut Ibnu
Kathir, beliau meninggal dunia sekitar tahun 330 Hijrah6 (Ibnu Kathir 1966: 187). Begitu
juga Ibnu Ishaq yang bersetuju bahawa beliau meninggal dunia sekitar tahun 330 Hijrah.
Menurut al-Asadi, beliau meninggal dunia pada tahun 320 Hijrah. Menurut Ibnu Furak,
Ibnu Hazm dan Ibnu al-I’mad al Hanbali pula, beliau meninggal dunia pada tahun 324
Hijrah bersamaan dengan tahun 936 M. Menurut al-Subki, Riwayat al-Baqilani
mengatakan bahawa al-Asha’ri meninggal dunia pada tahun antara 320 Hijrah hingga 330
Hijrah. Namun pandangan yang paling kuat adalah beliau meninggal dunia pada tahun 324
Hijrah. Pandangan ini disahihkan oleh riwayat Ibnu Asakir dan Ibnu Furak.
Al-Asha’ri berasal dari keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan
Rasulullah SAW iaitu moyangnya Abu Musa al-Asha’ri, seorang sahabat Rasulullah SAW.
Bapa kepada al-Asha’ri adalah seorang yang beraliran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Beliau
telah mewasiatkan kepada Yahya al-Saji iaitu salah seorang daripada tokoh Ahli Sunnah
wal-Jamaah untuk menjaga dan mendidik Abu al-Hasan al-Asha’ri dan sebelum meninggal
dunia beliau mewasiatkan pada anaknya supaya berpegang teguh pada aliran ini (Ahli
Sunnah wal-Jamaah).
Sewaktu al-Asha’ri masih kecil, beliau dididik dengan ajaran Ahli Sunnah wal-
Jamaah kerana beliau belajar dengan tokoh-tokoh terkemuka Ahli Sunnah wal-Jamaah
dalam berbagai bidang ilmu seperti al-Qur’an, hadis dan akidah. Namun apabila ibu beliau
berkahwin dengan bapa tiri beliau Abu Ali al-Jubba’i, seorang tokoh yang berfahaman
Muktazilah pada ketika itu, beliau telah didedahkan dengan Muktazilah. Semasa perjalanan
hidup beliau besama al-Jubba’i inilah beliau telah menguasai bidang-bidang ilmu Kalam
seperti Mantiq, ilmu Akal dan lain-lain sehingga menjadi pakar dalam bidang ilmu Kalam
serta menjadi salah seorang tokoh Muktazilah, namun kemudiannya bertukar menjadi
penentang terkuatnya pula7 (Mudasir Rosder 1993: 152).

5
Ibnu Asakir, Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hasan bin Hibat Allah al-Dimasyqi. 1347H. Tabyin Kazb al-Muftari fima
Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Ash’ari. Damsyiq: Matba’ah al-Tawfiq.
6
Ibnu Kathir, Abu al-Fida’. 1966. Al-Bidayah wa al-Nihayah. 14 Juz. Bayrut: Maktabah Dar al-Ma’arif.
7
Mudasir Rosder. 1993. Uluhiyyah dalam Aliran Aschacirah dan Kesannya dalam Pengajian Akidah di Johor.
Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Usuluddin, Universiti Malaya.

4
Al-Asha’ri merupakan seorang tokoh Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sangat
tawadu’ dan terkemuka. Antara as-Sunnah yang sentiasa dilakukan sehingga akhir hayat
beliau ialah mendermakan 17 dirham setiap tahun dan satu dirham setiap bulan secara
istiqamah8 (al-Subki 1918: 351). Beliau juga sentiasa bersolat subuh dengan wudhu’ solat
Isya’. Ramai umat Islam menganggap bahawa beliau bermazhab Maliki, tetapi sebenarnya
pandangan itu kurang tepat sebagaimana disebut oleh Ibnu Furak dalam kitab Tabaqat
Mutakallimin dan al-Isfarayni dalam kitab Sharh al-Risalah. Bahkan, jelas bahawa beliau
sebenarnya bermazhab Shafi’i9 (al-Zabidi 1999: 4). Ketokohan beliau juga menonjol dalam
pemikiran akidah Islam sehingga aliran Ahli Sunnah wal-Jamaah tidak mampu digugat oleh
golongan yang menyeleweng seperti Muktazilah. Malah, keistimewaan al-Asha’ri ialah
kemampuan beliau merumuskan manhaj akidah Islam dan membezakan antara aliran Ahli
Sunnah wal-Jamaah dan aliran Muktazilah.
Hakikat yang jelas, ketokohan dan kehebatan al-Asha’ri adalah hasil penghijrahan
daripada akidah Muktazilah kepada Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga beliau mampu
mematahkan semua serangan Muktazilah dan menamatkan pengaruh Muktazilah sehingga
ke hari ini. Pendekatan al-Asha’ri dalam memahami akidah Islam bersifat pertengahan,
tidak terlalu ke kanan dan tidak terlalu ke kiri. Pendekatan ini sangat berkesan sehingga
diterima oleh sebilangan besar umat Islam di zamannya hinggalah ke hari ini manakala
golongan ulama’ yang meneruskan pendekatan beliau ini digelar sebagai al-Asha’irah.

3. KARYA-KARYA AL-ASHA’RI

Salah satu tanda kehebatan al-Asha’ri antara lainnya ialah hasil karya yang ditinggalkan
kepada umat Islam dan digunakan sehingga ke hari ini. Menurut Ibnu Hazm, al-Asha’ri
telah menghasilkan sebanyak 55 buah karya tulisan beliau sendiri. Antara karyanya yang
masyhur adalah seperti berikut:

8
al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi. 1918. Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra. Juz 3. Al-
Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.
9
al-Zabidi, al-Sayyid Muhammad bin Muhammad al-Husaini. 1989. It’haf al-Sadat al-Muttaqin. Juz. 2. Beirut:
Dar al-Kitab al-‘Ilmiyyah.

5
3.1 Al- U’mad fi al-Ru’yah
Kitab ini menjalaskan mengenai dalil-dalil mengharuskan manusia melihat Allah
SWT di akhirat nanti, serta bantahannya kepada aliran Muktazilah yang
mengingkarinya.

3.2 Risalah Istihsan al-Khawdh fi I’lm al-Kalam


Kitab ini merupakan kritikan dan bantahan terhadap sebahagian golongan
Hanabilah yang berpendapat bahawa kajian ilmu kalam tentang harakah (gerakan),
sukun (diam), jisim, jauhar, warna, alam, a’rad, juzu’, tafrah dan sifat-sufat Allah
SWT adalah sesuatu yang baru dan sesat, keranan belum pernah dibahaskan oleh
Nabi SAW dan sahabat. Dalam kitab yang tebalnya hanya 14 halaman ini al-Asha’ri
memberikan hujah yang sangat kuat berdasarkan dalil-dalil yang menjadi dasar
kajian dan metodologi ilmu kalam dalam menetapkan akidah Ahli Sunnah wal-
Jamaah.

3.3 Al-Luma’fi al-Radd A’la al-Zaygh wa al-Bida’


Beberapa ulama’ berpandangan bahawa kitab ini adalah kitab terakhir yang ditulis
oleh al-Asha’ri berdasarkan kandungannya yang memperlihatkan kehebatan dan
kematangannya dalam bidang teologi dan pengukuhan mazhab akidahnya. Kitab ini
pertama kali diterbitkan oleh B.J. Mc.Carthy di Bairut pada 1953 dengan
terjemahan Bahasa Inggerisnya. Kemudian diterbikan lagi dengan ditahqiq oleh
Hammudah Gharrabah pada tahun 1955 di Kaherah.

3.4 Maqalat al-Islamiyyah wa Ikhtilaf al-Musallin


Kitab ini membuktikan kepakaran al-Asha’ri dalam bidang sejarah, aliran-aliran
dalam Islam serta pandangan-pandangannya. Kitab ini pertama kali diterbitkan di
Istanbul, Turki pada tahun 1929 dan disunting oleh Hellmmut Ritter, seorang
orientalis Jerman. Kemudian diterbitkan lagi di Misr tahun 1950 yang disunting
oleh Muhyiddin Abd al-Hamid10 (Al-Asha’ri 1950: 39).

Al-Ash’ari, Abi al-Hassan ‘Ali bin Ismai’l. 1950. Maqalat al-Islamiyyin wa al-Ikhtilaf al-Musallin. Pnyt.
10

Muhammad Muhyiddin Abd al-Hamid. Al-Qahirah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah.

6
3.5 Tafsir al-Qur’an, wa al-Radd ala Man Khalafa al-Bayan min Ahl al-Ifk wa al-
Buhtan
Al-Asha’ri menulis kitab ini sebagai kritikan terhadap Tafsir al-Qur’an yang ditulis
oleh tokoh-tokoh Muktazilah seperti Al-Balkhi, Abu A’lial-Jubba’i dan lain-lain.

3.6 Risalah al-Iman


Risalah kecil ini diterbitkan di Leipzig, Jerman pada tahun 1876 beserta
terjemahannya oleh Spitta dengan judul Abu al-Hasan Al-Ash’ari.
3.7 Risalah Ahl al-Thaghar
Risalah ini ditulis sebagai jawapan kepada pelbagai persoalan yang diajukan oleh
kaum Muslimin di negeri Kaukasia. Risalah ini diterbitkan di Istanbul, Turki pada
tahun 1928.

3.8 Al-Ibanah’an Usul al-Diyanah


Kitab ini ditulis oleh Abu Hasan al-Asha’ri sebagai bantahan terhadap Muktazilah
dan telah diterbitkan oleh berbagai penerbit antaranya penerbitan yang wujud di
Arab Saudi dengan kata pengantar daripada Abd al-Aziz bin Baz, serta penerbitan
yang lain di Bairut dan satu lagi di Kaherah yang disunting oleh Fauqiyah Husayn
Mahmud.

4. SEJARAH KEMUNCULAN ALIRAN AL-ASHA’IRAH

Fenomena kemunculan dan perkembangan ideologi Asha’irah turut dibantu


dengan kemunculan ideologi Maturidiyyah yakni suatu gelombang ideologi yang
mempertahankan metodologi klasik dengan hujah akal, fiqh dan ahli hadis. Aliran
Asha’irah dan Maturidiyyah bukanlah satu aliran yang membawa akidah baru dan jauh
berbeza dengan ajaran Islam. Sebenarnya, dua aliran ini adalah satu pegangan yang
berusaha untuk menguatkan lagi dan meneguhkan akidah Islam yang sahih sebagaimana
yang dibawakan oleh al-Quran dan hadis.

Aliran Asha’irah ini diketuai oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari bermula pada
akhir kurun ketiga Hijrah. Pada ketika itu, pegangan Muktazilah sedang berkemuncak

7
menguasai daripada aspek akidah, politik dan penentangan mereka terhadap ahli feqah dan
ahli hadis. Beberapa orang khalifah pada waktu itu memaksa supaya orang Islam
menerima ajaran dan pegangan Muktazilah. Tindakan ini menyebabkan timbulnya rasa
benci dalam kalangan umat Islam yang tidak bersetuju dengan Muktazilah. Hal ini telah
mengakibatkan masyarakat Islam berpecah sehingga melahirkan puak-puak kecil yang
cuba menentang Muktazilah.

Imam al-Ash’ari yang sebelum ini berguru dan mempelajari selok-belok aliran
Muktazilah, telah membuat keputusan untuk keluar daripada aliran tersebut. Beliau
kemudiannya kembali berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah
sehinggalah aliran Asha’irah menjadi golongan majoriti dalam mempertahankan akidah
Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Menurut Ahmad
Mahmud Subhi, terdapat dua faktor dan peristiwa yang telah menyebabkan beliau keluar
daripada pegangan Muktazilah.

Faktor yang pertama adalah disebabkan kerana berlakunya perselisihan pendapat


dengan gurunya sendiri ketika berpegang dengan ajaran Muktazilah yakni Abu Ali al-
Jubba’i mengenai kekuasaan Allah SWT berdasarkan konsep al-salah wa al-salah. Ketika
berlakunya perdebatan tersebut, gurunya itu sendiri tidak mampu untuk mempertahankan
akidah Muktazilah dengan pertanyaan-pertanyaan Imam al-Ash’ari. Perkara ini telah
menimbulkan rasa keraguan di dalam fikirannya tentang fahaman Muktazilah yang sering
mendahulukan akal berbanding al-Quran dan al-Sunnah.

Seterusnya, faktor kedua adalah kerana ketika di bulan Ramadhan, Imam al-
Ash’ari ada bermimpi bahawa beliau bertemu dengan Rasulullah SAW. Di dalam mimpi
itu, baginda Nabi Muhammad SAW meminta Imam al-Ash’ari untuk sentiasa membela al-
Quran dan al-Sunnah daripada dipermainkan oleh ajaran bid’ah terutamanya golongan
Muktazilah. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan
Muktazilah.

Setelah meninggalkan pegangan Muktazilah, Imam al-Asha’irah menggiatkan diri


dalam aktiviti penyampaian dakwah akidah Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah yang sebenar.
Beliau sering mengajar di masjid-masjid dan menghadiri majlis-majlis perdebatan
termasuklah majlis yang dianjurkan oleh golongan Muktazilah untuk berdebat dengan
mereka. Perkara ini telah menimbulkan persoalan oleh orang ramai tentang tujuannya yang
masih bergaul dengan ahli-ahli bid’ah iaitu Muktazilah. Imam al-Ash’ari menjawab

8
bahawa kebanyakan tokoh Muktazilah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, maka
mustahil bagi mereka datang kepada beliau untuk berbincang. Jika beliau tidak pergi
kepada mereka, ini bermakna mereka tidak akan mengetahui tentang kebenaran Ahli
Sunnah wal-Jamaah.

5. FAHAMAN ALIRAN AL-ASHA’IRAH

Seperti aliran-aliran yang lain, aliran Asha’irah ini juga mempunyai pegangan dan
fahaman mereka yang tersendiri. Fahaman ini diguna pakai dan dijadikan pedoman dalam
kehidupan pengikut aliran Asha’irah. Secara umumnya, dapat dilihat bahawa fahaman
Asha’irah jauh berbeza dengan fahaman yang dibawa oleh Muktazilah. Antara fahaman-
fahaman Asha’irah adalah:

5.1 Tentang Sifat Tuhan


Di dalam fahaman Asha’irah, mereka mengakui bahawa Tuhan itu mempunyai
sifat-Nya yang tersendiri yang menjadi bukti tentang kewujudan Allah SWT.
Antara sifat-sifat tersebut adalah hidup (‫)حياة‬, berkuasa (‫)قدرة‬, mengetahui (‫)علم‬,
berkehendak (‫)إرادة‬, melihat (‫)بصر‬, mendengar (‫ )سمع‬dan berbicara (‫)كالم‬. Manakala
bagi golongan Muktazilah pula, mereka menyatakan bahawa Tuhan tidak
mempunyai sifat. Ini kerana bagi mereka, sekiranya Tuhan itu mempunyai sifat,
maka sudah tentulah sifat itu juga akan kekal seperti Tuhan. Akan tetapi, di dalam
fahaman Asha’irah ini juga menyatakan bahawa sifat Tuhan bukanlah hakikat (zat)
Tuhan itu sendiri. Menurut mereka, sifat-sifat dan zat-Nya adalah dua perkara yang
berlainan.

5.2 Kekuasaan dan Keadilan Tuhan


Bagi aliran Asha’irah, Allah adalah Yang Maha Kuasa dan Maha Adil. Akan tetapi,
pemahaman tentang kekuasaan dan keadilan ini adalah berbeza antara satu pihak
dengan pihak yang lain. Dalam aliran Asha’irah, mereka mendefinisikan bahawa
adil ini adalah apabila sesuatu itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya ( ‫وضع‬
‫)الشئ في محله‬. Oleh kerana hakikat Allah adalah Yang Maha Kuasa, maka ianya
membawa maksud bahawa Allah boleh melakukan apa sahaja terhadap apa yang
dikuasai-Nya. Sekiranya Allah mempunyai hak kekuasaan terhadap sesuatu

9
perkara, maka setiap apa yang diaturkan dan dilakukan Allah itu adalah sebuah
keadilan. Tidak akan pernah wujud ketidakadilan bagi Allah SWT.

5.3 Melihat Allah di Akhirat


Menurut Imam al-Ash’ari, beliau berpendapat bahawa manusia dapat melihat Allah
SWT ketika di akhirat kelak. Menurut beliau juga, sifat-sifat yang tidak disandarkan
kepada Tuhan hanyalah sifat-sifat yang diberikan kepada ciptaan Tuhan.

5.4 Perbuatan Manusia


Pendapat Asha’irah yang paling menarik perhatian adalah pandang tentang
perbuatan manusia. Al-ash’ari menmperkenalkan teori al-kasb sebagai satu jalan
perantaraan di antara pandangan fahaman Jabariyah dan Qadariyah. Antaranya
adalah:
a) Seperti aliran Muktazilah, perbuatan manusia bukanlah diwujudkan dan
dibuat-buat oleh manusia itu sendiri. Akan tetapi, ianya telah diciptakan
oleh Tuhan.
b) Tuhan telah menciptakan iman dan mengkehendaki supaya iman bersifat
berat dan sulit. Iman bukanlah dicipta oleh orang mukmin.

5.5 Kemampuan Akal Manusia


Kemampuan akal manusia sangat bergantung kepada pemahaman mengenai
kekuasaan dan keadilan Allah serta perbuatan manusia. Bagi al-Ash’ari, akal
manusia mengetahui adanya Tuhan, tetapi kewajiban untuk mengetahui Tuhan
tidak ditetapkan oleh akal. Wahyu Allah yang mewajibkan manusia untuk
mengetahui Tuhan dan bersyukur kepada-Nya. Sekiranya wahyu tidak turun kepada
manusia, maka mereka tidak wajib untuk mengetahui dan bersyukur sama sekali
kepada-Nya. Baginya, baik dan buruk tidak melekat pada suatu perbuatan, tetapi
bergantung kepada ketentuan Tuhan. Berdusta adalah antara contoh bagi perkara
yang dilarang Tuhan. Namun begitu, apabila ianya menjadi perintah Tuhan, maka
perbuatan itu adalah satu perkara yang dianggap sebagai kebaikan.

10
5.6 Kebaikan dan Keburukan
Menurut Imam al-Ash’ari, kebaikan adalah setiap sesuatu yang diperintahkan oleh
Allah. Ia bukan sahaja merupakan satu kewajiban, akan tetapi setiap apa yang tidak
ditegah dan tiada larangan yang tegas ke atasnya juga adalah merupakan satu
kebaikan. Manakala bagi keburukan pula, ianya adalah setiap sesuatu yang telah
dilarang oleh Allah SWT.

5.7 Pembaharuan Alam


Bagi al-Ash’ari, alam merupakan sesuatu yang baru dan tiada yang kekal selain
daripada Tuhan. Perkara ini disandarkan kepada perubahan yang berlaku terhadap
sesuatu benda yang dapat dilihat setiap perbezaannya. Perkara inilah yang menjadi
bukti terhadap pembaharuan alam.

5.8 Dosa Besar


Menurut Imam al-Ash’ari, iman seseorang itu akan tetap ada dalam diri seseorang
selagi mana mereka masih mengakui dan membenarkan kewujudan Allah dan
Rasul-Nya. Baginya, apabila orang beriman itu melakukan dosa besar, mereka tetap
dianggap orang mukmin. Manakala pengampunan terhadap dosa besar tersebut,
diserahkan sepenuhnya kepada Tuhan sama ada akan diampunkan ataupun tidak.

6. CIRI-CIRI FAHAMAN ALIRAN AL-ASHA’IRAH

Terdapat tiga kategori yang terkandung dibawah mazhab al-Asha’irah. Kategori ini
boleh menjadikan kesemua fahaman aliran Asha’irah, pegangan sebahagian besar atau
hanya pegangan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan mereka. Oleh itu, tiga kategori yang
disebutkan itu ialah ciri-ciri umum, ciri-ciri khusus dan ciri-ciri separa. Ciri-ciri umum
ialah hal-hal yang membezakan mazhab Asha’irah dengan mazhab-mazhab yang lain. Ia
juga turut menjadi titik persamaan kepada kesemua fahaman aliran Asha’irah tidak kira di
mana sahaja mereka berada dan bila-bila masa. Ciri-ciri umum ini juga merangkumi ijmak
Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam menyelesaikan masalah akidah seperti yang dinyatakan
oleh Syeikh Dhiya’ al-Din Abu Najib Abdul Qahir bin Abdullah al-Suhrawardi al-Syafie
(w. 563H/ 1168M) sepertimana yang terkandung di dalam karya beliau.

11
Seterusnya, adalah ciri-ciri khusus. Ciri-ciri ini merupakan perkara yang menjadi
titik persamaan kebanyakan majoriti fahaman aliran Asha’irah itu sendiri. Ciri khusus ini
juga menjadi satu keistimewaan bagi fahaman Asha’irah di tempat atau daerah yang
tertentu. Sebagai contoh, fahaman Asha’irah di Maghribi mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri yang tidak terdapat di Andalus dan di Timur dunia Islam. Selain itu, ciri-
ciri yang mejadi keistimewaan dalam fahaman aliran Asha’irah ini ialah ia berlaku pada
tempoh dan pada waktu terentu. Contohnya, sepertimana yang berlaku dan terdapat pada
zaman pemeritahan dinasti Muwahuddin, tetapi ianya tidak pula terdapat pada zaman
Mariyyin, Watthasiyyin dan zaman-zaman lain. Ciri-ciri golongan fahaman Asha’irah ini
biasanya disifatkan kepada al-Asha’irah itu sendiri. Walaubagaimanapun, mereka sudah
terbiasa dengan konsep tersebut, tetapi mereka tidak kelihatan berpegang kepada ajaran
tersebut.Al-Asha’irah menekankan bahawa orang Islam yang berdosa besar tetap mukmin
tetapi akan menerima hukuman azab api neraka.
Ciri-ciri ketiga iaitu ciri-ciri separa. Ciri-ciri membawa maksud keseluruhannya
sebagai “Ikhtiyarat kalamiyyah” atau ijtihad-ijtihad ilmu kalam yang menjadi pegangan
kepada beberapa tokoh ilmu kalam Asha’irah dan membentuk pemikiran akidah mereka.
Fahaman aliran al-Asha’irah mengatakan bahawa al-Quran adalah Kalam Allah dan Kalam
Allah itu adalah qadim. Mereka juga berpendapat bahawa melihat Allah di akhirat adalah
suatu hakikat yang perlu di yakini. Namun, pada perbahasan ini hanya akan memfokuskan
kepada ciri-ciri umum sahaja yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu yang menyentuh isi
akidah dan yang tidak menyentuh isi akidah.

6.1 CIRI-CIRI UMUM YANG MENYENTUH ISI AKIDAH


Untuk ciri-ciri umum yang menyentuh isi akidah ada 15 perkara. Namun, di sini
hanya dibahaskan 7 perkara sahaja iaitu:

6.1.1 Membahagikan Jalan Pembuktian (Istidlal) Kepada 4 Jalan


i. Membuktikan kewujudan yang Qadim dengan berdalilkan perkara yang
Qadim. Contohnya: Allah SWT membuktikan bahawa Dia Maha Mendengar
dan Maha Melihat dengan berdalilkan firman-Nya "‫"وهو السميع العليم‬.
ii. Membuktikan kewujudan yang baharu dengan berdalilkan perkara yang
baharu. Contohnya: Membuktikan bahawa jauhar adalah perkara baharu
dengan berdalilkan ‘aradh yang bersifat baharu.

12
iii. Membuktikan kewujudan yang Qadim dengan berdalilkan perkara yang
baharu.Contohnya: Membuktikan kewujudan Allah SWT yang Qadim
dengan berdalilkan jauhar dan ‘aradh yang mana kedua-duanya adalah
baharu.
iv. Membuktikan kewujudan yang baharu dengan berdalilkan perkara yang
Qadim. Contohnya: Ini adalah jalan para sufi seperti yang didapati pada kata-
kata Imam Ibnu ‘Athoillah al-Sakandari dalam bahagian munajat dari kitab
al-Hikam.

6.1.2 Iman, Makrifah dan Nazhar


Ciri-ciri yang menyentuh isi akidah yang seterusnya ada tiga iaitu iman, di
mana syarat sahnya adalah berdasarkan makrifah. Ciri yang kedua ialah
makrifah, di mana syarat sahnya adalah nazhar dan ciri yang ketiga ialah
nazhar di mana syarat sahnya pula berdasarkan qasd. Adapun persyaratan
qasd ialah berdasarkan pendapat Imam al-Juwaimi.

i. Iman
• Makna iman di sisi Asya’irah adalah membenarkan dengan hati semata-
mata.
• Mengungkapkan kalimah syahadah hanyalah syarat untuk
membolehkan hukum-hakam syariat Islam dilaksanakan ke atas orang
tersebut. Ia bukanlah syarat sah iman.
• Dengan erti: orang yang telah membenarkan dengan hatinya bahawa
Allah adalah Tuhan dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul, tetapi dia
tidak mengucapkan kalimah syahadah secara kebetulan, bukan kerana
enggan apabila disuruh, maka dia adalah seorang mukmin yang selamat
di akhirat. Manakala di dunia, dia tidak dikebumikan di perkuburan
Islam dan tidak dilaksanakan apa-apa hukum-hakam syariat keatasnya.
• Iman boleh juga disebut bagi pengucapan kalimah syahadah dan amal
perbuatan tubuh badan atas dasar:
- Menamakan perkara yang disyarati (‫ )مشروط‬dengan nama syarat.
- Menamakan dalil dengan nama madlul.
- Menamakan akibat (‫ )مسبب‬dengan nama sebab.

13
ii. Makrifah
• Makrifah merupakan syarat sah iman kerana yang dituntut dalam iman
adalah keyakinan (‫ )الجزم‬yang bertepatan dengan realiti (‫ )الواقع‬yang
didapati melalui (‫ )دليل‬bukti.
• Terkeluar dari kategori yakin (‫ )الجزم‬perkara yang berikut:
- Zhan iaitu andaian yang kuat.
- Syak iaitu persamaan dua andaian.
- Waham iaitu andaian yang marjuh.
• Ketiga-tiga kategori ini tidak terpakai dalam akidah berdasarkan ijmak
Asha’irah.

iii. Nazhar
• Nazhar merupakan syarat sah makrifah kerana dengannya seseorang
dapat keluar dari daerah taqlid yang terjadi perbezaan pendapat ulama’
berkenaan kesahihan iman orang yang bertaqlid.
• Dengan nazhar seseorang dapat mencapai makrifah yang telah
disepakati kesahihan iman orang yang beriman atas jalan makrifah.
• Nazhar Nazhar yang dimaksudkan di sini bukanlah nazhar tafsili seperti
yang dilakukan oleh para mutakallimun, sebaliknya yang dimaksudkan
adalah nazhar ijmali.

6.1.3 Sifat-sifat Ilahiyah


Sifat-sifat Ilahiyyah serta pembahagiannya di sisi Asha’irah terbahagi kepada
empat iaitu:
i. Nafsiyyah: Iaitu sifat wujud (ada).
ii. Salbiyyah: Iaitu sifat qidam (terdahulu), baqa’ (kekal), mukhalafatuhu lil
hawadisi (yang berbeza dengan makhluknya), qiyamuhu binafsihi (berdiri
dengan sendirinya) dan wahdaniyyah (yang Esa).
iii. Ma’ani: Iaitu sifat qudrah (kuasa), iradah (berkehendak), ilm (yang
Mengetahui), hayah (hidup), sama’ (mendengar), basor (melihat) dan kalam
(berkata-kata).
iv. Ma’nawiyyah: Iaitu sifat kaunuhu qadiran (keadaan-Nya yang berkuasa),
kaunuhu mudiran (keadaan-Nya yang berhak menentukan), kaunuhu aliman

14
(keadaan-Nya yang mengetahui), kaunuhu hayyan (keadaan-Nya yang
hidup), kaunuhu sami’an (keadaan-Nya yang mendengar), kaunuhu basiran
(keadaan-Nya yang melihat) dan mutakalliman (keadaan-Nya yang berkata-
kata).

Secara zahir didapati terdapat khilaf antara Asha’irah dalam menetapkan sifat
ma’nawiyyah, namun hakikatnya mereka semua bersetuju dengan sifat
tersebut. Ini kerana:
• Asha’irah yang menetapkan 7 sifat ma’nawiyyah berpendapat
sedemikian kerana sifatsifat ini adalah ahwal (‫ )ألحوال‬ahwal ini adalah
sifat yang berbeza dengan sifat ma’ani. Maka ia mestilah ditetapkan
sebagai sifat.
• Asha’irah yang tidak menetapkan 7 sifat ma’nawiyyah pula berpendapat
bahawa ahwal adalah umur i’tibariyyah (‫ )اعتبارية أمور‬ia hanya difahami
di dalam fikiran, namun tidak pada realiti.
Kesimpulannya, ulama’ yang menetapkan ahwal mengatakan bahawa sifat
ma’nawiyyah adalah sifat, sepertimana sifat ma’nawiyyah juga sifat.
Manakala ulama’ yang menolak ahwal pula tidaklah menolak makna yang
difahami dari sifat-sifat ma’nawiyyah ini. Tetapi, mereka berpendapat ia
tidak perlu dinyatakan sebagai sifat kerana ia hanyalah umur i’tibariyyah dan
idhafiyyah sahaja.

6.1.4 Sifat-sifat Kesempurnaan Tuhan


Asha’irah beriktikad bahawa segala sifat kesempurnaan adalah wajib
bagiAllah. Sifat-sifat kesempurnaan ini juga tidak terbatas. Wajib tanzih
Allah dari kesemua lawan bagi sifat-sifat ini yang mustahil bagi-Nya. Sifat-
sifat kesempurnaan Allah yang dapat kita buktikan dengan dalil akal dan
naqli hanya 20 sifat sahaja serta 20 sifat ini wajib diketahui secara terperinci
(‫)تفصيل‬. Manakala kesemua sifat kesempurnaan yang selebihnya yang wajib
bagi Allah namun kita tidak dapat mengetahuinya kerana ketiadaan dalil,
maka kita beriman dengannya secara umum (‫)إجمال‬.

15
6.1.5 Allah SWT Menjadikan Semua Perkara Dengan Kehendak &
Ketentuan-Nya
Semua perkara yang wujud (selain Allah) pada asalnya boleh jadi wujud dan
boleh jadi tidak wujud, boleh jadi ia wujud dengan saiz ukuran, kadar, dan
sifatnya ketika ini dan boleh jadi juga ia wujud dengan saiz, kadar, dan sifat
yang lain. Oleh itu, yang menentukan kewujudan atau ketiadaan hal itu dan
yang menentukan kadar, ukuran serta sifatnya jika ia wujud; adalah Allah
Taala berdasarkan kehendak-Nya yang didasari ilmu-Nya yang azali.
Pengingkaran terhadap hakikat ini akan membawa kepada penolakan sifat
qudrah dan iradah yang azali, dan membawa kepada kepercayaan bahawa
alam ini qadim. Kepercayaan ini akan menyebabkan salah satu dari 3 hal
yang terlarang iaitu penciptaan berdasarkan ‘Illah, penciptaan secara tabii
dan penciptaan melalui quwwah muda’ah.

i. Penciptaan berdasarkan ‘Illah


Dengan erti sesuatu perkara wujud kerana ada perkara yang lain tanpa perlu
bergantung kepada kehendak perkara lain itu serta tanpa perlu bergantung
kepada syarat dan mawani’ (‫)موانع‬.
ii. Penciptaan secara tabii
Dengan erti sesuatu perkara wujud kerana ada perkara yang lain tanpa perlu
bergantung kepada kehendak perkara lain itu. Namun kewujudannya
bergantung kepada syarat dan mawani’ (‫)موانع‬.
iii. Penciptaan melalui quwwah muda’ah
Iaitu kekuatan yang dijadikan oleh Allah dalam diri makhluk. Dengannya
makhluk dapat mewujudkan hal lain dan memberi kesan kepada perkara lain.
Jika ia dicabut dari diri makhluk maka dia tidak dapat mewujudkan apa-apa.
Perbezaan ‘illah dan thabi’ah adalah pada keperluan kepada syarat
dan mawani’. ‘Illah tidak bergantung kepada kedua hal ini manakala thabi’ah
bergantung kepada kedua-duanya. ‘Illah yang disebut oleh ahli sunnah dalam
penulisan mereka bukanlah dengan erti yang dikatakan oleh ahli falsafah ini.
Sebaliknya, ia bererti talazum (‫ )تالزم‬antara dua perkara sama ada luzum
tersebut dari segi akal, syara’ atau adat.
Walaupun orang yang berpegang dengan pendapat ketiga
mengatakan quwwah muda’ah dijadikan oleh Allah, tetapi alasannya ini

16
tidak dapat mengeluarkannya dari kebatilan. Kerana jika ada sebahagian
perkara yang hanya dapat terjadi dengan perantaraan quwwah muda’ah,
maka ini bererti Allah perlu kepada perantaraan quwwah tersebut untuk
menjadikan perkara itu. Ini menunjukkan kelemahan dan keperluan kepada
yang lain.

6.1.6 Allah SWT Menjadikan Semua Perbuatan Para Hamba


Menurut Ash’ariyyah semua perbuatan hamba terjadi dengan qudrah Allah.
Perbuatan ikhtiyari makhluk disertai qudrah yang baharu, tanpa memberi
kesan mewujudkan hal yang lain sama ada secara mubasyarah atau tawallud.
Ini berbeza dengan Jabariyyah yang mengatakan bahawa semua perbuatan
hamba terjadi dengan qudrah Allah sahaja. Tidak ada qudrah yang baharu
bagi makhluk. Manakala qadariyyah Muktazilah pula mengatakan bahawa
semua perbuatan ikhtiyari terjadi dengan yang baharu sahaja. Ia terjadi secara
(‫ )مباشرة‬mubasyarah atau tawallud (‫)تولد‬.
Hamba secara zahirnya merdeka, batinnya terpaksa ( ‫مجبور في قال ب‬
‫)مختار‬. Hamba terpaksa kerana semua yang terjadi bukan dengan kuasanya.
Dia bagaikan bekas bagi curahan hawadis dan a’radh. Allah Taala
menjadikan pada dirinya apa yang Allah kehendaki. Tidak ada yang
mencegah-Nya, tiada yang membantu, tiada yang menasihati dan tiada juga
menjadi pengganti (‫ )وزير ووكيل‬bagi mencipta perbuatan hamba-Nya.
Hamba merdeka kerana sunnatullah dalam kehidupan dunia ini
adalah Allah akan menjadikan perbuatan yang disukai dan menjadi
kecenderungan hamba tersebut, Dia tidak menjadikan perbuatan yang
dibenci hamba tersebut. Dia hanya menjadikan perbuatan hamba tersebut
apabila keazaman, kehendak dan tekad hamba itu membulat. Oleh itu, secara
zahirnya hamba tersebut bebas dan berkuasa melakukan atau meninggalkan
sesuatu perbuatan, namun secara batin semuanya terjadi dengan kuasa Allah.

17
Kehendak Allah Taala untuk menjadikan perbuatan ikhtiyari hamba.

Allah Taala menjadikan lintasan hati, ilham dan cetusan minda pada
hamba untuk melakukan perbuatan itu.

Ciptaan
Usaha Allah Taala menjadikan sebab untuk terjadi perbuatan itu; iaitu Allah
hamba kehendak dan kecenderungannya kepada perbuatan itu. Taala
(‫)كسب العبد‬
)‫(خلق هللا‬

Allah Taala menjadikan perbuatan tersebut.

Rajah 1: Teori KASB di sisi Asha’irah

6.1.7 Tidak Wajib Keatas Allah SWT Melakukan Sesuatu Perkara Pun
Secara akal, Allah Taala tidak wajib memberi ganjaran pahala kepada hamba
yang taat dan tidak wajib memberi balasan seksa kepada hamba yang
derhaka. Dia adalah Raja yang berhak melakukan apa-apa sahaja. Semua
kebaikan yang dijadikan kepada hamba adalah dari kepermurahan-Nya.
Semua keburukan yang menimpa hamba adalah dari keadilan-Nya. Imam al-
Bakki al-Kumi berkata:

“Antara perkara yang harus (bagi Allah) adalah menjadikan amalan-


amalan para hamba; kerana tiada perbuatan yang wajib ke atas Allah.
Tiada kewajipan memberikan ganjaran pahala dan balasan dosa.
Maka, ganjaran pahala dari-Nya adalah suatu pemberian manakala
balasan dosa adalah satu bentuk keadilan. Dia memberikan kepada
sesiapa yang Dia kehendaki apa-apa sahaja yang Dia kehendaki. Dia
tidak ditanya sedangkan merekalah (para hamba) yang akan ditanya
(segala perbuatan mereka)”.

18
6.2 CIRI-CIRI UMUM YANG TIDAK MENYENTUH ISI AKIDAH
Bagi ciri-ciri umum yang tidak menyentuh isi akidah pula antaranya ialah:

6.2.1 Penamaan Mazhab Asha’ri


Penamaan mazhab ini sebagai “Mazhab Asha’ri” tidaklah bererti Imam Abu
Hasan al-Asha’ri orang yang mula-mula menyusun akidah yang harus
diimani. Sebaliknya ia bererti beliau adalah penyusun metodologi pendalilan
secara akal dan naqli yang digunapakai oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah. Hal
ini sama seperti penamaan “mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi”. Ia
bukan bererti para imam ini orang pertama menjadikan fiqh atau yang
pertama meletakkan hukum-hakam. Tetapi, ia bererti merekalah yang
menyusun asas-asas metodologi pendalilan hukum syara’. Oleh itu, makna
“mazhab Asha’ri” adalah mazhab yang mengikut manhaj Imam Asha’ri
dalam mempertahankan akidah dan menetapkannya berdasarkan dalil yang
diyakini.

6.2.2 Pembahagian Ahli Sunnah wal-Jamaah

Ahli Ta'wil

Asha'irah
Ahli
Ahli Sunnah wal Tafwidh/mazhab
Jamaah
salaf
Maturidiyyah

Rajah 2: Pembahagian Ahli Sunnah wal Jamaah

19
6.2.3 Kaedah Mendepani Sifat Khabariyyah
i. Mentakwil kesemua sifat ini tanpa mengira sama ada pendengar adalah
seorang alim atau orang awam. Contoh: Manhaj Imam orang awam Sanusi
seperti yang dapat dilihat dalam karya beliau yang berjudul Ta’wil Musykilat
al-Bukhari.
ii. Mentakwil makna sifat ini bagi orang alim dan orang yang mampu
memahaminya, tetapi mentafwidh maknanya bagi orang awam. Contoh:
Manhaj Imam Ibn Abi Zaid al-Qayrawani yang mentafwidh dalam risalah
beliau tetapi mentakwil dalam karya yang dikarang untuk ulama’. Begitu
juga Syeikh Zarruq yang mentafwidh dalam Uddatul Murid tetapi mentakwil
dalam karya yang ditulis untuk ulama’. Begitu juga Imam al-Ghazali.
iii. Mentafwidh kesemua sifat ini tanpa mengira sama ada pendengar adalah
seorang alim atau Manhaj Imam orang awam. Contoh: Manhaj kebanyakan
para sufi dari kalangan Asha’irah seperti Syeikh Abu Madyan al-Ghauth.

6.2.4 Manhaj Mazhab Asha’ri Secara Umum


i. Manhaj Mutaqaddimin
• Tokoh utamanya adalah Imam al-Baqillani. Beliau menyusun dalil-dalil
akal yang dinyatakan oleh Imam Asy’ari dan membentuk kaedah-kaedah
seperti:
- ‫العرض ال يبقى زمنين‬
- ‫بطالن الدليل يؤذن ببطالن المدلول‬

ii. Manhaj Mutaakhirin


• Dipelopori oleh Imam al-Ghazali, seterusnya ar-Razi, al-Amidi, al-
Baydhawi, al-Iji, al-Taftazani dan al-Dawwani.
• Menggunakan qiyas mantiq dan mecampurkan perbahasan falsafah.
• Penulisan sebegini sesuai untuk orang yang ingin mengetahui berbagai
mazhab fahaman dan kepelbagaian bentuk penghujahan.

iii. Manhaj Bersepadu


• Dipelopori oleh Imam Ibn ‘Arafah.
• Beliau menggabungkan manhaj mutaqaddimin dan manhaj mutaakhirin.

20
• Hal ini ditegaskan oleh beliau sendiri dalam karya agung beliau berjudul
al-Muktasar al-Shamil Fi Usul al-Din.

6.2.5 Mazhab Asha’ri Terbina Berdasarkan Dalil & Burhan


Kerana inilah banyak ijtihad dan ikhtiyarat kalamiyyah dalam mazhab ini.
Seorang mutakallim Asy’ari memegang sesuatu pendapat berdasarkan dalil
yang sahih, tanpa melihat siapakah yang sepakat atau bercanggah pendapat
dengannya dalam masalah tersebut.

6.2.6 Mazhab Asha’ri Tidak Mengkafirkan Ahli Bid’ah Yang Salah Dalam
Takwilan dan Pemahaman Isu-isu Akidah
Imam Sanusi menukilkan kata-kata sebahagian ulama’ muhaqqiqin dalam
Syarh al-Muqaddimat:
“Hal yang menjadi kewajipan adalah tidak mengkafirkan ahli takwil (iaitu
orang yang mentafsirkan dalil naqli sesuai bid’ah dan mazhabnya yang
salah). Sesungguhnya menghalalkan darah orang Islam yang mentauhidkan
Allah adalah perkara yang bahaya. Tersalah meninggalkan seribu orang
kafir lebih baik dari tersalah menumpahkan secawan darah orang Islam.”

6.2.7 Kesederhanaan dan Fleksibel Mazhab Asha’ri


Hal ini jelas melalui pendapat mereka yang dalam perbahasan perbuatan para
hamba contohnya. Mereka tidak cenderung ke arah jabariyyah dan tidak pula
ke arah qadariyyah. Begitulah akidah Asy’ariyyah, sentiasa berada di tengah-
tengah antara dua penghujung yang ekstrim.

7. PERINGKAT PEMIKIRAN AL-ASHA’IRAH

Imam al-Ash’ari adalah seorang tokoh besar bagi Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Terdapat beberapa pihak yang berusaha ingin menyatakan bahawa pegangan aliran mereka
itu mempunyai persamaan dengan aliran pegangan Imam al-Ash’ari. Ibn Taymiyyah (m.
728H) mengatakan bahawa Imam al-Ash’ari ini telah melalui tiga peringkat dalam
pemikiran yang matang. Al-Zabidi (1989: 2/4-2/8) pula menyokong pernyataan yang

21
dikeluarkan oleh Ibn Taymiyyah akan tetapi al-Zabidi memberi tahu bahawa Imam al-
Ash’ari hanya melalui dua peringkat sahaja dan beliau bersama Ahli Sunnah wal-Jamaah11.

Menurut kajian Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013), pada peringkat awal iaitu
peringkat yang pertama menyatakan bahawa Imam al-Ash’ari ini masih berada dalam
Muktazilah sehingga beliau berumur 40 tahun. Pada peringkat kedua pula ada yang
mengatakan Imam al-Ash’ari keluar daripada Muktazilah untuk mengikut pegangan Ibn
Kullab (m. 240H) dan pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat yang ketiga ada juga
yang menyatakan Imam al-Ash’ari mengarang karyanya al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah
kerana keluar daripada mengikut pegangan Ibn Kullab untuk kembali kepada Ahli Sunnah
wal-Jamaah.

Kisah Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran tidak pernah disebutkan
oleh mana-mana tokoh ulama’ silam selepas Imam al-Ash’ari. Tokoh-tokoh tersebut tidak
mungkin untuk bersepakat atau sengaja melupakan kisah ini jika benar Imam al-Ash’ari
telah melalui tiga peringkat pemikiran memandangkan beliau merupakan seorang ulama’
yang sangat masyhur untuk dijadikan tempat rujukan12 (Hamda al-Sinan & Fauzi al-Anjari
2006: 45). Terdapat tokoh-tokoh yang yang tidak sependapat dan mengatakan bahawa
Imam al-Ash’ari ini telah melalui tiga peringkat kematangan pemikiran. Menurut Ibn
Khaldun (t.th: 3/1088) pula, setelah Imam al-Ash’ari berpaling daripada Muktazilah, beliau
telah mengikut tokoh-tokoh salaf daripada kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah seperti
Ibn Kullab, al-Muhasibi dan al-Qalanisi.

