Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Individu – Refleksi (Pertemuan Pertama)

Nama: Sherrylyne anak Joseph No Matriks: P130494


Apakah kriteria yang penting bagi anda dalam proses merancang, membangun dan seterusnya
membuat penilaian bahan pengajaran? Kongsikan perkara yang dipertimbangkan sepanjang
menyiapkan tugasan berkumpulan anda (video/multimedia dan gamifikasi/AR)?

Tugasan sebagai seorang guru adalah amat penting dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru haruslah peka dan bijak dalam proses merancang dan
membangun bahan pengajaran agar proses Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang dapat
diaplikasikan dengan teliti dan berkesan kepada pelajar. Maka dengan adanya kriteria yang sesuai
dalam kedua proses merancang dan membangun, seterusnya proses ini dapat membantu guru
dalam membuat penilaian bahan pengajaran dengan mudah dan menepati objektif pengajaran.
Terdapat beberapa kriteria yang penting bagi saya dalam proses merancang, membangun dan
seterusnya membuat penilaian bahan pengajaran. Kriteria utama yang harus dititikberatkan oleh
seorang guru dalam proses merancang ialah memilih sesuatu topik yang hendak disampaikan dan
diajarkan kepada pelajar. Topik haruslah dipilih bersesuaian dengan silibus pelajar dan tidak
terkeluar dari makna apa yang hendak disampaikan oleh guru kepada pelajar. Selepas memilih
topik, kriteria kedua yang penting bagi saya dalam proses membangun ialah saya akan memilih
gaya, bentuk dan medium untuk menarik minat pelajar dan memudahkan cara penyampaian
pengajaran saya agar meninggalkan kesan kepada pelajar. Pemilihan medium digital yang
bersesuaian untuk membangun bahan pengajaran amatlah penting kerana tidak semua medium
dapat digunakan sekiranya medium tersebut terlalu sukar atau komplikated untuk difahami oleh
pelajar. Guru juga harus mempunyai pengetahuan dalam penggunaan medium tersebut. Medium
digital yang akan saya gunakan contohnya ialah berbentuk reka bentuk visual seperti grafik,
elektronik atau pun fotografi. Pemilihan bentuk reka bentuk hendaklah bersesuaian dengan topik
yang hendak diajar. Sebagai contoh, saya akan menggunakan reka bentuk visual fotografi untuk
mengajar subjek Biologi bagi menunjukkan gambar tumbuh-tumbuhan, bunga atau hidupan liar
yang berkaitan dengan topik yang diajar. Seterusnya, saya juga akan menggunakan aplikasi
Powtoon untuk menunjukkan cara pengajaran yang menarik dan berkesan bagi mengajar mata
pelajaran Matematik atau Bahasa Malaysia. Selain Reka Bentuk Visual dan Powtoon, terdapat
kaedah lain yang dapat saya gunakan untuk proses membangun bahan pengajaran seperti video,
AR dan kaedah sideshow dan pelbagai kaedah interaktif yang menarik dan bermanfaat. Kriteria
yang penting dalam proses penilaian bahan pengajaran ialah memeriksa atau menyemak semula
kedua proses terawal untuk memastikan kesalahan atau pengajaran yang tidak tepat dapat
diperbetulkan semula. Saya akan memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang
berjalan dengan lancar di mana pelajar menunjukkan minat dan memahami apa yang dipelajari
dan sekiranya proses merancang atau membangun gagal, maka saya akan merancang dan
membangun semula bahan pengajaran agar bersesuaian dengan minat pelajar. Ketika
menyiapkan tugasan berkumpulan, saya dan rakan kumpulan saya melalukan ketiga proses
merancang, membangun dan membuat penilaian bahan pengajaran. Kami terapkan ketiga proses
tersebut dengan merancang dengan berhati-hati dan teliti berkenaan subjek dan subtopik yang
akan diajar. Kami juga memastikan bahawa pemilihan aplikasi digital seperti Kahoot!, Quizziz,
Wordwall, Plicker, Rolljack, Quizalize dipilih sebagai aplikasi penilaian dalam bahan pembelajaran
digital. Terakhir kami membuat penilaian terhadap bahan pengajaran kami supaya sesuai dan
bertepatan dengan topik yang akan diajar. Sekiranya tidak menepati seperti yang dirancang, kami
akan memulakan semula dari mula proses merancang dan membangun untuk mendapatkan hasil
yang diingini dan berkualiti.

Apakah pengalaman terbaik anda sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini? Ceritakan
kenapa.

Pengalaman terbaik saya sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini ialah sepanjang proses
perbincangan sehinggalah terhasilnya tugasan kumpulan kami, kami semuanya komited,
bekerjasama dan bersemangat dalam menjalankan tugasan kami. Walaupun kami bukan dari latar
belakang Pendidikan dan IT tetapi dengan adanya latar belakang rakan sekumpulan seperti
Kejuruteraan dan Pentadbiran sangat membantu dalam proses menyiapkan kerja berkumpulan
kami. Penggunaan aplikasi seperti Microsoft Team, Powerpoint dan Word secara online sangat
membantu kumpulan kami untuk mengemaskini apa sahaja maklumat terkini yang akan kami
masukkan ke dalam kerja kumpulan kami. Bagi saya yang bukan dari latar belakang IT, saya amat
teruja dalam menggunakan semua aplikasi ini dan teruja untuk menggunakannya pada masa
hadapan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang.

Sejauh manakah kolaborasi anda di dalam kumpulan telah membantu dalam menyiapkan
tugasan kumpulan? Apakah aplikasi yang anda rasakan telah banyak membantu dalam
menyiapkan tugasan kumpulan ini?
Saya berasa sangat bertuah kerana setiap ahli kumpulan sangat komited dan tidak lepas tangan
dalam menyiapkan tugasan kumpulan kami. Semuanya mengeluarkan idea yang bernas dan
bersedia menyediakan bahan yang relevan untuk menambahbaik demi menghasilkan tugasan
kumpulan kami. Aplikasi yang saya rasakan sangat membantu dalam menyiapkan tugasan
kumpulan ini ialah Microsoft Team, Microsoft Power Point, Microsoft Words kerana melalui
aplikasi ini kami semua mampu menyemak semula apa yang belum dibuat atau dikemaskini.
Apakah perkara utama yang anda telah pelajari sepanjang pertemuan pertama ini?
Perkara utama yang saya telah pelajari sepanjang pertemuan pertama ini ialah proses Pengajaran
dan Pembelajaran yang jauh berbeza dari masa dahulu. Semua PdPC secara maya atau PdPR
dapat dilaksanakan dengan mudah dan semua ilmu dapat diperolehi dengan hanya dihujung jari
sahaja. Seiring dengan peredaran waktu dan zaman semakin moden, maka proses Pengajaran dan
Pembelajaran haruslah sejajar dengan penggunaan teknologi dan perkembangan minda generasi
baru. Maka dengan itu, penggunaan teknologi dalam proses PdPC amatlah penting dalam
membentuk dan melahirkan generasi yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Adab dan Hamba Allah.

Apakah pandangan anda tentang peranan guru dan inovasi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di rumah (pdpr)?

Pada pandangan saya, peranan guru dan inovasi dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) adalah amat besar kerana proses PdPR sangatlah sulit dikendalikan kerana guru
harus mempunyai pengetahuan dalam penggunaan teknologi masa kini. Guru harus menyiapkan
bahan pengajaran berbentuk digital melalui kaedah video, slideshow dan kaedah interaktif lain
yang bersesuaian untuk mengajar murid semasa proses PdPR. Maka dengan adanya inovasi dalam
konteks PDPR ini, ianya amat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan dan mampu menarik minat pelajar.

Anda mungkin juga menyukai