Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Tunjuk cara ( Demonstrasi ) Kaedah tunjuk cara ataupun dikenali dalam istilah sains adalah demonstrasi adalah

satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat ujikaji. Kaedah demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Dengan menggunakan kaedah ini guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan satu aktiviti sama ada pada waktu yang sama atau berbeza. Keupayaan pelajar mengingat sesuatu tajuk pelajaran adalah lebih baik jika mereka membuat atau pun melakukan sesuatu berbanding hanya mendengar penerangan seseorang guru mata pelajaran atau Cuma melihat tanpa menyentuh sesuatu yang dipelajari terutamanya mata pelajaran sains. Kaedah demonstrasi akan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar bukan sahaja secara teori semata mata,bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal. Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi. 1. Melihat kemahiran Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya.Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan.Dengan cara ini pelajar lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka bukan hanya mendengar malah mereka akan lalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. 2. Penglibatan pelajar Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran.Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan satu contoh kepada pelajar yang lain.Disamping itu mendedahkan pelajar dengan kejadian sebenar bakat murid juga boleh dikesan dan diasah melalui kaedah ini. 3. Peluang untuk mendengar atau melihat Guru mata pelajaran sains hendaklah memastikan agar pelajar tidak tercicir daripada mendengar atau melihat apakah yang ditunjukkan. Jika mereka tidak berkesempatan maka mereka tidak memahami apakah isi pelajaran yang hendak disampaikan. 4. Kaitan antara teori dan praktikal. Kaedah tunjuk cara amat berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal.Tunjuk cara juga boleh mengelakkan pelajar tersalah faham dengan apa yang hendak dipelajari dalam sesuatu tajuk sains.

Langkah langkah yang perlu dilakukan semasa menjalankan kaedah tunjuk cara Pada peringkat permulaan pengajaran ,guru haruslah menerang atau menunjukkan terlebih dahulu langkah-langkah aktiviti yang hendak dijalankan serta peraturan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Dalam masa guru menerangkan apa yang hendak dilakukan pelajar hendaklah memusatkan tumpuan terhadap guru dengan apa yang hendak diperkatakan serta gerak laku perlulah diperhatikan. 2. Pemusatan perhatian bertujuan agar pelajar tidak terlepas atau tertinggal daripada langkahlangkah dan penjelasan yang diberikan oleh guru bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan ketika aktiviti sedang dilakukan dalam kumpulan kecil 3. Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran

Anda mungkin juga menyukai