Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

BANDAR SERI PUTRA,


43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
______________________________________________________________________________
TARIKH: 1 SEPTEMBER 2021
Kepada,
Ustazah Fatimah Syarha Binti Mohd Nordin
Penulis Buku Dan Penceramah,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Puan,
JEMPUTAN MEMBERI PERBINCANGAN (FORUM) YANG BERTAJUK ‘IBUBAPA NORMA BAHARU: BEBAN
ATAU AMANAH?’ SECARA DALAM TALIAN.
Merujuk perkara di atas, saya Setiausaha bagi Program Khidmat Ummah Semester 4 berbesar hati
menjemput Ustazah untuk menyampaikan satu perbincangan (forum) yang bertajuk ‘Ibubapa Norma
Baharu: Beban Atau Amanah?’

2. Program perbincangan (forum) ini dijalankan adalah bertujuan memberi kesedaran kepada ibu
bapa mahupun masyarakat awam tentang ilmu atau pengetahuan berkaitan dengan keibubapaan
terhadap anak-anak sepanjang pandemik ini berlaku.

3. Sekiranya Puan sudi menyampaikan perbincangan (forum) ini, kami ingin mengetahui tentang
pengurusan perancangan belanjawan dan prosedur pemilihan. Ketetapan ceramah ini adalah seperti
berikut:
Tarikh : 18 Sepetember 2021 (Sabtu)
Masa : 8:00 – 10:30 PM
Bertempat di : Facebook secara Live di laman rasmi Pusat Pengajian Teras (PPT)

Sebarang pertanyaan daripada pihak Ustazah boleh menghubungi:

Nama : Siti Nur Hazwani Binti Mohamad Jonid


No tel: : 011-2899 0549

Kerjasama, keperihatinan daripada pihak Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Yang menurut perintah,


___________________
(SITI NUR HAZWANI BINTI MOHAMAD JONID)
SETIAUSAHA PROGRAM KHIDMAT UMMAH
LAMPIRAN 1

1. Apakah peranan ibubapa dalam membentuk anak-anak yang berilmu dan bersahsiah dalam
norma baharu?

2. Adab dan sahsiah pada masa kini dipandang remeh oleh para murid atau anak-anak. Lebih-
lebih lagi sewaktu pembelajaran di atas talian berlangsung. Mengapa perkara sebegini boleh
berlaku? Pada pendapat Puan bagaimana ibubapa boleh mengambil bahagian dalam mengatasi
masalah ini?

3. Generasi kini tidak dapat dipisahkan dengan gajet. Lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini.
Telefon bimbit sudah menjadi keperluan kerana pembelajaran berlaku atas talian. Pembelian pun
sama. Ada kalanya, telefon bimbit anak-anak minta dan mahukan lebih mahal haganya
berbanding telefon bimbit ibubapa itu sendiri. Apabila anak-anak sudah memiliki telefon bimbit
yang canggih, maka lebih mudahlah mereka untuk mengakses ke laman sosial seperti FACEBOOK,
TWITTER, INSTAGRAM. Tetapi persoalannya di sini sejauhnya manakah tahap pemantauan
ibubapa terhadap penggunaan gajet oleh anak-anak mereka?

4. Antara perkara lain dalam membentuk kejayaan para murid atau anak-anak adalah kasih
sayang dan keharmonian dalam institusi sesebuah kekeluargaan. Bagaimana keretakan dan
kecelaruan yang berlaku di rumah boleh memberi kesan kepada murid atau anak-anak tersebut
dan apakah nasihat puan kepada ibubapa atau sebagai untuk menambah pengetahuan kepada
mereka yang akan menjadi ibubapa bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku?

5. berdasarkan pengalaman panel sendiri sebagai ibu kepada anak-anak, apakah cabaran atau
masalah yang sering dihadapi dalam mendidik anak-anak ketika situasi pandemic ini?

6. bolehkah panel kongsikan kepada para ibubapa beberapa tips untuk menjadi ibubapa yang
terbaik buat anak-anak?

7. anak-anak sering dikaitkan dengan sifat nakal mereka sekiranya tidak mendengar arahan
daripada ibubapa. Bagaimankah nada yang sesuai untuk ibubapa gunakan dan dipratikkan
kepada anak-anak supaya mereka lebih akur untuk mendengar nasihat ibubapa mereka?

8. anak-anak sering menimbulkan masalah seperti bergaduh berkaitan dengan hal yang remeh
sesame adik-beradik sehingga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Adakah perlu sebagai ibubapa menegur sikap mereka atau membiarkan sahaja mereka
mengambil masa untuk berbaik semula?

2
3

Anda mungkin juga menyukai