Anda di halaman 1dari 4

1

Selepas mendapat perintah daripada Allah, Malaikat


Maut akan mendatangi umat manusia untuk mencabut
nyawa dalam dua keadaan bergantung kepada amalan
seseorang. Jika dia hadir dalam keadaan wajah berseri-
seri, ini bermakna si mati seorang beriman. Namun jika
hadirnya dalam keadaan bengis, maka ketahuilah si mati
bahawa dia adalah orang kafir atau fasiq iaitu membawa
banyak dosa.

2
Seseorang itu mula rasa kosong dalam badannya
bermula dari bahagian kaki sehinggalah nyawa sampai ke
kerongkong. ketika di kerongkong, segala amalan
taubatnya tidak lagi diterima allah.

3
Sebaik sahaja roh dicabut, ketika itu manusia akan
dapat melihat dua keadaan iaitu alam nyata dan alam
ghaib.

4
malaikat maut bersama sekumpulan malaikat rahmat
(bagi si mati yang beriman) dan malaikat azab (jika si
mati orang fasiq) akan membawa roh untuk
dipersembahkan kepada allah di langit ketujuh.

K O L E J U N I V E R S I T I I S L A M
A N T A R A B A N G S A S E L A N G O R
N U R S Y A H I R A H F A R H A N I
B I N T I M O H D Z A M R I
( 1 9 B E 0 2 1 7 0 )
5
ketika tiba di langit pertama, malaikat penjaga langit
akan membuka pintu sambil memuji-muji roh si mati yang
berbau haruman syurga dan begitulah di langit
berikutnya sehinggalah di langit ketujuh. namun jika si
mati ialah orang yang fasiq, pintu langit tidak akan
dibuka sebaliknya roh tersebut akan mendapat
penghinaan oleh malaikat penjaga langit selain baunya
juga busuk.

6
seterusnya, malaikat akan membawa buku amalan
seseorang untuk dipersembahkan kepada allah dan ia
akan diletakkan di dua tempat yang diberi nama illiyin -
untuk orang yang soleh dan sijjin - bagi mereka yang
fasiq. buku-buku amalan ini akan diturunkan pada hari
kiamat kelak untuk dihitung di mahsyar.

7
roh yang diangkat ke langit tadi akan dibawa turun
semula oleh malaikat untuk proses seterusnya di alam
barzakh iaitu sebuah destinasi transit sebelum tibanya
hari perhitungan iaitu kiamat.

8
selepas selesai pengebumian, jasad yang disemadikan di
tanah perkuburan tadi akan mendengar bunyi tapak kaki
orang yang mengiringinya untuk pengebumian sehinggalah
tapak kaki orang yang terakhir meninggalkan tanah
perkuburan sebelum tibanya dua malaikat munkar dan
nakir.

K O L E J U N I V E R S I T I I S L A M
A N T A R A B A N G S A S E L A N G O R
N U R S Y A H I R A H F A R H A N I
B I N T I M O H D Z A M R I
( 1 9 B E 0 2 1 7 0 )
9
si mati akan dibangkitkan dalam keadaan duduk dan
disoal dengan keras tanpa belas ihsan olehmalaikat
munkar dan nakir.

10
semasa munkar dan nakir bertanya soalan, ketika itulah
segala amal ibadat dan al-quran akan hadir untuk
menjawabnya malah jika sesiapa yang mengamalkan
bacaan surah al-mulk setiap malam sebelum tidur, maka
surah itu akan menjadi pelindung daripada seksaan
kedua-dua malaikat tersebut.

11
terdapat dua jenis roh manusia iaitu roh mun'ammah dan
mu'azzabah. mun'ammah ialah roh orang yang mendapat
nikmat allah dan boleh menjawab soalan di alam
barzakh. roh mu'azzabah pula bagi mereka yang akan
memperoleh seksaan dan azab yang tak terperi sakitnya.

12
bagi umat islam yang dapat melepasi ujian di alam
barzakh itu, maka kuburnya yang sempit akan diluaskan
saujana mata memandang dan terbinalah ia taman-
taman syurga yang serba indah lagi menarik.

K O L E J U N I V E R S I T I I S L A M
A N T A R A B A N G S A S E L A N G O R
N U R S Y A H I R A H F A R H A N I
B I N T I M O H D Z A M R I
( 1 9 B E 0 2 1 7 0 )
13
ketika itu allah hadirkan amalan baik yang bentuknya
seperti orang yang disayangi untuk menjadi peneman di
taman syurga itu sehinggalah tibanya hari kiamat. bagi
golongan fasiq, mereka akan ditempatkan di lubang-
lubang neraka yang antara siksaannya ialah menjadi
makanan api neraka, lemas dalam sungai darah selain
mereka akan mencederakan diri sendiri dengan cara
memotong pipi sehingga leher menggunakan pisau yang
tajam dan besar.

14
bagi orang yang beriman yang tinggal di taman syurga
pula, mereka akan diperlihatkan mahligai indah masing-
masing yang sudah dibina di alam syurga. maka mereka
akan sentiasa berdoa agar dipercepatkan hari kiamat
untuk membolehkan mereka segera memasuki mahligai
indah itu.

15
penghuni alam barzakh akan terus mendapa ganjaran
pahala yang berterusan menerusi amal dilakukan ketika
dunia iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang
ditinggalkan dan doa daripada anak-anak yang soleh.
rasulullah saw bersabda maksudnya: apabila manusia
meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali
daripada tiga sumber: sedekah yang berterusan
faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang
berdoa kepadanya. [hr muslim, (3092) daripada abu
hurairah]

FIRMAN DAN BAGI TIAP-TIAP UMAT ADA TEMPOH (YANG

DITETAPKAN),MAKA APABILA DATANG TEMPOHNYA, TIDAK

ALLAH DAPAT MEREKA DIKEMUDIANKAN WALAU SESAAT PUN, DAN

TIDAK DAPAT PULA MEREKA DIDAHULUKAN.

SWT [ SURAH AL-'ARAF: AYAT 34]

K O L E J U N I V E R S I T I I S L A M
A N T A R A B A N G S A S E L A N G O R
N U R S Y A H I R A H F A R H A N I
B I N T I M O H D Z A M R I
( 1 9 B E 0 2 1 7 0 )

Anda mungkin juga menyukai