Anda di halaman 1dari 4

Kaedah amali

Kaedah amali takrifkan sebagai setiap pelajar, atau sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan amali.

Tujuan kaedah amali Tujuan kaedah amali adalah untuk membentuk sikap dan pemikiran kreatif pelajar supaya mereka mengalami secara terus sesuatu kerja amali. Dalam kaedah ini guru bertindak sebagai fasilitator. Murid akan melaksanakan kerja-kerja amali manakala guru hanya pemerhati dan pembimbing. Namun begitu, kekurangan alatan ruang,tempat dan kesuntukan masa menyebabkan kaedah ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Kelebihan kaedah amali Mengesahkan sesuatu konsep/ teori Melatih pelajar menguasai pengunaan alatan Memupuk kerjasama antara pelajar Pembelajaran melalui pengalaman Melatih pelajar mematuhi arahan dengan betul Pelajar melakukan amali, memerhati, & membuat kesimpulan Pelajar belajar mengendalikan alatan, membuat pemikiran dan tafsiran sendiri

Kelemahan kaedah amali Perlaksanaan amali memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kaedah amali tidak berkesan jika pelaksanaan amali gagal/tertangguh. Suatu pembaziran masa sekiranya pelajar adalah pekerja yang tidak mahir. Tiada jaminan bahawa pelajar akan berfikir secara kreatif melalui kerja amali.

Penyediaan langkah pengajaran amali Dalam menyediakan langkah pengajaran amali, guru perlu: a) Buat semakan pada langkah dalam kaedah amali dan bina arahan bagi pelaksanaan amali secara lisan (piawai, tepat dan mudah difahami) atau helai amali (jelas, tepat, mudah dan ringkas). b) Pastikan tiada langkah penting tertinggal. c) Menunjukkan dan menekankan setiap langkah asas.

Penyediaan Tempat & Peralatan a)Pemilihan tempat hendaklah bersesuaian dengan amali b)Susun atur peralatan perlulah sempurna c)Keadaan dan peralatan bersih & baik d)Pencahayaan, pengudaraan & kelengkapan baik e)Mematuhi ciri-ciri keselamatan f)Peka tentang keperluan pelajar sepanjang tempoh amali

Set Induksi dalam kaedah amali 1.Menulis tajuk amali pada papan tulis atau mengedarkan helaian amali kepada pelajar 2.Penerangan ringkas yang jelas, padat dan tepat kepada pelajar 3.Menerangkan teori-teori dan langkah-langkah penting berkaitan amali 4.Perlu penerangan langkah keselamatan 5.Dipastikan bahawa pelajar faham apa yang dilakukan

Semasa kaedah amali pengajar bertanggungjawab penuh keatas keselamatan pelajar iaitu: 1. sebelum amali dilaksanakan. 2.semasa amali dilaksanakan. 3.selepas dilaksanakan.

1.Sebelum amali dijalankan 1.1 Merancang dan menyediakan kertas modul kemahiran mengikut kurikulum yang ditetapkan untuk panduan pelajar. 1.2 Menjadualkan amali atau kemahiran. 1.3 Menyediakan selengkapnya keperluan pelajar untuk menjalankan amali atau Kemahiran. 1.4 Memastikan peralatan, bahan dan kelengkapan mencukupi dan berfungsi dengan baik sebelum digunakan oleh pelajar.

2. Semasa amali dijalankan. 2.1 Merekod kehadiran pelajar 2.2 Memberi penerangan kepada pelajar mengenai tujuan, prosedur, dan bentuk amali atau kemahiran yang akan dijalankan. 2.3 Memastikan pelajar sentiasa dalam keadaan selamat semasa menjalani amali. 2.4 Memastikan para pelajar mematuhi arahan dan prosedur keselamatan. 2.5 Menyelia & membantu pelajar semasa amali berjalan.

3. Selepas amali dijalankan. 3.1 Memastikan pelajar menyemak peralatan selepas digunakan. 3.2 Memastikan peralatan dibersih, dikemas dan disusun semula oleh pelajar selepas digunakan. 3.3 Memastikan pelajar sentiasa dalam keadaan selamat semasa menjalani amali. 3.4 Memastikan para pelajar mematuhi arahan dan prosedur keselamatan. 3.5 Menyelia & membantu pelajar semasa amali berjalan.

Kesimpulan daripada pengajaran berasaskan kaedah amali Kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran di surau atau suatu tempat. Kerja amali banyak memerlukan tunjuk ajar daripada guru sebelum pelajar menjalankannya sendiri. Persediaan guru berkaitan kaedah amali dapat melancarkan proses pengajaran di Surau atau suatu tempat. Langkah-langkah keselamatan amat diambil berat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sura atau suatu tempat.

Anda mungkin juga menyukai