Anda di halaman 1dari 6

Tugasan :

Penulisan Esei

Terdapat juga beberapa alat berfikir


yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Alat
berfikir turut digunakan dalam penulisan dan penyediaan nota. Alat berfikir
berkenaan adalah seperti pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-Think, Teknik
menyoal aras tinggi, alat-alat CoRT 1 dan alat-alat CoRT IV (pemikiran kreatif).

Berdasarkan pernyataan di atas, perincikan penggunaan salah satu alat berfikir


dalam meningkatkan kemahiran belajar.

Alat – alat CoRT IV (Pemikiran Kreatif)


1.0 Pengenalan

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh
setiap pelajar untuk membolehkannya mencari maklumat, menyoal, menganalisis dan
menyelesai masalah kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi Ke-3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau
kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan
dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang
sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,
membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan situasi yang sepadan
dan perubahan tingkah laku. Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk
memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Kemahiran belajar
juga mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek seseorang individu. Kemahiran ini
amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.
Secara keseluruhannya , pembelajaran adalah salah satu bidang yang penting untuk
perkembangan psikologi setiap pelajar. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua
pelajar supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan sama ada
bersama guru atau tanpa guru. Kajian oleh Klavas mendapati bahawa setelah pelajar
diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya, pelajar tersebut berjaya
mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Esei ini ditulis adalah tentang alat-alat CoRT IV
(pemikiran kreatif), untuk membantu memahami kemahiran belajar dan seterusnya juga
mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek seserang individu.

2.0 Perbincangkan

2.1 Apa itu CoRT IV?

CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. Singkatan ini dicipta
oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya
untuk mengkaji keberkesannya dalam menbantu meningkatkan kognitif pelajar. Erward de
Bono mengamanahkan alat CoRT ini kerana telah menunjukkan keberkesannya yang tinggi
dalam kajian ini. Oleh itu, telah mewujudkan CoRT IV. CoRT IV berkaitan dengan andaian
dan idea-idea yang belum dibuktikan digunakan untuk merangsang pemikiran yang
selanjutnya. Selain itu, merangkumi teknik, prosedur dan sikap kreatif . CoRT IV juga ialah
proses mengubah persepsi, iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.. Terdapat
beberapa alat dalam CoRT IV. Antaranya ialah alat YA, TIDAK dan PO , Input Rawak,
Cabaran Konsep, Idea Dominan, Kombinasi, Mengasingkan Kelemahan, Mengdefinisikan
Masalah, Keperluan, Penilaian.
2.2 Mengapa pilih CoRT IV

Saya memilih CoRT IV kerana ia meliputi asas teknik kreatif, membantu kita untuk mencari
idea baru dan cara baru untuk mengkaji sesuatu. Ia ialah peralatan dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998).
Penggunaan Alat CoRT IV membolehkan kita untuk melihat kekurangan yang terdapat pada
sesuatu benda, produk dan sebagainya. Oleh itu, kita dapat menyingkirkan kelemahan kita
lalu berfikir dengan lebih luas dan kreatif.

2.3 Bagaimana CoRT IV membantu dalam Kemahiran Belajar

Terdapat 10 teknik yang dapat membantu dalam kemahiran belajar. Antaranya ialah :

2.3.1 YA , TIDAK dan PO

YA, TIDAK dan PO adalah perkataan yang bersifat kritis dan kreatif. YA dan TIDAK
merupakan perkataan yang membawa implikasi sesuatu perkara, konsep sama ada ia benar
atau salah. Ia telah kukuh dan mantap, tidak dapat dipindah dan diubah. Kalau sesuatu
dikatakan sejajar dengan fakta benar atau betul, kata"Ya". Kalau sesuatu dikatakan salah
atau palsu,sekiranya bertentangan dengan fakta, kata"Tidak". Manakala PO ialah suku kata
yang boleh menggerakkan pemikiran kreatif. PO ialah alat yang digunakan untuk meneroka
idea yang asli dan baru. Kalau anda menganggap sesuatu sebagai idea atau cadangan
kreatif, kata "PO".

2.3.2 Batu Loncatan

Batu Loncatan ialah idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat idea
kreatif yang baru. Idea ini mungkin kedengaran kurang tepat, tetapi boleh menjadi batu
loncatan untuk idea baru.

2.3.3 Input Rawak

Input Rawak ialah kata-kata yang dipilih merupakan kata-kata yang tidak berkaitan
langsung. Ia mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus
idea-idea baru.

2.3.4 Cabaran Konsep

Cabaran konsep merupakan satu alat yang kita gunakan untuk memberi wajah baru kepada
sesuatu benda, peraturan dan sebagainya. Cabaran konsep ialah konsep yang lama
diubahkan menjadi baru
2.3.5 Idea Dominan

Alat yang digunakan untuk menetapkan idea dominan. Dielakkan daripada idea ini dan
mencari idea-idea baru.

2.3.6 Kombinasi

Alat yang menyambungkan beberapa unsur dan struktur yang berbeza ke dalam satu
kombinasi untuk menjadi sesuatu tambah nilai.

2.3.7 Mengasingkan Kelemahan

Alat yang digunakan untuk melihat kekurangan yang terdapat pada sesuatu benda, produk
dan sebagainya.oleh itu, boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk
memperbaiki sesuatu kelemahan.

2.3.8 Mengdefinisikan Masalah

Mengenalpasti sesuatu masalah yang benar. Sebelum kita menyelesaikan masalah, kita
hendaklah tahu apakah masalah terlebih dahulu.

2.3.9 Keperluan

Mengenal pasti semua keperluan dan situasi dalam sesuatu perkara supaya idea yang
dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan. Dengan alat ini kita dapat tentukan
mana yang penting dan tidak.

2.3.10 Penilaian

Membuat analisis terhadap sesuatu tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada
keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya. Dengan ini kita boleh mengesan
unsur-unsur yang boleh mendatangkan faedah kepada kita.

2.4 Faedah

Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan
lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini membantu kita meningkatkan daya belajar dan daya
intelek,memupuk displin belajar. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat
diwujudkan dengan bantuan alat CoRT IV ini. Alat CoRT IV juga membolehkan kita melihat
sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara Visual, Aural, dan holistik. Kita dapat meninjau
hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Alat ini juga untuk membolehkan kita
berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak
berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven.
2.5 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang terbaik dalam kemahiran belajar bagi meningkatkan
pretasi belajar. Melaksanakan perancangan memerlukan jadual, sentiasa mengekalkan
jadual dan mengikuti masa melaksanakan perancang yang disusun dan mengikut
keutamaan. Pelajar juga perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh
infomasi , ilmu pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Terdapat 4 tahap
kemahiran membaca iaitu Skimming, Scanning, Baca Laju dan Bacaan berat atau bacaan
intensif. Semua orang boleh berfikir. Untuk berfikir dengan kreatif, kita boleh menggunakan
alat CoRT 4 yang mengandungi 10 teknik dan bertujuan untuk meluaskan pandangan kita
apabila berfikir. Untuk mengatasi buta IT, Kelas Komputer dijalankan kerana menepati
keperluan. Zaman berteknologi tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik
IT.

3.0 Rumusan

Sebagai rumusan, perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis sangat penting
bagi membolehkan kita menyedari keupayaan dan keperluan untuk memikirkan kekayaan
alam secara aktif. Kemahiran Berfikir harus dikuasai oleh setiap individu kerana kemahiran
ini amat penting dalam kehidupan manusia. Alat CoRT IV memberi impak yan besar dan
penting ke atas pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu kita dalam menjana
pemikiran yang dalam dan menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas, mudah
difahami dan tidak terburu-buru. Melalui alat CoRT IV, dapat meningkat pencapaian dan
matlamat pembelajaran individu.

(1019 PP)
Sumber Rujukan

Buku :

Affan. O. (2007). Menjadi Remaja Smart Study. Ampang: PTS Litera Utama.

BPG. (1995). Alat-alat Berfikir. Kuala Lumpur: Unit Kurikulum,Bahagian Pendidikan Guru.

Hanum Hassan, Mohd. Fisol Osman, Mustafa Daud, Noormaizatul Akmar Ishak. (2008).
Belajar Secara Kreatif. Perlis: Penerbit UniMAP.

Mohd. Azhar. (2001). Pengenalan pemikiran kritis & kreatif. Skudai: Penerbit UTM

Poh Swee Hiang. (1997). KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kristis dan Kreatif. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Syed Ismail. (2016). Kemahiran Belajar. Shah Alam.

Jurnal :

Aziz, M., & Ahmad, . (2008). Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak (Malay). Jurnal Pendidikan Dan
Pendidikan, 29-47.

Razali Bin Shafie. (2010). Strategi-strategi Untuk Melahirkan Pelajar Yang Kreatif dan
Inovatif. Jurnal Akademik, 112-125.

Suppiramaniam Nadeson dan Rakan-Rakan. (2004). Jilid 2. Penggunaan Unsur-unsur


Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Kajian Tempatan. 52-56.

Siti Hajah Man, Hashiroh Hussain & Salmiah Said. (2013). Alat Berfikir Terhadap Kreativiti
dan Inovasi Murid. Jurnal Pendidikan Khazanah, 65-78.

Internet :

Qurratul. (2010). Kemahiran berfikir ciri-ciri, Alat CoRT . Ambil daripada:


https://www.scribd.com/doc/34910593/kemahiran-berfikir-ciri-ciri-alat-CoRT . Akses
pada 14 Ogos 2017.

Zura Nita. (2013). Kemahiran belajar Cemerlang. Ambil daripada:


http://www.academia.edu/7976851/kemahiran_belajar_cemerlang . Akses pada 15
Ogos 2017.

Anda mungkin juga menyukai