Anda di halaman 1dari 1

Secara keseluruhannya, saya berpendapat strategi penambahbaikan PdP KBAT yang digunakan oleh saya

boleh membantu saya untuk menjadikan PdP KBAT lebih efektif dan dinamik. Semua kaedah yang
dicadangkan tidak perlu pengetahuan lanjut dalam pedagogi pengajaran. Namun begitu, ianya
memerlukan guru ada semangat untuk melaksanakan aktiviti kelas berorientasi KBAT dan percaya
kepada nilai dan kepentingan KBAT demi masa depan murid mereka.

Saya akan perbanyakkan aktiviti interaktif dan inovatif, gamifikasi dan pelbagai model pembelajaran
yang dicadangkan supaya halangan kekurangan motivasi dan minat belajar dalam kalangan murid juga
akan diselesaikan. Saya juga tidak perlu bimbang tentang keperluan untuk menggunakan alat teknologi
pendidikan yang terlebih maju untuk amalan KBAT dalam PdP. Adanya akses internet sudah cukup.
Semua alat yang dikongsi termasuk kuiz interaktif, Short Answer, Image Upload, Video Record dan Audio
Record memerlukan Internet. Alat gamifikasi dan anotasi boleh digunakan dalam kelas bersemuka untuk
melaksanakan pelbagai aktiviti dan kegiatan walaupun murid tidak ada akses kepada Internet atau
peranti. Dengan ini, PdP KBAT menjadi senang dan mudah untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik di
Malaysia.

Guru kreatif dan inovatif dalam mengajar murid dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian
dengan persekitaran. Seterusnya guru juga ada berfikir di luar kotak serta merentas pemikiran dan
pengajaran dengan tidak menggunakan buku teks dan lembaran kerja semata-mata.

Guru juga mampu merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
jayanya dan menyentuh hati murid. Bukan itu sahaja, guru juga menerapkan nilai murni semasa
menjalankan PdP bagi melahirkan individu yang sihat dan cemerlang daripada aspek rohani. Untuk
tujuan tersebut, guru memanfaatkan penggunaan komputer dan aplikasi yang berkaitan sebagai satu
daripada kaedah yang sesuai dan menarik untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Antaranya,
guru memanfaatkan perisian seperti power point untuk mencipta permainan bahasa dengan tajuk
pembelajaran, sekali gus dapat membuka peluang sangat bermanfaat dalam membimbing murid ke arah
KBAT pada peringkat awal dan seterusnya dapat membangunkan KBAT dalam kalangan murid untuk
jangka panjang.

Anda mungkin juga menyukai