Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH TUJUK CARA Satu kaedah yang melibatkan guru menunjuk cara sesuatu proses, produk dengan langkah-langkah

h yang sistematik dan jelas. Penunjuk cara perlu membuat persediaan sebelum tunjuk cara, melakukannya dengan jelas dan teratur dan merumus/mengemas selepas tunjuk cara. Penerangan harus spesifik dan mudah difahami. Mengadakan aktiviti pengukuhan atau latihan selepas tunjuk cara. Perlu penyeliaan dan bimbingan semasa latihan pengukuhan.

JENIS TUNJUK CARA Model hidup melakukan proses, tingkah laku sebenar atau menunjukkan model/bahan sebenar yang maujud Model simbolik menerangkan proses atau prosedur secara bertulis Model persepsi Menunjukkan satu proses/aktiviti dengan bantuan peralatan seperti video, slaid CIRI-CIRI KAEDAH TUNJUK CARA MELIHAT KEMAHIRAN Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipel\ajari kerana mereka tidak hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. PENGLIBATAN PELAJAR Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. PENGLIBATAN UNTUK MELIHAT DAN MENDENGAR Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-

satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulankumpulan kecil.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH GURU SEMASA TEKNIK TUNJUKCARA DIJALANKAN. (i) mempunyai kemahiran (ii) peralatan (iii) tempat yang sesuai (iv) kedudukan murid (v) kemahiran/pengetahuan sedia ada murid

KAITAN ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Langkah-kangkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti. Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran.

KESIMPULAN Kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai