Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Individu – Refleksi

Arahan: Ini adalah soalan/panduan bagi tugasan ini. Gunakan ruang yang disediakan
untuk menulis refleksi anda.

Apakah kriteria yang penting bagi anda dalam proses merancang, membangun dan seterusnya
membuat penilaian bahan pengajaran? Kongsikan perkara yang dipertimbangkan sepanjang
menyiapkan tugasan berkumpulan anda (video/multimedia dan gamifikasi/AR)?

Penilaian dan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai amatlah penting dalam
memastikan tugasan berkumpulan dapat dilaksanakan dengan efisien.Komponen ASSURE juga
membantu dalam mendapatkan kaedah dengan lebih teliti dan mudah difahami dengan
menentukan setiap topik dengan suatu jawapan yang tepat dan relevan . Penilaian ini membawa
kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran yang lebih
efisien dalam . Hal ini dapat membuat objektif setiap tugasan dan pemahaman dapat dilaksanakan
dengan baik.

Apakah pengalaman terbaik anda sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini? Ceritakan
kenapa.

Pengalaman terbaik saya sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini adalah mendapat satu
pengalaman baru iaitu dapat belajar dan kaedah baru di salah satu universiti terbaik Malaysia iaitu
Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam menyiapkan tugasan ini saya dapat suatu pengalaman baru
dengan mengenal ahli baru dan memupuk suatu semangat kerjasama dan mengenal antara satu
sama lain. Hal ini kerana setiap tugasan yang diberikan para pensyarah memerlukan setiap ahli dan
rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan secara berkumpulan dapat diselesaikan. Kemahiran
komunikasi juga dapat diterapkan dalam diri saya agar sentiasa memberikan terbaik dalam setiap
tugasan yang diberikan kepada saya. Saya juga amat bertuah kerana mendapat pendidik yang amat
memahami pelajar dengan memberikan tunjuk ajar dengan bersungguh-sungguh dan mudah
difahami dengan segala ilmu yang diberi walaupun secara atas talian.

Sejauh manakah kolaborasi anda di dalam kumpulan telah membantu dalam menyiapkan
tugasan kumpulan? Apakah aplikasi yang anda rasakan telah banyak membantu dalam
menyiapkan tugasan kumpulan ini?

Kolaborasi dalam menyiapkan tugasan berkumpulan amatlah memuaskan kerana semua ahli
memberi Kerjasama yang baik dengan memberi setiap tugasan masing masing dengan arahan yang
tepat, Aplikasi yang membantu dalam menyiapkan tugasan berkumpulan seperti google meet , hal
ini kerana setiap perbincangan yang dilakukan untuk menyiapkan tugasan adalah Bersama sama
berbincang menggunakan aplikasi google meet, selain itu menggunakan coogle untuk menyiapakan
tugasan berkumpulan seperti yang ditunjukkan oleh pensyarah amatlah membantu dan merupakan
suatu pengalaman yang baru yang dapat digunakan sebagai suatu pembelajaran dan pengajaran
yang dapat diaplikasikan pada masa kini.

Apakah perkara utama yang anda telah pelajari sepanjang pertemuan pertama ini?

Pada pertemuan pertama dalam kelas kurikulum dan inovasi perkara yang banyak saya pelajari
adalah pengunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa kini yang diterapkan
oleh kalangan para pendidik untuk memastikan pelajar sentiasa bersemangat untuk belajar. Antara
perkara yang saya pelajar adalah pembelajaran segerak dan tidak segerak. Hal ini dapat
membezakan kaedah mana yang dapat digunakan dalam proses pengajaran. Kaedah secara dalam
talian dapat dilihat dengan menitikberatkan segerak dan tidak segerak untuk memastikan dapat
memenuhi kriteria belajar dengan lebih efektik pada masa kini. Teori pembelajaran juga dapat saya
kenal pasti antaranya behavioursim,cognitive, constructism,connectrism. Hal dapat memupuk dan
menerapkan ilmu pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksakan dengan lebih efisyen. Dengan
menggunakan kaedah teknologi dalam pembelajaran dapat menarik perhatian pelajar dan
memupuk sikap kreatif untuk menjadikan bahan pembelajaran lebih menarik.

Apakah pandangan anda tentang peranan guru dan inovasi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di rumah (pdpr)?

Pada pandangan saya peranan guru dan invovasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di
rumah (pdpr), menjadi seorang pendidik perlulah bersikap lebih kreatif ,berinovasi dan berdirikasi
bagi memastikan anak murid sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam pembelajaran walaupun
secara dalam talian. Kaedah PdPR secara dalam talian, dilihat sebagai cara mudah untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan dengan pelbagai kaedah
antaranya google meet, zoom dan whatsapp yang dapat membantu ketika sekolah tidak dibuka
untuk PdP secara bersemuka, juga mampu memastikan murid atau pelajar tidak ketinggalan dalam
pelajaran. Demi memastikan anak murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran, seorang guru perlu
sentiasa berinterasi ataupun mengamalkan konsep pembelajaran dua hala iaitu dapat sama sama
berinterasi sesama pelajar demi memastikan setiap pelajar dapat memahami dan dapat
meneruskan pembelajaran dengan bersemangat walaupun secara atas talian dan tidak bersemuka.

Anda mungkin juga menyukai