Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN

Penguasaan konsep wang harus diperkasa sejak awal usia lagi supaya pemahaman
terhadap konsep pertukaran wang yang melibatkan asas matematik dapat dikuasai. Justeru
sebuah medium pengajaran harus diwujudkan. Contohnya, melalui penciptaan alat
permainan kewangan. Permainan kewangan adalah permainan yang dicipta bagi memberi
peluang dan pengalaman kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk mempelajari
konsep kewangan melalui aktiviti bermain. Selain itu, tujuan utama permainan kewangan ini
diwujudkan adalah sebagai salah satu cara memperkenalkan fungsi dan kegunaan wang
dalam sehari-hari. Hal ini kerana penerapan ilmu kewangan dalam kehidupan seharian
terutamanya pada peringkat awal banyak membantu membentuk pemahaman masyarakat
mengenai kegunaan wang. Kajian mendapati kanak-kanak yang didedahkan dengan
pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan sejak awal usia mampu memberi kesan
positif kepada amalan pengurusan kewangan semasa mereka dewasa nanti (Mohamad
Fazil, 2015). Seterusnya dapat melahirkan golongan masyarakat celik wang, matematik dan
mereka yang mampu mencorakkan ekonomi negara pada masa hadapan.

2.0 TAJUK PERMAINAN


Dam Ringgit

3.0 PENGENALAN

Permainan Dam Ringgit adalah salah satu permainan yang telah diinovasikan daripada
permainan asal iaitu Permainan Dam. Konsep permainan masih sama seperti DAM biasa
namun, terdapat beberapa pengubahsuaian telah dibuat di dalam DAM Ringgit untuk
memastikan permainan ini lebih menarik dan mudah dimainkan. Permainan DAM Ringgit
misalnya lebih menfokuskan kepada konsep kewangan di mana pemain akan menggunakan
wang contoh sebagai platform permainan ini. Tujuannya adalah untuk memberikan asas
kepada pemain mengenai fungsi dan kegunaan wang itu sendiri. Ini selaras dengan konsep
kewangan yang diperkenalkan oleh Fazli dan Mumtazah (2010) di mana wang adalah salah
satu medium pertukaran yang penting dikuasai oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu,
permainan ini juga banyak menggunakan konsep matematik seperti tambah dan tolak.
Dalam permainan ini, pemenang diukur melalui jumlah mata wang yang dikumpul setelah
permainan tamat.

1
4.0 KOS PEMBINAAN

BUTIRAN RM

Pembalut Kertas 1.50


Gam 2.00
Laminating Papers Reuse
Kertas Reuse
JUMLAH 3.50

5.0 PROSES PEMBINAAN PERMAINAN “DAM RINGGIT”

Gambar 1: Asas dam dan kotak yang digunakan

Gambar 2: Proses membalut kotak.

Gambar 3: Proses menggunting dan melekat (Simbol RM, replika wang)

2
Gambar4: Permainan “Dam Ringgit” yang sudah siap

6.0 MANUAL PENGGUNAAN PERMAINAN “DAM RINGGIT”

PERATURAN PERMAINAN ‘DAM RINGGIT’:

1. Permainan ini dimainkan oleh dua orang dan seorang pengadil yang dilantik.

2. Permain perlu menyusun “Dam Ringgit” di kawasan pihak lawan, sekiranya pemain

berjaya menyusun, permainan dikira tamat.

3. Pemain yang melompat “Dam Ringgit” pihak lawan akan mendapat nilai yang

terdapat pada dam tersebut, manakala sekiranya pemain melompat “Dam Ringgit”

sendiri, nilai pada dam tersebut akan ditolak.

4. Jumlah nilai pada “Dam Ringgit” akan dikira dan pemain yang mendapat jumlah

ringgit yang tinggi dikira sebagai pemenang.

5. Sebarang pertaruhan adalah dilarang sama sekali dalam permainan “Dam Ringgit”.

3
7.0 UJIAN PERMAINAN DAM RINGGIT (TEMU BUAL)

Transkrip dan rumusan/refleksi temu bual:

BUTIRAN RESPONDEN DAILOG TEMU BUAL


Responden Pertama:

Nama : Adrian Pedro 1. Apakah pendapat anda mengenai permainan Dam


Opsyen : Sains Ringgit?

Adrian : permainan ni menarik bagi saya. Cara bermain


juga tidak susah.

2. Adakah permainan ini menarik bagi anda (Mengapa


anda katakan permainan ini menarik) ?

Adrian: ya..memang agak menarik la sebab dia gunakan


duit replika yang bahannya maujud.

3. Apakah penambahbaikkan yang anda boleh berikan


kepada alat permainan ini?

Adrian : kalau saya bagus sediakan ganjaran untuk yang


menang. Lagi menarik tu kalau ada ganjaran. Contohnya
keropok ka..
Responden Kedua:
1. Apakah pendapat anda mengenai permainan Dam
Ringgit?
Nama : Mohd Azmie Bin
Abdul Ghani Azmie: bagi saya permainan ini kreatif dan mudah difahami.
Opseyn : PML Tetapi perlu ditambah baik la..

2. Adakah permainan ini menarik bagi anda (Mengapa


anda katakan permainan ini menarik/tidak
menarik/kreatif/ tidak kreatif) ?

Azmie: ya memang menarik sebab ada persaingan. Ada duit


replika lagi yang betul-betul maujud. Kalau pelajar sangat
sesuai la digunakan

4
3. Apakah penambahbaikkan yang anda boleh berikan
kepada alat permainan ini?

Azmie: emm..bagus tambah hadiah ka..atau apa-apa yang


dapat menarik untuk yang bermain. Kalau besarkan saiz
permainan ni pun ok juga..

REFLEKSI SELEPAS Kekuatan:


UJIAN DIBUAT Antara kekuatan permainan dam ringgit adalah mudah
dimainkan dan sangat menarik sesuai dengan tahap umur
yang difokuskan. Konsep permainan yang mengetengahkan
asas matematik juga membantu meningkatkan daya tarikan
kepada permainan ini. Selain itu, menurut Mok soon sang
(2007) bermain adalah satu teknik belajar yang berkesan
kepada kanak-kanak. Dalam permainan ini misalnya
penggunaan bahan maujud seperti duit/wang replika juga
membawa kepada konsep bermain sambil belajar di mana
bagi kanak-kanak yang masih bersekolah mereka akan
didedahkan secara tidak langsung dengan konsep wang dan
fungsi wang itu sendiri. Permainan dam ringgit ini juga
mempunyai nilai pasaran yang tersendiri kerana ianya
mempunyai harga mampu milik, di samping kos pembinaan
yang sangat rendah. Seterusnya, permainan ini mudah
dibawa ke mana sahaja kerana saiz yang kecil dan ringan.

Kelemahan:
Antara kelemahan permainan ini adalah tidak diwujudkan
sistem ganjaran seperti yang dikritik oleh responden. Ini
sedikit sebanyak menimbulkan rasa bosan sekiranya
dimainkan secara berulang. Selain itu, dari segi kekemasan
produk yang dihasilkan masih agak kurang memuaskan.
Kelemahan lain yang dapat dilihat adalah permainan ini
tidak dapat dimainkan bagi kanak-kanak yang belum
memahami konsep asas matematik seperti tambah tolak.
Seterusnya kelemahan lain permainan ini adalah ianya
memerlukan pengawasan seorang pengadil. Tanpa

5
pengadil, permainan tidak dapat dimulakan.

Penambahbaikan:
Antara penambahbaikan yang perlu dibuat adalah harus
diletakkan ganjaran bagi pemenang agar menambahkan lagi
semangat untuk bermain permainan ini. Selain itu, saiz
permainan ini perlu lebih besar lagi atau dalam pelbagai saiz
agar lebih mudah dilihat dan menarik. Seterusnya, had umur
harus ditetapkan dalam permainan dam ringgit kerana tidak
semua umur mempu memahami cara permainan ini. Akhir
sekali adalah dari segi kekemasan produk supaya ditambah
baik agar lebih kemas dengan warna yang menarik.

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, permainan kewangan yang dicipta iaitu dam ringgit banyak mendapat
sambutan dan respon yang baik daripada beberapa orang. Malahan ada diantara mereka
yang menggalakkan supaya permainan ini ditambahbaik untuk dipertandingkan dalam
mana-mana pertandingan inovasi yang akan diadakan. Matlamat utama penciptaan ini iaitu
mengajar asas kewangan dan matematik juga dapat dicapai berdasarkan maklum balas
yang diterima. Justeru harapan agar alat yang dicipta ini mampu membantu bukan sahaja
dalam menambah koleksi permainan bertemakan kewangan dan matematik, juga mampu
melahirkan lebih ramai masyarakat yang sedar akan kepentingan pengurusan kewangan
dan mempelajari asas matematik itu sendiri.

9.0 RUJUKAN

Fazli, M.S. & Mumtazah, O. (2010). Financial literacy: Research, education and policy
implication. Family and comsumer science research Journal, 14, 53-71.
Mook Soon Sang. (2007). Pendekatan dan strategi pengajaran. Selangor : PTS Publications
& Distributors Sdn Bhd.
Mohamad Fazil Sabri. (2015). Kit pengurusan kewangan kanak-kanak. Selangor: Universiti
Putra Malaysia.

6
9.0 LAMPIRAN

7
ISI KANDUNGAN

ITEM MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN........................................................................................1

2.0 TAJUK PERMAINAN.................................................................................1

3.0 PENGENALAN..........................................................................................1

4.0 KOS PEMBINAAN.....................................................................................2

5.0 PROSES PEMBINAAN PERMAINAN “DAM RINGGIT”..............................2-3

6.0 MANUAL PENGGUNAAN PERMAINAN “DAM RINGGIT”..........................3

7.0 UJIAN PERMAINAN DAM RINGGIT (TEMU BUAL)....................................4-6

8.0 RUMUSAN.................................................................................................6

9.0 RUJUKAN..................................................................................................6

Anda mungkin juga menyukai