Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat
membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga
masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga
tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan
yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan
dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan
banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak
manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

2.0 Isu-Isu Gaya Hidup Sihat


Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko
penyakit pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat
badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan
yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan.
Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti serta penyakit berbahaya seperti sakit jantung,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya
hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu
bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam memupuk amalan gaya hidup sihat kepada anak-
anak.

3.0 Analisis dan Sintesis


Dalam konteks ini, katanya, generasi muda merupakan kumpulan yang mencabar
untuk dikendalikan kerana golongan ini mempuyai pemikiran dan kecenderungan
tersendiri namun ini tidak bermakna pihak berkuasa melepaskan tangan. Menurut Bekas
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, ramai generasi muda lebih suka media
sosial atau personaliti ikonik untuk berbicara atau berkomunikasi dengan mereka dan
dengan itu mempengaruhi mereka maka strategi terhadap kumpulan sasar adalah penting
supaya ia berkesan.

Dr Ismail bersetuju dengan pandangan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia boleh


dianggap sebagai tidak sihat, sambil menjelaskan antaranya Malaysia merupakan negara
dengan kadar obesiti paling tinggi di Asia Tenggara. Menurutnya, 15 peratus daripada
kanak-kanak bertatih dan prasekolah dan 30 peratus murid sekolah rendah mempunyai
berat badan berlebihan atau obes. "Golongan kanak-kanak adalah kebimbingan kami

1
kerana kebanyakan mereka mengambil makanan di luar rumah. Wujud kekurangan
hidangan dalam keluarga, saiz hidangan yang lebih besar, banyak permainan video dalam
rumah berbanding aktiviti fizikal di luar dan tidak cukup tempat yang kondusif atau selamat
untuk aktiviti luar khusus di kawasan luar bandar," katanya. Ditanya mengenai tahap
kesihatan rakyat Malaysia, Dr Ismail berkata rakyat sering jatuh sakit pada ketika ini
kerana ramai yang percaya saringan kesihatan adalah tidak perlu dan hanya membazir
masa sebelum mendapati mereka mengidap kanser, darah tinggi, kencing manis, penyakit
hati kronik dan lain-lain.

Akhirnya, sesetengah daripada mereka mengalami serangan jantung yang membawa


maut dan strok kerana penjagaan diri bukan satu keutamaan, terutama golongan berusia
lebih muda. Bersama-sama dengan ini, banyak isi rumah hanya melakukan pelaburan
minimum dalam bidang kesihatan dan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk
membantu apabila mereka jatuh sakit.

Selain itu, sikap acuh tak acuh dalam kalangan rakyat Malaysia telah mewujudkan
keadaan di mana mereka hanya akan berjumpa dengan doktor atau menjalani
pemeriksaan kesihatan apabila mengalami masalah kesihatan. Tidak ramai rakyat
Malaysia telah mendengar mengenai bantuan diri dalam penjagaan kesihatan atau
mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil makanan seimbang atau melakukan aktiviti
senaman secara konsisten.

Statistik lain yang menggerunkan mengenai tahap kesihatan umum rakyat Malaysia
dengan memetik laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006.
Laporan itu menyebut kira-kira 2.8 juta penduduk Malaysia berusia antara 18 tahun dan
ke atas merokok, 5.5 juta tidak aktif secara fizikal, 3.6 juta berat badan berlebihan, 1.7 juta
obesiti, masing-masing 4.8 juta dan 1.5 juta penduduk berusia lebih 18 tahun mengidap
tekanan darah tinggi dan kencing manis. Lebih banyak usaha diperlukan untuk menangani
isu-isu kesihatan awam. Pemilikan peralatan berteknologi canggih dan kesedaran yang
semakin meningkat mengenai ketidaksamaan dalam sistem penjagaan kesihatan, maka
kita perlu mencari strategi baharu dan inovatif bagi menangani kebimbangan ini secara
berkesan.

Disamping itu, kos rawatan di hospital swasta semakin meningkat, maka ramai beralih ke
hospital awam sehingga menyebabkan kesesakan pesakit dan ini bermakna kualiti
penjagaan kesihatan akan terjejas dengan lebih perbelanjaan tertumpu kepada aspek

2
pencegahan, maka kementerian menjangkakan bajet yang lebih besar dan terkawal untuk
rawatan kuratif.

4.0 Cadangan Penyelesaian


Pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang bermaksud pemakanan yang
mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa
menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrien kepada anak-anak. Selain itu, ibu
bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-
gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh
minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan
tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu
mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman
sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang
berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang
asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Aktiviti ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa
dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya
hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar
bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi
yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-
kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai
golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun
pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam
dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak
kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti
senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.

Ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa

3
anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali
ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu
mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit
menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak
mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak
mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala
membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan
tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-
anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya,
pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup
sihat.

Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan
kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang
penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur
dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan
jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih
sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun
memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa
ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah.
Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar
dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa
juga perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka.
Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan
kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-
sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini
dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat
dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti
pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun
ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri

4
anak-anak mereka sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai
penyakit.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa
bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-
anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan
satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi
dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan
ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan
dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan
memberi impak psikologi yang positif.

Pada masa yang sama memiliki sikap atau mentaliti positif penting untuk menangani
tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat,
kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.
Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh
mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-rakan di sekeliling mereka.
Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan
negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar
jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup
sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik
dan pesanan yang sering merangsang anak-anak ke arah positif menangani cabaran
merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa
perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran
tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok?
Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga
akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak
seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan
merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi orang

5
yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira
kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk melawan kesakitan
yang ditanggung. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak
melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak
akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan
bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat
mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang
yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang
sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar
anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga
perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ
dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka
memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun,
ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam
walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa
cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga
diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot.
Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang
spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya.
Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-
anak mendapat rehat yang secukupnya.

6
Rujukan

Krishnan, M., & Rahim, S. A. (2014). Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki
isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat. Jurnal Komunikasi,
Malaysian Journal of Communication, 30(1).

Sulaiman, H., Abdullah, S. S., & Yusop, F. D. (2004). Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam
Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik. Masalah
Pendidikan, 27, 75-86.

Merican, I., & bin Yon, R. (2002). Health care reform and changes: the Malaysian
experience. Asia Pacific Journal of Public Health, 14(1), 17-22.

Arshad, F. (1992). Pemakanan Yang Seimbang Bagi Kanak-kanak. Institute of Higher Studies,
University of Malaya.

Khalid, N. F. N. (2014). Pemakanan Tidak Seimbang Punca Segala Penyakit.

Anda mungkin juga menyukai