Antara penulisan Ibnu Asakir yang dinukilkan daripada Abu Bakar Ibn Furak
bahawa Imam al-Ash’ari hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja iaitu Muktazilah
dan Ahli Sunnah wal-Jamaah13 (Ibnu Asakir 1347H: 127). Ini merupakan salah satu riwayat
yang sampai kepada umat Islam pada hari ini. Pernyataan tersebut dapat menyatakan
bahawa Imam al-Ash’ari ini hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja. Namun begitu,
terdapat kenyataan yang mengatakan ketika Imam al-Ash’ari bersama Ahli Sunnah wal-
Jamaah, menurut al-Zabidi, beliau berpegang kepada takwil Khalaf pada awalnya dan

11
al-Zabidi, al-Sayyid Muhammad bin Muhammad al-Husaini. 1989. It’haf al-Sadat al-Muttaqin. Juz. 2. Beirut:
Dar al-Kitab al-‘Ilmiyyah.
12
Hamda al-Sinan & Fauzi al-Anjari. 2006. Ahl al-Sunnah al-Asha’irah. Kuwait: Dar al-Diya’.
13
Ibnu Asakir, Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hasan bin Hibat Allah al-Dimasyqi. 1347H. Tabyin Kazb al-Muftari
fima Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Ash’ari. Damsyiq: Matba’ah al-Tawfiq.

22
tafwidh Salaf pada akhirnya. Perkara ini berlaku disebabkan perselisihan ulama’ dalam
menentukan karya Imam al-Ash’ari sewaktu awal dan akhir semasa hidup beliau.

Seterusnya, perkara ini menjelaskan berkaitan Imam al-Ash’ari pada peringkat


kedua yang mengatakan bahawa beliau keluar daripada Muktazilah untuk mengikut
pegangan Ibn Kullab (m. 240H). Terdapat ulama yang mengatakan bahawa Ibn Kullab ini
merupakan salah seorang ahli bid’ah dan beliau juga menolak pandangan Muktazilah.
Menurut kajian Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013) ada juga yang berpendapat
menyatakan bahawa Imam Al-Ash’ari meninggalkan Muktazilah ketika beliau berumur 40
tahun. Hal ini kerana berlaku perselisihan pendapat dengan seorang gurunya yang bernama
al-Jubba’i mengenai perbuatan yang dilakukan oleh Allah melalui konsep al-salah wa al-
aslah. Oleh sebab itu, Imam al-Ash’ari meninggalkan Muktazilah disebabkan keraguan dan
pandangan gurunya serta meninggalkan murid-muridnya yang ramai dalam meneruskan
penyebaran aliran Asha’irah.

Kajian berkaitan Imam al-Ash’ari ini perlu diteliti dengan lebih mendalam supaya
penjelasan dapat dilakukan dengan lebih baik. Hal ini kerana, jika dirujuk kepada tarikh
surat Imam al-Ash’ari kepada Ahl al-Thaghar (berdasarkan karya Risalah Ila Ahl al-
Thaghar) iaitu pada tahun 297H, menunjukkan bahawa Imam Al-Ash’ari pada ketika itu
berumur 37 tahun setelah dibandingkan dengan tahun kelahiran beliau 260H. Ini
bermaksud Imam al-Ash’ari telah meninggalkan Muktazilah sebelum atau sekurang-
kurangnya berumur 37 tahun lagi memandangkan karya tersebut bukan karya terawal
beliau setelah meninggalkan Muktazilah14 (al-Ash’ari 2002: 105; 131).

Walau bagaimanapun, sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan


bahawa bahawa Ibn Kullab telah menyimpang daripada Ahli Sunnah wal-Jamaah. Hal ini
disebabkan oleh perselisihan yang berlaku di antara beliau dengan Imam Ahmad bin
Hanbal berkaitan dengan cara bacaan al-Quran seseorang manusia itu dianggap sebagai
makhluk atau tidak. Namun, Ibn Kullab serta ulama lain seperti al-Karabisi, al-Muhasibi,
al-Qalanisi, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain memberitahu bahawa bacaan itu adalah
makhluk, sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pendiriannya dan menegaskan

14
al-Ash’ari, Abi al-Hasan ‘Ali bin Isma’il. 2002. Risalah ila ahl al-thaghr. ‘Abd Allah Shakir Muhammad al-
Junaidy. (Tahqiq). Madinah Munawwarah: Maktabah al-‘Ulum wa al-Hikam.

23
bacaan itu bukan makhluk. Oleh sebab itu, sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal
mendakwa bahawa Ibn Kullab adalah ahli bid’ah Muktazilah.

Terdapat pernyataan bahawa kandungan karya al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah


adalah mengikut pegangan Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ibn Kullab sebagaimana
yang dilaporkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani15 (al-Ash’ari 1977: 2/20; al-‘Asqalani (4256)
2002: 4/487). Imam Ahmad bin Hanbal menafsirkan berkaitan nas sifat mutashabihat
merupakan lafaz ja’a (datang tuhan) ditafsirkan sebagai datangnya pahala dari tuhan. Hal
ini menyatakan bahawa metod ini bukan sesuatu yang baru dikenali pada zaman Khalaf
(Ibn Kathir 1998: 14/386). Sekiranya Imam al-Ash’ari ini menggunakan kedua-dua cara
sama ada tafwid atau takwil, perkara tersebut masih bertepatan dengan pendirian ulama
Salaf seperti Imam Ahmad bin Hanbal.

Kajian Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013) ini juga mengatakan bahawa
menurut al-Kawthari (2009: 62), penulisan Imam al-Ash’ari paling awal setelah beliau
keluar daripada Muktazilah ialah al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, sedangkan al-Luma’ fi al-
Rad ‘ala Ahl al-Zaygh wa al-Bid’a dan pernyataan ini disokong oleh Hamudah Gharabah
(pentahqiq al-Luma’ fi al-Rad ‘ala Ahl al-Zaygh wa al-Bid’a). Hal ini kerana, gaya
penulisan yang ditulis oleh Imam al-Ash’ari menunjukan dengan jelas bahawa beliau baru
meninggalkan Muktazilah. Kemudian, dalam karya terakhir beliau al-Kawthari
berpendapat bahawa al-Luma’ fi al-Rad ‘ala Ahl al-Zaygh wa al-Bid’a adalah karya
terakhir Imam al-Ash’ari. Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam
karya tersebut memperlihatkan tentang keilmuan dan kematangan dalam melakukan karya
tersebut dalam menggabungkan beberapa dalil naqli dan ‘aqli16 (Hamudah Gharabah 1955:
7).

Dakwaan yang dilakukan oleh Ibn Taymiyyah kepada Imam al-Ash’ari melalui tiga
peringkat tidak bertepatan dengan fakta yang diperolehi. Hal ini menunjukkan bahawa
Imam al-Ash’ari melalui dua peringkat sahaja iaitu mengikut Muktazilah dan kemudian
bersama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah selepas beliau meninggalkan Muktazilah. Imam
Ahmad bin Hanbal dan Ibn Kullab dijadikan sebagai rujukan beliau dalam meneruskan

15
al-Ash’ari, Abi al-Hasan ‘Ali bin Isma’il. 1977. Al-Ibanah ‘an usul al-Diyanah. Pnyt. Fawqiyah Husin
Mahmud. (Tahqiq). Egypt: Dar al-Ansar & al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar. 2002. Lisan al-mizan. ‘Abd
al-Fatah Abu Ghudah. (Tahqiq). Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah.
16
Hamudah Gharabah. 1955. Muqaddimah al-Luma’ fi al-rad ‘ala ahl al-zaygh wa al-bid’a. Egypt: Matbu’ah
Misriyyah.

24
perjuangan untuk penyebaran Islam. Hal ini demi mempertahankan akidah yang dibawa
oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah daripada terus diancam oleh golongan ahli bid’ah.
Keseluruhan yang berpendapat berkaitan dengan Imam al-Ash’ari harus merujuk kepada
karya yang masih lagi mempunyai perdebatan dan perlu juga dirujuk oleh muridnya serta
pengikut beliau yang muktabar.

8. TOKOH-TOKOH UTAMA ALIRAN AL-ASHA’IRAH

Menurut Syeikh Izz al-Din Abd al-Salam, mazhab akidah yang dibawa oleh Abu
Hasan al-Ash’ari dianuti oleh kebanyakan umat Islam yang bermazhab Shafi’i, Maliki,
Hanafi, dan Hanbali. Antara ulama’ fiqh yang terkenal di zamannya yang menganut akidah
mazhab Imam al-Ash’ari adalah Abu ‘Amru al-Hajib, seorang ulama’ Maliki dan juga
Jamal al-Din al-Hasiri iaitu seorang ulama’ Hanafiyah17 (al-Subki 1918:365). Menurut
Syeikh al-Mayarqi, seorang tokoh ulama’ Fiqh Maliki, mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah
terdiri daripada kalangan Maliki, Shafi’I dan majoriti daripada kalangan mazhab Hanafi
yang mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari.
Al-Ash’ari mempunyai bilangan anak murid yang ramai, antaranya seperti Hasan
al-Bahili, Abu Hamid al-Isfarayini, Abu Abdullah bin Mujahid dan al-Baqilani. Al-
Isfarayini banyak mengambil ilmu daripada murid al-Ash’ari iaitu Abu Abdullah bin
Mujahid. Contoh-contoh ini jelas menunjukkan bahawa terdapat ramai tokoh-tokoh ulama’
dan fuqaha yang berpegang kepada aliran mazhab Asha’irah sama ada daripada kalangan
Shafi’iyyah, Malikiyyah, Hanafiyyah, mahupun Hanabilah. Di antara tokoh-tokoh ulama’
muktabar yang bermazhab Asha’irah adalah seperti berikut:

1. Al-Baqilani (w. 403H)


Al-Baqilani banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan aliran al-
Ash’ari, antaranya menyusun semula pemikiran-pemikiran al-Ash’ari dalam bentuk
yang lebih sistematik, serta mengemukakan dalil-dalil dan muqaddimah-muqaddimah
dalam menguatkan pandangannya. Beliau juga menyusun tajuk-tajuk mengikut tema
pemikiran ilmu Kalam yang kemudiannya menjadi ikutan kepada ulama’ selepasnya.

17
al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi. 1918. Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra. Juz 3. Al-
Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

25
Dalam menghadapi pandangan yang bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah wal-
Jamaah seperti Muktazilah, al-Baqilani menggunakan hujah akal untuk
memperteguhkan pandangannya18 (Jalal Muhammad Abd al-Hamid Musa 1982: 321,
362).
Peranan al-Baqilani sebagai seorang tokoh ulama’ Asha’irah yang terkenal
terutama dalam bidang ilmu kalam banyak memberi manfaat kepada Ahli Sunnah wal-
Jamaah terutama dalam permasalahan penentangan terhadap golongan Muktazilah.
Pandangan beliau dalam persoalan akidah tidak banyak berkhilaf dengan Syeikh beliau
iaitu al-Ash’ari melainkan dalam beberapa masalah furu’ manakala jasa penting beliau
ialah dalam menerangkan aliran al-Ash’ari dengan lebih jelas.

2. Al-Isfarayini (w. 418H)


Antara sumbangan beliau dalam ilmu Kalam ialah penentangan terhadap
golongan Muktazilah dan golongan Mulhid. Beliau juga banyak melakukan perdebatan
dengan ulama’ Muktazilah dalam mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah,
antaranya ialah perdebatan beliau dengan seorang ulama’ Muktazilah iaitu al-Qadi
Abdul Jabbar al-Muktazili.
Dalam perdebatan tersebut, ucapan Isfarayani yang terakhir menggambarkan
bahawa sekiranya bukan Allah yang mencipta perbuatan maksiat atau perbuatan jahat
manusia dan hanya mencipta perbuatan yang baik sahaja maka bermakna manusia
seolah-olah memaksa Allah SWT menerima kejahatan yang sebenarnya tidak
dikehendaki oleh Allah SWT sendiri. Maka terbatallah pandangan Muktazilah. Al-
Isfarayini telah banyak memberikan sumbangan dalam mazhab Asha’irah. Beliau juga
telah melahirkan beberapa tokoh ulama’ terkenal seperti al-Qushayri.

3. Abd al-Qahir al-Baghdadi (w.427H)


Antara sumbangan beliau adalah memperkenalkan dan memperincikan
metodologi atau manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah berdasarkan pandangan al-Ash’ari
secara menyeluruh dan mudah difahami.Dalam kitab al-Farq Bayn al-Firaq, beliau
menggunakan 3 manhaj dalam permasalahan iktiqad; pertamanya Manhaj al-Khitabi,
kedua Manhaj al-Jadali dan seterusnya Manhaj al-Burhani.

18
Jalal Muhammad Abd al-Hamid Musa. 1982. Nash’ah al-Ash’ariyyah wa Tatawwuruha. Bayrut: Dar al-Kutub
al-Lubnani.

26
Manhaj pertama, iaitu Manhaj al-Khitabi berdasarkan uslub al-Iqna al-Atafi
yang bermaksud pujukan emosi dalam usaha menegur pihak lawan melalui penggunaan
ibarat-ibarat balaghah dan lafaz-lafaz Rinanah. Manhaj kedua iaitu Manhaj al-Jadali
yang berdasarkan kepada dalil-dalil yang dibina daripada premis-premis atau
muqaddimah-muqaddimah yang dibawa iaitu pandangan-pandangan yang dapat
diterima oleh masyarakat umum. Manhaj ini adalah manhaj yang bersifat pertengahan
(tawassut) di antara Manhaj al-Khitabi dan manhaj Burhani. Manhaj ketiga pula iaitu
Manhaj Burhani yang berdasarkan dalil-dalil akal dalam premis-premis awal yang
benar dalam qadiah-qadiahnya yang memberi kesan pada natijahnya. Ia dibina daripada
asas-asas premis yang yakin dan diakhiri dengan natijah yang tidak diragukan lagi.
Perbahasan mengenai metodologi al-Baghdadi bertujuan untuk mempertahankan aliran
Asha’irah dengan cara mengemukakan pendapat-pendapat aliran yang lain, kemudian
menolak aliran-aliran tersebut dengan manhaj yang disebutkan di atas dan seterusnya
menghuraikan aliran Ahli Sunnah wal-Jamaah secara terperinci beserta huraian beliau
sendiri19 (Mudasir Rosder 1993: 185).

4. Imam al-Qushayri (376H-465H)


Antara sumbangan al-Qushayri ialah menggabungkan antara dua metodologi
jidal atau metodologi perdebatan. Gabungan metodologi ini adalah hasil daripada
metodologi dua orang gurunya iaitu metodologi yang digunakan oleh Abu Ishaq al-
Isfarayini. Selain itu, beliau telah merintis jalan tasawuf bersama gurunya Abu Ali al-
Diqaq, serta memberi sumbangan yang sangat besar dalam Islam dengan
menggabungkan ilmu Tasawuf dan ilmu Kalam iaitu jalan yang juga diambil oleh
gurunya iaitu Abu Bakar al-Diqaq. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa mazhab al-Ash’ari
juga merangkumi bidang tasawuf dan tasawuf mula bertapak kukuh di atas asas yang
baharu bersama akidah Asha’irah yang merupakan akidah kalangan Ahli Sunnah wal-
Jamaah.

5. Imam al-Haramayn al-Juwayni (419H-478H)


Di antara sumbangan beliau ialah penentangan terhadap golongan seperti
Muktazilah, Falsafah dan golongan lain seperti Karamiyyah. Beliau adalah antara tokoh

19
Mudasir Rosder. 1993. Uluhiyyah dalam Aliran Aschacirah dan Kesannya dalam Pengajian Akidah di Johor.
Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Usuluddin, Universiti Malaya.

27
utama yang menegakkan mazhab al-Asha’ri dalam perbahasan tentang permasalahan
ilmu Kalam atau ilmu Usul. Metode beliau lebih cenderung kepada penggunaan akal
dan takwil, lantaran itu beliau menggunakan metode falsafah Yunani, falsafah
Muktazilah dan kekuatan metode jidal (perdebatan) dalam usaha beliau bermujadalah
dan bermunaqasyah dalam menghadapi golongan yang menyeleweng.
Selain itu, antara sumbangan beliau dalam mazhab al-Asha’irah juga adalah
melakukan beberapa penambahan dalam menjelaskan, menerangkan dan menguatkan
pandangan-pandangan dalam aliran Asha’irah. Beliau juga meletakkan kaedah-kaedah
dan asas-asas yang thabit dalam menghadapi pandangan-pandangan golongan yang
menyeleweng dan menentang mereka sehingga ke akhir hayat beliau.
Walaupun ada beberapa penambahan dan penambahbaikan yang dilakukan
dalam aliran Asha’irah, namun beliau tidak mempunyai percanggahan dengan
pandangan al-Asha’ri dalam masalah usul, melainkan beberapa khilaf kecil dalam
permasalahan furu’ sahaja. Beliau juga pembela mazhab Shafi’i terutama dalam bentuk
karya seperti Mughith al-Khalq fi Trjih al-Qaul al-Haq iaitu sebuah kitab yang
membincangkan tentang mazhab Shafi’i. Jelasnya, al-Juwayni merupakan seorang
tokoh ilmu Kalam mazhab al-Ash’ari dan seorang ulama’ fiqh mazhab Shafi’i yang
berjaya menjadikan aliran Asha’irah kuat dan thabit padanya rukun Usuluddin dan
Syariah (fiqh).

6. Al-Ghazali (450H-505H)
Sumbangan al-Ghazali kepada dunia Islam dan aliran Ahli Sunnah wal-Jamaah
amat besar dan penting sekali sehingga beliau dianggap sebagai antara mujaddid Islam.
Dalam kitabnya Al-Iqtisad fi al-I’tiqad iaitu antara kitab terakhir yang dikarang
sebelum menceburi jalan tasawuf, beliau membincangkan permasalahan akidah dengan
menggabungkan dua unsur ilmu yang penting iaitu Nas dan Akal. Kedua-dua sumber
ilmu ini digabung jalinkan oleh al-Ghazali menjadi suatu yang harmoni dan saling
menguatkan antara satu sama lain.
Selain itu, beliau juga mempertahankan mazhab Asha’ri dengan mensabitkan
Asha’irah sebagai mazhab yang selari dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Beliau juga
mengambil manhaj tersebut tawassut d antara dua yang ekstrem seperti golongan
Muktazilah dan Musyabbihah. Antara sumbangan beliau yang terbesar dan paling
kontroversi dalam sejarah umat Islam adalah penentangan beliau terhadap beberapa

28
bahagian ilmu falsafah dan tokoh-tokoh falsafah sehingga beliau mengkafirkan
sebahagian ahli falsafah dalam kitab beliau iaitu Tahafut al-Falasifah.
Penentangan terhadap ahli falsafah ini dibuat kerana usaha mereka
membuktikan ilmu-ilmu Ilahiyyat (ketuhanan atau metafizik) dengan dalil-dalil mantiq
dan hisab yang bersandarkan kepada pembuktian melalui akal. Kritikan beliau terhadap
ahli-ahli falsafah ini dilakukan dengan cara menjelaskan segala bentuk syubhah dan
kerosakan yang timbul daripada pandangan-pandangan ahli falsafah, terutamanya al-
Farabi dan Ibnu Sina20 (al-Ghazali 1972: 82). Serangan al-Ghazali sebenanrnya
bukanlah serangan ke atas segala bentuk ilmu falsafah, tetapi tertumpu kepada
metafizik (teologi) sahaja, iaitu beberapa teori yang bercanggahan terus dengan al-
Qur’an dan as-Sunnah.
Secara jelasnya al-Ghazali menekankan bahawa golongan falsafah tidak dapat
membuktikan dakwaan mereka terhadap Allah SWT, sifat-sifat-Nya serta perkara-
perkara metafizik yang lain yang menyebabkan kerosakan dan kemusnahan iktiqad
golongan awam dan golongan yang bertaqlid21 (Muammer Iskandaroglu 2002: 51).
Dakwaan-dakwaan al-Ghazali ini kemudiannya dijawab semula oleh Ibni Rusyd dalam
kitab Tahafut al-Tahafut. Usaha beliau telah menyebabkan beliau digelar Hujjatul
Islam kerana Berjaya mengasingkan unsur-unsur yang batil daripada yang haq sehingga
jelas kesucian Islam yang sebenar.

9. PENUTUP

Secara keseluruhan, aliran Asha’irah menjadi masyhur dan tersebar ke seluruh


pelusuk dunia dan merupakan aliran akidah yang paling ramai pengikutnya sehingga ke
hari ini. Ini adalah hasil pengorbanan dan usaha gigih para ulama’ aliran ini yang
menentang golongan-golongan firqah, bid’ah dan ahwa’ dari menguasai pemikiran umat
Islam. Bahkan, kitab-kitab mereka juga memainkan peranan penting dalam menegakkan
akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah berlandaskan al-Qur’an dan as-Sunnah. Tokoh ulama’
yang menjadi pelopor kepada mazhab al-Ash’ari ini terlalu ramai sehingga melibatkan

20
al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. 1972. Tahafut al-Falasifah. Pnyt. Sulyman Dunya. Misr:
Dar al-Ma’arif.
21
Muammer Iskandaroglu. 2002. Fakhr al-Din al-Razi and Thomas Aquinas on the question of the eternity of the
world. Laiden: Brill Publishers.

29
beberapa generasi selepas al-Ash’ari. Tokoh-tokoh Asha’irah ini telah mempertahankan
aliran Asha’irah sebagai satu aliran yang menjadi anutan jumhur ulama’ di seluruh dunia.
Mereka mengembangkannya sehinggalah aliran ini menjadi satu aliran yang sukar
untuk ditentang oleh kelompok-kelompok yang menyeleweng seperti Syiah dan
Muktazilah. Ianya merupakan satu aliran yang mampu memberikan ketenangan dalam jiwa
manusia terutama dalam mengukuhkan akidah Islam seperti mana yang dibawakan oleh al-
Quran dan hadis. Perbahasan dan perdebatan yang sering dilakukan juga dikaitkan dengan
merujuk al-Quran dan hadis berdasarkan dalil-dalil yang tertentu serta menggunakan
beberapa kaedah yang bersesuaian dengan isu yang yang dibangkitkan. Aliran ini
membawa sumbangan yang hebat dalam mendidik pemikiran Islam dan meninggalkan jasa
yang sangat besar dalam memantapkan akidah umat Islam.

10. RUJUKAN

al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar. 2002. Lisan al-mizan. ‘Abd al-Fatah Abu Ghudah.
(Tahqiq). Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyyah.

al-Ash’ari, Abi al-Hasan ‘Ali bin Isma’il. 2002. Risalah ila ahl al-thaghr. ‘Abd Allah Shakir
Muhammad al-Junaidy. (Tahqiq). Madinah Munawwarah: Maktabah al-‘Ulum wa al-
Hikam.

Al-Ash’ari, Abi al-Hassan ‘Ali bin Ismai’l. 1950. Maqalat al-Islamiyyin wa al-Ikhtilaf al-
Musallin. Pnyt. Muhammad Muhyiddin Abd al-Hamid. Al-Qahirah: Maktabah al-
Nahdah al-Misriyyah.

al-Ash’ari, Abi al-Hasan ‘Ali bin Isma’il. 1977. Al-Ibanah ‘an usul al-Diyanah. Pnyt.
Fawqiyah Husin Mahmud. (Tahqiq). Egypt: Dar al-Ansar.

al-Ash’ari, Abi al-Hassan ‘Ali bin Isma’il. 1344H. Istihsan al-Khaud fi I’lm al-Kalam. India:
Matba’ah Majlis Dairah al-Maarif al-Nizamiyyah.

al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. 1972. Tahafut al-Falasifah. Pnyt.
Sulyman Dunya. Misr: Dar al-Ma’arif.

Hamda al-Sinan & Fauzi al-Anjari. 2006. Ahl al-Sunnah al-Asha’irah. Kuwait: Dar al-Diya’.

30
Hamudah Gharabah. 1955. Muqaddimah al-Luma’ fi al-rad ‘ala ahl al-zaygh wa al-bid’a.
Egypt: Matbu’ah Misriyyah.

Ibnu Asakir, Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hasan bin Hibat Allah al-Dimasyqi. 1347H. Tabyin
Kazb al-Muftari fima Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Ash’ari. Damsyiq: Matba’ah
al-Tawfiq.

Ibnu Kathir, Abu al-Fida’. 1966. Al-Bidayah wa al-Nihayah. 14 Juz. Bayrut: Maktabah Dar al-
Ma’arif.

Ibn Khaldun, ‘Abd al-Rahman bin Muhammad. t.th. Muqaddimah Ibn Khaldun. Tahqiq: ‘Ali
‘Abd al-Wahid Wafi. Cairo: Dar Nahdah Misr.

Jalal Muhammad Abd al-Hamid Musa. 1982. Nash’ah al-Ash’ariyyah wa Tatawwuruha.


Bayrut: Dar al-Kutub al-Lubnani.

Mat Idris, M. F. H. bin, Suliaman, I. bin, Salleh, A. Z. bin, Yusof, S. bin, Abdul Wahab, A. H.
bin, & Mohd Razali, M. A. bin. (2015). Al-Asha‘irah: Faktor Perkembangan dan
Metodologi Argumentasinya [Al-Asha’irah: Developmental Factors and Methodology
of Argument]. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 11(3), 99-109.
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/141

Mustafa Kamal bin Amat Misra, Jaffary bin Awang & Abdul Rahman bin Mahmood. (2018).
Al-Ashairah: Analisis Perkembangan Dan Tokoh. Jurnal Pengajian Islam, 11 (II), 35-
43. http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-
content/uploads/2019/01/11_II.03.pdf

Musa, R. (2020). Isu Perselisihan Antara Gerakan Salafiyyah dan Al-Asya’irah: Analisis
Pendekatan Ulama Ahl Sunnah Wa Al-Jamaah. Jurnal Peradaban Islam, 1(1), 82-110.
https://peradabanislam.com/jurnal/article/view/6

Muammer Iskandaroglu. 2002. Fakhr al-Din al-Razi and Thomas Aquinas on the question of
the eternity of the world. Laiden: Brill Publishers.

Mudasir Rosder. 1993. Uluhiyyah dalam Aliran Aschacirah dan Kesannya dalam Pengajian
Akidah di Johor. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Usuluddin, Universiti Malaya.

Richard J. McCarthy. 1953. The Theology of al-Asha’ri. Bayrut: Impremerie Catholic.

31
al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi. 1918. Tabaqat al-Shafi’iyyah al-
Kubra. Juz 3. Al-Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

Umi Ma’rifah. (2020). Al-Asy’ariyah (Latar Belakang, Al -Asy’ari, dan Pokok ajaran
Asy’ariyah).
https://www.academia.edu/43182645/Umi_Marifah_Teologi_Pemikiran_al_Asyariya
h

Wahab, M. R., & Omar, S. H. S. (2013). Peringkat Pemikiran Imam al-Ash’ari Dalam
Akidah. International Journal of Islamic Thought, 3, 58-70.
http://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/5-Muhammad-Rashidi-IJIT-
Vol-3-2013.pdf

al-Zabidi, al-Sayyid Muhammad bin Muhammad al-Husaini. 1989. It’haf al-Sadat al-
Muttaqin. Juz. 2. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Ilmiyyah.

Zakaria Stapa (et.al). (2018). Sejarah Al-Asha’ri dan Al-Asha’irah di Nusantara. (Edisi
kemaskini). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

32

Anda mungkin juga menyukai