Anda di halaman 1dari 7

6.

0 PROGRAM INTERVENSI YANG DICADANGKAN

Melalui pemerhatian awal yang dijalankan,saya mendapati murid-murid menunjukkan


minat terhadap matapelajaran Sains bagi topik yang diajari ini. Hal ini kerana melalui
pembelajaran tajuk ini dapat menolong murid-murid mengetahui serba sedikit dalam
memahami perubahan semulajadi yang terjadi pada individu yang bergelar wanita. Selain itu
juga, topik ini turut membantu murid-murid memahami berkenaan darah haid dan istihadah.
Namun begitu, ekoran daripada banyak perkara yang perlu dihafal dan diingat menyebabkan
masalah buat mereka. Lebih-lebih lagi apa yang dihafal itu dilakukan tanpa memahami apa
yang dihafal. Bagi mengatasi perkara tersebut, saya bercadang untuk membimbing murid-
murid tersebut melalui kaedah nota berpandu dan mengaplikasikan Kit Period Cycle.

Rajah dibawah menunjukkan urutan langkah-langkah dalam melaksanakan tindakan


atau intervensi bagi Program ‘Red Roses’ ini.

Menjawab Set
Ingat Menghasilkan
Pengajaran Gallery Soalan Penilaian
dan Kit Period Berkenaan
Berpandu Walk Guru
Paham Cycle Kitaran Haid

Rajah 1

6.1 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian Penilaian

Kajian tindakan ini dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Sains. Jangka masa
perlaksanaan tindakan mengambil masa 7 minggu iaitu dari 20 June sehingga 3 August 2022.

Langkah 1 : Nota Berpandu

Saya menggunakan pengajaran menggunakan nota berpandu dan juga turut menggunakan slaid
power point semasa waktu PdPc berlangsung. Slaid power point digunakan kerana ia mampu
menarik perhatian murid-murid dengan mudah dan dapat menyampaikan mesej dengan lebih
pantas.

Semasa pengajaran bagi topik sains ‘Kitaran Haid’ ini, saya telah menjalankan
pengajaran saya dengan menggunakan buku teks Tingkatan 1 dengan merujuk muka surat 104
dan 105. Pada halaman muka surat tersebut menerangkan tentang kitaran haid serta perubahan
yang terjadi pada dinding uterus dan juga ovari. Selain itu, ia juga melibatkan penerangan
tentang pembentukan dan pembebasan telur yang matang. Namun demikian, saya mendapati
mereka menjadi tidak fokus dan berbual-bual dengan rakan sebelah. Menurut (Muhammad
Zulfikar,2021) pembelajaran yang berpusatkan guru membuatkan murid-murid cenderung
menjadi bosan semasa di dalam kelas. Berdasarkan (Ahmad & Nelson,2015) dalam
(Muhammad Zulfikar,2021) menyatakan peranan guru adalah penting dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran agar sesuatu pembelajaran tersebut tidak menjadi bosan dan lebih menarik.
Mengikut teori multiple intelligence, pembelajaran dengan merangsang pelbagai deria mata
murid diyakini mampu merangsang minda mereka, Oleh hal itu, saya telah mewujudkan sebuah
nota berpandu yang terdiri daripada gambaran kartun bagi memudahkan pemahaman murid-
murid berkenaan kitaran haid serta perubahan yang terjadi pada dinding uterus, ovari serta
pembentukan dan pembebasan telur.

Selain itu, saya juga turut memasukkan kaedah Mnemonik bagi memudahkan murid-
murid mengingat semula fakta yang perlu dihafal melalui frasa-frasa ayat dalam bentuk
pendek. Menurut (Maizan Muhammad,2017) penggunaan teknik Mnemonik membantu
menjana daya ingatan individu dengan hanya menambah sedikit sahaja usaha. Teknik
Mnemonik merupakan teknik yang dapat meningkatkan kemampuan menghafal kosa kata yang
membantu murid memahami suatu ayat,idea,ataupun gambaran dan ini dapat membantu
mereka mengingat sesuatu konsep pembelajaran tersebut.

MASA PERISTIWA YANG BERLAKU PERISTIWA YANG BERLAKU


(HARI) DALAM OVARI DALAM UTERUS
1-5 FSH- menggalakkan perkembangan Haid berlaku - luluh
folikel.
6-13 Kemalangan folikel graf E untuk E
Berlaku pemulihan dan penebalan
endometrium.
14 E ↑ maka LH ↑ (Mekanisme suap balik Penebalan endometrium terus
positif) Pengovulan. berlaku.
15-24 Lompang- Korpus Luteum 5P ↑: Progestron ↑
Penebalan endometrium
Berlaku persenyawaan
Pregnant
Penempelan embryo
Progestron ↑
LH,FSH direncat
Mekanism suap balik negatif
25-28 Penyusutan Korpus Luteum -kecil Kemerosotan endometrium
Tiada persenyawaan

Saya percaya penggunaan gambaran kartun dalam nota berpandu bagi menerangkan
tajuk kitaran haid ini dapat menarik perhatian murid yang pada asalnya tidak fokus semasa
topik ini diajarkan. Hal ini kerana penggunaan kartun sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dapat membuatkan suasana yang bahagia dan boleh memancing emosi murid
untuk belajar dengan lebih baik. Selain murid orang dewasa juga gemarkan kartun. Dengan
penggunaan kartun juga diyakini dapat merangsang penglihatan mereka dengan perkara yang
menyeronokkan, membuatkan mereka lebih senang ingat dan paham mesej yang ingin
disampaikan. Justeru ini dapat membantu menvisualkan dalam pemikiran mereka.

Gambar 1 : Nota Berpandu Guru


Langkah 2: Ingat dan Paham

Seterusnya murid akan diberi tempoh selama anggaran masa 10 minit untuk mereka berdiskusi
sesama rakan disebelah dan mengingat tentang apa yang telah dpahami dan dipelajari
berdasarkan nota berpandu.Mengingat adalah satu kaedah yang membantu murid menghadam
informasi dan isi-isi penting dalam teks nota atau buku nota dan proses ini melibatkan mereka
untuk me’recall’ atau memanggil kembali isi-isi yang difahami atau dipelajari..

Langkah 3: Menghasilkan Kit Period Cycle

Murid diminta untuk membentuk 4 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. Seterusnya guru
akan membahagi kepada setiap kumpulan barangan seperti piring kertas, kertas warna, marker
dan gunting untuk mereka menghasilkan Kit Period Cycle.

➢ Kaedah Perlaksanaan
o Murid diminta untuk melukis bulatan kitaran haid yang menunjukkan hari 1 hingga 28
hari pada piring kertas yang pertama.
o Bagi piring kertas yang kedua pula,murid diminta melukis bulatan kitaran haid yang
menerangkan ketebalan uterus mengikut haribulan.
o Seterusnya piring kertas ketiga murid diminta melukis bulatan kitaran haid yang
menerangkan peranan hormon pituitary berdasarkan haribulan.
o Murid diminta melukis kitaran haid di piring kertas keempat dengan menerangkan
perubahan yang berlaku di ovari mengikut haribulan.

Gambar 2 : Contoh Kit Period Cycle yang dihasilkan pelajar


Langkah 4: Gallery Walk

A1 STESEN 1 A2 STESEN 2

B1 B2 B3 C1 C2 C3
A3
STESEN 3

D1 D2 D3
Rajah 2 : Gambaran Gallery Walk

Gallery Walk adalah merupakan satu kaedah pengajaran yang berpusatkan murid dimana
kaedah ini melibatkan penglibatan aktif murid. Gallery walk adalah strategi Pembelajaran Abad
Ke-21, ia memberi ruang kepada pelajar untuk berkolaborasi dalam kumpulan, berkomunikasi
dan berkongsi idea berdasarkan soalan, peristiwa,gambar,dokumen dan juga lembaran kerja.

➢ Kaedah Perlaksanaan.
1. Pelajar-pelajar dipecahkan kepada empat kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga
orang.
2. Setiap kumpulan akan diedarkan kertas mahjung. Pelajar akan menampal hasil kerja
‘Kit Period Cycle’ yang telah mereka hasilkan.
3. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua yang berperanan menerangkan hasil
kerja bagi setiap kumpulannya.
4. Setiap kumpulan seterusnya akan bergerak untuk melihat hasil tugasan kumpulan lain.
Guru akan memastikan wujud sesi pertanyaan, berkongsi maklumat antara mereka.
5. Guru mewujudkan borang senarai semak untuk menilai pemahaman pelajar semasa
pembelajaran di ‘Gallery Walk’ berlangsung.
Nama :
Kumpulan :

PENILAIAN YA TIDAK

1) Murid dapat menyampaikan definisi haid dan


kitaran haid dengan betul

2) Murid dapat melukis fasa kitaran haid dengan betul.

3) Murid dapat menerangkan perubahan teterhadap


uterus semasa fasa kitaran haid berlaku.

4) Murid dapat menerangkan pembentukan dan


pembebasan telur yang matang semasa kitaran haid

Jadual 2 : Borang Senarai Semak

Langkah 5 : Penilaian

➢ Pemerhatian

Pemerhatian terhadap peserta kajian dilakukan dengan membuat catatan terhadap tingkah laku
mereka terhadap minat dan penglibatan mereka sepanjang tindakan program intervensi
dijalankan. Selain itu, saya juga menggunakan borang senarai semak untuk melihat dan
mengumpul data pemerhatian sebelum dan selepas tindakan intervensi dilaksanakan.
Pengambilan gambar murid—murid juga dilakukan untuk menyokong kepada penilaian
pemerhatian guru semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
➢ Menjawab Set Soalan Berkenaan Kitaran Haid

Murid-murid dikehendaki menjawab set soalan berkenaan topik kitaran haid sebagai sumber
data kajian untuk guru menilai dari sudut peningkatan pemahaman mereka bagi topik kitaran
haid ini dan untuk memperlihatkan tahap penguasaan mereka bagi subjek ini. Kertas set soalan
yang disediakan terdiri daripad soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman terhadap isi
pelajaran yang dipelajari. Set soalan mengandungi soalan objektif dan berstruktur. Dengan
menjawab set soalan yang diberikan juga guru dapat menilai adakah objektif yang ditetapkan
tercapai. Selain itu, guru juga dapat mengetahui sama ada program intervensi yang dijalankan
mebuahkan hasil yang positif atau tidak.

Gambar 3 : Contoh soalan berkenaan kitaran haid

Anda mungkin juga menyukai