Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk
mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan
sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina
pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras
semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah
dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-
pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.

Masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan pada semua peringkat
umur. Hasil Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006 dmenunjukkan 29.1%
lebih berat badan dan 14.0% obesiti di kalangan orang dewasa. Ianya berlaku disebabkan oleh
amalan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat secara amnya termasuklah
amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal. Obesiti berkait rapat dengan
masalah kesihatan yang lain terutamanya penyakit darah tinggi, kencing manis, hiperlipidaemia
yang merupakan antara faktor risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular terutamanya
penyakit jantung iskemik dan stroke.

Kanak-kanak yang memiliki masalah berat badan berlebihan cenderung untuk membesar
menjadi individu dewasa obes. Mereka mempunyai risiko tinggi untuk berhadapan dengan
masalah kesihatan serius termasuk serangan jantung, angin ahmar, diabetes Jenis 2, kanser
usus, apnea tidur dan juga tekanan darah tinggi. Malah, risiko masalah kesihatan ini akan lebih
ketara sekiranya individu berkenaan tidak mengawal peningkatan berat badan mereka secara
serius.

Memiliki berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan tekanan
psikologi. Usikan mengenai penampilan diri mereka sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan
diri kanak-kanak berkenaan dan ia boleh membawa kepada pengasingan diri daripada rakan
sebaya serta masalah kemurungan.Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan
berlebihan jika ibu dan bapa mereka juga berhadapan dengan masalah obesiti. Jika seorang
ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan, kebarangkalian anak mereka berhadapan
dengan masalah sama adalah 50 peratus.

Namun, jika kedua-duanya juga berhadapan dengan masalah obesiti maka ada kemungkinan
sebanyak 80 peratus anak mereka juga akan menjadi individu yang memiliki berat badan
berlebihan.
Tetapi faktor genetik dianggap kurang berkaitan dengan masalah ini kerana faktor berat badan
berlebihan lebih tertumpu kepada ahli keluarga yang memiliki tabiat pemakanan yang sama.

Rasional Program

Untuk mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya pemakanan sihat dan aktiviti fizikal dalam
kalangan murid sekolah SK Kg Bukit.

Objektif Program

•Untuk mengetahui prevalen berlebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan murid SK Kg
Bukit

•Untuk mewujudkan ‘fitness center’ di peringkat sekolah

•Untuk membantu peserta mengurangkan indeks jisim tubuh selepas tempoh setahun menjalani
intevensi obesiti

•Untuk membantu peserta mengurangkan faktor risiko kardiovaskular seperti hipertensi,


diabetes mellitus dan dislipidaemia selepas tempoh setahun menjalani intevensi obesiti

•Untuk memperkasakan guru-guru sekolah mengenai amalan cara hidup sihat untuk membantu
peserta menurunkan indeks jisim tubuh dan mengurangkan faktor risiko kardiovaskular
Kumpulan Sasaran

Semua pelajar dan warga sekolah Kebangsaan Kampong Bukit

Pelaksanaan

AJK kerja – carta organisasi induk

PENGERUSI

PN ZURAIDAH BT BORHAN (GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI

PN HASHIROH BT HASHIM (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 1

PN ROZIDAH BT NORAN

NAIB PENGERUSI 2

EN YUSUF B YAACOB (PK KK)

SETIAUSAHA

EN ZAKARIA BT ISMAIL (GURU BIMBINGAN KAUNSELING)

AJK

KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI

PENGERUSI KELAB SEKOLAH SELAMAT

PENGERUSI KELAB 3K
Tentatif Program

Jadual pelaksanaan

bulan masa acara sasaran tempat

• Program dijalankan secara berstruktur dalam tempoh enam bulan.

• Peserta akan dibantu untuk mencapai berat badan unggul berpandukan modul yang
ditetapkan

Anggaran Perbelanjaan

Aktiviti Yang dijalankan

 Aktiviti Minggu Kesihatan Sekolah

– Makluman kepada semua warga sekolah oleh guru besar tentang minggu kesihatan

– Membudayakan amalan gaya hidup sihat di kalangan semua warga sekolah

– Membuat pemeriksaan ukur tinggi, berat dan BMI pada semua warga sekolah

 Saringan awal risiko dan intervensi obesiti di kalangan kanak-kanak adalah sangat
penting bagi membantu mereka mengamalkan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal
yang bersesuaian.
- Ceramah pemakanan sihat oh Peg Kesihatan Daerah.

• Menganjurkan beberapa pertandingan seperti

– Pertandingan melukis poster

– Pertandingan menulis esei

– Kuiz kesihatan

– Pertandingan mewarna
– Teka silang kata

• Mengadakan senamrobik pada waktu pagi

• Menggunakan kemudahan fitness center yang diwujudkan di sekolah

Promosi

(ANDA GEMUK ?), IDEALKAH BERAT BADAN ANDA?, UNGGULKAH BERAT BADAN
ANDA?

Dapat menimbulkan kesedaran murid untuk menjaga kesihatan

Pencegahan -

Terdapat 3 kaedah pencegahan iaitu tradisional, peralihan dan moden

(Rujuk PKS dalam course material)

Kaedah moden dipilih dalam program ini kerana ianya bersesuai dengan masa kini...............

aktiviti bersenam,

cara pemakanan

Intevensi Awal

Program Pencegahan Penyakit tak Berjangkit

 Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular

 Pengurusan Berat Badan

 Panduan Senaman & Aktiviti Fizikal

 Mengambil Tekanan Darah Secara Digital

MOTIVASI pelajar – kesedaran gaya hidup sihat

Pameran gaya hidup sihat - kementerian kesihatan


Rawatan

MODUL PEMAKANAN SIHAT

Pogram Intervensi bagi murid yang mengalami masalah obesiti akan dijalankan selama 6 bulan

1. Objektif Aktiviti

Untuk meningkatkan pengetahuan klien mengenai:

•Cara pengiraan (BMI)

•Klasifikasi BMI

•Kesan masalah obesiti

2. Ceramah

– Klasifikasi Indeks Jisim Tubuh (BMI) Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan klien
mengenai: •5 kumpulan makanan di dalam piramid makanan

•Kepentingan pengambilan setiap kumpulan makanan

•Jumlah saiz hidangan

Ceramah – Piramid Makanan 2010 Ceramah (1 jam)

• Permainan – Kerusi Berirama (1jam)

• Ceramah – Saiz untuk 1 hidangan makanan Ceramah (1 jam)

• Aktiviti berkumpulan – ‘Ketuk-ketuk Piramid Makanan’

• ‘ Smart Chef’ Aktiviti Kumpulan - menyediakan sarapan sihat (sandwich telur)

Pembeli bijak Ceramah – Pelabelan Makanan (1jam)

Aktiviti berkumpulan

- Perbincangan contoh label makanan Kembara Pemakanan Sihat di Pasaraya Sasaran Tarikh
Perlaksanaan Februari 2011 Mac 2011

3. Untuk meningkatkan pengetahuan klien mengenai:


•Pendedahan secara praktikal untuk menyediakan sarapan berkhasiat

•Kepentingan membaca label makanan

•Membuat perbandingan nilai/ nutrisi makanan

4. Untuk meningkatkan pengetahuan klien mengenai:

•Cara penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak

•Penyediaan makanan

•Teknik Memasak secara sihat

•Penyajian Makanan

•Pemilihan makanan ketika makan di luar i. Ceramah – Amalan Kebersihan di Dapur ii. ‘Eating
Out, Eating Healthy’Aktiviti Kumpulan – lakonan berdasarkan situasi makan di luar Mei 2011

5. Untuk menilai tahap pengetahuan dan kefahaman klien Aktiviti Berkumpulan :

•Fiber recall

•Pertandingan melukis piramid makanan

Pemulihan

Fokus perkembangan pelajar yang obesiti – timbangan berat badan, ukur lilit pinggang, cara
hidup dirumah, panggil waris bincang masalah kesihatan, khidmat nasihat kementerian
kesihatan.,

Penutup

Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu
akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.
Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta,
pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah
yang sihat, bersih, ceria dan selamat.  Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan
utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan
komuniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan
semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran
timbui.  Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran
Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi
pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.
RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,Sukatan Pelajaran


Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,Huraian Sukatan


Pelajaran Krikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan

Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

http://www.kesihatan.biz/Punca_Gemuk.php

http://www.jomdiet.com/obesiti-antara-tanda-awal-penyakit-kronik/

http://www.top5reason.com/index.php/5-tabiat-yang-menjadi-punca-gemuk/

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Mengatasikegemukan/Article/index_html

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/minuman-manis-dan-kegemukan/

http://enamanja.tripod.com/makan3.htm

 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tip-mudah-diet-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai