Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU HARI TARIKH TAHUN MASA MATAPELAJARAN


3 7.40-8.40 pagi Matematik
15 Selasa
60 minit

BIDANG TAJUK / UNIT

NOMBOR DAN OPERASI 3.0 PECAHAN DAN PERPULUHAN

STANDARD KANDUNGAN 3.1 Pecahan.

STANDARD 3.1.3 Menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hingga 10.
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;


PEMBELAJARAN Menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hingga 10.

KRITERIA Murid berjaya menukar sekurang-kurangnya dua pecahan wajar kepada bentuk termudah,
penyebutnya hingga 10 samada menggunakan gambarajah atau operasi bahagi dengan betul.
KEJAYAAN

AKTIVITI Set Induksi (7 minit)


PDPC 1. Murid bersoal jawab berdasarkan tajuk dengan bimbingan guru menggunakan contoh situasi
piza.
2. Guru mengulangi semula istilah pengangka dan penyebut kepada murid dan contoh-contoh
pecahan wajar yang pernah dipelajari.
Aktiviti 1 (20 minit)
3. Guru menunjukkan pecahan dua per empat kepada murid menggunakan ABM Pecahan.
4. Murid disoal pecahan setara dengan dua per empat.
5. Guru menjelaskan bahawa pecahan termudah ialah pecahan yang mempunyai nilai
pengangka dan penyebut paling kecil.
6. Murid diminta untuk membandingkan pecahan dua per empat dan satu per dua. Murid disoal
antara kedua-dua pecahan, manakah pecahan yang termudah.
7. Setiap murid diberikan Carta Pecahan dan disoal cara untuk menukar pecahan wajar
berpandukan carta pecahan yang diberikan.
Aktiviti 2 (25 minit)
8. Guru menunjukkan cara kedua untuk menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah iaitu
dengan membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama berbantukan
Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG).
9. Murid disoal cara untuk memudahkan pecahan lain seperti dua per enam dengan operasi
bahagi.
10. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi oleh guru.
Penutup (8 minit)
11. Beberapa murid disoal tentang pelajaran hari ini.
12. Guru membuat rumusan PdP dan memberi peneguhan serta teguran terhadap sikap murid
sepanjang PdP.

AKTIVITI PAK-21 Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)


Brainstorming (Sumbangsaran)

Buku teks Model Jadual Sifir


BBB

KBAT Mengaplikasi PETA I-THINK Choose an item.

NILAI MURNI Ketekunan


ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM KEUSAHAWANAN Bahasa

TAHAP PENGUASAAN
3 PBD Lembaran kerja Choose an item.
(PBS)
KEHADIRAN : 5 /14

Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang.
Kelima-lima murid yang hadir dapat mencapai kriteria kejayaan dengan
menukar sekurang-kurangnya dua pecahan wajar kepada bentuk termudah,
penyebutnya hingga 10 samada menggunakan gambarajah atau operasi
bahagi dengan betul. Saya juga dapat mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dengan adanya ABM Pecahan. Walaupun penggunaan ABM
seperti ABM Pecahan dan carta pecahan mengambil masa yang lebih lama
daripada dirancang, namun aktiviti seterusnya masih dapat dilaksanakan
mengikut masa yang dirancang.

REFLEKSI / IMPAK Namun begitu, saya dapati bahawa pembelajaran secara kolaboratif langsung
tidak dilaksanakan. Walaupun behadapan dengan situasi covid-19 di mana
harus mengurangkan sentuhan dan penjarakan sosial, namun saya harus
lebih bijak untuk memikirkan cara untuk melaksanakan pembelajaran secara
kolaboratif. Justeru, pada masa akan datang, saya akan melaksanakan
pembelajaran secara kolaboratif dengan mewujudkan kuiz berkumpulan agar
murid dapat bekerjasama dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari  ini. Saya akan mempelbagaikan
lagi teknik pengajaran untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan
datang.
LEMBARAN KERJA (Latihan Pemulihan )

Tulis pecahan yang diberikan dalam bentuk termudah.

LEMBARAN KERJA (Latihan Pengayaan)

Tulis pecahan dalam bentuk termudah berpandukan carta pecahan.

2 6
a. 4 = ❑
❑ c. 9 =❑❑

4 5
b. 6 =❑❑ d. 10 =❑❑
LEMBARAN KERJA (Latihan Pengukuhan)

1) Tulis pecahan yang diberikan dalam bentuk termudah.

2) Permudahkan.

3 ÷3
a. 9 ÷3 =❑❑

b. 8 ÷ =❑❑

c. 6 ÷ =❑❑

d. 8 ÷ =❑❑

Anda mungkin juga menyukai