Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 4

NAMA : Emma Gunik (D01202496)


SUBJEK : Pedagogi Pendidikan(EDUP2093)
NAMA PENSYARAH : En. Stephenson@Jamaluddin bin Abidin
PROGRAM : PDPP RBT(SM)

SOALAN:
Kapasiti Pedagogi guru harus ditingkatkan dengan memberi focus kepada merancang
proses
pembelajaran murid dengan sebaiknya bagi memastikan pencapaian dalam keberhasilan
murid. Justeru, guru mempunyai pelbagai pilihan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
yang digunakan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai. Pada masa yang sama guru
digalakkan untuk menggunakan pendekatan pedagogi kontemporari. Berdasarkan
pembacaan dan pengalaman anda, bagaimanakah anda meningkatkan kapasiti pedagogi
meraih pembelajaran bermakna murid? Berikan cadangan dan rasional anda.

Seiring dengan arus kemodenan dan teknologi yang kian membangun, pemikiran dan
perkembangan seorang individu juga semakin mencabar. Para guru perlu memberi fokus kepada
perancangan proses pembelajaran dengan teliti bagi memastikan pencapaian dalam keberhasilan
murid. Pelbagai jenis pendekatan, kaedah dan teknik dan strategi dipelajari untuk mencari
kaedah yang dapat diaplikasikan dalam pelbagai jenis situasi yang berbeza. Justeru itu, Pedagogi
pembelajaran bermakna baru atau Deep Learning Pedagogy adalah refleksi kesimpulan daripada
pendekatan yang berbeza untuk mengajar, belajar dan mentafsir secara holistik sambil
mengaitkan secara releven dengan dunia persekitaran kita.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk meraih pembelajaran bermakna murid.
Salah satunya ialah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif merupakan satu set proses
yang membantu pelajar untuk berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus.
Dalam pembelajaran ini, pelajar akan duduk dalam kumpulan untuk menyiapkan suatu tugasan.
Melalui proses ini pembelajaran bermakna dari segi komunikasi dan koloborasi dapat dicapai.
Interaksi yang terjadi antara ahli kumpulan yang datang dari pelbagai latar belakang akan
menjadikan perbincangan menjadi menarik kerana pemahaman kendiri dan pendapat mereka
TUGASAN 4

yang berbeza akan membuka minda pelajar sekumpulan mereka. Ini akan menggalakkan pelajar
untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dan penyelesaian masalah walaupun
dalam konteks ini, masalah merupakan tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar.
Walaupun wujudnya perbezaan dari segi pemahaman, dan pendapat, pembelajaran koperatif ini
mengajar pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan untuk mendapat markah yang terbaik demi
kejayaan kumpulan yang seterusnya memupuk kepada nilai kerjasama dan perpaduan.

Kaedah dan teknik pedagogi kontemporari yang seterusnya ialah pembelajaran


berasaskan projek. Pembelajaran berasaskan projek atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Project
Based Learning merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan atau kerja
amali secara sistematik atau terancang dalam satu jangka masa yang tertentu. Lanjutan daripada
itu, pembelajaran bermakna dapat dicapai dari segi menggalakkan kemahiran berfikir secara
kritikal dan penyelesaian masalah. Sebagai contoh, guru meminta pelajar untuk membuat satu
projek tentang sistem suria dengan menggunakan bahan yang bebas. Ini menggalakkan
perkembangan daya kreativiti pelajar serta imaginasi pelajar semasa proses menyiapkan projek
ini. Selain itu, pelajar juga terus mengasah kemahiran berfikir kritikal dan penyelesaian masalah
dalam proses mencari idea terbaik untuk membuat projek ini. Justeru itu, pembelajaran bermakna
dapat dicapai. Projek ini bukan sahaja dapat dilakukan secara berkumpulan namun boleh
dilakukan secara individu juga. Ini secara lansung menjadi pemacu kepada pelajar untuk
mencapai pembelajaran bermakna secara kendiri seterusnya membina karakter pendidikan dalam
diri pelajar.

Selanjutnya ialah pembelajaran berasaskan inkuiri. Dalam keadaan dunia dilandai


pandemik Covid-19, proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian ataupun
di luar talian. Kaedah ini menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran abad ke 21 dan
pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan soalan-soalan untuk merungkai tajuk
yang diajar. Justeru itu, kaedah ini sesuai digunakan pada masa ini terutamanya terhadap pelajar
yang tidak mempunyai capaian internet. Contohnya, guru menyediakan sumber seperti modul
bagi pelajar menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar untuk membantu
mereka merungkai tajuk itu yang kemudiannya membawa pemahaman kepada tajuk tersebut.
Kaedah ini menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir kritikal dan penyelesaian masalah
seterusnya membantu pelajar untuk dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan
TUGASAN 4

lebih senang kerana pemahaman yang dicapai itu adalah usaha kendiri. Kemahiran ini akan
membantu pelajar untuk mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan persekitaran mereka seterusnya
mencapai pembelajaran yang bermakna.

Kesimpulannya, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan


dengan persekitaran disamping sentiasa memerhatikan perkembangan pelajar dalam usaha
mencapai keberhasilan pelajar. Kaedah dan teknik diselaraskan dengan tahap perkembangan
pelajar dan Pedagogi Kontemporari merupakan salah satu teknik yang menyumbang kepada
kejayaan pembelajaran bermakna. Lanjutan itu, guru harus bijak dalam pemilihan kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran agar misi mencapai keberhasilan pelajar dan pembelajaran
bermakna dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai