Anda di halaman 1dari 5

KEHIDUPAN DELEPAS KEMATIAN

1.0 PERISTIWA HARI KIAMAT

Menurut Sayid Sabiq bahawa Hari Kiamat bermula dengan al-ba’th iaitu mengembalikan kepada
manusia roh dan jasad seperti mana manusia di dunia, dan pengembalian ini berlaku selepas
ketiadaan yang sepenuhnya dan manusia tidak mampu mengetahui kewujudan akhir ini kerana ia
sangat berbeza atau berlainan daripada kewujudan yang pertama. Pandangan Sayid Sabiq ini
juga menunjukkan bahawa Hari Akhirat ada dua bahagian iaitu bahagian pertama meliputi
ketiadaan alam sepenuhnya, dan bahagian kedua daripada Hari Akhirat bermula dengan
kebangkitan semula manusia. Firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zumar ayat 68:

Maksudnya: Dan sudah tentu akan ditiup sangka kala, maka pada waktu itu matilah makhluk-
makhluk yang ada di langit dan bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian
matinya); kemudian ditiup sangka kala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun
berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

Maka dengan tiupan sangka kala pertama seluruh alam akan binasa dan hancur lebur. Kemudian,
langit akan digulung oleh Allah seperti gulungan kertas serta bintang-bintang atau planet-planet
akan berselerak dan berlanggar antara satu sama lain. Semua makhluk yang hidup di atas muka
bumi ini iaitu manusia dan haiwan serta merta mati akibat kehancuran bumi dan langit.
Sebahagian mati kerana gempa bumi besar, sebahagian mati kerana letusan gunung berapi,
sebahagian mati ditimpa batu-batu gunung yang berterbangan seperti kapas yang berterbangan di
udara, sebahagian mati kerana pukulan ombak dan banjir besar dan sebagainya.
2.0 HARI KEBANGKITAN

Pada tiupan sangka kala kedua semua manusia yang telah mati sejak zaman Adam a.s hingga
Hari Kiamat dibangkitkan kembali dari kubur. Mereka semuanya hidup seperti dahulu.
Walaupun menghidupkan semua manusia yang telah mati yang sebahagiannya tiada sedikitpun
tulang yang tinggal di dalam tanah merupakan satu perkara yang amat mudah, tetapi ada di
antara manusia yang meraguinya. Mereka ragu bagaimana Allah SWT dapat menghidupkan
kembali orang yang telah menjadai tanah. Sebenarnya ia tidak perlu diragui, kerana Allah swt
berkuasa mengadakan kali pertama sekalian alam ini termasuk manusia, begitulah mudah bagi-
Nya mengadakannya buat kali kedua iaitu membangkitkan manusia sekali lagi dari kubur. Hal
ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 27:

Maksudnya; dan Dia lah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia
mengembalikan (hidup semula sesudah mati ), sedang perlaksanaan Yang demikian amatlah
mudah bagiNya dan bagiNyalah jua sifat Yang tertinggi di langit dan bumi, dan Dia lah jua
Yang Maha Kuasa ,lagi Maha Bijaksana.

Penghulu segala Nabi dan Rasul iaitu Muhammad SAW adalah manusia yang pertama akan
dihidupkan kembali. Hal ini djelaskan oleh Baginda:

Maksudnya;

“Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertamna
akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan
dibenarkan memberi syafaat”. [Riwayat Muslim (2278)]

3.0 PADANG MAHSYAR (HASYR)


Hasyr bermakna perhimpunan iaitu perhimpunan makhluk selepas dibangkitkan semula atau
dihidupkan semula bertujuan untuk menerima balasan. Allah SWT telah berfirman dalam Surah
Maryam ayat 85-86 yang bermaksud:

“Ingatlah hari ketika Kami mengumpulkan orang-orang bertaqwa kepada Tuhan yang Maha
Pemurah sebagai perutusan yang terhormat. Dan Kami akan menghalau orang-orang yang
derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga”.

(Surah Maryam : 85-86)

Hasyr dalam erti lain ialah keadaan manusia yang dihalau ke suatu tempat. Tempat itu ialah
tempat mereka berhenti menunggu untuk dijatuhkan hukuman. Setelah manusia dibangkitkan,
Allah menyuruh malaikat-Nya menghalau mereka ke sesuatu tempat penantian (Padang
Mahsyar) di mana ketika itu mereka dalam keadaan sebagaimana kejadian pertama yakni tidak
berkasut, tidak berpakaian dan tidak berkhatan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan: daripada
Aishah, beliau menyebutkannya yang bermaksud

Aku mendegar Rasulullah S.A.W bersabda : “Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat
dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Aku bertanya : Wahai
Rasulullah, adakah sebahagian mereka melihat kepada sebhagian lain? Rasulullah menjawab :
“Wahai Aishah, keadaan pada hari itu lebih dahsyat daripada sekadar melihat antara satu
sama lain”.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tiada seorang pun manusia yang tertinggal daripada menyertai perhimpunan di Padang Mahsyar.
Keadaan bagi orang mukmin di Padang Mahsyar adalah lebih baik berbanding orang kafir dan
orang-orang yang tidak beramal soleh ketika hidup mereka di dunia.

4.0 PERSEMUKAAN DAN PERHITUNGAN (HISAB)


Kita beriman bahawa pembalasan terhadap manusia berlaku setelah perbicaraan yang adil. Setiap
manusia akan bersemuka dengan Tuhannya, lalu mereka diminta memberikn alasan terhadap
segala amalan mereka. Mereka akan didedahkan perihal segala pekerjaan yang mereka lakukan
semasa di dunia. Mereka akan membaca sendiri kitab-kitab catatan amalan mereka. Lantaran itu,
kita wajib beriman tentang adanya persemukaan, hisab da pembacaan kitab catatan amalan.
Manakala, apa yang dimaksudkan dengan penghisaban ialah perincian terhadap perbuatan, kata-
kata dan iktiqad yang dilakukan oleh Allah S.W.T terhadap hamba-hamba-Nya sebelum mereka
beredar dai Padang Mahsyar.

Terdapat dua cara hisab manusia di Padang Mahsyar. Pertama, manusia akan diserahkan rekod
yang mengandungi butiran amalan semasa mereka hidup di dunia. Kedua, anggota tubuh badan
manusia akan menjelaskan atau menyaksikan apa yang mereka lakukan di dunia ini.

4.1 Rekod Amalan

Mengenai cara hisab melalui rekod amalan, Al-Quran ada memberitahu bahawa kalau seseorang
menerima rekod amalannya dengan tangan kanan, maka dia mendapat rekod amalan yang
menyenangkan hisabnya. Manakala, seseorang yang menerima rekod amalan dengan tangan kiri,
maka dia mendapat amalan yang menyusahkan hisabnya. Menerusi Surah Al-Insyiqaq ayat (7-
12);

Yang bermaksud: Kemudian sesiapa yang diberi menerina surat amalnya dengan tangan
kanannya, Maka ia akan dihisab dengan cara yang nudah dan ringan, Dan ia akan pergi
kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang yang menerima surat
amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung menyebut-
nyebut kebinasaannya, Dan ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

4.2 Anggota Badan


Mengenai cara hisab di mana anggota jasad atau tubuh manusia yang menjadi jurubicara dan
saksi diatas apa yang dilakukan oleh seseorang manusia itu di atas muka bumi. Ini dinyatakan
dalam Al-Quran dalam Surah Yasin ayat 65:

Yang bermaksud; Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka, dan (memberi peluang
kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki
mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.

5.0 MIZAN (TIMBANGAN)

6.0 SYURGA DAN NERAKA

Syurga (Al Jannah) secara bahasa berarti : kebun (al bustan), atau kebun yang di dalamnya
terdapat pepohonan. Bangsa Arab juga biasa memakai kata al jannah untuk menyebut pohon
kurma. Secara istilah, syurga ialah nama yang umum mencakup suatu tempat yang telah
dipersiapkan oleh Allah bagi mereka yang menaati-Nya, di dalamnya terdapat segala macam
kenikmatan, kelezatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pandangan mata. Syurga juga
disebut dengan berbagai macam nama selain Al Jannah, diantaranya: Darus Salam (Negeri
Keselamatan), Darul Khuld (Negeri yang Kekal ), Jannatun Na'im (Surga yang Penuh
Kenikmatan), Al Firdaus dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai