Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI DAN PERBINCANGAN

1) Sejauhmanakah modal sosial anda?


Modal sosial saya adalah Bonding Social Capital kerana saya mempunyai hubungan
dengan rakan tempat kerja yang sama seperti di sekolah dan syarikat swasta. Kami
selalu berinteraksi dan berkomunikasi tentang apa yang berlaku di tempat kerja dan
berkongsi pelbagai pendapat.
2) Bagaimana guru boleh meningkatkan modal sosial masing-masing untuk
peningkatan profesionalisme?
Guru boleh meningkatkan model sosial masing-masing untuk peningkatan
profesionalisme dengan berkawan guru-guru berlainan sekolah melalui penglibatan
diri dalam suatu aktiviti dianjurkan kementerian pelajaran atau Pejabat Pendidikan
Daerah. Justeru, guru boleh berkongsi pendapat masing-masing khususnya mengenai
cara pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan sebgainya.
Selain itu, guru juga perlulah menceburi diri dalam dunia teknologi yang mana ia
banyak membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya menyertai
Group Facebook atau Whatsapp yang mana boleh berkenalan dengan guru di sekolah
yang lain ataupun negara lain dan berkongsi teknik cara pengajaran yang terkini dan
moden yang lebih berkesan. Contohnya menggunakan teknik game pendidikan dan
sebagainya.

3) Sejauhmana para pelajar di negara kita mempunyai modal sosial yang ungul
Pada pendapat saya, para pelajar di negara kita mempunyai modal sosial yang ungul
kerana pada masa kini perlbagai teknologi telah wujud khususnya dalam bidang
komunikasi. Teknologi komunikasi pada zaman sekarang membantu kita untuk
berinterakasi dengan orang lain tidak kira dimana berada dan waktu. Contohnya
aplikasi Whatsapp, Ome Tv, Facebook, Google Meet dan sebagainya.
4) Sejauhmana penglibatan anda dalam organisasi NGO pendidikan dan juga
NGO lain (politik, sosial, ekonomi)
Saya tidak menglibatkan diri dalam dalam organisasi NGO pendidikan dan juga NGO
lain (politik, sosial, ekonomi) kerana memfokuskan diri dalam bidang pengajian.
5) Sejauhmana ko-kurikulum di sekolah boleh dijadikan platform untuk
meningkatkan modal sosial.
Ko-kurikulum di sekolah boleh dijadikan platform untuk meningkatkan modal sosial
kerana apabila pelajar terlibat dengan aktiviti luar kelas seperti sukan, mereka akan
mendapat membina hubungan dan berkomunikasi dengan rakan satu sukan dan pihak
lawan yang berbeza umur dan kelas. Selain itu, apabila mereka dengan suatu
pertandingan seperti kawad kaki peringkat negeri atau kebangsaan dan sebagainya,
mereka akan boleh mengenali rakan daripada sekolah yang lain serta boleh
berkomunikasi berkaitan perihal hidup dan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai