Anda di halaman 1dari 2

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF

EDUP2093 | TUGASAN TUTORIAL 5

Soalan:
Kenal pasti elemen-elemen reka bentuk pembelajaran bermakna yang melibatkan;
 Anda sebagai rakan pembelajaran
 Persekitaran pembelajaran yang positif
 Memanfaat kemudahan digital
 Amalan pedagogi terkini (New Pedagogies)
Kaitkan keempat-empat elemen ini dalam PdP anda supaya ia dapat dilaksanakan
secara berkesan dalam meningkatkan kemenjadian murid.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau dikenali sebagai New Pedagogies for Deep
Learning (NPDL) adalah suatu keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan bagi
menyediakan persekitaran pelajar yang lebih baik. Menurut Fullan & Langworthy, pedagogi
pembelajaran bermakna ini memerlukan pelajar mencipta pengetahuan baru dan
menyambungnya ke dunia sebenar dengan menggunakan penguasaan alat digital. Terdapat
4 elemen dalam reka bentuk pembelajaran bermakna iaitu rakan pembelajaran, persekitaran
pembelajaran, memanfaatkan kemudahan digital dan amalan pedagogi.
Elemen rakan pembelajaran ini berperanan sebagai penggerak ataupun pendorong
kepada pembelajaran. Elemen ini mewujudkan matlamat dan hasrat pembelajaran yang telus
dalam perkongsian dengan pelajar dan keluarga. Sebagai contohnya, guru bertindak sebagai
rakan pembelajaran dengan mendorong pelajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) di sekolah. Guru sebagai fasilitator dan mendorong proses PdP dengan
mengemukakan soalan ataupun perbincangan dalam kalangan murid-murid. Guru juga
membimbing murid-murid supaya proses PdP berjalan dengan lancar dan mereka memahami
pembelajaran yang disampaikan.
Elemen persekitaran pembelajaran pula menyediakan persekitaran pembelajaran
yang interaktif dan berpusatkan murid. Elemen ini menggunakan pelbagai alat dan proses
yang sesuai untuk menilai kebolehan murid, bakat dan keperluan akademik. Elemen ini juga
dapat membina budaya pembelajaran yang melibatkan murid pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja. Sebagai contohnya, PdP yang berpusatkan murid akan menjadikan
pembelajaran lebih bersifat aktif malah, murid juga akan terlibat secara aktif untuk melakukan
aktiviti. Secara tidak langsung, elemen ini telah memberi pengalaman pembelajaran yang
mendalam dan luas kepada murid-murid. Murid-murid juga tidak terhad untuk belajar di dalam
kelas sahaja misalnya ketika pandemik covid-19 melanda, mereka dapat mengikuti PdP di
rumah dengan menggunakan peranti pada bila-bila masa.
Seterusnya, elemen memanfaatkan kemudahan digital ini mendorong murid untuk
mengakses teknologi digital dan membolehkan maklum balas pembelajaran yang tepat pada
BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF
EDUP2093 | TUGASAN TUTORIAL 5

masanya (just-in-time). Elemen ini juga menggunakan kemudahan digital untuk meningkatkan
penglibatan dan motivasi malah, sebagai perancah (scaffold) dalam proses pembelajaran.
Contohnya, guru menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP di
sekolah mahupun di rumah. Segala maklumat dapat diakses di hujung jari malah, pelbagai
aktiviti pembelajaran dapat dilakukan seperti kuiz menggunakan Wordwall, liveworksheet dan
sebagainya lagi. Selain itu, murid juga dapat melakukan lawatan secara maya ketika
pandemik sedang melanda. Pihak zoo mengadakan lawatan secara atas talian dengan
mengenakan yuran da menggunakan apliaksi seperti zoom untuk membawa murid-murid
menjelajah mengenali haiwan di zoo. Secara tidak langsung, murid juga akan terdorong untuk
menggunakan digital dalam inovasi pembelajaran dan mencipta pengetahuan yang baru.
Elemen yang terakhir iaitu amalan pedagogi telah memberi peluang dan ruang kepada
murid untuk membuat pilihan bagi meningkatkan penglibatan serta motivasi. Reka bentuk
tugasannya juga mendalam dan melibatkan kemahiran berfikir pada tahap kerumitan. Dalam
PdP, amalan pedagogi ini dilaksanakan melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
melalui aktiviti berbentuk penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri dan projek.
Murid dicabar untuk menyelesaikan sesuatu masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin ilmu. Tambahan pula, KBAT
diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak menghafal tetapi memahami apa
yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan
menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.
Berdasarkan huraian yang dinyatakan, maka dapatlah dirumuskan bahawa PdP masa
kini mengalami perubahan yang mencabar seiring dengan peredaran zaman. Amalan reka
bentuk pembelajaran bermakna dalam PdP ini diharapkan dapat melahirkan murid yang
seimbang serta menyumbang kepada kemakmuran negara. Guru juga perlu berusaha untuk
menerapkan 4 elemen tersebut dalam PdP supaya kemenjadian murid dapat dibentuk seperti
yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Anda mungkin juga menyukai