Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK (50%)

Jangkaan murid terhadap perlakuan, keberkesanan pengajaran dan mutu penyampaian ilmu
guru adalah terlalu tinggi. Mereka melihat guru sebagai seorang yang sempurna dan
merupakan nadi kejayaan terhadap pelaksanaan sesuatu kurikulum. Dalam masa yang
sama tugas guru adalah kompleks dan mencabar kerana bukan sahaja perlu mengajar,
malah guru perlu melakukan tugas perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti
kokurikulum serta perlu melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan luar. Kesannya
perlakuan guru dengan murid sering dipengaruhi oleh keadaan emosi yang membantutkan
dimensi guru penyayang. Kemahiran komunikasi, sikap memahami, memberi maklum balas
positif, keyakinan diri dan berpengetahuan tentang subjek sering dipinggirkan. Kepuasan
murid terhadap hubungan dan dimensi kecekapan profesional seorang guru tidak dititik
beratkan, sedangkan kepuasan murid dan keputusan (gred) mereka biasanya digunakan
sebagai peramal kejayaan akademik.

(Sumber: Geier, M.T (2021). Students’ Expectations and Students’ Satisfaction: The
Mediating Role of Excellent Teacher Behaviours.
Journal Teaching of Psychology, Vol. 48(1) 9-17)
https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0098628320959923

Berdasarkan petikan jurnal di atas dan The Big Idea, ‘Pendidik Unggul Peneraju Naratif
Baharu Pembelajaran’, bagaimanakah guru mereka bentuk dan merancang pelan
pembelajaran bermakna murid melalui pembelajaran berasaskan projek dengan merungkai
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran major? Kesesuaian dan
pengubahsuaian perlu diteliti sebelum mengaplikasikan konsep-konsep dan model
pembelajaran bermakna yang menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti
bersesuaian dalam pelan pembelajaran bermakna tersebut.

Anda diminta;
a. Mencari pelbagai sumber rujukan dalam dan luar negara berkaitan pendekatan, strategi, kaedah dan
aktiviti yang bersesuaian; komponen pedagogi kontemporari; dan kapasiti pedagogi untuk pembelajaran
bermakna.

b. Berdasarkan sukatan mata pelajaran major, merangka pelan pembelajaran bermakna bagi mata
pelajaran major yang mengaplikasikan konsep-konsep dan model pembelajaran bermakna dengan
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti yang bersesuaian.
c. Membuat satu penulisan perancangan reka bentuk pembelajaran bermakna bagi mata pelajaran major
yang berasaskan projek dalam 1600 patah perkataan.

Konsep Pembelajaran bermakna adalah seperti berikut:

1. Menurut Michael Fullan dan Maria Langworthy menjelaskan bahawa pedagogi ini
adalah berdasarkan perkongsian pembelajaran di antara dan di kalangan guru yang
menyebarkan motivasi intrinsik pelajar dan guru.

2. Menurut Michael Fullan lagi, pembelajaran bermakna adalah satu pembelajaran


berkualiti yang akan melekat dengan kita sepanjang hayat.

3. Pembelajaran bermakna juga mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan


pelajar lebih baik untuk persekitaran.

4. Pembelajaran bermakna mengkehendaki pelajar mencipta pengetahuan baru dan


menyambungnya ke dunia sebenar menggunakan penguasaan alat digital. (Fullan &
Langworthy, 2020)

5. Pembelajaran bermakna mungkin menjadi kunci yang menyokong pelajar agar


bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar yang mencabar.

Oleh yang demikian, pembelajaran bermakna ini boleh di simpulkan sebagai satu proses
pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan satu struktur pengertian yang
yang sudah dimiliki oleh pelajar yang sedang melalui proses pembelajaran. Pembelajaran
bermakna ini terjadi apabila pelajar boleh menghubung kaitkan dengan fenomena baru ke
dalam struktur pengetahuan mereka. Guru juga memainkan peranan penting dan peka
dengan pemilihan kaedah atau pendekatan yang ingin digunakan atau yang ingin
disampaikan kepada pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat
diwujudkan semasa menjalankan aktiviti bersama pelajar supaya objektif pengajaran yang
dirancang dapat dicapai.
1.0 PENGENALAN

Pelan pembelajaran bermakna merupakan satu kaedah dan cabang didalam dunia
pedagogi, setiap guru ataupun pendidik yang mempunyai kredabiliti yang tinggi harus
mempunyai pelan pembelajaran bermakna. Hal ini supaya dapat mencipta proses
pengajaran dan pemudahcara yang terbaik serta memberi kesan kepada pelajar kerana
pendidikan bukan hanya untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan
tetapi berfokus juga kefahaman murid didalam pelajaran. Pembelajaran itu sendiri pada
hakikatnya adalah suatu proses interaksi antara murid dengan muird, murid dengan sumber
pembelajaran dan murid dengan guru. Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna
sekiranya murid mengalami secara langsung apa yang dipelajarinya dengan mengaktifkan
lebih banyak deria daripada hanya mendengar penerangan dari guru. Menurut Kamaruddin
Hussin (1995), sejak menjejaki kaki ke alam persekolahan, murid adalah amat bergantung
kepada tunjuk ajar para guru memandangkan jumlah masa mereka bersama para guru lebih
banyak. Oleh yang demikian para guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan
kemenjadian murid melalui Pedagogi Pembelajaran Bermakna. Kemenjadian murid boleh
dibina melalui pembelajaran bermakna. Dalam erti kata lain pembelajaran bermakna boleh
memberi impak kepada kemenjadian murid.

PELAN PEMBELAJARAN BERMAKNA


SUBJEK: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1
PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.0 PELAN SEBELUM PEMBELAJARAN

Untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih lancar berkenaan topik
Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1. saya perlu membina pelan
pembelajaran bermakna dengan lengkap. Saya sebagai guru mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi hendaklah memahami kandungan topik ini bersesuaian dengan Dokumen
Standard Pembelajaran supaya saya dapat menyampaikan dengan baik. Standard
kandungan untuk topik ini adalah berkenaan untuk memahami dan mengamalkan konsep
pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi dalam kehidupan harian. Oleh itu, saya perlu
membentuk pelan pembelajaran yang merangkumi teori, teknik serta model untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran saya.
Sebelum pembelajaran dilaksanakan, saya akan memastikan persekitaran bilik
darjah dalam keadaan yang kondusif ini kerana persekitaran fizikal bilik darjah adalah
penting bagi proses pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang proses
tersebut daripada berjalan lancar. Mempunyai persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada faktor proses pengajaran dapat dijalankan tanpa
gangguan. Seterusnya kaedah penyampaian topik adalah sesuai dan menarik minat pelajar
seterusnya menjadikan murid lebih fokus. Penyampaian yang baik adalah kita sebagai guru
harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan
mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan
kamhiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan
pemantauan proses pembelajaran. Ini penting supaya semua pelajar mendapat ilmu yang
sama tanpa menafikan pelajar berkeperluan khas.

3.0 PELAN SEWAKTU PEMBELAJARAN

Bagi memastikan topik pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi dapat difahami dan
diaplikasi oleh pelajar-pelajar, saya mengaplikasikan langkah-langkah kemahiran mengajar
antaranya kemahiran set induksi. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap guru kerana ia
merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran. Set induksi ini
bertujuan untuk membina rasa ingin tahu dalam diri pelajar mengenai apa yang bakal
mereka pelajari pada awal proses PdP (Hafizah, 2014).

Seterusnya, sepanjang proses induksi ini berjalan, saya akan melaksanakan sesi
paparan video berkaitan dengan Reka Bentuk dan Teknologi contohnya video berkaitan
dengan pengiklanan produk, jenama produk dan teknologi. Paparan video ini adalah
sebagai bentuk mukadimah untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai topik yang
bakal mereka pelajari. Selain itu juga, ianya sebagai pendedahan awal kepada pelajar
supaya mereka bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menguasai subjek ini secara
keseluruhan dan saya akan meminta pelajar untuk memberikan pendapat mahupun
penerangan daripada video tersebut dan bertanya apakah kaitan video dengan topik yang
bakal dipelajari.

Selanjutnya, papan tulis putih akan digunakan bagi menjalankan model behavioral
yang berkonsepkan pengajaran langsung yang mana saya akan menerangkan konsep dan
definisi Reka Bentuk dan Teknologi secara oral dan bertulis. Selain itu, saya akan menarik
perhatian pelajar dengan menunjukkan paparan video dan powerpoint di papan tulis putih.
Bagi tidak menafikan golongan pelajar yang berkeperluan khas, saya akan mengaplikasikan
kaedah kolaboratif yang menekankan pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan. Pelajar
akan diagihkan mengikut kumpulan untuk menyelesaikan tugasan ringkas yang telah guru
sediakan di papan tulis putih seperti dalam Jadual 1 di bawah. Setiap pelajar dalam
kumpulan perlu mengambil bahagian dan menyumbang idea. Kemudian, wakil setiap
kumpulan perlu tampil ke hadapan untuk menulis jawapan yang telah dibincangkan secara
berkumpulan tersebut di papan tulis putih setelah menerima arahan daripada guru. Maka,
saya yakin bahawa teknik ini dapat memberi peluang pembelajaran yang adil kepada semua
pelajar.

Kumpulan PERANAN REKA BENTUK


INDIVIDU MASYARAKAT PENGELUAR DAN NEGARA

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Jadual 1

PdP diteruskan dengan menggunakan kemahiran penyoalan, saya akan bersoal jawab
kepada semua pelaajr atau sebahagian yang dipilih secara rawak untuk menjawab soalan
berkenaan Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi ini. Soalan yang sesuai mengikut aras
kefahaman dan pengetahuan akan diberikan bersesuaian dengan standard pelajar
Tingkatan 1. Soalan -soalan tersebut adalah seperti berikut,:

 Apakah prinsip Reka Bentuk?


 Apakah definisi Reka Bentuk?
 Apakah definisi Teknologi?
 Reka bentuk terbahagi kepada dua bahagian, nyatakan 2 bahagian tersebut?
 Apakah elemen Reka bentuk?
 Berikan tiga contoh rupa?
 Apakah maksud warna panas?
 Apakah maksud warna sejuk?

Disamping itu, saya akan memberikan kata -kata semangat dan pujian kepada pelajar saya
yang berani menjawab walaupun jawapannya salah. Hal ini amat berkait rapat dengan
kemahiran peneguhan atau pengukuhan yang merupakan teknik pengajaran yang dapat
menzahirkan tingkah laku pelajar ke arah positif setelah mendapat pujian daripada guru.
Pada pandangan saya, kedua-dua kemahiran ini sangat sesuai untuk digunakan secara
serentak kerana ianya dapat memotivasikan pelajar disamping memupuk sikap fokus dan
menjadi pembelajaran yang lebih efektif dan seronok.

Kemudian, saya juga mengaplikasikan kaedah simulasi dalam kemahiran variasi


ransangan berdasarkan menghasilkan warna panas dan warna sejuk yang terdapat dalam
elemen reka bentuk. Kemahiran variasi ransangan ini merupakan kaedah yang
mempelbagaikan cara penyampaian topik yang menarik perhatian pelajar (Abdullah, S.
2005) dan saya berpendapat bahawa kaedah simulasi amat sesuai untuk standard pelajar
Tingkatan 1 dan pelajar berkeperluan khas. Hal ini kerana ianya dapat merangsang para
pelajar untuk menganalisis apa yang yang disampaikan kepada mereka serta membolehkan
mereka untuk menghuraikan semula apa yang telah dipelajari melalui aktiviti.

Untuk aktiviti simulasi, saya akan menyediakan alat-alat lukisan seperti berus warna,
warna air, bekas warna air dan juga kertas lukisan A3. Kemudian saya akan menerangkan
cara untuk melaksanakan aktiviti ini dengan cara dan proses yang betul menggunakan
objek-objek tersebut ke atas kertas lukisan A3. Saya juga akan bertanya beberapa soalan
untuk menyokong pelajar berfikir dan melontarkan pendapat mereka semasa tempoh aktiviti
berlangsung. Teknik peneguhan akan sentiasa digunakan agar saya dapat memastikan para
pelajar berasa fokus dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti simulasi tersebut. Selain
itu, saya dapat membentuk bakat kepimpinan dan keberanian pelajar untuk tampil
kehadapan untuk menunjukkan proses melaksanakan simulasi.

Selain daripada aktiviti simulasi, saya juga meminta murid untuk melaksanakan satu
projek yang mudah berkaitan dengan reka bentuk dan teknologi. Saya meminta pelajar
untuk mencipta satu reka bentuk yang mesra alam sekitar. Pelajar perlu menggunakan
sumber alam semula jadi tanpa menjejaskan alam sekitar dengan menggunakan bahan atau
alatan yang boleh dikitar semula, tamsilnya, botol plastik dikitar semula dan dijadikan pasu
mini yang menarik dan berdaya komersial.
Jadual 2
Pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar amatlah penting agar mereka dapat
mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, saya perlu mempunyai
kemahiran yang sesuai untuk menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci mengenai
konsep reka bentuk dan teknologi. Hal ini penting supaya pemahaman pelajar tidak
terpesong mengenai topik pengenalan reka bentuk dan teknologi. Selain itu juga, saya
menggunakan teknik pemudahcaraan berdasarkan kaedah stimulasi rangsangan variasi.
Pada pendapat saya, teknik ini amat sesuai untuk saya memastikan sama ada semua
pelajar saya faham berkenaan topik yang diajar memandangkan kaedah ini membolehkan
guru untuk meletakkan dirinya dalam dunia pembelajaran para pelajar.

Hal ini menunjukkan bahawa guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu,
menyokong dan mendidik para pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran (Abdullah S.
2015). Ianya merupakan satu kerisauan sekiranya terdapat pelajar yang tercicir sehingga
mengakibatkan pelajar berkenaan berasa kecewa dan hilang minat untuk melibatkan diri
secara aktif dalam PdP. Jelas, bagi menjalankan teknik ini, saya akan mengadakan sesi
perbincangan bersama – sama pelajar mengikut kumpulan dan bertanya dan
membincangkan isu yang tidak jelas berkenaan teori dan konsep pengenalan reka bentuk
dan teknologi. Bahan bacaan seperti majalah bergambar dan buku teks juga akan
disediakan sebagai sumber rujukan para pelajar. Antara cadangan isu yang dapat saya
kupaskan semasa sesi pembelajaran tersebut termasuklah:

4.0 PELAN AKHIR PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran bagi topik pengenalan reka bentuk dan teknologi ini, saya
mengaplikasikan kemahiran penutup bagi menilai tahap keberkesanan teknik-teknik dan
kemahiran yang telah diaplikasikan sewaktu PdP. Kemahiran penutup terbahagi kepada dua
jenis iaitu penutupan kognitif dan penutupan sosial (Sabri, F. A, 2019). Bagi menyesuaikan
dengan topik pembelajaran berkenaan dengan pengenalan reka bentuk dan teknologi,
penutupan kognitif berlaku apabila meminta pelajar untuk menulis dan menghuraikan
rumusan dan hasil pembelajaran yang mereka dapat di dalam buku tulis untuk saya
menilaianya.

Sementara itu, penutupan sosial saya sampaikan secara keseluruhan di akhir sesi
pembelajaran, saya akan memberikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua
pelajar kerana berjaya memahami mengenai topik pengenalan reka bentuk dan teknologi
dengan baik. Hal ini penting, supaya pelajar memahami konsep pengenalan reka bentuk
dan teknologi yang telah dipelajari selain dapat memotivasikan diri untuk terus bersemangat.

5.0 KESIMPULAN

Secara tustasnya, saya sebagai guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi perlu
faham dan jelas terlebih dahulu topik yang akan saya sampaikan kepada pelajar dalam sesi
PdP sebelum merangka pelan pembelajaran bermakna berkenaan topik pembelajaran.
Tambahan lagi, saya juga perlu kreatif dan inovatif dalam mengupas isi kandungan yang
perlu dibincangkan dalam topik pembelajaran. Maka, adalah satu kemestian dan penting
untuk setiap guru memahirkan diri dengan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
pengajaran dan kaedah mengajar yang sesuai.
6.0 TEMPLATE KMR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

PERANCANGAN PdPc KmR


Matapelajaran: RBT T1 C-A-P Backward Design

Peringkat 1: Hasil yang diharapkan


Hasil Pembelajaran (G)

SK : PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SP:
1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi.
1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih.
1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk.
1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas.
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk.
1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik.
1.1.7 Membina objek asas.

Kefahaman (U): Essential Question (Q):

The Big Idea: RBT


Dunia dengan teknologi terkini
1. Apakah yang dikatakan teknologi baru.
Pemahaman Abadi (Enduring 2. Prinsip dan element apakah yang digunakan bagi
Understanding):Teknologi Baru mereka bentuk teknologi
3. Adakah element dan prinsip reka bentuk sekarang
Apakah kefahaman khusus yang masih relevant untuk digunakan sebagai panduan dalam
diperlukan tentangnya? penciptaan teknologi baru.
Penciptaan Teknologi 4. element dan prinsip baru yang boleh diperbaharui
untuk digunakan dalam penciptaan.
5. Perbandingan kriteria teknologi baru dan teknologi
lama.
6. Penciptaan teknologi invensi secara kreatif dan inovatif.
Pengetahuan (K): Kemahiran (S):

1. reka bentuk dan teknologi. 1. Mentakrifkan


2. elemen reka bentuk berdasarkan 2. Mengenal pasti
produk yang dipilih 3. Menjelaskan
3. prinsip reka bentuk 4. Mengaplikasikan
4. prinsip-prinsip reka bentuk dalam 5. Membanding
mereka bentuk objek asas. 6. Meneroka
5. beza prinsip dan elemen reka 7. Membina
bentuk
6. kriteria reka bentuk yang baik.
7. objek asas.

Tahap prestasi:

TP 6
i. Menghasilkan semula objek baharu yang sudah dinilai setelah mengambilkira penambahbaikan.
ii. Memperinci ujian bagi mengukur tahap keberkesanan objek baharu.
iii. Menjana keputusan ujian tahap keberkesanan objek baharu.

PERANCANGAN PdPc KmR


Matapelajaran: RBT T1 C-A-P Backward Design

Peringkat 2: Bukti Pentaksiran

Tugasan Pembelajaran (T): Eviden Lain (OE):

Berdasarkan penilaian guru ,murid diminta


menciptakan semula produk baru yang Bukti.
telah dinaik taraf dan kemudian diuji 1. Senarai penilaian guru
semula untuk mencapai tahap yang 2. Lakaran objek pada lukisan
memberangsangkan. 3. Pentaksiran kendiri murid
4. Pentaksiran rakan sebaya
5. Rakaman video
6. Gambar
7. produk
Peringkat 3: Pelan Pembelajaran:
Aktiviti Pembelajaran (L):

● W (Where) = ke mana arah tujuan

● H (Hook) = menarik minat pelajar

● E (Equip) = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama

● R (Rethink) = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan
menyemak

● E (Evaluate) = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya

● T (Tailored)= sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar

● O (Organised) = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan


“WHERE TO” = KE MANA KITA HENDAK BAWA P&P KITA...

PERANCANGAN PdPc KmR


Matapelajaran: RBT T1 C-A-P Backward Design

1) Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui pengetahuan


sedia ada murid dan mengaitkan dengan kehidupan seharian
murid.
2) Murid diterangkan mengenai dunia dengan teknologi terkini.
3) Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil.
4) Setiap kumpulan diminta membandingkan teknologi lama dan baru.
5) Murid diminta menyatakan nilai yang diperoleh berdasarkan teknologi yang ada.
6) Berdasarkan perbincangan tersebut, murid diminta membuat
perbincangan mengenai element dan prinsip yang boleh
digunakan dalam penciptaan baru.
7) Murid diminta menyenaraikan idea kreatif dalam menambah
baik produk yang digunakan dalam kertas.
8) Berdasarkan topic yang telah dipelajari, murid diminta
menghasilkan lakaran dan prototaip berdasarkan tema “ dunia
dan teknologi terkini”.
9) Murid mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan.

Elemen 6C
Character
Critical Thinking
Citizenship
Colaboration
Communication
Creativity
Backward Design

PERANCANGAN PdPc KmR


Matapelajaran: RBT T1 C-A-P Backward Design

TRADISIONAL BACKWARD DESIGN

Menentukan Hasil Pembelajaran Mengenal pasti Hasil Pembelajaran

Merancang aktiviti P&P dan tugasan Menetapkan bukti hasilan untuk


dinilai

Menentukan penilaian Merancang aktiviti P&P


7.0 PROTOKOL TEMU BUAL

Anda mungkin juga menyukai