Anda di halaman 1dari 2

PSIKOLOGI KEMAHIRAN BERFIKIR

TUGASAN KUMPULAN:
KEMAHIRAN MEMBUAT GAMBARAN MENTAL.

PENSYARAH:
PROF DR SAEMAH BINTI RAHMAN.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD FIRDAUS BIN BAHARUDIN (GP05254)


FARAHIDA CAMELIA BINTI FADZIL (GP05240)
AHMAD HILMI BIN AMIR (GP05231)
LIM PENG KEONG (GP05248)
ILLI LIYANA BINTI KAMARUDIN (GP05244)
KEMAHIRAN MEMBUAT GAMBARAN MENTAL.

Shepard (1978: 125-137) mengemukakan mental imagery merupakan kemampuan


manusia untuk menggambarkan kesan dalam fikiran sesudah stimuli original pada
pandangan di dalam otak yang keluar. Sedangkan menurut Thomas (2010) mental imagery,
secara literal sering dirujuk sama seperti visualisasi, melihat dengan mata bayangan,
mendengar sesuatu di dalam kepala, mengimaginasi dengan perasaan, dan sebagainya.

Situasi:

Anda seorang pegawai kesihatan yang mula bertugas hari pertama pada shift malam di
bahagian bilik mayat. Waktu melawat hospital telah tamat, anda merupakan individu terakhir
menggunakan lif. Sedang anda berada di dalam lif, tiba-tiba lif bergegar dan berhenti dengan
sendirinya.

Gambarkan anda berada di dalam situasi tersebut.

Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh anda?

Prosedur:

1. Bayangkan situasi tertentu

Keadaan terperangkap di dalam lif

2. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental

Persepsi sebelum melangkah ke dalam lif (termasuk perasaan yang berkaitan dengan
pengalaman lepas seperti dari kisah seram, fobia berada dalam keadaan tertutup dan kecil
(claustrophobia) dan keadaan persekitaran iaitu waktu malam dan lif kerap rosak).

3. Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah situasi

i. Pintu lif tidak terbuka


ii. Keadaaan di dalam lif menjadi gelap gelita dan badan mula berpeluh.
iii. Mula rasa panik dan fikir tentang perkara paling buruk yang mungkin berlaku
(“worst-case-scenario”).

4. Bina satu senario keseluruhan

Pelajar mula membayangkan situasi secara menyeluruh menggunakan maklumat yang sedia
ada untuk menangani situasi yang dihadapinya. Pelajar mengkategorikan langkah-langkah
untuk menangani situasi. Sebagai contoh, mengawal perasaannya dan alternatif untuk
mencari bantuan.

Anda mungkin juga menyukai